Nama Pena : miss x

Danish merenung halaman rumah menrtuanya itu. Dia agak kekok sikit bila berada disitu. Haziq masih lagi tidur. Sofea dan Eka entah mana perginya. Dia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Segera menekapkan telefon itu ke telinga. Wajahnya berubah apabila mendengar tengkingan dari sipemanggil. Ibu… seperti biasa tidak menyukai keluarga mertuanya, apalagi meledaklah kemarahannya apabila tahu dia berada di rumah mertuanya. Entah siapalah yang memberitahu. Terpaksa akur dengan kemahuan ibu agar mereka pulang hari itu juga, jika tidak terpaksalah mendengar bebelan ibu sepanjang hari. Huh… dia benar-benar bosan dengan karenah ibu yang serasanya semakin berubah, tidak lagi seperti dahulu, ibu seorang yang begitu memahami.

Setelah kepulangan Eka dan Sofea, segera dia menyuruh Eka mengemas semua barang. Terpaksalah Eka memberikan alasan pada orang tuanya mengapa mereka terpaksa pulang hari itu juga. Dia tahu Eka tidak puas hati dengan tindakannya. Biarlah… si kecil Sofea memberontak, anak kecil itu menangis tidak ingin pulang, masih lagi ingin tinggal bersama datuk dan neneknya. Masih lagi tidak puas bermanja dengan mereka. Tapi apa harus dia lakukan, arahan ibu harus diikuti jika tidak… terpaksalah dia mendengar bebelan ibu sepanjang berada di rumah mertuanya. Silap-silap ibu merajuk, lain pulak ceritanya. Ibu bukanlah seorang yang mudah dipujuk. Huh sukarnya…

********

Hening pagi itu dikejutkan dengan tangisan Haziq. Anak kecil itu menangis, Eka tak tahu apa yang harus dilakukan. Sofea turut berada disisinya, matanya sudah kuyu, menahan kantuk. Danish masih belum balik, entah kemana perginya. Eka semakin risau apabila menyedari tubuh kecil itu agak panas. Si kecil demam. Makin bingung. Melihat jam di dinding, hampir dua pagi. Ya Allah… apa yang harus aku lakukan. Tanpa berfikir panjang, Eka pantas mengambil beberapa dokumen dan kunci kereta. Sebelah tangannya mengdukung Haziq manakala sebelah lagi memimpin Sofea ke kereta. Dia nekad.

Eka memandu dengan berhati-hati, sedar dirinya tidak beberapa cekap memandu apatah lagi memandu diwaktu malam sebegini. Dia hanya mampu berserah. Sofea sudah tertidur di seat belakang, manakala Haziq sudah berhenti menangis namun si kecil itu kelihatan agak gelisah dalam tidurnya. Sudah beberapa klinik dilalui, semuanya tutup. Dia berharap agar ada klinik yang beroperasi 24 jam. Syukur, dihadapan terdapat sebuah klinik yang masih lagi beroperasi.

Eka pantas mendukung Haziq ke kaunter pendaftaran. Sofea hanya mengekor dari belakang dan terus merebahkan diri di sofa yang tersedia di ruang menunggu. Eka membiarkan sahaja. Haziq menangis tiba-tiba. Menambahkan kalut di hati Eka. Badannya semakin panas. Segera dia di benarkan masuk menemui doktor yang bertugas. Sempat dititipkan pesanan kepada jururawat yang bertugas di kaunter pendaftaran agar memerhatikan Sofea yang sedang nyenyak tidur.

Eka lega apabila doktor yang merawat Haziq mengatakan anak kecil itu tidak apa-apa. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Dia memandu pulang, matanya merenung jam yang sudah menghampiri pukul empat pagi. Teringat pandangan aneh doktor yang bertugas ketika dia memberitahu dia memandu seorang diri sebentar tadi. Doctor itu sekadar menggeleng, mungkin tertanya-tanya kemana pergi suaminya… biarlah… yang penting haziq selamat. Anak kecil itu sudah tidur seperti kakaknya.

Eka memakir keretanya dibelakang kereta Danish. Mengintai jam di tangan, pukul 4.30 pagi. Huh… dia benar-benar letih. Segera dikejutkan Sofea, tersentak apabila melihat pintu utama dibuka. Danish menghampirinya dengan wajah yang serius. Dibiarkan sahaja. Sofea pantas berjalan memasuki rumah. Eka mengdukung Haziq dan terus melangkah masuk. Tidak mempedulikan Danish yang memandangnya sedari tadi. Lelaki itu turut melangkah masuk. Ada kemarahan diwajah itu.
“kau kemana? Pukul empat lima pagi baru balik. Dah lah bawa budak-budak, tak minta izin aku, dah tu tak tinggalkan pesanan pulak tu. kau ingat aku tunggul kat rumah ni?” Danish terus menghamburkan kemarahannya sebaik sahaja mereka berada di dalam rumah. Eka terkejut melihat sikap Danish itu. Haziq yang sedang tertidur terjaga mendengar suara tengkingan Danish, lantas ledakan tangisan Haziq menguasai suasana. Terkial-kial Eka memujuk Haziq. Mujur Sofea sudah tertidur di sofa. Langsung tidak menyedari apa yang terjadi.

Eka terus membawa Haziq ke dalam bilik, tidak di pedulikan tengkingan Danish, malah memandang wajah yang sedang merah menahan kemarahan itu juga tidak. Tubuhnya terasa lesu. Dirinya benar-benar keletihan. Dia tidak ingin menambahkan lagi keletihannya dengan memikirkan Danish. Biarlah lelaki itu hendak marah atau melakukan apa sahaja, dia tidak kisah. Dia ingin tidur saat ini. Setelah meletakkan Haziq di katil bayi, dia keluar semula, mengdukung Sofea ke katilnya pula. Dia gagahkan diri. Kepalanya juga semakin pusing…

Danish mengikuti langkah Eka, dia makin bengang apabila Eka langsung tidak memperdulikannya. Dia ingin menghambuirkan segala rasa tidak puas hatinya. Sudahlah ketika dia pulang tadi, jantungnya seakan terhenti apabila menyedari Eka tiada bersama anak-anak saudaranya. Tanpa pesanan pulak tu. Hatinya dipagut kerisauan yang teramat. Risau memikirkan keselamatan mereka… dan kini bila Eka pulang, isterinya itu hanya membisu, langsung tiada kata maaf kerana keluar tanpa izinnya. Reaksi isterinya itu seolah-olah dia tiada di rumah itu. Terasa seperti dia berbual dengan tunggul pula. Dia makin geram…

Kepala Eka semakin pusing, Danish tak habis-habis membebel… entah apa yang dikatakannya. Dia tidak peduli. Biarlah. Pandangannya semakin kelam dan akhirnya…

“Eka…” jerit Danish dan pantas dia menyambut tubuh Eka. Eka tidak sedarkan diri. Danish semakin panic melihat wajah Eka yang semakin pucat itu. apa yang berlaku sebenarnya… kenapa dengan isterinya… Danish resah. Tubuh Eka di bawanya ke bilik lalu di baringkan atas katil. Dia mundar-mandir di hadapan katil… tidak tahu apa yang harus dilakukan atau siapa yang harus dihubungi. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang, pantas dia mendail nombor tersebut.

Setengah jam kemudian orang yang ditunggu-tunggu tiba, Danish lega. Segera dia membawa tetamunya itu ke bilik. Wajahnya agak cemas. Harap-harap tiada apa yang buruk berlaku pada gadis itu. dia berdoa agar Eka tidak apa-apa, kalau terjadi sesuatu pada Eka… dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan keluarga mentuanya.

Danish merenung wajah Eka, wajah itu begitu pucat. Terselit rasa bersalah di sudut hati. Temannya itu hanya memerhati. Pertama kali bertemu dengan Eka, selama ini dia hanya pernah mendengar sebaris nama itu. Sebaris nama yang telah melukakan dua hati, dua hati teman yang begitu rapat dengannya. Paling mengejutkannya, Eka adalah wanita yang baru ditemuinya seketika tadi, wanita yang datang ke klinik dalam keadaan cemas membawa anaknya yang demam. Terdetik dihati, siapakah suami wanita itu, suami yang tidak bertanggung jawab kerana membiarkan seorang isteri memandu sendirian diawal pagi dengan dua anak yang masih kecil. Dia terkejut mendapat panggilan daripada Danish sejam yang lalu dan kejutannya bertambah bila melihat wajah wanita dihadapannya itu…

“jangan bimbang, isteri kau tak apa-apa. Dia cuma perlukan rehat. Dia terlalu letih dan fikirannya agak tertekan. Dia ada masalah ke?” tanya Amirul kepada Danish.
“entahlah… aku pun tak tahu. Tapi sejak balik dari kampung hari tu aku sedar dia selalu termenung, aku pun tak tergerak nak tanya samaada dia ada masalah atau tidak. Kau pun tahukan bagaimana kehidupan kami,” jawab Danish sambil beredar dari bilik itu diikuti Amirul. Mereka ke ruang tamu.
“tak kisahlah bagaimana kehidupan kau berdua tapi aku nak ingatkan kau, Eka tu isteri kau, tanggungjawab kau. Kau mesti sedar, Erin adalah kisah silam kau dan kini Eka tu kehidupan kau, masa depan kau. Kau tahu tak betapa terkejutnya bila aku lihat wajah isteri kau tadi, baru tadi aku tertanya-tanya siapa suami perempuan yang datang ke klinik aku bersama dua anak kecil dan salah seorang dari mereka demam dan aku tak sangka kawan baik aku rupanya lelaki tidak bertanggung jawab itu,” Danish terkejut mendengar kata-kata Amirul itu. Dia semakin rasa bersalah…
“dahlah aku nak balik. Aku harap kau jagalah isteri dan anak-anak saudara kau tu baik-baik. Mereka kini tanggungjawab kau,” ujar Amirul. Danish masih lagi termangu-mangu. Dia sekadar memangdang langkah Amirul tanpa berkata apa-apa.

More here:
Novel : Hakikat Cinta 4

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG