Nama Pena : Inua Itis

BAB 1

SINARAN mentari membuka tirai pagi di Kuala Lumpur. Langit cerah menandakan yang cuaca agak baik pada hari itu. Liyanna membuka matanya lalu menggosok-gosok mata tanda masih mengantuk. Sinaran mentari pagi terasa menyucuk anak matanya. Selimut yang sudah hampir jatuh ke lantai ditarik semula. Katil bujang yang sudah setahun menjadi teman tidurnya itu begitu sayang sekali untuk ditinggalkan. Tiba-tiba dia terasa bahunya digoncangkan.
“Wei, bangun la wei..ko tak keje ke arini?” jerit satu suara betul-betul di tepi cuping telinga Liyanna.
Liyanna membuka matanya sedikit. Melisa mencekak pinggangnya menghadap Liyanna. Bibirnya mencebik sambil mengomel-ngomel sendirian meleteri Liyanna.
“Ala, ko ni..awal lagi laa..bagi la aku rest kejap..ape laa!” Liyanna menguap sambil matanya dipejam semula.
“Ko ni pantang ABC je..mula la bangun lambat-lambat..huh!” leter Melisa lagi.
“Ape ko merepek ni?ABC tu mende?” Liyanna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hairan dengan ayat Melisa.
“ABC tu, Allah Bagi Cuti! Takkan tu pun tak tau ko ni..hee!” jegil Melisa.
“Ooo..hahaha tak terfikir pulak aku!Ko maksudkan period rupenye..” sengih Liyanna. Dia menguap lagi lalu menggeliat agak lama.
“Weh..tak pegi keje ke?Ko tau tak sekarang ni dah pukul 7.45pagi!Ko kan masuk keje kul 9..ko tak rase lambat dah ke sekarang ni?Nak tunggu bas lagi..gila la ko ni..” Melisa meleter lagi. Kali ni tangannya sudah menarik tubuh Liyanna bangun.
Liyanna membulatkan matanya tanda terkejut. Tangannya pantas mencapai tangan Melisa untuk melihat jam ditangan teman sebiliknya itu. Sebaik melihat jam di tangan Melisa, Liyanna terus bingkas ke bilik air. Kelam kabut jadinya dia memikirkan yang dirinya sudah terlewat untuk ke tempat kerja.
“Haa..takyah mandi la..nanti kena tinggal pulak dengan bas kul 8..hahaha!” Melisa tergelak melihat temannya yang kelam kabut. Lucu dengan keadaan Liyanna. Namun terselit juga rasa simpati memikirkan apa yang akan terjadi kerana sudah kali ke dua temannya itu terlewat ke tempat kerja.
“Ko ni kenape tak kejutkan aku awal sikit?Alaa..!Matilah aku kali ni..” kedengaran suara Liyanna yang seperti mahu menangis.
“Laa..aku kan cuti arini..aku kan dah bagitau semalam yang arini aku cuti. Aku dah siap suruh ko setkan alarm kat jam loceng ko tu..” Melisa mencebik. “Ni pun nasib baik aku terrrr bangun tadi..tengok ko tengah sedap tido lagi..” sambung Melisa.
“Ish, mati laa aku….adeh!” Liyanna bersuara perlahan sambil bersiap-siap. Melisa hanya mengelengkan kepalanya.

LIYANNA termenung seorang diri di meja kerjanya. Teringat kembali bagaimana dirinya dimarahi oleh ketuanya pagi tadi kerana terlewat sampai ke tempat kerja. Liyanna nekad, selepas ini tidak akan lewat lagi datang kerja. Dia perlu komited dengan kerjanya. Sudahlah sekarang negara tengah mengalami kegawatan ekonomi. Banyak organisasi yang telah membuang ramai pekerja. Malah, dia mendengar sendiri dari mulut rakan-rakan baiknya yang mereka sudah kehilangan kerja dan sedang menganggur. Dia tidak mahu kehilangan kerja sekiranya dia berterusan datang lewat.
Jika dia kehilangan kerja, bagaimana dia mahu menyara keluarga di kampung. Dia perlu menanggung kos pelajaran dua orang adik kembarnya yang masing-masing sedang belajar di tingkatan empat. Emaknya pula hanya menjual nasi lemak dan kuih muih di kampung. Ayahnya sudah lama meninggal dunia. Liyanna merenung komputer dihadapannya. Kerja sebagai Programmer di syarikat Comat de Technology Bhd memberikan gaji yang agak lumayan dan bolehlah sekiranya dia menanggung keluarga dan dirinya sendiri. Sekali-kali dia tidak akan membiarkan dirinya kehilangan kerja ini. ‘Aku perlu komited!’ begitulah ikrar Liyanna di dalam hati.
“Hai!Boleh saya tumpang tanya?” sapa satu suara lelaki. Liyanna tersentak.
“Ya?” Liyanna memandang lelaki yang sedang tersenyum ke arahnya. Lelaki itu berpakaian kemas dengan kot dan kemeja serta bertali leher. Wajah tampan itu direnung Liyanna dan tanpa disedarinya lelaki itu juga sedang merenungnya. Lama. Liyanna lalu menunduk setelah tersedar. Dia terasa pipinya sudah panas dan merah padam mukanya. ‘Ish,mamat ni..blah laa..aku malu ni….apa la aku buat tadi?Buat ape la aku gi tenung muka dia!Gila la aku ni agaknya..adoi malunya aku!’ jerit Liyanna di dalam hati.
“Erm..cik..” lelaki itu cuba mendapatkan perhatian Liyanna.
Liyanna memandang semula ke wajah lelaki itu walaupun dia terasa mukanya merah padam menahan malu. Dia hanya tersengih ke arah lelaki itu. Memang menjadi tabiat Liyanna ketika malu atau segan, dia akan tersengih sebegitu untuk menyedapkan hatinya.
“Cik Liyanna..” sengih Liyanna lagi sambil memperkenalkan dirinya. Lelaki itu senyum lagi. ‘Wah..mati la aku kalau terus tengok dia senyum..hensem sangat!’ Liyanna mengeluh dalam hati.
“Ooo..Liyanna..saya panggil awak Yanna la, ye?Boleh?” lelaki itu mengerutkan dahinya.
“Oo boleh, boleh..” Liyanna gugup mendengarkan lelaki itu menyebut namanya.
“Saya pulak..Hafiz..nice to meet you!” Hafiz menghulurkan tangan mahu berjabat. Liyanna menyambut huluran tangan Hafiz. Mereka berjabat seketika.
“Eh, lupa pulak saya..encik nak tanye ape tadi?” Liyanna baru teringat pertanyaan Hafiz awal tadi.
“Haa..saya nak tanye..mane pejabat En. Syukri?” Hafiz memulakan pertanyaannya.
“Oo..ketua saya, En. Syukri eh?Encik jalan terus dari sini lepas tu belok kanan,ok?” jawab Liyanna tertib menunjukkan jalan ke pejabat ketuanya. Dia tersenyum ke arah Hafiz.
“Ok, mekaseh eh..Yanna! See you again later!” Hafiz memulakan langkahnya sambil melambai-lambai ke arah Liyanna. Liyanna senyum lalu berpura-pura selamba, tidak mahu menunjukkan debaran hebat yang melanda hatinya.
Iyalah, siapa yang tidak terpikat melihat lelaki setampan tu. Bertuah juga rasa hati Liyanna dapat bercakap dengan lelaki tampan itu kerana selama ini pun tidak pernah ada lelaki tampan sebegitu mahu menegur dirinya. Dengan rupa Liyanna yang tidaklah secantik mana dan berkulit agak kuning langsat. Lagi pula, dia gadis bertudung. Tentulah lelaki zaman sekarang tidak mahu langsung memandang dirinya. Tetapi bak kata rakan-rakannya, dia comel dan manis walaupun tidak secantik Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.
Liyanna mengangkat mukanya setelah yakin yang Hafiz sudah tiada dari pandangannya. Dia menarik nafas lega. Dadanya diurut-urut tanda kelegaan. ‘Baru la boleh buat keje!’ Liyanna senyum sendirian memikirkan hatinya yang berdebar tidak keruan tadi. Dia menyambung kerjanya yang terbengkalai.

See the rest here:
Novel : Cinta Di Hati Ini 1

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG