Nama Pena : Z

“Hah, Adam dah bertunang? ” suasana di dalam bilik Afiq mula riuh-rendah. Mana tidaknya, Adam, pelajar lelaki yang paling tak layan perempuan dah bertunang minggu lalu. Fitri yang pada mulanya buat tak tahu mula tertarik untuk mendengar…

“Aku dah agak dah, aku tengok Adam sejak dua menjak ni dah lain macam. Asyik tersengih sana sini. Bila aku tanya, dia tunjuklah muka kerang busuk dia tu.” Afiq meluahkan perkara

“Tapi aku musykillah, siapa yang berjaya tackle mamat ni? Setahu aku, Adam ni memang tak layan perempuan tapi last-last dia kahwin dulu. Siapa awek misteri ni?”

“Elleh, memang aku tahu orang macam Adam ni budget alim je. Bila orang lain couple, sibuk je nak bagi tazkirah. Last-last dia juga yang paling gatal. Memang aku tak puas ati dengan orang lidah bercabang ni.” Amirul mengeluarkan isi hatinya. Rupanya dendamnya masih belum padam. Dia masih tidak dapat melupakan kata-kata Adam yang menceramahkannya sejak dia mula berdating dengan Iman. Tambah menyakitkan apabila Iman mula menjauhkan diri daripadanya ekoran peristiwa tersebut.

“Weh, tak baiklah hang cakap macam itu. Mana kita tahu kot-kot Adam ni tak bercouple pun, dah minat, terus je kahwin. Aku yakin Adam ni bukan spesies manusia yang jilat ludah sendiri.”
Amirul mencebikkan mulutnya. Hatinya masih tidak puas. Dendamnya masih membara. Bukan senang untuk menackle Iman. Habis duit biasiswa yang dikeluarkan untuk gadis manja tersebut. Hancur segala pelaburannya hanya kerana Adam.

“Assalammualaikum.” Semua memandang pintu. Makin terkejut apabila melihat Adam yang datang. Memang panjang umurlah bakal pengantin ini. Semua orang sibuk mencuit satu sama lain. Amirul mula gelabah. Adakah Adam terdengar apa yang diperkatakannya sebentar tadi.

“Weh… Adam datang la… Tanya dia je la.” Afiq menyiku Amran.

“Adam…KAAmi nak bertanya… Betulkah kau dah bertunang? “
Adam tersenyum. Memang isu ini sangat hangat. Sejak seminggu lalu, sejak pertunangannya terbongkar, hampir semua yang ditemuinya akan bertanya. Bukan hanya kawan-kawan lelaki malah kawan-kawan perempuan. Tapi yang paling mengejutkan apabila seorang ‘kawan perempuan’nya datang dan memarahinya semata-mata kerana dia bertunang.

“Inilah tujuan ana datang. Nak bagi kad jemputan perkahwinan… Majlis lebih kurang lagi 2 minggu. Lepas kita semua start cuti. ” Waktu itu mata semua orang membulat. 2 minggu lagi! Biar betul mamat ni, bertunang tak sampai sebulan dah nak kahwin.

“Sebenarnya Adam… Kami betul-betul pelik dengan awak. Biar betul!! And awak tak nak ke kongsi cerita dengan kami?” Fitri mula menjerat.

Sekali lagi Adam tersenyum. Ramai betul temannya yang berminat dengan hal ‘rumah tangganya’. Kalaulah mereka tahu siapa gadis ini, pasti mereka terkejut.

“Nak tahu sangat ke?” Adam mula memasuki pintu kamar Ibn Haitham.

“Hish, cerita hot ni. Cerita sambal belacan ni. Pedas dan mengancam. Mana boleh tak nak dengar.” Afiq menyampuk. Aadam mula mengambil posisi. Semua duduk dalam posisi seolah-olah cucu yang mengerumuni atuknya untuk story telling.

” ceritanya begini…..
Mula-mula dulu memang ana langsung tak berminat nak bercampur dengan perempuan. Aku mengaku yanga ana agak jumud dalam hal-hal berlainan jantina ni. Tambah-tambah ana kan dari sekolah yang semua lelaki. Memang tak terdedah dengan anasir hati dan perasan ni. Tapi bila start ana masuk kat sini, buat pertama kali rasa suasana bercampur. Ana jadi konfius sekejap. Kalau dulu ana tak pernah rasa pengalaman ini, asyik dengar cerita dari ustaz dan ustazah, sekarang real, berlaku depan mata ana sendiri isu couple ni. Ana waktu mula-mula masuk kalau korang perasan, sangat nerd. Kalau boleh, lagi sikit masa yang boleh untuk tak jumpa perempuan ana akan cuba. Habis lecture, terus balik. Even kalau ada kawan yang ajak beli barang dekat Supermarket pun ana tak nak pergi sebab ana takut….”

“Kawan, apa benda kau melalut ni? ” Amirul menyampuk

HISHHH!!!! Semua orang mencerun pada Amirul. Buang karan betul. Karang Adam tak jadi cerita karang.. Amirul terus terdiam.

“Relax, itu klimaks.. sekarang baru intro.. Tapi lama-lama ana muhasabah diri ana. Malah ana pernah ditegur. Kita belajar dalam bidang sains, perubatan lagi. Memang kita belajar bidang agama, usuluddin, feqah, tauhid, quran sunnah di sekolah dulu sampai sekarang. Tapi, kita perlu juga berkomunikasi dengan akhawat di luar sana. Jadi ana mula cuba berlatih profesional, pada masa yang sama ana tetapkan pendirian ana. Nothing more than profesionalism. More or less! Tujuan utama ana nak jaga diri ana, sepertimana ana nak pasangan ana, seperti itu juga ana perlu jaga diri ana. Ana nak pasangan yang tak pernah bercouple, jadi ana pun pun perlu jangan bercouple. Ana rasa tak layak untuk dapat perempuan yang baik kalau ana sendiri yang teruk kan. Pergi masjid, pergi majlis agama. Waktu pergi majlis-majlis ini, memang ana niat satu benda sahaja, memang untuk tambah ilmu. Dalam pada itu, insan biasa macam kita. Tak dapat lari dari isu hati dan perasaan kan. Waktu pergi satu program, ana tertarik dengan seorang ini. Waktu pembentangan, ana bermula dengan isi pembentangan mereka. Bila sahaja dia ni mula bercakap, ana rasa kagum. Dia tidaklah berapi-api. Tidaklah terlampau lembut suaranya. Tapi melalui penyampaiannya kita boleh nampak keyakinan dia. Malah ana makin kagum bila dia bacakan beberapa hadis dan ayat Quran. Malah dia mengaku silapnya bila tersalah beri hadis, muka dia tenang sahaja bila ditegur. Malah tersenyum lagi.”

“Chewahhh.. dah suka memanglah.. Puji je melambung.. Tapi siapa angel hang ini?” Amran mengusik.
Adam tersenyum lagi. Kalau dah suka, memanglah…

” Siapa?! Itu betul-betul climax baru ana dedahkan ye.Of courselah, bila dah suka takkan kita nak cerita yang buruk. Kalaupun dia memang ada keburukan, ana tak mungkin la cerita pada korang bukan sebab ana suka dia atau dia tunang ana. Tapi memang kita kena simpan aib orang kan.Balik dari program itu, ana mula terfikir pasal perempuan tadi. Sampai ana rasa tak boleh khusyuk dah. Ana mula rasa apa itu perasaan antara lelaki dan perempuan. Lebbih kurang seminggu ana macam ini. Ana tak nafikan ana pernah juga rasa tertarik pada perempuan sebelum ini, tapi selalunya sekejap sahaja. Kali ini lain.. Sangat lain… Ana asyik teringat kata-katanya, bukan mukanya. Ana asyik teringat hadis yang dia ucapkan. Dan ana teringat teguran dia terhadap budak lelaki. Lepas itu, ana nekad!”

“Seminggu jumpa, terus pergi pinang ke??!!! Beraninya hang!” Semua orang makin terkejut..

“Taklah.. Ana contact umi ana, ayah ana. Cerita perkara sebenarnya.. Cerita soal hati dan perasaan dan alhamdulillah mereka faham dan suruh ana solat istikharah. Malam itu juga ana buat, 3 malam berturut-turut dan selepas itu ana makin yakin dengan pilihan ana. Sebaik sahaja yakin, ana terus beritahu parents ana dan apa yang mereka cakap sangat mengejutkan!”
Fitri, Amran, Amirul, Afiq dan Syukri mengengsot ke depan.

” Parents ana suruh ana sendiri cari jalan. Umi dan ayah kata yang mereka nak tengok macam mana anak jantan mereka berusaha. Pening ana. Self esteem jadi rendah. Ana tak tahu nak buat apa, buntu… Tapi Alhamdulillah berkat restu parents dan kekuatan yang dipinjam dari Allah, ana beranikan diri minta tolong seorang yang boleh dipercayai minta nombor rumahnya. Malu hanya Allah yang tahu. Ana telefon dan tujuan ana adalah untuk bercakap dengan ayah dia. Ana perkenalkan diri ana dan ana cerita sedikit secara ringkas dan minta bertemu bakal bapa mentua analah. Esoknya bila kami bertemu, ana sampaikan hajat. Ana tanya betul-betul samada adakah gadis ini dah berpunya atau belum. Ana ceritakan semuanya tak lebih dan tak kurang sepertimana ana ceritakan pada parents ana. Cuma macam biasalah, jumpa dengan ‘in law’ ni kita mestilah tunjuk ketrampilan sikit kan. Memang waktu itu, kaki ana dah sangat menggeletar….Tapi seperti biasalah abah, erm… ana panggil dia abah sekarang. Abah suruh ana sendiri confirmkan dengan empunya diri. Makin ana risau. Jumpa abah pun dah sangat takut, nak tanya dengan dia lagilah. Ana dah mula rasa putus asa.. tapi… kalau ana tak jumpa, memang sah-sahla ana tak bertanggungjawab.. kira macam buat kerja separuh jalanlah. Balik itu terus ana mula rangka strategi. Mula-mula bertanya pada sumber yang boleh dipercayailah adakah gadis ini dah berpunya dan alhamdulillah semuanya respon baik. Gadis ini memang bukan jenis yang macam itu. Akhirnya ana mesej. Tanya pada empunya diri dan biasalah perempuan, takkanlah on the spot nak gtaw result. Mesej langsung tak berbalas dan ana dah kecewa. Lepas itu ana beritahulah umi ana dan tak pasal-pasal kena marah. Umi tanya berapa kali ana bagi mesej? Dan ana jawab sekali je. Jenuh ana dengar umi bercakap. Baru ana tahu silap apa yang ana buat. Ana cuma bagi mesej sekali untuk benda yang besar ini. Mana tahu gadis ini anggap ana cuma main-main. Malah ana sendiri tak beri kepastian pada gadis ini. Umi kata ana seolah-olah permainkan hati anak dara orang. Maksudnya strategi ana salahlah. “

“Susahnya…” Syukri mula risau..

“Eh, biasalah, kalau tak susah tak ada ertilah. Ana terus cari orang yang boleh dipercayai dan nak jumpa gadis ini. Ana, adik ana yang umur 10 tahun, gadis ini dan seorang kawan dia. Ana beritahu betul-betul niat ana dan memang muka kami berdua sangat malu. Ana sendiri tak sanggup pandang dia. Dia minta tempoh dan selepas 3 hari alhamdulillah dia beri jawapan yang memang ana tunggu. Gembira hanya Allah yang tahu. Umi dan ayah terus hantar rombongan meminang dan selepas seminggu kami terus bertunang. “

“Hah!!” Semua melopong. Takkan takde sesi berkenalan? “Hang tak keluar dulu ke? Berkenalan?”

“Ana minta maaflah tapi ana cukup menyampah dengan ayat ‘Boleh berkenalan?’ Macam ayat murahan dan gatal. Ana dah yakin dengan pilihan ana dan petunjuk yang Allah berikan. Kalau diikut,dari tertarik sampai hari bernikah ni tak sampai 2 bulan pun. ” Amirul tertunduk. Hatinya berasa pedih. Sungguh dia sudah buruk sangka dengan sahabatnya sebentar tadi.

“Belanja?”

“Oh, pasal ini ana memang bersyukur sebab dipermudahkan perjalanan ana. Ana memang simpan duit biasiswa yang kita dapat. Memang ana simpan lebih kurang 3 ribu setiap semester. Campur dengan duit kerja sambilan, berniaga kat pasar waktu cuti lagi. Sekarang ana ada sikit duit dalam bank. Dan bakal isteri ana pun ada menyimpan. Adalah juga sikit simpanan.. “
“Wah, hebat betulah korang ni. Ni yang buat aku makin curious ni. Last question, who??”
Adam tersenyum buat yang ke berapa kali sambil menghulurkan kad undangan perkahwinannya dan mata semua orang terbeliak.

“HAWA MUHAMMAD!!!” Semua terkejut. Siapa sangka awek misteri itu adalah rakan sekelas mereka juga. Memang tak dapat mereka nafikan ketrampilan Hawa. Adam dan Hawa. Satu kombinasi yang sangat menarik. Siapa sangka Hawalah gadis tersebut. Memang sekufulah kalau nak dibandingkan keperibadian kedua-dua mereka ini. Amirul terus ke depan dan mula menjabat tangan Adam.

“Aku memang bersalah pada kau. Pasal aku masih tak puas hati dengan kau dulu. Sekarang aku dah sedar. Aku bersyukur ada kawan yang macam kau ini. Terima kasih banyak-banyak sebab tegur aku dulu. “
Hatinya insaf. Adam bukan seperti yang disangkanya. Mereka berdua berpelukan. Saat ini Adam sangat bahagia, bukan hanya kerana perkahwinannya. Tapi kembalinya seorang sahabat dalam hidupnya.

Read more from the original source: 
Cerpen : Adam

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG