Nama Pena : A.S Teen
Sekolah…
Alyana pandang ke tingkat bawah . Bukunya terjatuh masuk dalam longkang .
” Oh no ! Buku aku . ” bisik hati Alyana .
” Jai ! ” Alyana jerit memanggil Jai .
Jai memandang ke atas . ” Apa ? “
” Tolong pungutkan buku aku . “
” Buku ? Dekat mana ? “
” Dalam longkang tu . “
” Longkang ? ” soal Jai kehairanan .
” Ya , longkang . Longkang yang dekat depan mata kau tu . “
Jai berganjak menuju ke longkang yang dimaksudkan oleh Alyana .
” Ya Allah . Apa kejadah kau letak buku kau dalam longkang ni ? “
” Aku tak letaklah , tapi terjatuh . “
” La… Macam mana boleh terjatuh ? ” Jai mendongak menyoal Alyana.
” Kau ni Jai , omehlah . Tak nak pungutkan cakap je lah . “
” Yalah , yalah . Aku pungutkan . Kalau tak pungutkan , merajuk pula . “
Alyana menurun ke tingkat bawah sementara itu Jai pungutkan buku Alyana .
” Nah , buku kau . ” Jai menghulurkan kepada Alyana .
” Thanks . ” ucap Alyana sambil menyambut huluran Jai .
” Welcome . ” jawab Jai sambil tersenyum .
Alyana menaik semula ke tingkat dua . Shima yang membuatkan buku Alyana terjatuh ke bawah berasa serba salah lalu meminta maaf kepada Alyana .
” Yana , sorry Yana . Aku tak sengaja . Aku tak perasan yang buku kau ada dekat situ . “
” Kau jangan risaulah . Bukan salah kau pun , tapi salah aku sebab letak buku dekat situ . “
” Terima kasih Yana . ” Shima meleretkan senyumannya .
=====================================
Rehat…
Di kantin
” Wei Yana , kau nak dengar cerita tak ? ” soal Jasmin yang dikenali sebagai JKG a.k.a Jasmin Kaki Gosip .
” Tak ada gunanya aku beritahu jawapan . Kau tetap akan beritahu aku sama ada aku nak dengar atau tak nak . “
” Ala kau ni , macam perli aku je . “
” Siapa yang makan garam , dia yang terasa masinnya . “
” Sudah , sudahlah . Aku tak sabar nak beritahu kau ni . Hangat punya cerita . “
” Kau semua hangat , tapi bila dah habis cerita , semuanya hanyir and basi . “
” Kali ni lainlah , aku gerenti kali ni punya cerita kalau aku jual memang habis dijual . “
” Kau tau tak… “
” Aku tak tau . “
Belum habis Jasmin bercerita , Yana masuk mencelah .
” Ishk , kau ni Yana . Kot ya pun , biarlah aku habis cerita dulu .
” Dah kau soal aku , aku jawablah . Tak begitu ? “
” Memang begitu pun . Dahlah , dahlah . Aku nak cerita ni . Kau just senyap dengar aku bercerita sambil kau makan kau punya nasi goreng kampung kau tu . “
” Ya , ya . Kau cerita , aku dengar sambil makan . “
” Aku dengar yang si Jai dengan Eyka dah bercerai . “
” Bercerai ? Bila masa pula diaorang berkahwin ni ? ” berkerut dahi Alyana memikirkannya .
” Bukan bercerailah , aku tersalah cakap . Diaorang dah clash . “
” Setakat diaorang clash , apa yang hangatnya ? “
” Sabar le . Aku nak beritahulah yang hangatnya pula . “
” Salah seorang dari geng Eyka kata diaorang clash sebab kau . “
Alyana nyaris tersembur keluar nasi yang dalam mulutnya itu .
” What ? Aku ? Apa hal aku pula ? “
Bertalu-talu Alyana menyoal .
” Geng Eyka kata yang Jai ada bagi kau surat cinta untuk kau , pastu lagi , Jai bagi kau teddy bear masa birthday kau . “
” Siapa yang dok merapu yang bukan-bukan ni ? Sesedap je kata Jai bagi aku surat cinta dengan teddy bear . Tak logik betul . “
” Tu la . Aku pun pelik . Kau kan tak layan kalau bab-bab ni . Kalau kau layan memang sahlah kau dah buang tabiat . “
” Amboi , mengata aku nampak . “
” Hehe… Tapikan Yana , ok juga kalau kau dengan Jai . “
” Kau cantik , dia hensem . Sama padan . Kau genius , dia genius . Sama pandai . “
” Dah , dah . Kau jangan nak memandai nak memadankan aku dengan Jai . “
” Aku lagi suka Jai jadi pakwe kau berbanding jadi pakwe Eyka . “
” Baik kau tutup mulut kau sebelum aku sumbatkan mulut kau dengan cili padi . “
” Ok , ok . Aku tutup mulut aku . “
———————————-
–
Rumah…
” Assalamualaikum , ummi . “
” Waalaikumsalam . Lewat kamu balik hari ini , Lia . “
Alyana menyalam tangan umminya .
” Lia tolong Ustazah Maznah hiaskan dewan sebab Jumaat ni ada pertandingan Nasyid . “
” Hmm… Patutlah kamu lambat balik . “
” Ummi buat apa dekat luar ni ? “
” Ummi temankan adik kamu dua orang tu . “
” Haih… asal petang je main , asal main je petang . “
” Lain macam je bunyi kamu , Lia . “
” Hehe… sama je ummi , tak ada yang lainnnya . “
” Ummi , hari macam nak hujan je . Jomlah masuk dalam . “
” Ya tak ya . Cuaca mendung je . “
” Kamu pergi panggil adik kamu dua orang tu . Kalau tak , diaorang mandi hujanlah jawabnya . “
” Biarlah diaorang mandi hujan . Sekurang-kurangnya taklah membazir air shower tu . “
” Amboi , kamu nak adik Lan dan Man kamu kena demam ke ? “
” Erk… Tak naklah ummi . Diaorang demam mengalahkan orang yang mengandung . Nak inilah , nak itulah . Sampai minta nak makan durian pun ada . Nasib baik ada aiskrim perisa durian . Taklah papa kena cari durian di malam hari . “
” Kamu ni Lia , ada-ada ajalah . Pergi panggil Lan dan Man , ummi masuk ke dalam dulu . “
” Baik ummi . “
Ummi berjalan masuk ke dalam rumah . Anak mata Alyana hanya memerhati gerak langkah ummi .
Setelah itu , Alyana memanggil dua orang adik lelaki kembarnya itu .
” Lan ! Man ! “
Mereka berdua tidak menyahut panggilan Alyana .
” Amin Azlan dan Amin Asman . ” Alyana memanggil mereka untuk yang kali keduanya .
” Ya . ” suara anak kecil itu menjawab serentak .
” Dah , berhenti main . Pergi masuk dalam . “
” Tapi , Lan dengan Man belum habis main lagi . ” kata Lan yang tua 2 minit dari Man .
” Lan dan Man berhentilah dulu . Lagipun hari nak hujan . Lan dengan Man nak ke kena demam macam hari tu ? ” dengan lemah lembut Alyana memujuk adik kembarnya .
” Ok , Lan dengan Man berhenti main . Tapi kak Lia promise dulu yang kak Lia pun kena main bola sepak dengan Lan dengan Man lain kali . “
” Hmm… Ok . Akak promise . “
” Now , go inside to the house . Ummi waiting you two inside the house . ” Alyana mengarah mereka berdua masuk ke dalam .
Mereka berdua berjalan masuk ke dalam rumah . Alyana mengekori mereka berdua dari belakang .
=====================================
Malam… Selepas Maghrib
” Wah , sedapnya bau . Apa yang ummi masak ni ? ” soal papa yang baru sahaja turun dari tingkat atas .
” Ummi masak udang sambal . ” jawab adik perempuan Alyana , Afiza .
” Papa , ummi pun masak ayam . Sedap… ” Man pun tidak ketinggalan menjawab soalan papa .
” Ayam masak kicap , Man . ” Alyana cuba memperbetulkan jawapan adik bongsunya itu .
” Betul , betul , betul . Ayam masak kicap . ” kata Man lagi .
” Ummi masak sayur kubis kuah lemak juga . ” jawab Lan pula yang turut tak nak ketinggalan menjawab soalan papa .
” Banyaknya ummi masak . ” kata Papa .
” Lia , mana ummi ? ” soal papa yang sudah duduk di kerusi menghadap meja makan .
” Ummi ada dekat dapur . ” jawab Alyana dengan spontan .
Ummi muncul dari dapur dengan membawa sejag air sirap limau .
” Maaf lambat . Ummi buatkan sirap limau tadi . “
” Tak apa , ummi . ” jawab abang Syahmir yang merupakan abang sulung Alyana .
” Ok dah . Semua duduk tempat masing-masing . ” arah papa .
” Wan , kamu bacakan doa makan . ” papa menyuruh abang Wan iaitu abang kedua Alyana .
” Bismilahirrahmanirrahim… “
Bacaan doa makan dialunkan oleh abang Wan tak sampai seminit .
And then , apa lagi… Mai makan .
==================================
40 minit kemudian .
Di ruang tamu…
” Alhamdulillah , kenyang . ” ucap abang Syahmir setelah terdengar bunyi sendawanya .
” Abang Mir , macam mana abang buat bunyi tu . ” tanya Man .
” Bunyi ? Buat bunyi apa ?” abang Syahmir soal kehairanan .
” Bunyi yang selalu abang Mir buat tu . Lepas makan je , abang Mir buat bunyi tu .” petah Man menjawab soalan abang Syahmir .
” Hahaha… Bunyi sendawalah abang Mir .” abang Wan tergelak kerana bunyi yang dimaksudkan Man adalah bunyi sendawa .
” Laa… Abang Mir ingat bunyi apalah . Rupa-rupanya bunyi sendawa .” abang Mir berasa geli hati kerana Man menanyakan cara buat bunyi sendawa .
” Ooo… Nama bunyi tu se… se… se apa abang Mir . Senawa ke ?” soal Man .
” Sendawa bukan senawa .” jawab Lan bagi mewakili abang Mir .
” Sendawa… Macam mana nak buat tu ?” soal Man bersungguh-sungguh .
” Emm… Macam mana nak buat ?”
Abang Mir menggaru kepalanya yang tidak gatal .
” Alamak ! Sakit perutlah , abang Mir nak pergi tandas . Man tanyalah abang Wan eh .”
” Uhuk…” abang Wan yang sedang minum air tersedak apabila abang Mir menyebut namanya .
” Abang Mir , ngelat eh .” kata Afiza yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi .
” Abang Wan ?” Man memanggil abang Wan dengan muka tertanya-tanyanya .
” Aaa…emm… Abang Wan tak tahulah macam mana nak buat bunyi sendawa . Man tanyalah kak Lia eh .” abang Wan dengan terus terang memberitahu Man .
” Kak Lia dekat dapur tolong ummi basuh pinggan .” jelas Afiza .
” Habis tu , yang Iza dekat sini kenapa ? Pergi dapur tolong kak Lia dengan ummi .”
” Ummi yang tak kasi Iza tolong ummi dengan kak Lia basuh pinggan .”
Baru je abang Wan nak membuka mulut membalas kata Afiza , Man mengoyang-goyangkan tangannya .
” Ya , Man . Ada apa ?” soal abang Wan .
” Abang Wan belum lagi jawab soalan Man . “
” Bukan abang dah jawab soalan Man ke ? “
” Abang tak jawab pun . Abang suruh Man tanya kak Lia .”
” Kalau macam tu , tanya kak Lia lah .”
” Tak nak , Man nak abang Wan jawab .”
” Kalau Man nak abang jawab . Man kena tunggulah . Esok abang tanya cikgu abang macam mana nak buat bunyi sendawa tu . Ok ?”
” Ok .” jawab Man sambil mengangguk kepalanya .
=======================================
Selepas Isya’
Jam menunjukkan pukul 9 malam , memandangkan Alyana telah menyiapkan kerja sekolahnya , Alyana membuka komputernya lalu sign in masuk Yahoo! Messenger .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A.Macho: yo aly…
Aly_Lyana: Terkejut aku. Bagi salamlah. Ni tidak, tetiba je yo.
A.Macho: hehe…sory.
A.Macho: Assalamualaikum.
Aly_Lyana: Wassalam.
A.Macho: papa,ummi,abg syah,abg wan,iza,lan n man apa khabar?
Aly_Lyana: Alhamdulillah. Diaorang sihat je. Tanya khabar diaorang je, tak tanya khabar aku pun?
A.Macho: tak tanya khabar kau pun aku tau kau sihat. kalau tidak kau takkan on ym kau.
A.Macho: aku ada good news nk bgtau kau.
Aly_Lyana: Apa yang good news nya?
A.Macho: minggu depan aku ada perlawanan bola sepak.
Aly_Lyana: So?
A.Macho: perlawanan bola sepak tu diadakan di sekolah kau. so,bolehlah aku jumpa kau nanti.
Aly_Lyana: Tu ke good news nya?
A.Macho: yup.
Aly_Lyana: Kalau pasal perlawanan tu aku pun tau, pasukan kauorang kena tumpang tidur dengan dak aspura kan?
A.Macho: ya.tapi aku tak naklah.aku nak tinggal kat rumah kau lah.
Aly_Lyana: Mana boleh. Kau kena tinggal dekat asrama tu juga. Kalau tidak kawan-kawan kau yang lain pun nak tinggal dekat rumah aku.
A.Macho: ala,apa salahnya.rumah kau kan besar.banyak ruang lagi.
Aly_Lyana: No!
A.Macho: YES!
Aly_Lyana: NO! NO! NO! ANAK MANJA…!!!
A.Macho: I’M NOT ANAK MANJA
Aly_Lyana: Kalau begitu, kau tinggal dekat asrama.
A.Macho: ok,kau cabar aku.aku terima cabaran kau.
A.Macho: kalau aku menang.macam biasa,kau kena keluar dengan aku.kalau kau menang pula,aku akan kirimkan teddy bear untuk kau.
Aly_Lyana: I don’t like teddy bear…!
A.Macho: masih tak berubahlah kau ni.okla,aku takkan kirim teddy bear.aku kirimkan bunga ros n surat cinta untuk kau.
Aly_Lyana: AIZAT!!!
A.Macho: hahaha…just kidding
A.Macho: kalau kau tak nak teddy bear,bunga ros n surat…so kau nak apa?
Aly_Lyana: Let me thinking…
Aly_Lyana: Dah dapat
A.Macho: apa dia?
Aly_Lyana: U have to singing and dancing at my school.
A.Macho: WHAT??!!
A.Macho: R U KIDDING, ALY?
Aly_Lyana: no Aizat…
Aly_Lyana: So,deal or no deal…?
A.Macho: ok.deal.
Aly_Lyana: Oklah…gtg. See u next week.
A.Macho: ok… I’ll wait for the day.
Aly_Lyana: Kirim salam untuk family kau. Assalamualaikum.
A.Macho: insyaallah. Waalaikumssalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alyana sign out Yahoo! Messenger… Then off komputer.
Dia baring di atas katil sehinggalah dia terlena dibuai mimpi yang indah.
Read more:
Cerpen : Kehidupan Aly+Lia+Yana = Alyana
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |