Nama Pena : The Twin

BAB 3

Keesokan paginya aku bangun sarapan bersama dengan Mal buat kali pertamanya. Selalunya aku hanya akan bersarapan selepas Mal pergi ke pejabatnya kerana tidak mahu bertembung dengannya. Tetapi memandangkan aku telah berjanji kepadanya malam semalam untuk memberikan aku masa untuk menerimanya, lalu aku cuba meluangkan sebanyak mungkin masa bersamanya. Manalah tahu, hatiku akan terbuka untuknya suatu hari nanti. Fikirku sambil mengunyah roti bakar bercicahkan sup cendawan.

Kemudian lamunanku terhenti apabila Mal mula memecahkan suasana dengan menanyakan soalan kepadaku. ‘Qis, jom kita pergi jalan-jalan hari ni nak tak?, kan kita tak pernah keluar berdua lagi. Apa kata kita pergi Mid nak?, hari ni kan hari minggu, yela hari biasa I selalu bz la Qis. Boleh ye Qis?’. Tanya Mal dengan menunjukkan wajah yang penuh berharap.

‘Oh boleh juga Mal, lepas kita jumpa mamalah baru kita pergi Mid ok?, I pun dah lama tak jumpa mama lagi ni. Pelik pula I fikir kenapa mama tak pernah melawat Qis, yelah…. masa Qis dekat hospital hari tu sampailah hari ini mama tak melawat Qis langsung pun. Selalunya kalau Qis sakit sikit je, mesti mama dah risau.’ Aku membalas dengan nada yang sedih. Sedih memikirkan mama sendiri tak pernah melawat aku walaupun sekali.

‘Ermm….Qis, tak payahlah melawat mama. Kita pergi jalan – jalan la dulu ye. Nanti hari lain kita pergi melawat mama ya.’ Balas Mal.

‘Mal, dia kan mama I?, mestilah I nak jumpa dia. Plus it’s been a long time since I meet her. I miss her so much la Mal. Kita pergi jumpa mama hari ni ye Mal. Lagipun dah banyak kali Qis tanya kat papa dan semua orang tentang mama. Tapi semua orang macam tak nak bagi tahu kat Qis je. Jadi baik Qis pergi jumpa mama sendiri. Dah mama pun tak melawat Qis kan?, so Qis rasa mesti ade sesuatu tak kena ni. Qis tak kira juga, Qis nak jumpa mama juga.’ Aku menjawab dengan nada yang kurang senang dengan sikapnya yang seolah-olah tidak ambil peduli tentang mama.

‘Qis….bukan I tak bagi dan bukan I tak nak, Cuma….you akan sedih nanti bila you dengar tentang mama. Lagi-lagi Qis kan tak sihat. Sebab tu la papa tak nak beritahu Qis. Doktor pun dah nasihat kitaorang supaya tak bagi kejutan atau tekanan dekat Qis. Takut apa-apa tekanan boleh memberi kesan kepada Qis untuk ingat semula memori-memori Qis tu. Jadi sebab tulah papa tak beritahu apa-apa tentang mama dekat Qis. Balas Mal

‘What?, jadi ada sesuatu berlaku dekat mama la Mal?, betul ke?. Mal u have to tell me now what happen to mama!. I dah agak dah ni mesti ada sesuatu tak kena sejak mama tak melawat Qis langsung dekat hospital. Mal tell me please, I tak kisah lah dengan memori-memori I dulu tu, yang penting mama sihat dan selamat itu yang penting bagi I. Jangan risaulah I boleh jaga diri I sendiri, dan tentang memori-memori tu insyaAllah lah I boleh ingat balik. Dan I nak tahu tentang mama, kalau tak I tak boleh tidur lena. You mesti beritahu I tentang mama sekarang juga!’. Akhirku dengan nada yang tegas. Tanda pertanyaanku itu mesti dijawab.

Aku tidak sanggup berhadapan dengan teka-teki lagi tentang keadaan mama. Ketiadaan mama disisiku hanya membuatkan aku lebih resah dan tak keruan. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan tentang kata-kata berunsur amaran kakak tiriku sewaktu dia melawatku di hospital dulu. Takut pula jika ketiadaan mama ini ada kaitan dengan Qistina. Fikirku sejenak sambil menanti Mal membalas pertanyaanku.

Aku menanti jawapannya dengan penuh minat. Sungguh naluriku begitu memuncak untuk mengetahui tentang mama. Aku tak sabar lagi, lalu aku ingin membuka mulut untuk bertanya kembali tentang mama, apabila aku melihat reaksinya yang hanya diam dan tanda tidak mahu memberitahu tentang mama. Aku kemudian terhenti untuk bertanya apabila aku mengesan riak wajahnya yang keruh, serta keadaan dirinya yang seolah-olah cemas dengan pertanyaanku tentang mama. Aku lebih takut memikirkan tentang mama kini apabila melihatkan reaksinya itu.

Aku lega apabila melihat tanda-tanda dia seperti hendak memberitahu apabila dia sudah mula berdiri dan menarik kerusi disebelahku untuk memulakan bicara. ‘mama…mama…mama you kena strok…’ belumpun sempat Mal meneruskan bicara tiba-tiba kedengaran loceng pintu rumahku ditekan. Ding dong…ding dong…..

Kemudian pintu dibuka oleh pembantu rumahku, kelihatan sepasang pasangan masuk sambil membawa sebakul buah tangan. Aku berpaling dan berkata’ you Tina, you Akil?, apa you berdua buat kat sini?’. Tanya Qis kepada mereka berdua yang kelihatan mesra bersama sambil Akil merangkul erat pinggang Tina iaitu kakak tirinya Qistina. Sungguh hati Qis panas apabila melihatkan adegan mesra mereka dihadapannya lagi-lagi apabila melihat senyuman sinis kakak tirinya apabila memandang wajahnya.

Go here to read the rest:
Novel : Kenyataan Mimpi 3

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG