Nama Pena : Ridhwan Zainudin
“SERIUS?”
“Of course I’m serious. Kan jimat kos kalau kita adakan majlis pertunangan sekali. Aku dengan Rosalina dan kau dengan Farhan,” cadang Hafiz Hakimi.
“Hmm… menarik juga rancangan kau ni. Kau dah melamar dia ke?”
“Belum lagi. aku ingat nak lamar dia malam ni. Apa pendapat kau?”
“Lagi cepat lagi bagus. Tarikh pertunangan aku pun tak lama lagi. I wish you all the best!” ucap Hasliza.
“Thanks a lot my beloved cousin! Aku pergi dulu,” ujar Hafiz Hakimi.
Hasliza menghantar pemergian sepupunya itu dengan perasaan yang berbaur. Gembira dan gusar. Gembira kerana mereka akan mengadakan majlis pertunangan pada hari yang sama dan gusar untuk mengkhabarkannya pada Farhan Hasri. Adakah bakal tunangnya itu akan setuju? Hasliza melihat jam di tangan. Serta-merta dia masuk ke dalam kereta lalu kereta Kelisa miliknya meluncur laju membelah jalan raya menuju ke pejabatnya.
* * * * *
ROSALINA masih dalam kebingungan. Mengapa hatinya rasa sakit dengan tindakan lelaki itu tadi? Bagai dihiris-hiris nipis hatinya dengan belati yang tajam. Kenapa dia harus bersedih sedangkan segala kekusutan ini bermula dari dirinya? Tidak, bukan dia. Semuanya berpunca dari Hasliza. Andai Hasliza tidak menyimpan perasaan pada Farhan Hasri, semua ini tidak akan berlaku. Atau, silap dirinya kerana tidak mengkhabarkan perhubungan mereka pada gadis itu? Rosalina masih ingat, waktu Hasliza menyuarakan hasrat hatinya. Rosalina tidak akan lupa detik itu.
“Apa pendapat kau tentang Farhan?” tanya Hasliza sewaktu mereka sedang berehat di bawah pokok ketapang yang rendang, melepaskan penat berjogging.
“Bagi aku, dia lelaki yang baik. Kau lebih mengenalinya sebab kau kawan dia sejak kecil lagi. Aku ni, kenal dia pun sebab kau yang kenalkan,” jawab Rosalina.
“Memanglah… tapi aku tengok dia lebih rapat dengan kau dari aku. Kau orang dulu kan sekelas masa di universiti dulu. Aku lepas diploma terus kerja. Kau orang sambung degree. Di universiti yang sama dan bidang yang sama. Tentu kau lebih faham dia,” ujar Hasliza.
“Tak dinafikan, tapi kau kenalan dia sejak kecil,”
“Waktu kecil saja. Kami rapat sampai sekolah rendah. Kemudian, Farhan masuk asrama. Jarang jumpa dia. Kemudian, bertemu semula di universiti. Itu pun tak lama, tiga tahun. Kemudian, aku kerja dan kau orang sambung degree lagi dua tahun. Tentu kau lebih mengenali dia,” jelas Hasliza.
Rosalina diam. Sebenarnya dia mula diselubungi gusar sejak mendengar pertanyaan Hasliza tentang Farhan Hasri tadi. Dia takut. Takut andai apa yang difikirkannya jadi kenyataan.
“Apa pendapat kau kalau aku luahkan perasaan pada Farhan?”
Dum!! Hampir terduduk Rosalina mendengar pertanyaan Hasliza sebentar tadi. Ya, memang benar telahannya. Hasliza menyintai Farhan Hasri. Kawan baiknya menyintai lelaki yang dia jatuh cinta. Oh, katakanlah yang dia hanya bermimpi…
“Ros, apa pendapat kau?” tanya Hasliza sekali lagi apabila dirasakan tiada respons dari gadis di sebelahnya.
“Hah? Er… maksudnya, kau cintakan dia?” agak gugup Rosalina bersuara.
“Setulus hati. Sejak dulu lagi. Sejak aku masih di sekolah rendah. Cuma, baru sekarang aku menyedarinya…” balas Hasliza.
Peluh mula merenik di dahi Rosalina. Segera diseka dengan jemarinya. Sungguh, dia gemuruh! Bagaimana sekarang? Apa yang perlu dia lakukan? Dia telah menjadi orang ketiga dalam hubungan ini. Mungkin, Farhan Hasri juga menyimpan perasaan yang sama pada Hasliza cuma lelaki itu tidak menyedarinya? Tak, itu tak mungkin!
“Ros, kau ni kenapa? Gelisah semacam je?”
“Er… aku tak apa-apa. Em, kalau kau cintakan Farhan, aku akan beri sokongan sepenuhnya!”
‘Hah? Akukah yang berkata itu?’ getus hati Rosalina walhal apa yang diucapkannya tadi berbeza sekali dengan kata hatinya.
“Iya? Thanks a lot Ros! Sayang kau!” ucap Hasliza, girang.
Bunyi bising enjin motorsikal mengembalikan Rosalina ke dunia nyata. Sejak hari itulah dia mula berfikir. Berfikir sedalamnya. Hubungannya dengan Farhan mula berputik sejak tahun ketiga pengajian semasa peringkat diploma. Sengaja mereka merahsiakannya dari Hasliza. Cadangnya untuk buat kejutan apabila mereka bertunang nanti. Tujuannya untuk mengenakan Hasliza. Kini, siapa sangka Hasliza yang terlebih dahulu memberi kejutan pada mereka. Terdetik di hati Rosalina, apakah Farhan Hasri tidak pernah mengesan perasaan kasih yang bercambah dalam jiwa Hasliza untuknya?
* * * * *
TENGAH HARI itu, Hasliza mendapat panggilan dari Farhan Hasri untuk berjumpa di restoran berhampiran untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama. Pantas sahaja Hasliza bersetuju. Bolehlah dia bertanya perihal mengapa lelaki itu tidak menjemputnya pagi tadi. Sampai waktu yang dijanjikan, Farhan Hasri yang segak berkemeja lengan panjang rona putih menuju ke arah meja yang telah ditempah.
“Han ke mana pagi tadi?” terus sahaja Hasliza menyuarakan soalan yang sekian lama terpendam.
“Maaf, Han tidur di ofis semalam. Pagi tadi pula Han ada mesyuarat. Liza marah ke?”
“Marah jugalah. Kenapa tak beritahu Liza? Penat tau Liza tunggu. Call pula tak nak angkat. Banyak sangat kerja ke?”
Farhan Hasri tersenyum. Gadis di hadapannya ini agak keanak-anakan. Berbeza dengan kawan baiknya, Rosalina yang agak tegas dan tampak matang.
“Maaflah, Han sibuk sikit dua tiga hari ni. Ada projek baru,” terang Farhan Hasri.
Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan menyebabkan perbualan mereka terhenti seketika. Mereka berdua sepakat untuk makan nasi ayam dan jus tembikai sebagai makanan tengah hari untuk hari itu.
“Han, Liza nak beritahu sesuatu. Han dengar baik-baik ya,”ujar Hasliza sejurus selepas pelayan itu pergi.
“Tentang apa?”
“Pagi tadi, sepupu Liza, Kimi, ala, yang Liza pernah kenalkan dulu, ingat tak?” tanya Hasliza.
“Hmm… kenapa dengan dia?”
“Dia dah nak bertunang,”
Serentak dengan itu telefon bimbit Farhan Hasri berbunyi. Segera lelaki itu menjawab panggilan yang diterima dari pejabat. Selepas berbual beberapa ketika, panggilan dimatikan. Telefon bimbit jenama Sony Ericsson itu diletakkan di atas meja, bersebelahan dengan gelas sederhana tinggi berisi air suam.
“Maaf, apa yang Liza cakap tadi?”
“Sepupu Liza tu dah nak bertunang. Dengan Ros,” lancar sahaja Hasliza berkata.
Bagai guruh kuat berdentum menggegar pendengaran Farhan Hasri, begitulah juga dengan hatinya yang terasa bagai dicampak sebutir bom. Sungguh, dia terkejut mendengar kata-kata Hasliza sebentar tadi. Rosalina sudah hendak bertunang? Lawak apakah ini?
“Kenapa Han nampak terkejut besar?”
“Ah, tak… tak ada apa-apa. Terkejut sikit. Rosalina tak beritahu Han pun,” ujar Farhan Hasri.
“Ala, dia malu kot. Han dengan dia kadang-kadang Liza tengok sejak kebelakangan ni, macam orang asing. Berjumpa pun buat-buat macam tak kenal. Han gaduh dengan dia ke?” Hasliza cuba serkap jarang.
“Ish, tak adalah. Pepandai je Liza ni. Perasan Liza je tu,” dalih Farhan Hasri.
“Er, Liza, Han nak ke tandas sekejap ya,” beritahu Farhan Hasri lalu bangun menuju ke destinasi yang dikatanya tadi.
Telefon bimbit milik Farhan Hasri menarik perhatian Hasliza. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memeriksa telefon bimbit itu. Lantas, telefon bimbit itu dicapai dan peti mesej dibuka. Tanpa dipaksa, ada curiga yang menjengah. Mesej-mesej di dalam telefon itu kebanyakannya dari seseorang yang dipanggil dengan nama “Cintaku”.
“Selamat malam Hasri. Moga mimpi yang indah-indah”
“Saya rindukan awak. Teramat rindu…”
“Sudi temankan saya melihat bintang di langit? Saya nak pinjam bahu. Rasa sedih sangat,”
“Saya sayang awak, rindu awak, cinta awak, selamanya!”
Hasliza mula terasa nafasnya sesak. Siapakah gerangan “Cintaku” ini? Haliza meneruskan pembacaan.
“Maaf, saya benar-benar minta maaf. Saya tak bermaksud nak kecewakan awak. Anggaplah antara kita tiada jodoh,”
“Tolong jangan ganggu saya lagi! Saya tak mahu ada apa-apa hubungan dengan awak lagi,”
Ah, sandiwara apakah yang sedang dimainkan di hadapannya sekarang ini? Mengapa gadis itu memutuskan hubungan mereka? Hasliza melihat nombor yang tertera di skrin. Serasa dia kenal benar nombor itu. Pantas Hasliza mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Nombor itu didail. Alangkah terperanjatnya dia apabila nama Rosalina yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Oh, apakah yang sedang berlaku ini?
Hasliza memberanikan diri untuk membuka mesej yang terakhir.
“Ya, saya benar-benar tak mahu jumpa awak lagi. Saya penat awak tahu tak, penat! Awak dah ada Hasliza, gembirakanlah hatinya. Jangan cari saya lagi,”
Hasliza meletakkan semula telefon bimbit Farhan Hasri di kedudukan asalnya. Lelaki itu tidak membuang mesej-mesej tersebut. Bukankah bila kita menyimpan mesej yang dirasakan bernilai, bermaksud kita juga rasa empunya mesej itu juga bernilai. Hasliza perasan yang tiada satu pun mesej darinya yang disimpan oleh lelaki itu.
Dalam hati, pelbagai persoalan mula bertubi-tubi menghenyak perasaannya. Dia perlukan penjelasan untuk semua ini. Tapi dari mana harus dia mulakan? Rosalina! Hasliza segera bangun, meninggalkan restoran itu tanpa apa-apa pesanan pada Farhan Hasri. Persoalan yang berselirat di benak fikirannya lebih utama untuk diselesaikan dari menikmati makan tengah hari itu!
Read the original:
Novel : Kenangan Mengusik Jiwa 5
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |