Nama Pena : Amauni
******* 3
“SAYANG, how about dinner together tonight?” suara lunak seorang gadis kedengaran mengetuk gegendang telinganya. Dia memandang wajah gadis yang langsung tidak dikenali di hadapannya itu dengan perasaan meluat. Gadis itu kelihatan seksi dengan pakaian t-shirt sendat berlengan pendek warna merah dengan seluar jeans hitam. Tanpa segan silu gadis itu terus duduk disebelahnya. Dia hanya buat tidak tahu dengan keletah gadis itu yang dianggapnya sebagai mengada-ngada. Memang ramai gadis yang cuba menggoda dirinya, tetapi dia tidak pernah melayan.
Faris mencebik bibir apabila gadis itu masih tidak berganjak dari sebelahnya. Hatinya jadi panas. Bukan gadis itu tidak cantik, tetapi hanya dia yang tidak berkenan. Malah, ramai lagi gadis yang cuba mendekatinya telah ditolak mentah-mentah. Silap-silap haribulan, sekiranya gadis-gadis itu tidak faham bahasa dia akan menghamburkan apa sahaja kata-kata makian terhadap mereka.
Faris memang terkenal dikalangan gadis-gadis di UNITEN. Rupanya yang kacak, berkulit putih bersih serta tinggi lampai. Tambahan pula, Faris merupakan anak tunggal Dato’ Syed Faizal iaitu seorang ahli perniagaan yang cukup terkenal di tanahair. Siapa yang tidak kenal dengan Faris dan bapanya. Oleh kerana itu juga, Faris menjadi seorang yang angkuh, mementingkan diri sendiri serta ego.
“If you’ll excuse me..” Faris sudah jelik dengan perangai gadis tadi yang terlalu mengada-ngada. Dia mahu bingkas bangun meninggalkan tempat duduknya di kerusi di tepi tasik UNITEN itu. Sebaik sahaja Faris ingin bangun, gadis itu sudah menarik lengan Faris supaya duduk semula. Darah Faris tersirap tatkala itu. ‘Berani betul minah ni!’ gumam Faris dalam hatinya yang kian membara.
“You janganlah macam ni..I belanja you dinner, ok?” kali ini tangan gadis itu sudah menjalar ke wajah Faris. Dia mengusap-usap lembut pipi lelaki itu. Niatnya sememangnya ingin menggoda!
“Hoi! Kau ni tak reti bahasa ke? Kau tak faham ke yang aku meluat tengok perangai mengada-ngada kau ni?! Setakat nak makan dinner tu kau ingat aku ni tak ada duit nak bayar ke?” jerkah Faris dengan wajah yang sudah kemerah-merahan. Sememangnya perangai panas baran Faris sudah menjelma. Gadis itu kelihatan terkejut dengan reaksi spontan Faris itu. Disangkanya Faris akan cair dengan godaannya kerana telah ramai lelaki yang sudah berjaya digodanya sebelum ini. Ada juga yang lebih kacak dari Faris pun dia berjaya cairkan, tetapi hanya satu yang mereka tidak punyai iaitu harta kekayaan serta kemewahan seperti yang dimiliki Faris! Kenapa dengan Faris begini jadinya? Mata Syazrina bulat memandang ke wajah bengis Faris.
“Kenapa you bercakap macam you tu baik sangat?” Syazrina membalas sinis. Dia sudah ketawa sinis sambil matanya terarah ke tengah-tengah tasik UNITEN itu.
“Aku tak cakap pun yang aku ni baik? Sudahlah, malas aku nak melayan perempuan murah macam kau ni!” Faris ingin terus berlalu. Dia bangun lalu mengatur langkah mahu menuju ke keretanya di tepi jalan berhampiran kawasan tasik itu. Syazrina yang terkedu sebentar dengan ayat Faris terus bangun mengejar lelaki itu. Wajahnya merah menahan amarah. Kini tubuhnya sudah berhadapan dengan Faris.
“Kau ingat kau tu baik sangat ke, Ris? Setakat jantan macam kau, aku boleh dapat 10 orang dengan sekali petik jari aje!” Syazrina membuat isyarat seperti memetik jari di hadapan Faris. Faris seperti tergelak kecil. Sinis.
“Memanglah 10 orang..sebab kau tu perempuan murah! Perempuan murah memang senang-senang aje lelaki nak buat main!” kata-kata bisa Faris terus menusuk-nusuk ke jantung hati Syazrina. Nafas gadis itu sudah tertahan-tahan. Dia betul-betul sakit hati dengan setiap butir bicara Faris. Dia sudah kematian kata-kata di hadapan lelaki itu yang sedang tergelak-gelak kecil dihadapannya. Dia sungguh benci melihat wajah Faris ketika itu. Rupanya betullah seperti yang selalu didengarinya tentang keangkuhan Faris. Dia hanya mahu mencuba nasib, mana tahu begini jadinya. Sememangnya Faris lelaki yang sangat egois!
“Sudahlah, aku malas nak melayan kau..apa nama kau pun aku taktau..tapi yang aku pelik, kau tau nama aku! Pelik..pelik..” ketawa Faris lagi lalu mengatur langkahnya semula ke keretanya. Syazrina hanya mampu melihat kelibat Faris yang sedang memasuki perut kereta dengan kemarahan yang terasa berpinar-pinar dihatinya ketika itu. ‘Aku akan balas dendam, Ris!’ bentak hati Syazrina geram. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah seranah Faris dengan suara perlahan. Penumbuknya dikepal-kepal kemas tanda dia sedang marah. Memangnya dia terlalu marah!
FARIS menghenyakkan punggungnya ke sofa di ruang tamu rumahnya. Dia mendengus kuat. Sungguh dia bosan dengan kerenah gadis-gadis yang cuba menggodanya. Dia benci melihat perempuan-perempuan murahan seperti itu. ‘Tidak tahu menjaga diri! Tidak mempunyai harga diri! Mata duitan!’ bentak hati Faris sendirian. Namun sebenarnya jauh disudut hati Faris, dia berbangga kerana dia menjadi kegilaan ramai gadis.
Dia bangga kerana ramai gadis yang sanggup menjadi hambanya walaupun dia tidak pernah meminta untuk menjadikan mereka hamba. Ada yang sanggup menghantar makanan setiap kali dia tamat kelas tengah hari. Ada juga yang sanggup menggilap kasutnya setiap hari apabila dia masuk ke dalam lab. Kasutnya ditanggalkan diluar lab kerana pelajar tidak dibenarkan memakai kasut apabila masuk ke dalam lab. Bila saja dia keluar dari lab, dia perasan kedudukan kasutnya berubah malah berkilat benar berbanding sebelumnya. Fahamlah dia bahawa ada seseorang yang telah menggilapkan kasutnya. Dalam hatinya, semakin hari keangkuhan semakin bermaharajalela.
‘Aku memang handsome pun..bukan salah aku dia orang tergilakan aku sampai macam tu!’ desis hati Faris penuh kebanggaan. Dia tersenyum seorang diri di ruang tamu itu. Puas hatinya mengenangkan gadis yang baru sahaja dimaki hamun sebentar tadi di tasik UNITEN.
“Hai..kenapa dengan anak mummy sorang ni? Tersenyum sorang-sorang pulak dia!” suara Datin Sharifah Rosmah, ibu Faris memecah kesunyian di ruang tamu itu, lantas mengembalikan Faris ke dunia nyata. Tumpuan Faris tertumpah pada sekujur tubuh ibunya yang sudahpun melabuhkan punggung disebelahnya. Dia sekadar tersenyum membalas senyuman ibunya yang meleret. Faris pelik kenapa ibunya tersenyum meleret begitu.
“Ingatkan bakal menantu mummy, ya?” usik Datin Sharifah Rosmah. Bibirnya mengukir senyuman yang tidak sudah. ‘Ah, sudah! Nak cakap pasal kahwin lagi la tu!’ gerutu Faris di dalam hati.
“Mana ada, mummy! Saja aje nak menyakat Ris, ya?” Faris bersuara agak keras, namun senyuman ibunya tetap dibalas penuh kasih.
“Iyalah tu..habis, bilalah kau ni nak kahwin? Mummy nak jugak merasa jadi nenek sebelum mummy ni pejam mata, Ris!” Datin Sharifah Rosmah menepuk bahu anak lelaki tunggalnya itu dengan lembut. Dia mengharapkan Faris memahami perasaan dirinya ketika itu. Dilihatnya Faris seperti tiada reaksi.
“Iye, mummy. Ris tau mummy terlalu nakkan Ris kahwin..tapi Ris masih belajar la mummy..tak habis-habis, benda ni jugak mummy nak borak dengan Ris..” Faris cuba memujuk hati ibunya. Pada hakikatnya, dia sendiri tidak bersedia kerana tidak pernah terfikir mahu mengadakan hubungan dengan perempuan-perempuan murahan yang selalu sahaja menggodanya setiap hari. Ada juga yang tidak pernah berputus asa walaupun sudah berkali-kali dimaki hamun oleh Faris.
“Hisy! Kau dah tahun akhir, nak! Apa lagi yang kau tunggu? Mummy ni dah tak lama hidup di dunia ni…” sayu suara ibunya dapat didengari dengan jelas oleh Faris. Faris sudah tidak senang duduk mendengar kata-kata ibunya seperti itu.
“Ala, mummy ni cepat betul sensitif..nanti Faris kahwin la..mummy kena sabar aje! Dalam masa 10 tahun lagi kot!” Faris cuba bergurau dengan ibunya dengan harapan wajah tua itu akan berubah ceria.
“Hisy, budak ni! Orang betul-betul dia boleh main-main pulak!” gerutu Datin Sharifah Rosmah sambil mencubit lembut lengan anaknya. Faris terjerit kecil lalu tertawa. Datin Sharifah Rosmah juga sudah ketawa sama kerana tidak tahan menahan geli hatinya melihat mimik muka kesakitan yang sengaja dibuat-buat oleh Faris.
“Mummy, Ris sayangkan mummy sangat-sangat tau!” Faris memeluk bahu ibunya erat. Memang dia sangat kasih pada ibunya yang seorang itu melebihi kasihnya terhadap bapanya. Sejak kecil, ibunya sahaja yang terlalu mengambil berat akan dirinya manakala bapanya pula hanya sekali-sekala berada dirumah. Selebihnya masa Dato’ Syed Faizal banyak dihabiskan di pejabat. Faris sudah tidak kisah dengan kesibukan bapanya kerana dia sudah biasa. Pernah juga ketika dia masih kecil, dia merengek kepada ibunya bertanyakan bapanya yang selalu tiada dirumah. Ibunya hanya mampu memujuknya dengan pelbagai cara sehinggalah dia meningkat dewasa. Sekarang, dia sudah tidak kisah lagi. Biarlah bapanya terusan begitu walaupun jauh disudut hatinya, dia amat mendambakan kasih sayang seorang bapa.
Read the original post:
Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 3
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |