Nama Pena : eima waffa
lepas aku dengar perbualan emma and the geng, aku mula menjauhkan diri dari emma. Tegurannya aku jawab acuh tak acuh. Bukan bercakap je, tengok dia pun aku rasa malas. ingatkan aku pernah puji dia melangit dulu buatkan aku terasa nak muntah. Jujur aku mengaku, aku memang ‘kureng’ dengan orang yang hipokrit dan plastik seperti emma. Nampak macam naif dan ingin berbaik dengan semua orang padahal baiknya ada maksud. Untuk kepentingan diri sendiri. Memang aku pun tak baik , tapi hipokrit dan plastik aku pastikan tak tersenarai dalam sikap buruk aku. Mintak dijauhkan tuhan terjadi.
malang pulak lepas tu aku juga yang jadi saksi beberapa lagi peristiwa yang menyebabkan rasa meluat aku terhadap emma semakin bertambah. Aku hairan kenapa aku jadi orang yang terpilih untuk melihat semua keburukan yang emma buat. Kenapa la bukan mel, daya atau jaja??
Dalam banyak-banyak benda yang emma dan geng dia buat depan aku, Kisah nana rebut ejat dari mel paling aku tak boleh lupa. Tapi mel terima apa yang dah berlaku dengan tenang.
“aku memang sedih jugak. Tapi aku sedih bukan sebab aku putus dengan ejat, tapi aku sedih sebab aku tak sangka selama ni aku boleh ter ‘couple’ dengan orang yang bodoh plus coward macam ejat. Macam manalah dia boleh terima nana yang dah memang terus terang gediknya tu and cakap nak putus ngan aku dalam mesej je??” mel geleng kepala.
“syukur jela kau putus dengan dia sekarang. Kalau kau sempat kawin pastu dia jatuh talak dalam mesej lagi la naya. At least kau dah tahu dia tak sesuai dengan kau yang bijak plus berani nih.” aku balas selamba. Mel ketawa dan mengangguk laju. Memang dia tak ambil masa lama lupakan ejat.
*********************************
” ila!”
Aku berpaling laju tapi sesaat lepas tu rasa menyesal pulak tak ignore kan je panggilan tu.
“erm..can I talk to you for a while?” emma tersenyum manja.
Manja? Please lah..aku takkan terpedaya dengan gaya baik+naif kau tu..
“pehal?”
“aku nak cakap erm..sorry…sal nana dengan ejat..aku tau nana tak patut rebut
ejat dari mel. Dia pun taw yang ejat tu….”
“eh..jap2..pehal pulak kau mintak maaf ngan aku..?kalu hal ni, better kau cakap ngan mel sendiri..tapi yang paling baik dan patutnya,nana yang mintak maaf..kan?” aku berpaling dan mula melangkah pergi.
“ila!” emma memanggil kuat tapi aku tetap melangkah tanpa menyahut atau berpaling untuk kali kedua.
” aku xfaham kenapa kau nak menyombong dengan aku! Kau mengelak sangat dari aku ni kenapa? Sebab aku ni cantik dan ramai peminat buat kau rasa inferior? Atau kau jealous sangat dengan aku sampai kau sengaja buat aku ni cam sampah je cuba baik ngan kau?!”
What??? Aku berhenti dan berpaling memandang emma.
” kenapa senyap?jawablah!”
“kau pehal?” aku pula yang menyoal. Heran jugak tengok minah ni naik minyak. Kenapa lah pilih waktu camni. Tak nampak ke aku tengah kemban dengan kain batik nak masuk mandi nih?
“aku tak puas hati cara kau layan aku..kenapa aku je yang kena berbaik ngan kau?? Kau buat macam aku ni..”
“ade aku suruh kau berbaik ngan aku??”
Emma terdiam lama. Hmm..aku memang xfaham dengan minah ni. Tadi beria sangat membebel.
” aku tak taw ape yang kau nak sampaikan sebenarnya. Tapi kalu pasal aku tak endahkan kau dua tiga bulan nih,aku rasa kau pun tahu sebab dia kan?? And one more thing..kau tak payah susah2 act depan aku atau mintak maaf ngan mel sal ejat atau nana.”
Emma macam terkejut dengar aku cakap macam tu.
“emma…i’ve already know your true colour..dah lama aku nampak semua tu..dan kau jangan ingat aku tak tahu plan kau tolong nana dapatkan ejat…banyak-banyak lelaki kat luar,aku heran kenapa ejat jugak yang korang nak..ops..i mean,nana berkenan…”
Emma terpempan. Kelu. Bisu.
“by the way, mase korang bincang pasal plan bodoh tu kat rak buku dalam library, aku tengah study kat meja belakang rak tu.” aku berkata perlahan sebelum terus melangkah masuk ke dalam bilik air.
Lepas peristiwa tu pulak, emma dan aku semakin dingin. Aku lansung tak hiraukan dia. Tapi emma pulak lain, dia semakin menunjukkan rasa tidak puas hati dengan aku. Mula memerli aku secara halus bila terjumpa..kadang memburukkan aku depan orang lain. Haih….kenapalah orang macam emma mesti wujud dalam dunia ni??? Aku tak ganggu hidup dia..tapi kenapa dia tak boleh biarkan je aku hidup dengan tenang?
Sejak hari aku bidas perlakuan dan perangai emma, hidup aku tak pernah tenang kat kampus..menyesal sebab pilih tak kawan dengan emma? Hmm..setakat ni tak pernah lagi timbul rasa menyesal tu.
” plastik tak mungkin sama dengan kaca, kalau nak buang dalam tong sampah pun kena asing jugak…plastik senang dapat dan murah, kaca lebih mahal dan cantik.
Emma and the gang tu plastik. Tapi kita bukan kaca jugak..” kata mel.
Aku garu kepala. ” abes tu? kertas??”
” kertas hotak kau…ingat ni tong sampah kitar semula??”
aku tersengih bodoh.
” kita ni bukan kaca..kaca tu rapuh,senang pecah..kita ni paling susah nak cari dan dapat…mahal pun ye jugak.” mel tersenyum.
Aku garu lengan pulak.
” we’re diamond babe..” terang mel sebelum aku garu kaki.
Huh?Yelah tu….
***************************
CHAPTER 3
Aku melangkah malas menuju ke café. Hari ni kelas start dari pukul 8 sampailah pukul 4 petang nih baru habis. Sempat semayang dengan makan sekejap je pukul 1.30 tadi. Pukul 2 dah start balik. Hari rabu ni la yang paling aku tak suka. Full giler…kalau bukan sebab ayie merayu-rayu dlm telefon semalam cakap nak jumpa kat kafe, aku dah syok tidur sekarang.Tilam dengan bantal dalam bilik tu macam dah lambai-lambai je..penat siot…bukannya tak boleh jumpa kat rumah mamat nih. Hari jumaat ni pun mama dah arah dua-dua balik. Muktamad. Yela..rumah dekat je, nak balik tu punyalah susah.hihi…tapi ayie tu bersungguh-sungguh la sangat nak jumpa adik kesayangan dia nih kat kafe, tak pernah-pernah pulak seumur hidup aku ni dia call aku merayu nak jumpa. sebelum ni terserempak aku tepi jalan pun buat nampak tak nampak je. Padahal memang aku yang selalu larikan diri bila nampak ayie tepi jalan. Tak sanggup la aku kena buli depan kawan-kawan dia. Jatuh la saham aku yang dah memang tak tinggi nih….huhu..
Aku naik tangga dan berhenti di pintu café. Dah macam orang bodoh pulak tercegat kat situ dengan kepala kejap ke kanan kejap kekiri. Hish..mana ayie nih? Punyalah merayu kat aku cakap nak jumpa, siap janji nak tunggu setengah jam awal ,tapi sekarang bukan je batang hidung..bulu hidung pun memang dah confirm tak nampak! Saja nak kenakan aku la tuh..
Baru je berkira-kira nak patah balik ke blok, aku terpandang Ed melambai-lambai aku dari sudut paling hujung café tu. nak tak nak kena lah masuk jugak.
” kau ni rabun ke ila? Penat aku lambai dari tadi..ade ke patut tak perasan lansung..” Ed membebel lepas aku duduk.
“ha’ah…rabun jauh..” jawabku.
Dahi Ed berkerut. “nape tak pakai spec?”
“malas nak pakai, lens pun aku tak suka..leceh la..bukannya kronik pun.rabun sikit je.”
“sikit hape..naik lenguh tangan aku nih lambai ko..”Ed berkata perlahan.
Aku ketawa kecil.
“kau takyah nak bebel. Sape suruh ko duduk tempat ujung2 gini??mane la aku nak perasan…hah! mane mamat yang merayu-rayu sangat nak jumpa aku semalam tuh?bukan main cakap nak tunggu setengah jam awal semalam..”
Ed sengih. Kemudian dia menguak rambut kebelakang dengan kedua-dua tangannya.
aku mengangkat sebelah kening. Ed garu belakang kepala pulak..
“hmm…ayie punya kelas habis pukul 5 la ila…” terang Ed sambil tersengih bodoh.
Aku membuntangkan mata. Hampeh punya abang! Buang karan je kesian kat dia…
“ayie suruh aku tunggu kau kat sini pukul 4..ala..dah nak abes pun kelas dia tuh..ko dah makan?”
Aku angguk kepala. nak marah lebih-lebih kesian pulak kat mamat nih. Ayie..mampus la ko nanti..bukannya tak boleh jumpa petang sikit. Tak bagi can lansung aku nak rest..
Aku pandang Ed yang tengah sedut teh o ais. Mamat nih pun satu..ikut sangat cakap bestfriend dia yang sewel tu. buat apa la kau tercongok kat sini sejam semata-mata tunggu ayie abis kelas..haih..
“mengeluh nape?dahaga?order la..aku belanja.” Ed senyum.
Orang nak belanja, takkan nak tolakkan?hehe..aku order air bancau dengan kak chah café..bandung+cincau..kemudian aku tilik jam tangan..baru pukul 4.15..kenapa la masa tiba-tiba jadi lambat nih..mata aku ni macam dah tak boleh bukak..dah la semalam tidur lambat siapkan assignment mdm ann..woaa..ko memang tak guna ayie!
Here is the original post:
Novel : Ordinary 3
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |