Nama Pena : nailofar_mawarnis

“Cik Hana,ada bunga untuk Cik” Sekuntum mawar merah jambu yang berbalut cantik dihulurkan padanya.Hana mengerutkan dahi.Sejak seminggu kebelakangan ini setiap hari dia akan menerima sekuntum mawar merah jambu.Tetapi peliknya tiada sebarang kad disertakan sebaliknya hanya sekuntum mawar merah jambu.

“Bunga lagi?Mas..you tanya tak orang yang hantar bunga tu siapa yang bagi?”Setiausahanya yang sedang boyot mengandungkan anak pertama itu di soal ingin tahu.Mula-mula memanglah dia suka apatah lagi mawar merah jambu adalah bunga kegemarannya.Tetapi lama-kelamaan rasa gusar pula.Tambahan pula entah siapa pengirimnya.

“Saya dah tanya dia Cik Hana,tapi dia kata dia tak tahu sebab dia cuma tukang hantar je..Ambil ajelah Cik Hana, kan Cik suka bunga ni.”

“Memanglah suka Mas,tapi kalau tak tahu siapa yang kirim jadi takut pulak.Entah-entah ada orang saja nak kenakan saya tak?”Pening pula kepala Hana memikirkan siapa gerangan pengirim bunga misteri itu.Sekurang-kurangnya bagilah kad berserta nama dan nombor telefon sekali.Boleh juga dia telefon untuk ucapkan terima kasih atas sikap pemurah pengirim yang memberinya bunga setiap hari.

“Kata orang,kalau dapat bunga mawar pink maknanya kita adalah cinta pertama si dia dan ianya menjadi rahsia si dia sejak sekian lama.Maksudnya Cik Hana adalah insan pertama yang dicintainya dan menjadi idamannya selama ini.” Terbeliak mata Hana mendengarkan kata-kata Masitah.Tidak di sangkanya setiausahanya itu arif makna-makna warna bunga.Dia sendiri tidak pernah ambil tahu maklumlah seumur hidupnya tak pernah menerima bunga.Inilah kali pertama dia menerima bunga.Setiap hari pulak tu.

“Lagi satu Cik,dia bagi sekuntum je.Kalau sekuntum,maksudnya hanya satu.You are the only one I love.”Yakin sekali Masitah berkata.

“Pandainya awak mentafsir ye.Agaknya dulu sebelum kahwin mesti husband awak suka bagi bunga ye tak?”Hana mengusik setiausahanya.Masitah tersipu malu.

“Tak adalah Cik Hana.Suami saya tu bukan jenis romantik.Jangankan bunga daun pokok bunga pun tak pernah di berikan pada saya.”Masitah menjuihkan bibirnya mengingatkan suaminya yang langsung tidak romantik.Dari zaman bercinta hinggalah berkahwin suaminya tidak pernah sekalipun memberikannya bunga.

“Yerla bagi bunga bukan boleh makan pun.Baik dia bagi awak makanan ada juga faedahnya kan.”Masitah ketawa mendengarkan kata-kata Hana.Betul jugak tu.Makan minum pakai semuanya cukup.Tak pernah dia rasa kurang.Cuma suaminya itu bukanlah lelaki romantik.

Hana kembali membelek bunga mawar merah jambu itu setelah Masitah meninggalkannya.Cuba mencari sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin tersembunyi di celah-celah bunga itu.Tapi dia hampa,sedikit tanda pun tidak di temuinya.

Siapalah yang bagi bunga ni kat aku?Peminat rahsia sejak sekian lama?Hana cuba mengingati mana-mana lelaki yang berkemungkinan untuk memberinya bunga.Sepanjang hampir dua tahun dia bekhidmat sebagai pengurus pemasaran dan operasi di Ilham Creative Enterprise yang mengedar dan membekalkan pelbagai jenis kain dari luar Negara dan juga tempatan, tidak pernah dia di ganggu mana-mana lelaki.Ada tidak pun hanya sekali.

Pengurus Kilang batik di Pantai Timur itu sering mengajaknya keluar jika datang ke Kuala Lumpur.Hana sering berurusan dengannya bagi memastikan stok batik sentiasa mencukupi tambahan pula sejak kempen batik diperkenalkan,permintaan terhadap batik semakin meningkat.Mengingatkan lelaki gendut itu Hana gerun sendiri.Tak mungkin orang tua tak sedar diri tu.Rumah sudah menyuruh pergi,kubur sudah memanggil-manggil pun masih lagi nak kejar perempuan muda.Geli geleman rasanya bila mengenangkan lelaki itu yang suka membahasakan dirinya abang dan memanggil Hana dengan panggilan sayang.

Hana menggaru kepala yang tidak gatal.Bunga sekuntum itu diletakkan ke dalam pasu bunga di atas mejanya.Biar je lah siapa pun yang beri.Bukan rugi duit aku pun.Sekurang-kurangnya berseri juga biliknya dengan kehadiran mawar merah jambu itu.

“Cik Hana,meeting pukul 10 pagi nanti jangan lupa.”Interkom dari Masitah menyedarkan Hana tentang tanggungjawabnya.Segera Hana menyediakan fail yang akan di bawa masuk ke dalam bilik mesyuarat nanti.Dia tidak suka jika lewat menghadiri mesyuarat.Dia tidak mahu majikannya memberikan tanggapan yang buruk mengenainya.

Hana membelek-belek minit mesyuarat sementara menantikan kedatangan Tuan Ilham Hadi, Pengarah Urusan Ilham Creative Enterprise.Sesekali dia melirik jam di pergelangan tangan kirinya.Sudah 10.05 minit.Bayang Tuan Ilham masih tidak kelihatan di bilik mesyuarat itu.Inilah namanya bos,suruh anak buah tepati masa tetapi diri sendiri tidak.Macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri berjalan senget.Hana merungut dalam hati.

Tepat jam 10.10 pagi barulah Tuan Ilham muncul di muka pintu bilik mesyuarat.Semua mata terarah ke pintu.Tetapi bukan Tuan Ilham yang menjadi tumpuan sebaliknya lelaki yang berada di belakangnya yang mencuri perhatian.Masing-masing tertanya-tanya siapa gerangan lelaki itu.Lelaki itu tampil kemas dengan kemeja biru muda dengan tali leher biru gelap berbelang hitam dan putih.Tidaklah sekacak mana tetapi lelaki itu punya karisma tersendiri.Ada aura bak kata orang.

“Selamat pagi semua.Dah breakfast semua?Kalau belum boleh saya belanja.”Kata-kata Tuan Ilham membuatkan masing-masing tersenyum.Begitulah Tuan Ilham,cukup peramah dan sentiasa menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya.

“Sebelum kita mulakan mesyuarat hari ini ,saya nak kenalkan dengan seseorang.Pasti semuanya tertanya-tanya siapa lelaki yang bersama saya ini.Saya kenalkan Zhafif Ashraf.Dia akan dilantik sebagai Pengurus Operasi syarikat ini.Jadi ini bermakna tugas-tugas berkaitan operasi syarikat yang di laksanakan oleh Hana selama ini akan di ambil alih oleh Zhafif.”Semua mata tertumpu padaku dan Zhafif.Mungkin mereka terkejut dengan keputusan Tuan Ilham tetapi tidak bagiku kerana Tuan Ilham sudah memaklumkan padaku mengenai perkara ini.

“Ini bukan bermakna kerja Hana tidak bagus,malah Hana merupakan pekerja saya yang cukup cekap dan berdedikasi.Tetapi memandangkan Hana memegang dua position yang berat dengan kerja-kerja yang semakin bertambah,jadi saya mengambil keputusan untuk memisahkan bahagian operasi dan pemasaran.Hana akan di kekalkan sebagai Pengurus Pemasaran.Saya harap Hana dan Zhafif boleh bekerjasama dengan baik.”Hana menganggukkan kepala tanda dia akan memberikan kerjasama.Namun dia terkedu sebaik bertentang pandangan dengan lelaki itu.Pandangan lelaki itu tajam merenungnya.Apahal mamat ni pandang aku macam tu.Hana resah.Segera pandangannya di larikan ke wajah Tuan Ilham.Tidak mahu fikirannya terganggu dengan renungan itu.

“Hana dan Zhafif tunggu sebentar.Saya nak bincang dengan awak berdua.Yang lain boleh bersurai.”Hana menanti dalam resah.Sedari mula mesyuarat hingga saat ini dia tidak betah di bilik itu.Bukan kerana tidak gemar menghadiri mesyuarat tetapi dia resah dengan lelaki di hadapannya yang baru di kenalinya sebentar tadi.Dia perasan Zhafif kerap merenungnya tajam.Sungguh dia tak selesa.

“Zhafif ini Hana.I already told you about her.She is one of my staf yang very hard working dan komited dengan kerjanya.Fif boleh belajar dari Hana.Dia dah ada banyak pengalaman.”Hana sedikit bangga di puji oleh majikannya.

“Hana,Zhafif ni anak saudara saya.Sudah lama duduk di Negara orang baru sekarang nak balik Malaysia.Ingatkan sudah lupa pada tanah air sendiri.Saya harap Hana dapat membantu Zhafif.Kalau ada apa-apa masalah inform saya.”Entah kenapa ada rasa tidak senang di hati Hana mengenai lelaki itu.Mainan perasaan aku je kot.Seboleh mungkin perasaan tidak enak itu cuba di usir jauh.

Here is the original post:
Novel : Biarkan Semalam Berlalu 4

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG