Nama Pena : Amauni
DATO’ Adham sedang berehat-rehat sambil membaca akhbar di taman yang terletak di halaman rumah banglo tiga tingkatnya. Lanskap taman itu yang berkonsepkan moden dan kehijauan tumbuhan menambah seri halaman banglo itu sekaligus mewujudkan rasa tenteram tatkala beristirehat di waktu petang seperti ini. Setelah penat bekerja, Dato’ Adham memang lebih suka berehat di rumahnya bertemankan isteri tercinta, Datin Hazwani.
“Wani, mana anak-anak?” Dato’ Adham bersuara sambil melipat surat khabar yang sudah habis dibacanya. Pandangannya tumpah ke wajah Datin Hazwani disebelahnya.
“Ira belum lagi balik. Dia cakap nak pergi jumpa kawan tadi. Ifa pula..kan ada di asrama. Takkan abang lupa kot!” Datin Hazwani menggeleng-geleng mengenangkan sikap pelupa suaminya sejak kebelakangan ini. Dia tersenyum akhirnya apabila melihatkan gelagat suaminya yang berkerut-kerut.
“Eh, iya ke? Abang ni memang dah jadi pelupa sekarang ni!” sengih Dato’ Adham. Dia menghirup sedikit air kopi yang sudah lama terhidang di hadapannya sedari tadi. Seingatnya tadi pembantu rumah mereka, Mak Minahlah yang datang menghidang minuman petang ketika dia sedang sibuk membaca akhbar.
“Apa cerita Ifa sekarang ni, Wani?” Dato’ Adham menyoal perihal anak sulungnya yang berada di asrama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) itu. Dia maklum bahawa Nazifa sudah berada di tahun terakhirnya. Dia ingin mengetahui perkembangan terperinci anaknya itu dari isterinya yang selalu menghubungi Nazifa. Bukan dia sendiri tidak mahu menghubungi anaknya itu tetapi kesibukan kerja di pejabat tidak mengizinkannya mencuri masa untuk berbual walau seketika. Tambahan pula sekarang ini dia telah mendapat projek usahasama besar-besaran yang bernilai ratusan juta ringgit. Waktu petang sebegini pula selalunya dihabiskan di pejabat, menguruskan pasal projek besar-besaran itu. Cuma hari ini sahaja dia mendapat sedikit kelapangan untuknya beristirehat dirumah. Jadi, melalui isterinya lah dia merisik khabar tentang anak kesayangannya itu.
“Ifa cakap sekarang ni dia tengah busy dengan final project dia. Kerja lain pun berlambak, bang! Kesian jugak saya dengar rintihan dia semalam!” ujar Datin Hazwani menerangkan keadaan Nazifa. Dato’ Adham yang mendengar hanya terangguk-angguk tanda memahami butir bicara isterinya itu.
“Abang taknak call Ifa sendiri tanya ke? Dah banyak kali jugak dia tanya pasal abang. Rindulah tu agaknya!” sayu suara Datin Hazwani tiba-tiba apabila mengenangkan perasaan Nazifa yang terlalu merindui bapanya kerana bapanya itu sudah lama tidak menelefon, jauh sekali berjumpa dengannya. Nazifa juga sudah sebulan tidak balik ke rumah kerana kesibukan ditahun akhirnya.
Walaupun jarak antara UNITEN dengan rumah mereka tidaklah jauh mana, Nazifa lebih selesa tinggal di asrama. Bayangkan, jauh manalah sangat UNITEN di kawasan Bangi, Selangor dengan rumah mereka yang terletak di Subang Jaya. Senang sedikit mahu menyiapkan kerja, begitulah kata-kata Nazifa. Sememangnya Nazifa seorang yang bertanggungjawab. Sifatnya yang suka merendah diri tidak seperti anak orang berada itulah yang selalu dibangga-banggakan oleh Datin Hazwani. Dia bangga mempunyai seorang anak yang tahu menjaga diri dan mendengar kata.
“Kejap lagi abang call dia, Wani!” ujar Dato’ Adham sambil tersenyum manis ke arah isterinya. Lamunan Datin Hazwani terhenti. Hatinya tiba-tiba berbunga riang. Dia memandang penuh kasih wajah suaminya itu. Dia tahu, suaminya tidak akan sesekali melupakan isteri dan anak-anaknya meskipun dia sibuk di pejabat. Lagipun Datin Hazwani yakin yang suaminya itu bekerja keras selama ini pun demi mereka sekeluarga.
“Iyalah, bang. Elok la tu abang call Ifa. Wani tau dia rindu sangat dengan abang!” senyuman terukir indah dibibir Datin Hazwani.
“HELLO, assalamualaikum sweetheart. How are you, my baby?” suara Dato’ Adham kedengaran garau dicorong telefon itu. Nazifa yang mendengar suara bapanya terus berubah riak wajah girang.
“Waalaikumussalam, Papa! Papa I’ve missed you so much!” teriak Nazifa girang. Dia benar-benar gembira mendengar suara bapanya. Rasa rindu terhadap bapanya yang selalu membungkam terasa terubat sudah.
“Ya papa tahu Ifa rindu papa, sebab tu papa call ni,” suara Dato’ Adham kedengaran lembut.
“Papa, bila papa nak datang lawat Ifa? Ifa rindu la nak dating dengan papa!” rengek Nazifa manja. Memang sejak kecil, Nazifa lebih rapat dengan bapanya berbanding ibunya. Yang rapat dengan ibunya pula adalah adiknya, Nazira. Tetapi itu tidak membuatkan hubungan mereka sekeluarga menjadi renggang. Mereka tetap rapat walaupun hakikatnya Nazifa lebih rapat dengan bapanya. Semua itu tidak menjejaskan hubungannya dengan ibunya. Sesungguhnya dia menyayangi kesemua ahli keluarganya.
“Ermm..buat masa sekarang ni papa busy sikit. Tapi papa janji nanti papa akan bawa kita sekeluarga bercuti kat Korea. Nanti kita dating puas-puas, ya?” Dato’ Adham ketawa kecil mendengar rengusan pendek anak sulungnya itu. Nazifa memuncungkan bibirnya tanda memprotes walaupun dia tahu yang bapanya tidak nampak perlakuannya saat itu.
“Ala, pa! Ifa rindu papa ni!” rengek Nazifa lagi.
“Papa janji yang tadi tu, nanti kita dating la. Lagipun Ifa pun busy dengan final project Ifa, kan?” Dato’ Adham cuba memujuk Nazifa.
“Aik? How do you know?” dahi Nazifa terkerut-kerut. Sangkanya bapanya langsung tidak mengetahui perkembangannya disini.
“You think I don’t know? Papa tahulah, Ifa. Tiap-tiap hari papa tanya pasal Ifa kat mama Ifa, tau?” tawa Dato’ Adham pendek. Nazifa teringatkan ibunya yang memang saban hari menelefon bertanyakan khabar dirinya. Rupa-rupanya ibunya telah menceritakan semuanya pada bapanya. Dia tersenyum sendirian. Hatinya sudah terpujuk dengan kata-kata bapanya.
“Ala, mama ni memang tak surprise!” giliran Nazifa pula ketawa kecil. Dato’ Adham juga kedengaran melepaskan tawa dihujung corong telefon itu. Dia menggeleng-geleng memikirkan kerenah anak sulungnya yang seorang itu.
“Pa, Ifa cuti hujung bulan ni lepas habis final exam! Ifa balik nanti, Ifa taknak papa busy sangat. Nanti Ifa nak heret papa jalan-jalan!” seloroh Nazifa.
“Insya-Allah, sayang. Papa akan cuba luangkan masa nanti, ok?” Dato’ Adham tersenyum mendengar kata-kata anaknya. “Oklah, Ifa. Papa nak mandi ni, mama Ifa dah riuh sekampung tu. Lagipun tak lama lagi dah nak masuk maghrib,” Dato’ Adham cuba berjenaka menyebut pasal ibu Nazifa yang tengah meleter tidak jauh darinya. Nazifa menjeling jam di tangannya yang sudahpun menunjukkan pukul 7.15 malam. Dia hanya tersengih apabila terdengar riuh suara ibunya yang sayup-sayup dari corong telefon itu.
“Ok, Pa. Don’t forget me because I am always remember you!” riang suara Nazifa kerana rindunya sudah terubat. Namun dia tetap terasa sayu, entah bila lagi bapanya itu akan menelefon. Dia faham benar rutin bapanya itu yang selalu sibuk di pejabat. Nazifa menjawab salam bapanya lalu meletakkan gagang telefon. Kemudian dia termenung memikirkan kerinduannya yang meluap-luap terhadap keluarganya. ‘Sabarlah hati, hujung bulan dah tak lama lagi!’ detik hati Nazifa.
Go here to read the rest:
Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 2
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |