Nama Pena : butterflyzanera
Rasyid dan isterinya bersila kemas penuh harapan agar cincin yang dihulur terus diterima ayah dan mak Miyah,sekaligus menetapkan satu tarikh untukmerestui pertunangan Miyah dan mukris.Setelah bertunang,majlis gilang gemilang diiringi rebana dan hadrah akan dilangsungkan.wangian mawar akan direnjis kepada raja sehari disulami doa restu kedua mmpelai, itu harapan miyah.
Miyah dibilik resah sendiri,menanti cincin Mukris.Miyah cuba mencuri dengar buah butir perbincangan mereka, namun suara ayah langsung tidak kedengaran sedari tadi.Rasyid dan isteri puas menyelusuri keperibadian anak saudara mereka agar berkenan dihati ayah Miyah.Pada mak ,dia menyerahkan sepenuhnya kepada kerelaan Miyah.Jika Miyah mengangguk setuju,Mak dengan hati melepaskan miyah kepada mukris.
Ayah bangun dari duduknya,berdiri ditingkap,merenung jauh.mak mula bimbang dengan aksi bongkak ayah.Sudah pasti dia tidak bersetuju dengan perbincangan itu.Miyah dibilik lebih-labih lagi bimbangnya.Rasa menyesal membenarkan Mukris menghantar rombongan merisik menghantui perasaan miyah.
“Bunga ditaman kami belum cukup kembang,belum masanya untuk disunting.lagipun kami kurang mengenali pasu yang bakal menjadi tapak berdirinya bunga kami nanti.”
“Kita sekampung Uda..Mukris anak buah aku,tak kan tak ingat,masa kecil dulu membesar dirumah aku.cuma sejak dia masuk menengah aje,dia duduk tinggal di bandar bersama org tuanya..”
Miyah sudah biasa hidup senang,kami kami besarkannya bak tuan puteri,kami belanya ibarat menatang minyak yang penuh, apa jaminan anak saudara rasyid?Bolehkah dia membahagiakan Miyah nanti?Angkuhnya ayah.
Mukris ada harta,tanah peningalan orang tuanya sama banyak dengan tanah milik aku,dia juga penulis terkenal.Rasanya Miyah tidak akan kelaparan.
Itu cuma janji rasyid,Miyah tak pernah kenal pacat lintah,ulat mahupun cacing,selut atau lumpur.Upahnya menjahit dan menyulam hanya untuk duit poketnya sendiri.Segala keperluannya ,kami sediakan secukupnya.Ayah makin lancang mengangkat diri sendiri dengan diperhatikan mak .Miyah mengeluh sendiri,bencinya dia..
Orang tua enab berpandangan.adiwarna makin hilang dari pandangan,Miyah tidak mungkin berjaya disunting,terlalu tajam duri ranting ditaman itu rupanya hingga melukakn jemari.Terduduk Miyah dilantai ,lembik lututnya,pedih berbahang kelopak matanya menakung air mata darah dari melimpahi tebing.melihat wakil mukris bangun minta diri membawa pulang kehampaan Mukris dan Miyah.Kekecewaan dipersembahkan buat santapan rohani Mukris kiriman ikhlas dari rumah miyah.
Mak menghulur tangan berjabat salam minta sejuta ampun dan maaf ,harapan mak,bukan kerana itu putusanta tali siratul rahim mereka sekampung.Mak ernab berpelukan mesra,air dicincang tak akan putus kata mereka.
Kita hanya merancang ,Tuhan menentukan,sudah tiada jodoh antara mereka apa nak dikesalkan.
Mak sedikit lega,Miyah tidak selega mak.Miyah termangu terus,tangisan menitis deras dihati,mak menyapa lembut,Miyah sedaya mungkin menyeka parah yang tersembunyi.Malu diketahui mak,lebih takut difahami ayah nanti.
Kau kenal siapa Mukris,Miyah?”keras suara ayah menerjah konsentrasi Miyah.Meski ayah tidak menampakkan wajah namun sudah cukup mencemaskan.
Mukris mana ayah?miyah agak berjaya disitu,entah dari mana semangat itu datang tidak diketahui.Mungkin dari wajah mak yang penuh keibuan dihadapannya.
Rasyid dan isteri tadi nak meminang kau untuk anak saudara mereka,Mukris…kata mereka kau pun dah setuju.Berderau rasanya darah Miyah tumpah ke muka.
Rupanya itu yang kau dapat menyibukkan diri dikenduri kahwin rasyid dulu?nak cari jodoh sendiri?Gatal!
Ayah belum hilang bengangnya.Rasa terhina dan tercabar dia periginya bertindak mencari timba sendiri.Lebih menyemarakkan marah ayah,Miyah mencari orang luar yang tidak dikenalinya. Mak tampak sedih dengan kesedihan Miyah.
Mak terbelengu dek ketegasan ayah dan keakuran mak.Diam-diam dia membina gubuk di puncak bukit dengan sungai yang mengalir ke desa Mukris lalu dia menyapa sungai dan mengharapkan sungai menyampaikan pesan cinta dan rindu dendamnya khas ke pesisiran Mukris.
Sampaikan wahai bebuih..betapa aku cinta,aku rindu padanya.. Berapa dalam gurisan dihatinya,dalam lagi luka dihatiku.Terasa segala urat nadinya telah diragut ayah.Terlalu sempit tiap nafas yang disedutnya,terlalu payah pula untuk dihembus.
Hancur sudah harapannya untuk memiliki sijilperkahwinan.Binasa sudah cinta kasihnya..di mana prianya waktu ini?Apakah yang sedang difikirkannya dan apa yang ada dalam perasaannya?Miyah cuba mencarfi dimana adanya kembangan seroja yang boleh dikutip bersama mukris.
Kenapa tidak kelihatan kelibat dia melintas sewaktu aku ke sungai?Merajukkah dia,sudah bencikah dia padaku?apakah dia menyangka aku yang menolak lamarannya?Miyah teresak dalam sedunya sendiri..
Miyah…tiba-tiba sekilas suara menerjah pendengaran miyah dari celah-celah pepohon ditebing sedang miyah menjemur basuhannya.Rasanya suara itulah yang dirinduinya.
Miyah..ada cuitan dibahu kirinya.Abang!Apa abang buat kat sini?Ayah nampak nanti.Ayah dan Mak Miyah sudah ke bendang lewat setengah jam tadi.Mukris makin berani merapati miyah.Miyah bernafas lega dalam kegusaran.Duka yang bertapak sejak semalam dibumi miyah hapuslah sudah.Kenapa Miyah tak terima abang?tersekat dan berbelit ungkapan itu menerjah ke benak Miyah.Bukan Miyah..tapi ayah..Mukris mengengam jemari miyah yang berpeluh dingin diterik mentari.Miyah pantas menarik.bukan benci tapi gugup diperlakukan begitu.
Abang sayang miyah,abang tak boleh hidup tanpa miyah ,intonsi ikhlas dri limau seulas Mukris.Berkaca dari kornea mata Mukris.
Miyah balik dulu..antara ikhlas dan terpaksa,kata-kata yang sebenarnya hanya lahir dari lengguk lidah lembut Miyah,hatinya tidak mengizinkan ungkapan itu.Miyah tanpa redha,Mukris mengizin tanpa rela.Selamat tinggal kasihku,tunggu aku dikesempatan lain.Aku ingin bersamamu mengukir arca kehidupan yang abadi namun apakan daya ayah penghalang cita..
Langkah miyah lengguk miyah dirakam terus oleh mukris di tiap sudut ingatannya.Moga esok mentari akan bisa tersenyum lagi.Dan rang bulan tampak manis menyemarakkan dinginnya.
Dihati miyah juga mukris mengukir janji bahawa akan setia pada cinta yang satu.Biar badai datang melanda ,namun benteng kukuh tidak akan terhambur.
Miyah terus melayan gelora sendirian, kini yang bergerak hanya jasadnya yang kosong,yang berucap hanya bibir nya yang mati.Tidak ada lagi senyum tawa seperti dulu.Enab telah jauh belayar bersama kecemerlangannya.salmi dan timah kini melangkah mengikut detik waktu di bandr mencuba nasib sebagai gadis kilang.
Apa lagi yang diharapkan oleh perawan malang yang dihias indah lalu diletakkan di singahsana mahligai Pak uda dan Mak uda.Miyah tak ubahnyaseperti kakak tua berbaluh merah berjambul lebat yang menjadi siulan di sangkar emas.Tampak gah namun berkurung,Dia makin sepi menjamah waktu .Kenapa kau nampak kurang sihat Miyah?Banyak jahitan yang tidak kau siapkan?tegur mak suatu petang.Naluri keibuan dapat membaca meski kurang jelasnya arca dari hati miyah,Miyah hanya senyum mengeleng.ingin sekali dia mengungkapkan bahawa jiwanya telah dibawa pergi,jauh..oleh Mukris.Kini dia hidupuntuk memperjuangkan jasadnya bukan batin dan naluri yang telah mati,mati dek tikaman keegoan ayah.Namun Miyah faham akan akibatnya jika kelantangan itu didengari ayah.
Disana sini orang heboh berlipur lara berkisahkan pinangan ke ats Miyah di tolak.Mukris tidak mengukur baju dibadan sendiri dan cuba menyelam dilautan berapi kata mereka.Mukris juga hanya menconteng arang ke wajah sendiri.Ayah makin tinggi bongkaknya,konon bukan mudah untuk mempermaisurikan putrinya yang satu-satu itu.Miyah terus penasaran dibakar api cinta prianya.Segala yang bergentayangan dalam dirinya kini gugur satu persatu bagai dedaun dimusim rontok.Ingin dia menjadi burung yang tidak mempunyai sayap lebar agar dapat terbang bersama Mukris mencari adiwarna di genta langit.
Mukris pamit membawa hatinya yang roboh menuju ke destinasi lain,masyarakat lain yang tidak akan menjelir lidah,menyengetkan hidung menghinanya cuba memancing arwana dengan hanya berumpankan seekor anak cacing mati.
Abang pergi untuk mengumpul keyakinan,abang akan datang kembali,Biar jauh beribu batu namun hati abang tetap bersama miyah..percayalah.Tiada senyum,tiada tangisan di riak wajah miyah.Dia ingin merakam tiap detik pertemuan itu moga kekal dalam memori .Mukris berlalu membawa sekali nafasnya,denyut nadinya dan jiwa mukris hidup segar dalam dirinya.mujur baik mukris tidak pernah membisikkan agar lari bersamanya ke daerha lain,berbekal cinta yang cukup,mereka berhak mencari wali lain yang bersedia menghulur tali mencantumkn mereka.Jika begitu Miyah tidak sudi lagi meletakkan nama Mukris di takhta kasihnya kerana terlalu hina jadinya cinta mereka.
Jadinya cinta miyah terukir seperti Majnun yang hilang hidupnya kerana laila.Miyah berdoa agar Mukris tidak nanar seperti namanya majnun mencaqri cahaya dari lailanya.Semoga mukris segera menemui cinta yang lain yang dapat menyembuhkan luka,menyeka darah pekat yang mengalir deras membinasakan rohaninya.Biarlah dia sahaja yang rentung terbakar dek api cinta mereka.Relalah dia.
Hari berganti hari ,minggu berselang,bulan terus beredar siang ke malam,malam ke siang akhirnya ayah tersenyum lebar yang kononnya berjay menitipkan bahagia buat putrinay.Sangkanya sang putri kan bermegah tika disandingkan dengan Haji Masud yang tidak tercalang harta mendanya yang telah sekian lama hidup sendiri setelah isteri pertamanya pulang ke daerah asalnya menemui Allah Azzawajalla
Bagi Miyah seluruh kasih ,sayang,cinta,jiwa,nalurinya telah diserahkan dengan ikhlas kepada mukris .Mana mungkin ia mengulangi penyerahan suci setulus hatinya seputih salju kepada insan lain buat kali kedua.Namun apakan daya kata ayah kata keramat.tidak mungkin baginya menangkis jodoh yang ditentukan.
Kalau kau tak suka,cakap miyah..jangan diam saja macam ini..Mak seolah dapat meneka warna-warna hitam di hati miyah.Haji Masud tinggi ilmunya,kau takkann sesat didaerahnya nanti,itu kata ayah ,tapi kata miyah haji Masudlah perintis lorong kelam yang akan menyesatkannya nanti,haji Masud tebal hartanya,Miyah tidak mungkin menyapa susah apatah lagi bersahabat dengan si miskin.Itu juga lirik ciptaan ayah buat lagu yang dikarang oleh Haji Masud yang bakal di lagukan di pentas kekecewaan Miyah.
miyah pstikan terus miskin melarat meski ditimbuni kekayaan haji Masud ,ianya tidak mungkin dapat mewarnai hidup miyah.Dia inginkan sesuatu yang tidak ada pada yang diadambakan kerana yang diidamkannya tidak mungkin terjual di mana-mana atau di tanam dikebun mana.ianya cuma ada pada mukris.Cuma mukris yang berhak bertukaran cinta dengannya..
Hari ini dia di nobatkan sebagai raja sehari ,bersanding di takhta kerajaan ayah,sedaya mungkin miyah cuba mengorak senyum manis madu agar duka nestapanya tidak sampai ada yang terbau labih-labih lagi ayah,mak juga lelaki bergelar suaminya setelah berjaya melafaz akad dalam satu nafas.
Rasa terlalu jijik dia dengan kepuraan itu.Wangian mawar yang direnjis mak andam tidak langsung menaikkan seri wajah pengantinnya,kerana kemanisan wajah dikongkong oleh rasa cinta,kasih dan sayang Miyah telah di renggut Mukris tanpa di pulangkan kembali.
Senyum miyah berbunga rindu,sinar mata miyah bercahaya dendam dan nafas miyah berbau kecewa
Kuburkan cinta abang Mukris Miyah..jangan seksa dirimu..ikhlas dari Enab.Simpati benar dia pada merpati dua sejoli yang terpaksa berserah pada takdir dan keadaan itu.
Telah ku cuba Nab..namun kan ku cuba kian lincah dia menginjak-nginjak hatiku.Aku tidak mampu Nab..tolonglah aku.
Buat pertama kalinya Enab melihat mutiara bening meniti permatang lalu jatuh satu persatu..dimana kecekalan kau miyah?Miyah yang aku kenal dulu tabah..tidak lemah begini.
Aku bukan aku yang dulu lagi Nab,aku yang dulu telah mati,mati bersama cintanya..Kau harus berusaha miyah ,berusaha untuk bahagia,Bahagia aku telah cuba dengan bersetuju menjadi isteri Haji Masud,Nab?Aku bersedia untuk diperisterikannya,aku rela diri ini dimliliki tapi aku tidak berdaya menukarkannya dengan Mukris..Jangan harap dia dapat miliki hatiku..Hatiku cuma satu dan telah pun aku serah kan pada mukris ..Manik jernih makin mesra berjuraian jatuh satu persatu..
Aku tidak ingin menangis ,tapi aku tidak mampu mengempanginya..aku pasrah…
ini karya pertama saya..baru hendak belajar membuat cerpen..moga semuanya terhibur..
More:
Cerpen : Derita Seorang Perindu
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |