Nama Pena : Putri Chinta

Cinta mengeluh sendirian. Akhirnya, setelah hampir dua puluh minit dia beratur, dapat juga dia membeli makanan untuk dimakan. Dia mengambil sepinggan nasi goreng berserta segelas air sirap dan membayarnya kepada salah seorang mak cik yang menjadi pekerja di kantin itu. Kemudian dia berjalan menuju ke meja untuk menikmati makanannya itu, tetapi semua meja telah pun penuh dengan para pelajar. Dia terus memerhati segenap ruang kantin itu, akhirnya dia ternampak satu tempat kosong. Tapi…
” Ada lelaki tu la pulak kat depan tempat tu. Takkan aku nak bersemuka lagi dengan lelaki yang agak menyakitkan hati tu? ,” kata Cinta sendirian. Kalaulah kawan-kawannya turut ada bersama dengannya pada waktu itu, mungkin dia akan duduk di situ, tapi sekarang mereka bertiga sedang bertugas di perpustakaan. Maklumlah, pustakawan sekolah yang bertanggungjawab.
” Lebih baik aku tunggu meja kosong yang lain. Err, tapi sekarang dah pukul 10.25, lagi lima minit nak masuk kelas. Kalau tunggu nanti lewat pula. Ah, pergi duduk je la Cinta. Kau jangan la pedulikan dia nanti ,” kata Cinta kepada dirinya sendiri. Lalu dia pun berjalan menuju ke sana dan meletakkan pinggan nasi goreng dan gelas air sirap yang dipegangnya itu ke atas meja dengan agak kuat. Airell yang sedang leka menikmati makanannya itu agak terkejut dengan kehadiran perempuan itu.
” Eh, kau lagi?! ,” kata Airell. Namun Cinta pura-pura tidak mendengar kata-kata Airell itu dan tidak menghiraukannya. ‘Sombongnya!’
” Eh, semalam apasal kau gelak masa aku kena rotan?! Kelakar sangat ke ha??! ,” Airell mula bertanya kepada Cinta. Dia sememangnya berasa tidak puas hati melihat Cinta ketawakannya semalam.
” Suka hati aku la, mulut aku. Bukannya pinjam mulut kau ,” Cinta memulangkan buah paku keras Airell semalam.
” Eh, macam pernah dengar je ayat tu, tapi bila ye? ,” kata Airell dalam hatinya.
” Tangan kau macam mana? Takde sendi-sendi patah ke kena rotan empat das semalam? ,” Cinta bertanya sambil menyindir Airell. ‘ Eh, apasal pulak aku bercakap dengan dia? Aku kan tak nak pedulikan dia? ’
” Ceh, patut la macam pernah dengar. Copy ayat aku rupanya ,” bisik Airell dalam hatinya. ” Ni aku la, kena sepuluh das rotan pun masih cool lagi la. Best tau kena rotan
ni ,”kata Airell kepada Cinta.
” Hah, suka cakap besar je! ,” kata Cinta dalam hatinya sambil mencebikkan bibir. Dia terus makan dan tidak menghiraukan Airell lagi. Begitu juga dengan Airell. Masing-masing diam, sepi. Tapi, dengan tiba-tiba, Airell mencapai gelas air sirap Cinta dan tergopoh-gopoh meminumnya. Cinta terkejut melihat kelakuan Airell itu.
” Hoi!! Apasal kau minum air aku?!! ,” jerkah Cinta, namun dia masih menjaga volume suaranya itu agar tidak didengari oleh pelajar-pelajar lain. Mendengar kata-kata Cinta itu, Airell kaku seketika. Kemudian, air sirap yang penuh dalam mulutnya itu mula tersembur keluar dan jatuh ke atas nasi goreng Cinta.
Melihat air sirap yang telah tersembur ke atas nasi gorengnya itu, darahnya mula menyelinap naik. Telinganya terasa panas sekali. Matanya membeliak memandang ke arah Airell.
” Hoi!!! ,” tengking Cinta sambil berdiri dan menghentakkan tangannya ke atas meja. ” Kau dahlah minum air aku! Lepas tu kau pergi semburkan pula air dalam mulut kau tu atas nasi aku ni!! Kau ni memang menyakitkan hati, tahu tak?!!! ,” sambung Cinta lagi dengan nada suara yang tinggi dan kasar. Lalu dia pun berlalu pergi dari situ menuju ke kelasnya. Airell yang sedang memegang gelas air sirap itu tadi terpana seketika. Dia melihat ke sekelilingnya, semua orang sedang memandangnya.
” Apa pandang-pandang??! Tak pernah tengok lelaki kacak ke?! ,” kata Airell kepada mereka semua. Kemudian, dia bangun untuk pergi masuk ke kelas. Tetapi matanya telah menangkap satu objek berwarna pink berada di atas meja itu. ” Purse??,” katanya perlahan.

*********************************************
Airell masih lagi membelek-belek isi kandungan purse itu. Tiada banyak sangat wang di dalamnya, hanya tiga keping duit kertas lima ringgit, lima keping duit kertas seringgit dan beberapa duit syiling. Dia menarik pula kad pengenalan yang berada di salah satu poket purse itu.
” Hmm, Nur Cinta Ilyana bt. Rasyid.. Rupanya perempuan tadi punya. Cinta, pelik betul nama. Macam takde nama lain ke nak bagi? ,” kata Airell sendirian.
” Hei Airell, yang kau bercakap sendirian tu apasal? Ha, tu apa yang kau pegang tu? ,” Faizal yang duduk di sebelahnya menegur.
” Takde ape-ape lah.. Eh, kau tahu tak budak ni belajar kat kelas mana? ,” tanya Airell sambil menghulurkan kad pengenalan di tangannya itu kepada Faizal.
” Ni? Setahu aku, dia pelajar kelas 3 Mawar. Apasal kau tanya? Ni kad pengenalan ni kau ambil dari mana? ,” tanya Faizal kehairanan.
” Ada la tu ,” jawab Airell ringkas. Kemudian dia terus menyelongkar purse di tangannya itu. Faizal hanya diam melihat tingkah laku Airell itu. Tiba-tiba, Airell terjumpa sehelai kertas kecil di dalam salah satu lagi poket yang lain. Dia membuka lipatan kertas itu. Dia agak terkejut apabila melihat gambar Khai terpampang pada kertas itu. Di bawahnya kelihatan ada tulisan.
” Oh Khai.. Kau lah pujaan hatiku.. ,” Airell membaca tulisan itu. Kemudian dia memandang ke arah Khai yang berada di meja di tepi pintu kelasnya. Dia dengan Khai sememangnya tidak pernah sebulu. Dia kurang suka dengan sikap Khai yang sombong dan berlagak itu. Maklumlah dia anak orang kaya di tempat itu. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang akan mereka berdua gaduhkan. Nak bercakap baik-baik, haram sekali. Apatah lagi nak bertegur sapa.
Tiba-tiba dia tersenyum sendirian. Bagaikan ada mentol sedang bernyala di atas kepalanya. Dia mendapat satu idea untuk menyakat Cinta.

View post:
Novel : Hello Cinta 2

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG