Nama Pena : Piniey
Dear diary,
Hari ini..something yang interesting telah berlaku. Hehe. Dia tegur saya. Seronoknya.. Macam tak percaya lak. Dia yang pendiam, jarang bercakap dengan perempuan, tiba-tiba tegur saya. Erm.. Satu perkembangan yang baik. Tapi, perasaan suka tu tetap tak berubah menjadi cinta. Itu pasti! Tak sabar nak cerita kat Aina, mesti berkerut 6 juta dahi dia tu. Walaupun dia just tanya sihat tak, macam mana kelas, tapi.. sebab benda ni first time dari dia. Jadi perasaan tu, entahlah.. seronok pun ada. Pelik pun ada. Tapi seronok tengok muka dia, merah-merah sebab malu kot. Macam dia lark perempuan. Nampak sangat dia control giler. Akmal..Akmal..
Mama, anak mama ni macam dah start kawan dengan lelaki. Mama marah tak? Agak-agaknya mama marah tak? Tak kot. Kawan biasa tu, ramai je. Cuma takdelah sampai balik rumah jalan bersama macam tadi. Eh, rumah Akmal tu kat mana ea? Kenapa dia macam hantar saya je tadi? Ke rumah dia dekat je dengan rumah saya? Jalan yang sama. Tak mungkin. Ikhwah nyer rumah mana boleh dekat-dekat dengan rumah akhawat. Biar je lah. Sambung balik. Mama, tak sabar la nak balik. Tahun lepas pun balik kejap je. Tahun ni lagi kejap kot. Mama. Mama. Mama. Rindu bangat sama kamu sih. Adoi, ngomong indon la pulak. Apa surprise mama tu ea? Mama. Mama. Eh, papa. Papa. Gomen papa. Terlupa pulak kat papa. Sayang papa!
Teruja dengan Akmal!
Mama..Papa??
============================
Ina kelihatan tidak sabar menunggu jam 2 pagi. Hatinya begitu teruja untuk membuka laptop dan melayari internet. Yahoo! Messenger akan dibuka. Tumpuannya kini bukan lagi pada buku yang terbuka di hadapannya. Fikirannya melayang pada peristiwa petang tadi. Hatinya menyanyi riang. “ish, apa aku ni. Akmal tu hanya kawan biasa je. Kenapalah aku seronok sangat.” Tapi Ina masih tersenyum. Bahagia yang entah apa-apa.
“Wei!! Apa kau senyum sorang-sorang ni! Takut aku. Kena sampuk ke apa?” Shahira mengetuk meja belajar Ina. Ina terkejut. “Ish, apa kau ni Sha. Nasib baik aku ni comel tau. Kalau tak dah lama aku pengsan. Hehe.” “Eleh. Apa kaitan comel dengan pengsan. Kau ni kan, sempat lagi nak mengarut. Apa yang kau duk senyum sorang-sorang macam orang sakit je aku tengok. Ada prince charming ajak kawin ke apa?” Shahira menarik kerusi berhampiran Ina, lalu duduk. Menanti jawapan.
“Takde apa-apalah. Aku saja nak menakutkan kau. Haha. Kau tahu tak Hakimah nak gi mana malam ni?” Ina cuba menukar topi perbualan. Tidak mahu kegembiraannya mengenai Akmal disalah tafsir. “Entahlah. Yang kau duk sibukkan hal orang lain tu kenapa? Mana kau tahu dia nak keluar?” Shahira mula menyoal siasat. “Petang tadi, on the way nak balik rumah, aku ada jumpa dia. Aku ada ajak dia tidur sini malam ni, boleh ajar aku pasal lecture tadi. Tapi dia kata nak keluar. Entah kemana. Pelik kan?” “Kau tahu tak, aku dengar cerita, Hakimah tu dah bercouple sekarang. Tapi tak dapat dipastikan pulak dengan siapa dia couple. Kau tak tanya dia ke?” Shahira mula bercerita. “Kau biar betul? Mana kau tahu semua ni?” Ina sangsi. “tu la kau. Duk lagi bawah tempurung. Haha. Aku dengar dari budak-budak lelaki group aku. Bila aku tanya, diorang tak nak bagitahu siapa. Saja nak kenakan aku. Budak-budak ni memang suka menyakitkan hati aku.” Shahira menunjukkan muka geram. Tapi tak tahulah marah betul-betul atau tidak. “Haha. Sabar je la. Kau ni, entah-entah diorang saja bergurau kot. Mana mungkin Hakimah tu nak couple. Bukan ke dia dulu yang marah bila dapat tahu kau couple? Yang kau ni pun satu, nak couple kenapa kau pilih dia?” ina menimbulkan kembali soal Shahrul.
“Ina, kan aku dah kata. Kau tak payah la risaukan aku. Shahrul tu baik okay. Dia jaga aku dengan baik. Selalu tanya khabar aku. Memanglah. Dia agak control aku. Tapi dia kata..”
“Dia kata dia ambil berat pasal kau? Kan?” Ina pantas menyambung ayat Shahira. Ina sudah penat mendengar alasan yang sama. Ina mengeluh. Shahira hanya diam membisu. Tiada kata-kata untuk melawan ayat Ina. “Sha, aku dengan Aina sayangkan kau. Pilihlah siapa pun kau nak, tapi bukan Shahrul. Dia bukan yang terbaik untuk kau, selagi dia tak berubah. Kau tahu tak, aku pernah nampak dengan batang hidung aku sendiri tau, dia jalan dengan Amira, keluar makan bersama. Mengalahkan pasangan bercinta. Kau kata tu kawan biasa? Jangan berlagak butalah Sha. Kau ni kenapa sebenarnya? Apa yang kau sembunyikan dari kami?” Aina masuk ke bilik Ina, setelah mendengar suara Ina yang agak keras. Seperti yang dijangkanya, Ina sedang berbicara bersama Shahira. Mengenai Shahrul.
“Ina, apa ni. Relax ar. Biar Sha bagitahu kita. Apa sebabnya. Kau tak payah la nak tinggikan suara. Tak perlulah kot. Sha, kau okay ke tak ni?” Aina memegang bahu Shahira yang mula terhinjut-hinjut. Shahira memang mudah menitiskan air mata. “Sha, I’m sorry okay. Aku bukan nak sakitkan hati kau. Cuma aku bingung. Banyak benda buruk yang dia buat kat kau sebelum ni. Dia pernah marah kau depan ahli group kau kan? Dia pernah tolak kau bila dapat tahu kau bercakap dengan lelaki lain kan? Kenapa Sha? Sayang sangat ke kau kat dia? Apa yang dia buat, sampai kau tak sanggup nak tiggalkan dia?” Suara Ina mula mengendur. Semakin lembut. “Ina, Aina, maafkan aku. Aku belum bersedia untuk berkongsi apa-apa dengan korang. Tunggulah. Aku rasa suatu hari nanti, korang akan tahu jugak. Aku nak tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.” Shahira bersuara, lantas bangun dan meninggalkan Ina dan Aina.
“Kau ni Ina. Biarlah dia dengan Shahrul tu. Aku rasa, ada banyak benda yang dia tahu, tapi kita tak tahu. Dan kau ni kan..”
“Aina, aku jumpa dia.” Ina lantas memotong kata-kata rakannya. Malas mencari pedebatan kedua. “Aku jumpa Akmal. On the way nak balik rumah petang tadi. Dia temankan aku sampai bawah tadi. Kau percaya tak?”
“Akmal? Akmal satu kuliah dengan kita tu? Nonsense! Tak payah nak tipu lah Ina. Dia tu kan..”
“Betul Aina. Aku tak tipu. Pernah ke aku tipu kau sebelum ni? Tak kan? Semalam aku ada ym dengan dia. Pastu kitaorang sembang, tapi tak lama pun. Tup-tup petang tadi dia tegur aku. Nak meletup aku tadi tau.” Ina mula bercerita. “Kau biar betul? Wow. Syok giler. Akmal? Cam tak caye plak. Macam mana kau boleh ym dengan dia malam tadi?” Aina kelihatan teruja, bukan cemburu seperti yang Ina harapkan.
“Malam tadi aku tak boleh nak tidur. Aku online lah. Tapi tak perasan la pulak yang dia pun online. Tup-tup dia buzz aku. Pastu kita orang sembanglah pasal perkara-perkara biasa. Kenapa tak tidur lagi? Pastu dia bagitahu aku yang dia segan nak bercakap dengan perempuan. Tapi boleh je dia tegur aku tadi. Macam aku ni bukan perempuan pulak.” Ina rancak bercerita. Aina pula kelihatan begitu teruja mendengar setiap cerita Ina. “Kau tak jeles ke? Aku punya la harap kau jeles. Apa lah kau ni. Buat letih je aku cerita kat kau.” Ina bersuara setelah senyap seketika.
“Haha. Apa kejadah aku nak jeles. Setakat budak Akmal tu. Haha. Aku memang suka gaya dia, stail dia, diam dia, senyum dia. Cuba kau bayangkan, seseorang tu jarang senyum, pendiam, kacak, tetiba bercakap, senyum kat kau. Mestilah kau suka kan? Aku pernah dapat satu group assignment dengan dia. Bila dia nak bincang apa-apa, dia punya gaya percakapan tu, fuh, cair.”
“Aku pun takdelah suka kat dia. Cuma aku pelik, ribut tak, hujan tak, tetiba je dia tegur aku. Macam nak kawan dengan aku. Pelik kan? Dalam ramai-ramai, kenapa dia pilih aku?” Ina mengutarakan keanehan yang dirasakannya. “Aku rasa kau ni perasan lebih ni. Entah-entah dia tengah cuba nak bergaul dengan semua orang. Dah dua tahun kat sini. Takkan nak jadi kera sumbang lagi dengan perempuan kan? Bukan ke kau nak pertahankan prinsip kau, tak nak couple?” Aina bermain kata dengan Ina.
“Apa kau ni. Bila pulak aku sebut pasal couple. Jauh giler dari topic yang kita sedang cakap ni tau?” Ina sedikit terkejut dengan kata-kata Aina. Mana mungkin dia akan jatuh hati pada Akmal. Tidak mungkin. “Memanglah. Tu kau yang cakap. Dia? Kau tu lawa. Cantik. Bijak pulak tu. Siapa yang tak nak? Kalau aku lelaki pun aku nak tau. Hehe.” Aina mula berlawak. Cuba membetulkan suasana yang semakin tegang. “Kau jangan Aina. Aku normal lagi ni. Kau jangan. Aku tak nak kau. Hahahahaha. Kau ni kan, memang suka buat lawak. Kalau aku kutuk kau pun, kau bukannya nak ambil hati. Jauh giler beza kau dengan Sha. Tiba-tiba aku rindukan Sha yang dulu. Sha before dia couple.” Luahan Ina sedikit sebanyak menyentuh perasaan Aina. Aina akui, dia juga rindukan Shahira yang segirang dulu. Dalam asyik mereka melayan perasaan, tiba-tiba telefon bimbit Ina berbunyi.
“Ina, tolong aku. Tolong aku Ina. Isk..isk.”
“Ya Allah, Hakimah! Kau kenapa? Kau ada kat mana sekarang?”
See the original post:
Novel : Aku dan Kamu 3
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |