Nama Pena : alia hayu

episod 5

Sudah seminggu berlalu, kini Fina tinggal dirumah banglo milik Alfi. Kaya juga lelaki ni. Tak tahu pulak dia ni seorang Penolong Pengarah Urusan di syarikat milik ayahnya sendiri. Syarikat apa tak tau la. Malas dia nak ambil tahu. Buat apa pun? Bukan penting pun bagi dia. Yang penting sekarang ni, dia seakan didera tinggal dalam banglo yang ibarat seperti neraka baginya itu. Dahlah dia diletakkan didalam bilik yang sempit sebagai kamar tidurnya. Bilik tidur dia dulu lagi besar dan selesa dari bilik tidurnya sekarang. Huhuhu… Lepas tu pulak, segala kerja di dalam rumah tu, dia yang kena uruskan. Ingat dia ni orang gaji ke? Kerja kilang pun lagi bagus dari membuat kerja dalam rumah lelaki ni. Huh! Tak apa. Empat bulan je kan? Kejap je tu… Tapi, kenapa dia rasa yang empat bulan tu macam empat tahun pulak? Aargh… sakitnya hati aku…!
“Oi, perempuan! Mengumpat ke apa?” terkejut Fina dibuatnya. Dia segera berpaling ke arah Alfi yang baru saja masuk ke ruang rumah itu. Kenapa dia boleh tak sedar pulak ni? Kenapa dia tak dengar bunyi pintu terbuka pun tadi? Laki ni masuk ikut mana? Ah, lantaklah!
“Apa? Ingat orang tak ada nama ke? Panggil elok-elok sikit boleh, tak?” lenting Fina, marah. Dia segera bangun meninggalkan ruang tamu itu. Niatnya nak mengelap meja kopi yang berhabuk diruang depan itu terbantut serta-merta.
“Fina! Buatkan aku air!” arah Alfi, selamber sambil menghempaskan dirinya yang keletihan ke atas sofa. Dia mengeluh lega. Tie dilehernya dilonggarkan. Fina pula terhenti melangkah dan berpaling ke arah Alfi. Wajahnya berkerut marah. Wah, sedapnya mengarah orang! Siaplah kau!

*******************************************

“Nah!” Fina meletakkan segelas air kosong diatas meja kopi dihadapan Alfi dengan kasar. Alfi yang tadinya terpejam, terkejut dengan tindakan mendadak wanita itu.
“Hoi, tak boleh letak elok-elok ke?! Pecah nanti sape nak ganti?” lenting Alfi, tidak puas hati.
“Dalam kontrak tak da tertulis pun yang aku kena buat semua ni? Kau memang sengaja,kan?” tanya Fina sambil bercekak pinggang. Alfi mula bengang lantas dia berdiri berhadapan dengan perempuan itu. Panas dibuatnya.
“Dah seminggu kau kat sini, baru sekarang nak komplen? Baik, jangan buat kerja-kerja ni. Tapi ingat! RM10 ribu tu… masih belum langsai lagi,” ugut Alfi lantas dia melangkah meninggalkan ruang itu menuju ke tingkat atas. Tekak yang terasa haus tadi dibiarkan saja. Fina memandang langkah lelaki itu dengan perasaan geram. Ish, susah tullah dengan orang tua ni! Benciiiiiii…..!

**********************************************

‘Tak baik kamu melawan cakap suami kamu tu. Walau apa pun…. dia sudah menjadi suami kamu sekarang. Kamu seharusnya menghormati dia. Syurga kamu bukan dibawah tapak kaki ibu dah tau? Syurga kamu dibawah tapak kaki suami. Jangan menderhaka pada dia, nak….” ujar mamanya pada suatu hari. Ketika itu, dia datang mengadu tentang nasibnya terseksa sejak hidup bersama Alfi. Fina terdiam. Benar kata-kata mamanya itu. Dia juga pernah belajar tentang kewajipan itu. Kewajipan sebagai seorang isteri. Tapi…dia tidak pernah minta untuk menjadi isterinya. Berdosakah dia? Huhuhu…
Fina menekup mukanya dengan bantal. Baru kini dia sedar akan kesilapannya. Walau sebenci mana pun dia pada lelaki itu, dia sudah pun menjadi isterinya yang sah. Ah, bukan salah aku! Ini semua salah dia! Kenapa dia buat cadangan bodoh ini sebagai cara untuk aku bayar hutang tu? Tak ada cara lain lagi ker? Huh!
Fina duduk di atas katil. Dia terus berfikir. Dah lewat malam. Rasanya tadi, Alfi tak turun makan pun. Tak lapar ke dia? Ni mesti kes tak nak tengok muka aku la ni. Merajuk la tu! Dah tua-tua macam ni pun tau merajuk ker? Fina merenung ke atas seolah-olah dia merenung ke arah Alfi. Entah apa yang lelaki itu buat sampai tak keluar-keluar dari petang tadi. Kena siasat ni. Hehehehe….

Aduh…. sakit pulak perut ni! Menyusahkan betullah! Ini semua perempuan tu punya pasal. Kalau tak kerana dia, tak payah aku susah-susah tahan lapar macam ni. Tapi… kenapa aku mesti tahan lapar? Kalau dia tak masak, aku boleh makan kat luar. Bodohlah aku ni…huhuhuhu… Masalahnya, aku tak suka makan kat luar. Aku biasa makan kat rumah jer. Mama.. tolonglah anakmu yang kelaparan ni…
“Lepas ni… mama takkan masak apa-apa untuk Alfi lagi. Tugas tu… Fina yang akan ambil alih, okey?”
“Tapi… kalau dia tak tahu masak, macam mana, mama? Alfi tak kira. Alfi nak jugak makan makanan yang mama buat. Alfi tak biasalah mama..” rengek Alfi, persis kebudak-budakkan.
“Tak boleh sayang…. Alfi dah jadi suami orang tau? Tak boleh nak manja-manja dengan mama lagi. Alfi kena jadi seorang pemimpin yang baik untuk isteri Alfi, ya sayang?”
“Alah, dah kawin pun apa salahnya kalau Alfi nak manja-manja. Mama tetap mama Alfi, kan?” ujar Alfi manja. Datin Rafidah hanya mampu tersenyum sambil membelai rambut anak bongsunya itu. Hai… teringat pulak saat belaian kasih sayang ibunya itu. Mama… Alfi rindukan mama..huhuhu..
“Oit, Mr. Rubbish!” sergah Fina dimuka pintu. Alfi yang sedang menahan perutnya yang lapar terkejut dengan tindakan tiba-tiba isterinya. Dia segera terduduk diatas katil dan menyembunyikan rasa laparnya itu. Kena kontrol macho la beb!
“Apa oit, oit? Ingat orang tak da nama ker? Ni apasal masuk bilik orang ni? Tak malu ke? Baik kau keluar sekarang,” Alfi menghalau. Fina mencebik. Nak halau orang konon. Fina tidak mengikut arahan. Malah, dia selamber masuk ke dalam bilik itu. Matanya meliar ke seluruh ruang bilik yang ala-ala bilik VIP. Cantik. Kagum rasanya. Tak macam bilik orang bujang. Kemas saja. Inilah kali pertama dia masuk ke dalam bilik ini. Selama ini, dia tak teringin pun nak masuk ke dalam bilik lelaki tersebut. Malas! Malas nak gaduh. Nanti kata masuk bilik orang tanpa izin pulak.
“Oit, kau tau tak kau dah masuk bilik sape?”
“Bilik kaulah! Kenapa? Tak boleh?”
“Kau ni kenapa? Dah kena rasuk pulak? Jangan kata kau ni gila seks,” Alfi terus mengambil selimut dan menutup badannya. Fina memandang jelek.
“Yerk… tolonglah! Kenapa kau tak turun makan?”
“Suka hati akulah!”
“Wah, jual mahal nampak! Tak lapar ke? Aku masak sedap tau hari ni,” Fina ketawa kecil. Sengaja nak menarik minat Alfi. Entah kenapa dia perlu buat semua tu. Nak tebus kesalahan kot. Huhuhuhu….
“Sedap ke masakan kau tu? Apa rasa pun tak da. Buat aku sakit perut ada la,” Alfi jual mahal lagi. Padahal. Perutnya dah betul-betul meminta untuk diisi. Tiba-tiba, perutnya mengeluarkan bunyi yang kuat. Masing-masing terdiam. Alamak! Fina tiba-tiba mencetuskan tawanya di dalam bilik itu. Alfi tertunduk malu. Jatuh saham aku!
“Dah. Tak payah nak tunjuk muka tak hensem kau tu macam tu. Meluat aku tengok. Jom turun makan! Lapar katakan lapar. Tak payah nak kontrol2 macho dengan aku,” perli Fina lalu wanita itu keluar dari bilik tersebut untuk turun ke bawah. Alfi mengurut muka menahan malu yang teramat sangat. Perut ni pun satu, tak boleh nak cover line langsung!

*********************************************

Lima minit selepas Fina menghidangkan makanan, Alfi turun dengan langkah yang lemah. Fina hanya tersenyum. Turun pun. Dah lapar sangat la tu. Hehehehe… Nasib baiklah mood aku malam ni baik nak panas dan hidangkan makanan tuk kau. Kalau tidak… mati kelaparanlah kau dalam bilik tu. Alfi menghampiri meja makan dan memandang kearah makanan yang disediakan oleh Fina. Sambal tumis telur, lauk ikan keli goreng, sayur salad dan sambal belacan. Wah, macam sedap je! Betul ke dia masak semua ni? Macam tak percaya pulak aku. Alfi menjeling ke arah Fina seketika dan kemudian memandang hidangan di atas meja tu semula.
“Ha, kenapa? Tak percaya aku yang masak la tu? Apa lagi, duduklah makan,” jemput Fina dengan nada yang agak kasar. Alfi hanya menurut saja memandangkan perutnya itu sudah terlalu lapar. Dia menarik kerusi sebelum duduk diatasnya. Fina terus menyuakan sepinggan penuh nasi untuk lelaki itu sebelum dia juga duduk berhadapan dengan Alfi. Alfi tidak banyak bicara lagi selain terus menjamu makanan yang tersedia dihadapan mata. Fina hanya melihat tingkah laku suaminya itu. Kadang-kadang membuatkan dia tersenyum sendiri.
“Sedap jugak kau masak ek?” puji Alfi.
“Erm… aku ‘masak’ kat kedai. Mestilah sedap,” balas Fina selamber. Alfi terhenti dari terus menyuap nasi kemulutnya dan memandang wanita dihadapannya itu.
“Aku memang dah agak dah. Nasib baik aku percaya 1% jer yang kau masak semua ni. Kau ni betullah,” marah Alfi. Fina hanya ketawa kecil. Dia memang tahu yang Alfi tak suka makan makanan diluar. Tapi, nak buat macam mana? Dah dia tak tahu masak. Terima sajalah. Last-last, habis jugak kau makan.

See original here: 
Novel : Cinta atau sekadar kawan? 5

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG