Nama Pena : Labyrinth

Memang monyet punya manusia, selamba kodok jea, ada ke patut? memang tak patut kan? Mamat tu boleh buat muka selamba jea, macam tak bersalah selepas tin nescafe yang ditendangnya mengenai dahi aku. Apa mamat tu pekak, tak dengar ke aku mengaduh punyalah kuat, nasib baik tak kena kat muka aku kalau tak sure cedera muka i, tak pasal - pasal kurang hantaran nanti… Aduhh tak kuasa i,

Adess apa benda yang aku mengarut ni da,,, Syi atau nama sebenarnya Hannan Insyirah menggaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal itu. Peristiwa siang tadi betul-betul mengganggu mindanya.

“Huh tak maulah teringatkan mamat tu, baik aku siapkan cerpen aku ni, besok boleh poskan dalam blog” gumam hatinya.

“idea idea i need idea” dia mengetuk jari jemarinya pada meja kerjanya yang terdapat dalam biliknya itu, sungguh entah kenapa otaknya hari ni beku, blur semacam, idea yang di cari tak kunjung tiba, “aiseh awat blank semacam aku hari ni”

Gitar kapok yang tersandar pada dinding di sebelah katil bujangnya di capai. Dah hampir seminggu dia tak menyentuh gitar kesayangannya. Jari jemarinya perlahan memetik gitarnya sambil bibirnya melagukan lagu kesukaannya
“dihimpit dicengkami rindu ini..,
gerimis dukaku menggamit kenangan silam,
resah dan pilu menghampiri…”

Lalala…. lagu Mungkir Bahagia dilagukan dengan penuh perasaan.. Ehemm sedap gak suara aku ni, agak-agak kalau masuk One In a million boleh menang tak? kekekeke…. dia tergelak kecil dengan bicara hatinya sendiri, perasan sungguh.

************

Muaz bersiul-siul kecil sambil sesekali kakinya menendang-nendang rumput-rumput yang terdapat di sekitar taman itu, namun dalam asyik menendang rumput-rumput itu dia tertendang sekali tin nescafe kosong yang terdapat disitu, matanya terbuka luas, mulutnya terlopong terkejut bila mendengar satu suara yang agak halus mengaduh kesakitan
“alamak mati aku, nak buat macam mana ni” gundah hatinya bila melihat pemilik suara itu sedang mengusap kepalanya sambil mulutnya mengomel-ngomel yang Muaz sendiri tak berapa nak dengar butir bicaranya.

“Ah buat bodoh jelah, aku bukannya sengaja pun” dia membuat keputusan sambil berlalu tanpa sedikit meminta maaf kepada mangsa keadaan tadi.
“buat muka selamba and blah… lagi senang..” getus hatinya

Muaz menggeleng-geleng perlahan, apasal lah asyik sangat teringat peristiwa pagi tu, jiwa kacau betul la… rungutnya. Nak buat apa ya hari ini, telefon Nelly tapi rasanya Nelly sudah tidur, teringat pula pada kekasih hatinya Nelly Aida, Nelly yang cerewet, manja, dan kadang-kadang dia sendiri rimaslah pulak bila Nelly mula terlebih manja, Hesy macam anak kucing lapar pun ada juga, menggesel-gesel tubuh ke bahunya kalau datang mood manjanya. Seram juga Muaz kadang-kadang dengan situasi itu, takut tak mampu nak kawal nafsu, terbabas nanti aku jugak yang susah.

Perkenalannya bermula kira-kira satu setengah tahun yang lalu, pertama kali melihat gadis itu dengan lebih dekat, hatinya mula tertarik siapa yang tidak mahu kenal dengan gadis yang lemah lembut, manja dan pandai bergaya begitu. Dan akhirnya selepas mengenali beberapa ketika mereka mengambil keputusan memeterai hubungan mereka sebagai sepasang kekasih, tak dapat nak lupa, bagaimana terasa begitu indahnya dunia ketika Nelly menyatakan persetujuan menjadi kekasih hatinya.
Dalam ralit melayan perasaan, dia tak sedar entah bila dia terlena, dengan lampu bilik yang terpasang hingga ke pagi

***********

“oitt Syi lajunya nak kemana tu” Insyirah menoleh pabila terdengar dirinya ditegur. Kelihatan Nurida tersengih memandang kearahnya.
“Aku nak cepat, Encik Boss panggil, entah apa yang dia hendak ntah” pantas laju mulutnya menutur bicara menjawab soalan temannya.
“ok, lunch nanti lunch sama-sama eh”
“ok, kat tempat biasa” sambil membuat isyarat tangan ok, langkah kakinya pantas diatur menuju kebilik bosnya Dato’ Azman Aftar.
Insyirah merungut-rungut tak puas hati, raut wajahnya sedikit tegang, selepas keluar dari bilik bosnya tadi, itulah raut wajah yang Nurida nampak, hendak bertanya takut pula kawannya berangin, macamlah dia tak tahu yang perangai kawannya yang sedikit baran itu

“benci betullah dengan encik boss tu,” tiba-tiba tanpa diduga Insyirah membuka bicara.
“kenapa pulanya” Nurida pantas pula mengajukan soalan, tak sabar nak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.
“ada ke patut, dia suruh aku betulkan balik kerja semalam and then kerja tu mesti ada atas meja dia esok sebelum pukul 9 pagi, alamatnya aku balik lambat lagilah hari ini. “

Insyirah membebel-bebel meluahkan ketidakpuasan dihatinya.
“encik boss tu tak tahu ke yang aku ni perempuan, manalah elok balik lambat-lambat, apa-apa jadi karang aku dan keluarga aku juga yang susah.” masih lagi tak berhenti-henti membebel.
“macam mak neneklah pulak si Syi ni” Nurida mengomel didalam hati.
“alah Syi, janganlah marah sangat, apa kata aku tolong kau”. Nurida menawarkan bantuan. Mendengar kata Nurida, sekelip mata wajah Insyirah bertukar cerah, matanya bersinar “betul ke kau nak tolong aku? ni yang buat aku sayang kat kau ni” tanpa menghiraukan keadaan sekeliling pipi Nurida dikucupnya.
“oitt… oitt apa ni, kalau ya pun happy, janganlah over sangat” marah Nurida sambil mengesat pipinya dengan tangan, “Nanti orang ingat kita ada skandal pulak” sambungnya lagi, Insyirah hanya buat muka selamba, tersengih lebar menayangkan giginya, “eh jomlah pergi lunch aku laparlah” serentak dia menarik tangan Nurida menyebabkan temannya hampir terjatuh. Teman-teman sepejabat yang lain hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah mereka. “macam budak-budak” itulah yang terbit dalam hati mereka.

***********

Muaz bersandar lesu, pada kerusi yang terdapat ditaman itu, hatinya masih terasa sakit hiba mengenangkan kasih yang diberi seikhlas hatinya tak dihargai, dia masih lagi seolah-olah tak percaya dengan apa yang dilihat,

“inikah balasan atas kesetiaaku Nelly? mengapa sanggup kau buat aku begini? hatinya merintih hiba, kecewa sedih semuanya bercampur aduk.

Tengahari tadi dia sengaja menuju ke pejabat kekasih hatinya itu, hajatnya mahu mengajak lunch bersama, tapi sengaja dia merahsiakan tentang kedatangan kononnya ingin membuat kejutan tapi sebaliknya, dia yang terkejut. Nasib baik tiada lemah jantung kalau tidak sudah arwah agaknya dia. Dia mengurut-ngurut dadanya terasa sebal perasaannya. Terbeliak biji matanya bila dia menolak pintu bilik Nelly melihat kekasih hatinya sedang asyik berkucupan dengan seorang lelaki dengan pakaian yang hampir tidak sempurna mana..

“hancur hatiku menjadi keping-keping…”
Bait-bait lagu nyanyian Ahmad Dhani tiba-tiba menerjah ke ingatannya
“ini bukan jadi keping-keping dah tapi dah jadi debu terus” bisik hatinya sendirian.

Hannan Insyirah berjalan-jalan sendirian di sekitar taman itu, memang itu kesukaannya, jika dia punya kelapangan masa. Air tin nescafe di tangannya diteguk perlahan, minuman kesukaannya sedari kecil

“kata orang nescafe ni tak berapa elok untuk kesihatan, tapi pedulilah, asalkan aku suka sudahlah, yang sakit pun aku bukannya orang lain” dia bergumam sendirian. Matanya meliar mencari tong sampah, hajat hatinya mahu membuang tin nescafe yang telah kosong isinya itu.

“Hisy mana pulak tong sampah ni, karang aku buang merata-rata karang kena saman lah pulak” sungutnya sendirian. Mata masih lagi diliarkan ke kiri dan kanan, dan tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang asyik melayan menungan.

“macam pernah kulihat mamat tu tapi di mana ya” dia meletakkan jari telunjuk pada dagunya dan berfikir.

“hah…! mamat tin nescafe hari tu” baru dia teringat kini, mamat itulah yang bertanggungjawab atas kebenjolan di kepalanya hari itu.

“kali ni siap kau,” akal fikirannya mula merencana sesuatu , tin nescafe di tangannya dipandang. Dia tersenyum nakal, dan langkah kakinya diatur kearah lelaki itu yang masih tak sedar lagi akan kewujudan dirinya.

“kukk…!!” terasa dahinya dihentak sesuatu.

“ouchh..! dia mengaduh kesakitan, pantas matanya meliar melihat sekeliling mencari benda apakah yang telah menghentam dahinya.

“hah…! tin nescafe? mana pulak datangnya benda ni” Muaz memandang sekeliling. Bertambah terkejut apabila melihat seorang gadis sedang memeluk tubuh tidak jauh dari tempat duduknya sambil menghadiahkan senyuman yang mengejek.

“wei… apasal kau…” tak sempat habis bicaranya gadis itu pantas memotong, “ini balasan kau, hari itu kau tendang tin nescafe kena kepala aku” Insyirah tersenyum puas, “padan muka, tahu sakit” hatinya sempat lagi mengejek lelaki itu.

Muaz terkejut, “la minah ni nak balas dendam ke, memang sengaja la cari pasal, mood aku tengah tak baik ni..

“Sekarang kiranya 1 sama la ek..” Insyirah menyambung lagi, terasa puas dihatinya. dia berlalu sambil menyanyi-nyanyi kecil. Gembira dengan kejayaannya… kekeke..baru kau tahu siapa aku.

Tapi…. tiba-tiba terasa pergelangan tangannya disentap, terpusing tubuhnya, “bukkk…!!” tersembam mukanya pada dada bidang milik lelaki itu.

“oittt apa ni? mak aku kata, lelaki dengan perempuan bukan muhrim haramlah bersentuhan”, marah Insyirah sambil tangannya menggosok batang hidungnya yang terasa sengal, “orang ke apa mamat ni? keras semacam” sempat lagi tu.

“oit itu mak engkau yang kata bukan engkau” selamba Muaz membalas siapa suruh cari pasal.

“Ingat… aku takkan lepaskan kau”, Muaz memberi amaran keras, pandangan tajam diberikan kepada Insyirah

heii…anak siapalah perempuan ni, kesian mak ayah dia, ada anak perempuan tak rupa perempuan, kasar semacam.. sempat pula hatinya bersimpati kepada keluarga gadis itu.

“oi kiranya kita takda apa-apa hutanglah, siapa suruh engkau cari pasal dengan aku dulu?, lain kali buat salah mintalah maaf, takdalah aku berdendam” tajam renungan matanya memandang wajah Muaz, masing-masing tidak mahu mengalah.

“weii monyet lepaslah tangan kau, sakitlah monyet, tersentak Muaz gelaran yang diberikan oleh gadis itu.

“apa kau kata? kau panggil aku monyet? suka hati je kau panggil aku macam tu, perempuan katik..”

“hahh..! kurang ajar sungguh, hambik kau, kakinya pantas memijak kaki milik Muaz,

“Aduii…” dia mengaduh, cengkamannya terlepas.

Sebaik sahaja tangannya dibebaskan Insyirah pantas melarikan diri… “weekkk!! padan muka” sempat lagi dia menoleh sambil menjelirkan lidah.

“apa punya perempuan lah minah tu, macam tidak cukup akal jea” Muaz menggelengkan-gelengkan kepalanya. Sengal di dahinya terasa kembali.

“ah balik rumahla.., sampai rumah nanti mesti mama ingat aku bergaduh, senget punya perempuan”

*************

“kau ni kenapa Syi? monyok jea aku tengok, nak kata putus cinta setahu aku kau ni single mingle lagi kan? Nurida bertanya, hairan, sedari tadi dia melihat Insyirah asyik termenung, biasanya gadis itu yang selalu menceriakan suasana pejabat mereka, dengan mulut yang tak reti diam macam burung murai yang riang berkicau, tapi hari ini diamlah pulak, risau pulak hatinya.

“takda apa-apa lah, aku cuma sedih, yelah hari ni kan last si encik boss tu kat sini, lepas ni takdalah orang yang nak marah aku, mesti aku sunyi… huhuhu”

Nurida menepuk dahinya, alahai benda itu yang difikirkan sampai begitu sekali, ingatkan fikir pasal masalah dunia ke, buang masa aku je care kat minah ni, hapa-hapa ntah.. sungut hati Nurida.

“ceh benda tu yang kau fikirkan, buang masa aku jelah kau ni” Nurida berlalu ke mejanya, malas melayan kerenah Insyirah yang macam-macam tu.

“hehehe.. saje je buat gimik, nak tengok kau care dekat aku ke tidak” Hannan Insyirah mengenyit matanya sambil tersenyum nakal, gembira dapat mengusik sahabat baiknya.

“eh..eh tapikan Nuri, hari inikan anak dia masuk gantikan encik boss tu, kau rasakan anak dia ada macam dia tak? Insyirah bertanya

“Woi apa Nuri2 ni? dah macam burung nuri jea aku dengar” marah Nurida, tak gemar dipanggil begitu. “manalah tau gaya dia macam mana, kita tengok jelah nanti” sambung Nurida

Hehehehe… Isyirah tergelak, hatinya di ulit bahagia dapat mengusik temannya yang satu itu.

“wah seronoknya gelak, ni nak kerja ke nak gelak?” Tiba-tiba ada suara asing menegur gelaknya, siapakah gerangannya?

Tawanya terhenti, matanya terbuntang dan Nurida lagilah terkejut.

“monyet..!!” Insyirah terjerit kecil

“hai katik…jumpa lagi kita” lelaki dihadapannya menegur sinis.

Apa benda ni, seorang monyet, seorang katik, Nurida kehairanan, tak faham apa-apa.

“ok guys, mulai esok anak saya akan menggantikan tempat saya, saya perkenalkan ni anak saya Muaz Azfar Azman Aftar, masih single and available, umur 28 agak romeo, kena hati-hati sikit dengan dia ni” terdengar suara Dato’ Azman membuat pengumuman disertakan dengan usikan kepada anaknya, sengaja mahu mewujudkan suasana santai. ketawa mereka di situ pecah.

“papa ni, sengaje je nak kenakan Muaz” wajahnya bertukar masam, malu di usik di hadapan ramai-ramai begitu.

“dia ni bos baru aku? kenapalah mesti mamat ni? aduii benci”

“Hai semua, saya harap kerjasama dari anda, dengan saya mudah sahaja caranya, anda hormat saya, saya akan hormat anda kembali” mendalam kata-katanya itu sambil matanya menjeling ke arah Insyirah yang telah memerah wajahnya

“hehehe… lepas ni siaplah kau katik” hatinya tertawa jahat, pelbagai rancangan sudah terencana dalam kepala otaknya.

Episod huru-hara dalam hidup Insyirah pun bermula gara-gara hanya berpunca daripada satu tin nescafe. Hai mungkin sudah takdir kot.

*************

“hadui penatnya” Insyirah melepek kepenatan di mejanya.

“kau kenapa Syi?” Nurida bertanya, timbul rasa kasihan apabila melihat raut wajah temannya yang kepenatan.

“monyet tulah.. tak habis-habis nak membuli aku, tak boleh tengok aku senang sikit kalau dah monyet memang monyetlah jugak. benci,benci,benci”

“uikk apa yang benci-benci ni? kata orang kalau benci-benci lama-lama jadi suka-suka tau?” Tersembul wajah Muaz dihadapan mejanya sambil menatang sebiji mug.

Insyirah menjeling geram, balik-balik muka mamat ni, tak ada muka lain ke yang aku boleh tengok dekat pejabat ni. hurmm harumnya bau nescafe ni, hidungnya kembang kuncup menikmati aroma air kegemarannya, entah kenapa timbul idea nakal dalam kepalanya untuk mengenakan Muaz.

“bos buatkan air untuk saya ke? terima kasihlah bos, susah-susah jea” selamba mug di tangan Muaz dicapainya terus di bawa ke mulut, meneguk perlahan sambil wajahnya di buat seolah-olah sedang menikmati kelazatan air tersebut.

“oiii air aku tu?”

“ala bos buat yang lain lah, takkan nak minum sisa saya kot?” kikiki…seronoknya dapat kenakan monyet ni.
Tergambar raut wajah bengang di wajah Muaz, lelaki itu berlalu dengan perasaan tak puas hati.
“wei Syi beraninya kau kenakan budak boss tu?

“ehehehe padan muka dia, siapa suruh tiba-tiba timbul kat meja aku, eh.. kau nak rasa nescafe yang dia buat tak? boleh tahan gak rasa dia, kaw gila…” Insyirah menghulur mug kepada Nurida.

“taknaklah aku, aku bukan minum nescafe pun” hisy budak ni main redah jelah tahunya.

**************

Muaz bengang, teramat bengang.

“geramnya aku dengan si katik tu, hai hati sabar-sabar” bisiknya cuba menyabarkan diri sendiri. “Berani betul perempuan tu minum air aku semalam, spesis apa ntah tak tahu malu langsung”

Telefon di atas mejanya di capai “Manisah tolong panggilkan dispatch, saya ada surat urgent nak kena hantar hari ini” arahan terus diberikan kepada setiausaha setelah talian tersambung.

“bos dispatch mc hari ni, wife dia bersalin” terdengar jawapan daripada setiausahanya.

Dispatch cutilah pulak hari ni, siapa aku nak suruh hantar surat ni, dia mengusap tengkuknya perlahan sambil berfikir.

“hah..!” tiba-tiba dia menjerit kecil, Manisah di talian sedikit tersentak, “kuss… semangat..” sambil mengusap dadanya.

“panggil Insyirah masuk bilik saya” arahan diberikan.
tok..tok.. ketukan di pintu mengganggu tugasnya. “masuk” muaz memberi arahan.

“boss panggil saya? tanpa memberi salam Insyirah terus bertanya tak ingin dia berlama di bilik lelaki itu, takut pergaduhan tercetus seperti selalu.

“hurm kau nampak surat tu tak? Muaz bertanya sambil jarinya menunjuk kearah satu sampul surat yang terletak atas mejanya.

“nampak” dia mengangguk pantas, cis aku tak buta lagilah..

“aku nak kau hantar surat tu hari ni, lepas hantar surat sebelum pukul 3 mesti ada kat office, jangan nak merayap” dia memberi arahan.

“hah bos nak saya hantar surat tu? bos ingat saya ni dispatch ke? mencerlung matanya geram, suka-suka hati je arah orang macam tu..

“Ini arahan aku, kalau kau rasa nak terus kerja kat sini, baik kau buat ikut apa yang aku suruh” selamba je Muaz member pilihan.

” Yelah-yelah saya hantar”, surat itu dicapainya dengan wajah yang mencuka, cis takpa, ada lori ada bas, ada hari aku langgar kau naik bas.

Muaz tersenyum lebar, gembira gadis itu mengikut arahannya.

“oit lepas hantar surat mesti terus balik office sebelum pukul 3, tak balik office aku pecat kau” terdengar suara Muaz yang begitu menyakitkan telinganya.

“yelah-yelah saya tahulah tak payah nak ingatkan banyak-banyak kali”

Helmet diatas mejanya dicapai, nasib baik aku pakai seluar hari ni.

Nurida kehairanan, tak sempat dia membuka mulut untuk bertanya, Insyirah sudah memberitahunya dahulu.

“aku nak keluar hantar surat, budak boss tu memang monyet, takda hati dan perut betullah, punyalah ramai staf yang ada, aku juga yang jadi mangsa” dia menghamburkan rasa bengang yang terkumpul.

Mulutnya masih terkumat-kamit membebel, tidak perasan yang setiap tingkah lakunya menjadi perhatian Muaz disebalik dinding cermin bilik pejabatnya.
“sudahlah dekat luar tu mendung”

***********

“Hisy macam mana ni, hujan lebat gila, monyet tu pula suruh aku sampai office sebelum pukul 3, kalau tak jadi penganggur terhormatlah aku gamaknya” dia mengeluh perlahan, jam ditangannya dikerlingnya, menghampiri 2.45 petang.

“ah redah jelah, kalau demam nanti boleh aku ambik mc” Insyirah membuat keputusan.

Muaz bersandar tenang pada sofa yang terdapat dalam bilik pejabatnya, ada sedikit rasa senang terbit dalam hatinya. Hehehe… dekat pukul 4 petang dah, si katik tu tak balik-balik lagi, memang sengaja cari nahas, dia ingat aku main-main ke..

Telefon diatas mejanya berdering, Muaz pantas bingkas bangun mencapai telefon yang masih menjerit itu “boss ada call, saya tak tahu dari siapa tapi katanya penting” kedengaran suara Manisah ditalian.

“takpalah, sambungkan pada saya” dia memberi arahan

Panggilan telefon tadi betul-betul diluar duganya. Muaz bingkas bangun sambil mencapai kotnya.
“Manisah saya keluar” beritahunya pada setiausahanya ketika melintasi meja Manisah. Wajahnya mendung sekejap sahaja tadi dilihat wajah bosnya begitu riang, tapi sekarang sekelip mata sudah bertukar. Manisah mengangguk tak berani membuka mulut untuk bertanya.

Tiba di meja Nurida, dia berhenti seketika, berfikir…

Nurida ikut saya,” putusnya akhirnya.

Nurida terkejut “ke mana bos” spontan mulutnya bertanya.

“ikut jelah jangan banyak tanya”

Nurida menjeling pada Muaz yang hanya membisu dari tadi, begitu fokus pada pemanduan nampaknya. Wajah bosnya nampak tegang, dia sendiri kecut hendak bertanya apa-apa.

Dia tersentak bila tiba-tiba kereta membelok masuk pada kawasan HKL.

“Apa yang terjadi sebenarnya?” hatinya mula tidak sedap.

Seolah faham dengan apa yang bermain di fikiran Nurida, Muaz bersuara akhirnya “Insyirah kemalangan”

***********

Muaz meraup wajahnya berkali-kali, Kata-kata doktor tadi masih lagi terngiang-ngiang di ingatannya.
“saya tak berani nak jamin apa-apa, keadaan kecederaan Hannan Insyirah terlalu kritikal, menurut saksi, tubuhnya melambung beberapa kali, kalau dalam tempoh 48 jam, dia masih lagi tiada apa perubahan, maksud saya still tak sedar, harapan untuk dia terus hidup agak tipis”

Ya ALLAH semuanya salah aku, Dari sebalik dinding kaca itu dia memerhati keadaan Insyirah yang berselirat dengan wayar-wayar pada tubuhnya. Suasana sunyi menyelubungi semua tika itu, yang ada hanyalah bunyi mesin bantuan hayat. Nurida yang berdiri di sisinya juga sepertinya, lebih selesa berdiam diri dan memerhati sahaja.

Sudah hampir 24 jam berlalu, tapi belum ada lagi tanda-tanda yang gadis itu akan sedar, hati mereka semua sudah mula digayut kebimbangan yang teramat sangat.

Tiba-tiba, lampu merah pada mesin bantuan hayat itu mula menyala, garis-garis hijau pada skrin yang menunjukkan degup jantung milik Insyirah mula mendatar, bantuan kecemasan cuba diberikan. Kelihatan doktor dan jururawat bertungkus lumus berusahan memulihkan Insyirah, membantu dia bernafas, tapi keadaan tetap sama, masih seperti tadi malah jantung milik gadis itu semakin melemah denyutannya, garisan hijau di skrin semakin medatar dan akhirnya terus mendatar lurus menunjukkan tiada denyutan lagi jantungnya. Hampir 5 minit mereka berusaha tetapi tiada tindak balas, akhirnya mereka pasrah, mungkin sudah sampai masa gadis itu untuk pergi.

Nurida sudah teresak sedih kerana kehilangan sahabat yang paling di sayanginya. Muaz Azfar tersandar lesu, semuanya salah aku. Entah kenapa dia terasa seperti kehilangan sesuatu yang terlalu berharga, malah perasaan ini lebih teruk daripada perasaan ketika dia putus dengan Nelly dulu, hatinya kosong.
“doktor…!” tiba-tiba terdengar jeritan daripada salah seorang dari jururawat di situ. Dia terpandang pada garis hijau di skrin yang tadinya mendatar tiba-tiba menggariskan puncak-puncak. “dia bernafas semula, cepat pasangkan oksigen”

**************

Insyirah membuka mata perlahan-lahan, kat mana aku ni? dia pelik, perutnya terasa pedih yang teramat, aduh laparnya……. matanya dipandang kearah sekeliling, Uikk, monyet ni pun ada?

“kenapa ni?” hairan, apasal diaorang semua pandang aku macam tak pernah nampak orang?

“kau berjaya menakutkan aku” Muaz bersuara perlahan, lelaki itu tersenyum. Pandangannya diarahkan ke wajah Muaz, eh…eh kenapa matanya merah, dia menangis ke? Insyirah mengerutkan wajahnya, seolah dia sedang kesakitan.

“kenapa? sakit ke? riak-riak risau mula tergambar pada wajah-wajah makhluk-makhluk di sekelilingnya.
Dia menggeleng lemah “saya lapar…” betul memang dia teramat lapar, sebab seingatnya, sebelum dia menjadi minah dispatch terjun, dia belum menjamah apa-apa.
Mereka yang mendengarnya melepaskan nafas lega, ceh buat suspen jea…

************

“wei… jom kahwin?”

“hah?” Insyirah terkejut, uikk biar betul mamat ni, takkan nak ajak aku kahwin dalam keadaan aku begini!
“kenapa? tak percaya ke? aku serius ni”

“tak…takdalah, awak ni hilang akal ke apa? takkan dalam keadaan saya begini, awak nak ajak saya kahwin, lagipun kan doktor kata kena tunggu 6 bulan barulah saya sembuh betul-betul, nikan baru 3 bulan lebih”.

“Sebab keadaan kau macam nilah aku ajak kau kahwin, senang sikit aku nak menjaga kau” terus terang Muaz menjawab.”

“owh awak nak kahwin dengan saya sebab awak kasihankan saya dan nak menjaga saya jea ke?

“hurmmm… itu pun antara sebabnya, tapi sebab yan paling utama, aku sudah jatuh cinta dengan kaulah katik, lagi mau tanya ka? Merah wajahnya mendengar kata-kata Muaz, ceh.. tak romentik langsunglah mamat ni.

**********

Hannan Insyirah mengelamun dibalkoni banglo mewah itu. Rutinnya begitu kala petang menjelma, dia suka mengambil angin petang di situ. Lamunannya pecah bila terasa ada tangan yang merangkul pinggangnya.

“Syi i love you” terdengar bisikan lembut ditelinganya berserta kucupan manja di pipinya. Dia memusingkan tubuhnya, selesa dalam dakapan lelaki itu. “i love you too abang…” dia membalas ikhlas. Hampir setahun berumah tangga, Muaz Azfar melayannya dengan baik, amat berbeza sekali dengan layanan ketika zaman mereka bermusuh ketat.

“nah…” satu tin nescafe dihulurkan kepadannya, dan ditangan Muaz sendiri terdapat satu tin lagi.

“thanks..” Insyirah menyambutnya. Satu tin nescafe yang banyak memberi makna kepada kehidupan mereka berdua

~THE END, Nescafe is my fvrt…. hehehe~
Ni cerpen ak yg ke 3 nway all, thnk 4 comment, vry apprcte~ salam ~Labyrinth

View original here: 
Cerpen : Cinta Nescafe

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG