Puisi : Seorang ayah dan sebatang galah
Published On Saturday, November 29, 2008. Under: Tips & Trick.
WAN MOHD ZUHDI BIN WAN ABD RAHMAN [email protected] kau seperti biasa setelah cerah tanah lewat silau menyimbah sedang langit menguntum kuning perut kau telah pun dialas kerana kau punya satu tugas yang sudah lama kau galas demi zuriat kau yang berbelas kau memang cekal dan lantang jasad kau berperang urat leher kau timbul, tegang dan mengerang kau seperti memikul beban tapi, tapi wajahmu dibasahi air tenang rasa seperti peri lelah kau terpercik terpercik ke dalam anak mataku namun kau tetap begitu terpacak, terpaku dan menahan jasadmu tubuh kau menapak dan menongkat kadang helai-helai hijau itu terselak silau cahaya bola besar menikam tajam anak matamu berpinar tapi kau tegar kau dongak lagi pedih sekejap. tapi kau terus berjuang tanpa peduli bahu kau pasang gagah tangan kau genggam kemas demi sesisip rezeki demi perut-perut yang lapar tiba-tiba seperti biasa genggaman kau pecah jari-jari tangan kau lemah galah hinamu rebah menyembah kalah kau tidak sekali mengalah kau bernafas dalam penat dan lelah kini diri kau penuh lopak-lopak sejarah sebati nan likat dalam daging dan darah seorang ayah dan sebatang galah WAN MOHD ZUHDI BIN WAN ABD RAHMAN 870719465087 USM,11800,PULAU PINANG