Nama Pena : Ridhwan Zainudin

KERETA WAJA berwarna silver metallic itu memberi isyarat membelok ke kiri. Rosalina menguap tanda mengantuk. Selepas menikmati makan malam dengan Hafiz Hakimi, lelaki itu mengajaknya menonton wayang. Sudahnya, jam menginjak ke pukul 11.30 malam, baru dia memandu pulang ke rumah. Rosalina melihat dalam rumahnya gelap. Pasti Mariam sudah lena dibuai mimpi. Mujur masih ada lampu kalimantang yang dipasang di luar rumah. Tambahan pula, lampu jalan yang terletak tidak jauh dari situ, turut menerangi kawasan perumahan teres dua tingkat itu.

Rosalina keluar dari perut kereta Wajanya tanpa mematikan enjin. Tiba-tiba terasa tangannya ditarik. Hendak sahaja dia menjerit tapi mulutnya sudah ditekupkan. Namun, Rosalina cuba meronta-ronta minta dilepaskan sambil hatinya berdoa agar dia selamat.

“Lina, bertenang. Ini saya, Hasri,”

Rosalina tidak lagi meronta. Hampir terbang semangatnya tadi. Kenapa lelaki ini sanggup bertindak begitu?

“Awak dah gila? Saya ingatkan pencuri tadi,” marah Rosalina.

“Maaf, saya tak berniat nak takutkan awak,” ujar Farhan Hasri.

“Apa yang awak nak jumpa saya malam-malam buta ni? Siang tak boleh jumpa?”

Farhan Hasri memandang Rosalina yang menarik muka masam. Pasti gadis itu terkejut dengan tindakannya tadi. Sudah hampir satu jam dia menunggu kelibat gadis itu. Hatinya meronta-ronta untuk menatap wajah Rosalina, untuk mendengar suara Rosalina kerana ada rindu jauh di dasar hati.

“Cepat betul awak dapat pengganti saya ya?” pertanyaan Rosalina tadi dijawab dengan pertanyaan oleh Farhan Hasri.

Rosalina mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan soalan lelaki di hadapannya. Farhan Hasri tersengih, menampakan barisan giginya yang putih tersusun.

“Siapa lelaki yang bersama awak di restoran tadi?”

Barulah Rosalina mengerti. Dia tidak menyangka Farhan Hasri akan melihatnya bersama-sama Hafiz Hakimi secepat itu.

“Kawan. Sepupu Hasliza,” jawab Rosalina berterus-terang.

“Kawan je?”

“Yalah, kami baru kenal. Kenapa awak nak tahu?”

“Kami akan bertunang,” Farhan Hasri mengubah tajuk perbualan tiba-tiba.

“Saya tahu,” jawab Rosalina, ringkas.

Farhan Hasri cuba mengesan riak kecewa di wajah Rosalina namun hampa. Gadis itu tampak tenang mendengar kata-kata yang diucapkannya tadi.

“Tahniah! Semoga awak berdua bahagia,” sambung Rosalina.

“Awak yakin dengan keputusan awak?” duga Farhan Hasri.

“Maksud Farhan?”

“Awak yakin dengan perpisahan kita?”

Ah, untuk apa diungkit cerita lama duhai lelaki? Hati ini sudah tertutup. Lagipun, kau akan menjadi milik wanita lain tidak lama lagi. Untuk apa aku kesali tamatnya hubungan cinta kita?

“Sudahlah, hari dah lewat. Tak manis kita duduk berdua begini. Pergilah,” hanya itu yang mampu Rosalina tuturkan.

“Awak menghalau saya?”

“Terpulanglah bagaimana awak mentafsirkan kata-kata saya tadi. Farhan, terus-terang, berada di sisi awak, sangat meletihkan. Jadi, tolong jangan ganggu saya lagi selepas ini,” dalih Rosalina.

“Bohong! Saya yakin awak masih cintakan saya. Dari mata awak, saya masih dapat mengesan kasih sayang yang mendalam untuk saya,”

Rosalina mengukir senyuman tawar. Ya, kata-kata Farhan Hasri memang tepat. Dia tidak tegar melupakan perasaannya pada lelaki itu. Hanya lelaki itu yang dicintai setulus hati.

“Sudahlah awak. Dah lewat ni, baliklah…”

Farhan Hasri berlalu pergi tanpa sepatah kata. Rosalina berasa kakinya lemah lalu segera bersandar di pintu keretanya. Air jernih berladung di kolam mata. Sampai bila keadaan harus begini? Sampai bila dia perlu bergelumang dengan perasaan yang menyesakkan dada ini? Sampai bila?

* * * * *

SIANG tiba jua menyebabkan malam terpaksa mengundur diri sementara. Hasliza menanti ketibaan Farhan Hasri yang akan menghantarnya ke pejabat pagi itu. Sejak beberapa minggu yang lepas, lelaki itu yang menghantar dan menjemputnya pulang. Bukannya Hasliza tidak boleh memandu, malah dia juga punya kereta tapi memandangkan kesungguhan Farhan Hasri untuk membantu, dia merelakan. Lagipun, dia gembira begitu. Terasa keprihatinan lelaki itu, menambahkan lagi rasa cintanya. Lima minit menunggu, kelibat Farhan Hasri masih belum tiba. Hasliza mengambil telefon bimbit dari dalam beg tangannya. Nombor telefon Farhan Hasri yang memang sudah berada dalam kepalanya didail. Seketika, tiada jawapan. Kenapa tidak dijawab panggilannya? Hasliza memutuskan panggilan lalu mendail nombor telefon rumah lelaki itu. Farhan Hasri tinggal bersama-sama keluarganya. Pasti ibunya tahu ke mana lelaki itu.

“Assalammualaikum,” ucap Hasliza.

“Waalaikummussalam. Liza ke tu?”

“Ya, makcik. Liza ni. Farhan ada makcik?”

“Sejak semalam dia tak balik. Katanya banyak kerja di pejabat. Kamu tak telefon handphone dia?” soal ibu Farhan Hasri.

“Dah makcik tapi tak diangkat. Tidur lagilah tu,” jawab Hasliza, cuba menenangkan hatinya.

“Agaknyalah. Dia tidur di pejabat rasanya,”

“Mungkin kot. Tak apalah makcik. Terima kasih. Assalammualaikum,” ujar Hasliza lalu menamatkan panggilan.

Hatinya mula membahang. Kenapa Farhan Hasri tidak menghubunginya? Kalau nak tinggal di pejabat pun, beritahulah. Nampaknya, dia harus memandu hari ini. Hasliza menaip mesej untuk dihantar kepada bakal tunangnya itu. Memberitahu yang dia sudah ke pejabat, memandu sendiri.

“Banyak sangat kerjakah di pejabat?” desis hati Hasliza lalu masuk semula ke dalam rumah, mencapai kunci kereta Kelisanya lalu keluar semula ke halaman.

Enjin kereta dihidupkan. Beg bimbitnya diletakkan di tempat duduk belakang. Dia dikejutkan dengan bunyi hon. Pasti Farhan Hasri namun ternyata jangkaannya meleset. Bukan lelaki itu, tapi sepupunya Hafiz Hakimi. Apa tujuannya datang pagi-pagi begini?

* * * * *

“CIK, wakil dari Syarikat MHY akan tiba dalam lima belas minit lagi. Cik nak guna bilik mesyuarat ke?”

“Oh, tak apa. Saya akan berbincang di sini sahaja. Thanks ya Amy,” ujar Rosalina.

Sementara menanti ketibaan wakil dari Syarikat MHY itu, Rosalina mengambil peluang untuk menyemak planner bagi mengetahui jadualnya hari ini. Sedang asyik membelek setiap muka surat planner itu, ada sesuatu yang tercampak keluar. Roslina membongkok sedikit tubuhnya, mencapai helaian yang jatuh tadi. Sekeping gambar. Serta-merta hatinya diterpa hiba. Gambar ketika dia asyik dilanda gelora cinta dengan Farhan Hasri. Gambar mereka berdua yang ditangkap ketika bersiar-siar di pantai. Kenangan lalu, mula menjengah…

“Kenapa awak pilih saya?” tanya Rosalina.

“Sebab hati saya berdebar ketika bersama-sama awak,”

“Hanya itu?”

“Selebihnya, awak menghadirkan satu rasa yang mana menjadikan saya bersemangat untuk terus melangkah,” jawab Farhan Hasri.

“Ah, ada-ada sahaja awak ni,” Rosalina sudah tersipu malu.

“Kenapa pula awak pilih saya?” giliran Farhan Hasri bertanya soalan yang sama.

“Sebab dah tak ada orang lain,” usik Rosalina.

“Hah?”

“Hehehe… tak adalah, gurau je,”

“Oh, nak kenakan saya ya,” ujar Farhan Hasri lalu menjentik perlahan hidung Rosalina membuatkan gadis itu mengaduh kecil.

“Sakitlah… jahat awak ni,”

“Sapa suruh awak usik saya. Sekarang cakap, kenapa awak pilih saya?”

“Hmm… kalau awak belikan saya aiskrim coklat dalam masa dua minit, saya akan cakap,”

“Okey, tunggu! Beri saya seminit je,” ujar Farhan Hasri lalu segera mencari penjual aiskrim.

Rosalina memerhati telatah Farhan Hasri yang tidak keruan mencari penjual aiskrim. Rosalina tahu, petang-petang begini memang sukar untuk mencari penjual aiskrim. Sengaja Rosalina mengusik lelaki itu. Kita tengok, dia jumpa tak aiskrim coklat tu.

Remang senja sudah mula kelihatan di kaki langit. Mentari sudah mula perlahan-lahan terbenam di balik lautan sebelah sana. Kicauan beburung, mula menggamatkan petang Khamis itu. Rosalina melihat jam di tangan. Masih ada satu minit lagi. Nampaknya Farhan Hasri tak mungkin berjaya.

“Kak!”

Rosalina berpaling ke kiri. Seorang kanak-kanak lelaki bersama-sama sebatang aiskrim di tangan sedang merenung ke arahnya.

“Ada abang bagi,”

Rosalina mengambil aiskrim tersebut dari tangan kanak-kanak lelaki itu sambil mengucapkan terima kasih. Pelik, ke mana Farhan Hasri menghilang? Mata Rosalina mula meliar mencari kelibat teman lelakinya itu tapi tidak ketemu. Apakah lelaki itu telah meninggalkannya? Ah, tak mungkinlah!

“Hah!”

“Oh, mak kau masak kari!” Rosalina melatah.

Gelak-tawa yang kuat kedengaran di telinga Rosalina sekaligus membuatkan gadis itu menarik muka masam.

“Mak saya tak masak kari hari ni,” ujar Farhan Hasri masih dalam ketawa.

“Awak! Eii… geramnya!”

“Tak sangka awak ni melatah juga ya. Alala… janganlah marah, saya gurau je,”

“Huh!”

“Ala… tu, aiskrim. Makanlah, nanti cair pula,” pujuk Farhan Hasri.

“Nah! Ambillah. Dah tak ada selera,”

“Alala… merajuk pula tuan puteri ni. Patik minta maaf ok?”

“Tak mahu!”

“Cuba rasa dulu. Penat saya beli ni,”

“Tak mahu!” Rosalina masih bertegas.

“Okey, fine. Kalau tak mahu, saya makan dulu,” sengaja Farhan Hasri mengusik kekasih hatinya itu.

Hasri!”

“Hah, tahu takut. Nah, saya suapkan. Buka mulut… ngaaa…”

Rosalina tergelak kecil. Lelaki ini pandai mengambil hati. Sikapnya yang satu inilah yang menyebabkan Rosalina berasa gembira berada di sampingnya.

“Okey, sekarang cakap kenapa awak pilih saya?”

“Sebab saya rasa hangat berada di sisi awak. Rasa selamat dan dilindungi,” jawab Rosalina lalu mengambil aiskrim tadi dari tangan Farhan Hasri.

“Iya? Terharunya saya…”

“Perasanlah tu,”

* * * * *

BUNYI ketukan pintu menyentakkan Rosalina dari lamunan, membiarkan lamunannya tergantung tanpa tali. Ah, lama juga dia dihambat kenangan lalu. Kenangan yang tidak akan padam sampai bila-bila.

“Encik Farhan dah sampai Cik Ros,” ujar Amy, setiausahanya.

“Baiklah, panggil dia masuk,” arah Rosalina.

Hasri!” ucap Rosalina, terkejut.

“Selamat pagi. Apa khabar Cik Rosalina?”

“Er… se… selamat pagi. Khabar baik. Jemput duduk,” ujar Rosalina, agak kaget menerima kedatangan tetamu yang tidak disangka itu.

“Boleh kita mulakan?” tanya Farhan Hasri.

“Hah?”

“Are you okay?”

“Ah, I’m okay. Sure, teruskan,” balas Rosalina, masih dalam kejutan.

“Syarikat kami meminta cik untuk uruskan soal promosi pasaraya yang akan dibina berhampiran dengan Pantai Teluk 2. Memandangkan ia adalah projek usahasama antara syarikat saya dan syarikat cik, jadi, saya diminta untuk berbincang dengan cik tentangnya,” ujar Farhan Hasri memulakan perbincangan.

Fikiran Rosalina sudah melayang entah ke mana. Dia tidak biasa berbual secara formal dengan lelaki di hadapannya ini. Rosalina tidak mengerti. Dia sendiri tidak menyangka Farhan Hasri akan bekerjasama dengannya untuk projek kali ini. Memanglah dia tahu dia akan bekerja dengan lelaki bernama Farhan, tapi dia tidak menyangka yang lelaki itu adalah lelaki yang telah dilukakan hatinya.

“Cik? Cik Rosalina?” tegur Farhan Hasri.

“Maaf, maafkan saya. Boleh kita tundakan perbincangan ni? Saya rasa kurang sihat,”

“Baiklah kalau begitu. Saya minta diri dulu. Bye,” ujar Farhan Hasri lalu melangkah pergi.

Rosalina terpana. Farhan Hasri pergi tanpa bertanya adakah dia sihat atau tidak. Ke mana perginya sikap prihatin lelaki itu? Rosalina terkilan. Mungkin, lelaki itu sudah melenyapkan perasaan yang tercipta antara mereka.

Read more from the original source:
Novel : Kenangan Mengusik Jiwa 4

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG