Nama Pena : Kak Lyne
Bab3
“Jeff! How”s thing? Dah dapat belum?” Mona bertanya setiap kali mereka bertemu selepas kuliah.
“Relaks lah Mona, Ini Jefferylah,”
“Bukan apa, I takut you kalah bet kita. Malu le nanti. I dah jalankan tugas I pujuk Lily, Lily pun dah macam setuju je. You macam tak ada apa-apa action pun.”
“Relaklah Mona, You pulak yang susah hati ni, apesal. Are you afraid to lose?” sindir Jeffery.
Mona memuncungkan bibirnya yang bergincu merah terus berlalu. Malas nak melayan Jeffery.
Setelah Mona berlalu Jeffery termenung. Sebenar, betul juga kata-kata Mona. Jeffery belum buat apa-apa pun rancangan bagaimana nak pikat budak kantin tu. Nama dia pun Jeffery tak tahu. Kalau dia pergi ke kafetaria dengan kawan-kawan dia, susah sikit dia hendak menghampiri budak kantin tu. Mereka akan membuat kacau. Budak kantin tu lari dengan ejekan dan sindiran mereka. Jeffery kena tukar taktik kalau dia nak cuba dekati budak perempuan tu. Dia tak mahu kalah dalam cabaran ini. Ini bukan soal duit, ini soal maruah.
Lewat petang, selepas amali makmal, Jeffery sengaja ajak Ramli untuk makan bersama-sama di kafetaria. Ramli adalah teman kerja Jeffery dalam makmal. Ramli pendiam dan serious orangnya, bukan macam kawan-kawan Jeffery lain yang bising dan kasar. Ramli kelihatan matang dan ring bertindak lebih bijak dari mereka yang lain. Jeffery tahu Ramli rajin belajar berbanding dengan mereka yang lain kerana kehadiran Ramli di kolej ini kerana mendapat biasiswa pelajar cemerlang. Bukan macam mereka yang di tanggung sepenuhnya oleh keluarga.
“Hai Hana, apa kabar?” tegur Ramli setelah mereka tiba di kafetaria.
“Baik, Abang Ramli. Lewatnya abang Ramli makan hari ni?” Jawap Hana sambil melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Memandangkan kafetaria Mak Chak ini terletak di kawasan pentadbiran dan kawasan dewan kuliah kolej, orang jarang datang makan pada waktu malam. Jadi selalunya mereka tutup perniagaan pada waktu ini. Ada beberapa pelanggan sahaja yang berada di kafetaria ini selain Ramli dan Jeffery. Itu pun mereka cuma minum-minum sahaja selepas tamat bersukan.
Jeffery cuma diam tetapi dia memasang telinga mendengar perbualan mereka,
“Oh! namanya Hana. Ok not bad,” memang tepat langkah Jefferey membawa Ramli makan petang ni.
“Makmal habis lambat hari ni,” Ramli pun jarang makan di kafetaria ini kerana selalunya pada waktu petang atau malam dia akan makan di kafetaria yang terletak di kawasan hostel.
“Kawan abang ajak minum petang kat sini,” ajakan Jeffery memang dirasakan agak pelik tetapi Ramli akur sahaja kerana suka berkawan dengan Jeffery. Memang dia nakal dan liar sedikit tetapi Jeffery amat hormat dan baik dengan Ramli. Sikap hormat ini membuatkan Ramli boleh berkawan rapat dengan Jeff, Malahan mereka menjadi rakan makmal sejak tahun satu lagi. Yang Ramli tidak tahu ialah Jeffery sedar Ramli budak pandai dan rajin, mudah bagi dia mendapat bantuan Ramli sama ada dari segi kerja-kerja, laporan amali, nota-nota kuliah dan juga soalan dan jawapan kertas ramalan peperiksaan. Kadang-kala Jeffery tiru sahaja tugasan-tugasan atau laporan amali makmal Ramli. Ramli terpaksa benarkan sebab selalunya masa sudah suntuk baru Jeffery datang merayu untuk meniru kerjanya, jadi Ramli tidak sampai hati untuk mengatakan tidak walaupun dia sedar semua ini tidak akan membantu Jeffery, malahan akan merugikan Jeffery akhirnya.
“Abang nak makan nasi goreng kampong dan minuman , nak teh ais.”
Hana menulis pesanan Ramli, kemudian beraleh perhatiannya kepada Jeffery.
“Encik hendak ordar apa. “
“Mee goreng, tak mahu taugeh, tak mau ayam dan coke,” jawap Jeffery ringkas. Dia memandang sahaja Hana masuk ke dalam dapur kafetaria untuk menyediakan pesanan makanan .
Otaknya berfikir pantas bagaimana dia hendak menarik perhatian budak kantin itu sehingga dia boleh mengajak gadis itu ke parti Mona tanpa membuat Jeffery kelihatan seperti terlalu terdesak. Bukannya lama lagi. Dua minggu telah berlalu sejak mereka membuat pertaruhan hari itu. Sejak hari itu Jeffery belum pun berganjak pun dari titik permulaan. Sambil menunggu makanan siap mereka berbual-bual mengenai latihan amali yang mereka jalankan tadi dan berjanji untuk bertemu di perpustakaan malam nanti untuk perbincangan lanjut.
Tidak lama selepas itu, Hana keluar membawa makan yang di pesan mereka. Setelah menghidangkan makanan, Hana melangkah untuk beredar. Tiba-tiba Ramli menahannya. “Duduklah dulu Hana, bukan ada orang dah yang nak makan lagi Mesti Hana penat kerja sepanjang hari,” Jeffery cuma mengangguk mengiyakan pelawaan Ramli.
“Bagus betul Ramli ni,” kata Jeffery dalam hatinya, memudahkan kerja bagi Jeffery.
“Ini kawan Abang, Jeff,” Ramli kenalkan setelah Hana duduk di sebelah Ramli. Hana mengangguk sambil memberi senyuman sebagai tanda pengenalan tetapi tiba-tiba Jeffery menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.
“Hello! Saya Jeff,” dengan penuh hormat. Mahu tidak mahu Hana terpaksa menyambut tangan Jeffery, walaupun bukan sesuatu yang biasa bagi Hana untuk berjabat tangan dengan lelaki.
“Saya Hana,” malunya Hana, dia perasaan tangannya terasa kasar dan mungkin berbau kerana sepanjang pagi dia mengupas bawang putih. Mukanya pula terasa berminyak-minyak, setelah seharian bekerja di kafetaria ini.
“Hana ni sama negari dengan Aku, dari Kedah,” terang Ramli.
“Patut lah Ramli macam too protective, satu kapal rupanya,” Jeffery mengerutu sendirian. Jeffery kena berhati-hati, kalau Ramli tahu tujuan Jeffery mesti Ramli akan halang niatnya.
“Oh, di sini tinggal dengan siapa?” Tanya Jeffery berpura-pura perihatin.
“Dok dengan Mak Chak,” jawap Hana. Jeffery terasa hendak tergelak dengan loghat Hana, tetapi ketawanya itu di ditahannya.
“Hana baru aje kan kerja di sini?”
Hana mengangguk sambil menjawap, “baru dua bulan”.
“Jadi, sudah jalan-jalan ke di Kuala Lumpur ni?”
“Belum! Tak ada masa, sibuk setiap hari.”
“Oh!”… Jeffery kemudiannya diam. Dia kena jalankan rancangannya dengan hati-hati dan bersabar. Dia tidak mahu menimbulkan syak wasangka. Itu pun Ramli sudah memandang dia semacam, mesti Ramli fikir kenapa agaknya Jeffery begitu ramah pulak hari ini. Selalunya dia tak perduli orang lain kecuali kalau gadis-gadis seksi yang kaya-kaya. Setahu Ramli kalau gadis kampong macam Hana ni, sebelah mata pun Jeffery tidak pandang.
**************************************
Besoknya Jeffery datang lagi ke kafetaria bila hampir waktu mereka hendak tutup kedai, tetapi kali ini seorang diri. Dia makan seorang diri dan kelihatan seperti bermuram durja. Hana memerhatikan sahaja Jeffery dari dalam dapur. Melihat Jeffery sendirian, timbul pulak rasa kasihan terhadap pemuda itu. Selama tiga hari berturut-turut menjadi rutin Jeffery datang bila lewat petang. Kadang kala dia makan sambil membaca bukunya, kadang-kala dia cuma duduk termenung sendirian.
Kasihan Hana melihatnya. Ke mana perginya teman wanita yang selalu Hana lihat mendampinginya sebelum ini? Perempuan itu betul cantik dan bergaya, padam dengan Jeff yang kacak. Mereka sudah berpisah ke? Hana tertanya-tanya. Sebenarnya perlakuan Jeffery kian menarik minatnya dari hari ke sehari.
Petang itu Hana tertunggu-tunggu di kafetaria. Hari sudah merangkak senja tetapi Jeffery tidak muncul seperti yang dilakukan sejak seminggu ini.
“Hana, hang sapu kat depan tu, lepas ni kita tutup kedai lah,” seru Mak Chak.
“Orang pun tak mai lagi dah. Dah senja ni. Mak Chak nak balik dulu lah Hana, ada orang nak mai rumah. Lepas ni Hana, Soed dan Timah cuci kat dalam, lepas tu Hana tutup kedai no!” sambung Mak Chak lagi
“Baiklah Mak Chak.”
“Tak pa ka Hana sorang-sorang?”
“Kak Timah dan Soedkan ada.”
“Tapi nanti nak naik bas nanti ?”
“Tak pa…Hana boleh balik sendiri nanti.”
“Jangan! Hang mesti balik dengan Timah dan Soed juga.”
“Baik la Mak Chak.”
“Macam tu Mak Chak balik dulu no. Cepat hang sapu sampah,” Mak Chak membuka lalu melipat apronnya, lalu terus beredar dengan van rusanya.
Hana pula segera mencapai penyapu dan mula hendak menyapu sampah. Kenapa pulak dia rasa kecewa hari ni? Kenapa Jeffery tidak datang makan petang ni?. Di dalam dapur Soed dan Kak Timah sudah mula mengemas dan mencuci periuk dan kuali. Sebentar pintu roller kaunter di tutup oleh Soed. Hana pun sudah hampir selesai menyapu sampah, dia berjalan hendak masuk ke dalam untuk meyimpan penyapu.
“Hai Hana,” Jeffery menyapa dari belakang.
Hana Menoleh terkejut, “Jeff!”
“Sudah tutup ke?” Tanya Jeffery, wajahnya nampak hampa.
Hanya menyandarkan penyapu di pintu, lalu mengesatkan kedua-dua tangannya di belakang bajunya.
“Kami dah tutup, Jeff….. Jeff nak makan ka?” tanya Hana
“Uh .. uh ..Saya lapar.”
“Lambat Jeff hari ini,” soal Hana lagi.
“Saya leka belajar di library, terlupa masa berjalan, tahu-tahu jam sudah dekat pukul tujuh,” Hana betul-betul kagum dengan Jeffery, tekun sungguh dia belajar.
“Saya makan di sini sebab lepas ni saya nak sambung belajar di library,” Jeffery menunjukkan muka yang hampa. Dia mesti dapat apa yang dirancang dalam masa terdekat ini. Dia sudah kesuntukkan masa.
“Rajinnya Jeff belajar, tabik saya,” ujar Hana yang tidak sekali-kali menjangka apa yang di dalam fikiran Jeffery.
“Semester ini semester akhir, saya kena dapat keputusan yang cemerlang, baru dapat further study,”
“Mesti lepas ni Jeff pi luar negara,” Hana cuba mendapat maklumat mengenai Jeff yang semakin hari semakin menarik hatinya. Tidak di sangka orang macam Jeff boleh menjadi kawannya. Baiknya hati Jeffery, walau pun anak orang berada tetapi tidak pernah nampak dia membeza-bezakan antara pelajar-pelajar lain dengan Hana, budak kantin dari kampong.
“Oh tidak, saya lebih suka belajar di Malaysia. Di kolej pun boleh further study. Sejak akhir-akhir ni saya rasa di sini lagi best,” jawab Jeff sambil berkias sambil matanya memandang Hana dengan tajam.
Ternyata helah Jeffery mengena sekali. Seronok betul hati Hana mendengar pengakuan Jeffery. Maknanya dia akan dapat bersama Jeff di semester-semester yang akan datang. Tiba-tiba saja dirasakan harapannya mengunung tinggi.
“Tak apalah, saya nak pergi makan kat luar, nanti lambat saya nak sambung belajar,” kata Jeff, berpura-pura hendak beredar.
“Eh!.Sssaya boleh sediakan makanan kalau Jeff mau,” tiba-tiba sahaja perkataan itu terpacul dari mulut Hana.
Jeff terhenti. Memang ini yang dirancangnya sejak petang tadi. Sejak tengahari Jeffery keluar dengan Wan dan rakan-rakan yang lain bermain bowling. Dia leka bermain sehingga lupa pasal rancangannya. Sebab itu dia lewat sampai ke kafetaria tadi.
“Betul ke? Tak susahkan Hana ke?”
“Betui, Jeff hendak makan apa? Mee Goreng?” setahu Hana makan kegemaran Jeffery ialah mee goreng.
“Mee goreng, tak mahu taugeh, tak mau ayam dan coke,” sambut Jeffery sambil memberikan senyumannya yang paling memikat sekali. Hana terpana dengan senyuman Jeffery itu.
See the original post here:
Novel : Hadir mu, Takdir ku 3
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Cerpen : Kasih seorang suami
- Cerpen : Seri Cahaya Senyumanm...
- Cerpen : Aku Anak Palestin
- Cerpen : Sorry seem to be the ...
- Cerpen : Cinta Itu Tetap Milik...
- Cerpen : Hati Buat Gadisku
- Novel : Mendamba hidayah-MU 1
- Novel : Antara Benci dan Rindu...
- Novel : Lemonade 33
- Novel : Lemonade 32
- Novel : Lemonade 32
- Novel : Jodoh atau Cinta 26
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |