Nama Pena : Nurul Habibatul Amini

Episod 2:

“aik..semua dah balik rumah ke?”
Aku memusing-musingkan kepala ke depan ke belakang. Terkejut melihat pejabat yang tadi dipenuhi dengan staf semakin senyap dan sunyi bagai tiada berpenghuni.
“wah…maknanya aku tinggal seorang dirilah ni kat office..”
“tidak boleh jadi..kena buat kerja cepat-cepat..”

Cahaya di ruang pejabat PERMATA Holding masih terang. Terang dengan suluhan lampu-lampu yang melekat di syiling bangunan itu. Hari yang semakin senja masih lagi ditemani dengan deruan kereta yang lalu-lalang di luar. Deruan enjin tadi memecah masuk ke dalam melalui pintu yang tidak tertutup rapat. Bersiul-siul angin yang dirempuh kenderaan yang bersimpang siur di luar sana. Aku bingkas bangun. Perlahan mengatur langkah berjalan merapati tingkap. Meneliti tingkap yang tidak tertutup rapat itu. Aku menarik cermin dengan perlahan. Sehingga tertutup dengan rapat. Bunyi tadi sudah hilang. Hilang dari didengari lagi. Masih ramai lagi yang berjalan di bawah sana. Sambil-sambil menjeguk melemparkan pandangan ke luar sana. Sepasang anak mata aku menangkap kelibat orang yang masih lalu-lalang di hadapan PERMATA Holding. Ada yang terkial-kial membawa beg. Ada juga yang mengayuh laju basikal mereka.

“ah dah pukul 6.30 petang…”
jerit aku. Terkejut melihat jam di dinding. bergegas aku ke meja kembali.
“terlebih rajin pula aku bekerja hari ini..”
“ya Allah..astagfirullah.”

mengucap panjang melihat kertas bertaburan dan berselerak di sana-sini di atas meja. Nasib baik kertas-kertas ini berselerak di atas meja sendiri. Aku merajin-rajinkan tangan untuk menyusun kertas itu tadi kembali.

“kalah meja wartawan agaknya..”
senyum aku sendirian.

“this one… minute for meeting….”

Aku mengagih-agihkan setiap helaian kertas ke dalam setiap file yang telah disediakan. Sejak dari tadi aku asyik menampal kertas yang tertulis kod dan tajuk projek di atas perut dan sisi file. Sehingga tidak perasan dengan masa yang telah berlalu. Tanpa menyapa. Tanpa sedar. Aku masih di meja membuat kerja. Sejak dari tadi laptop kesayangan ini masih menemani aku. Masih celik dengan isi kandungan kertas kerja yang aku taip.

“nasib laptop ini tidak boleh bercakap..”
“kalau tidak..”
“mesti laptop ini akan sentiasa membebel..”
“kerana penat..”
“kalau laptop ini hidup macam manusia mesti selalu meragam..demam..”
“iyalah..dari pagi ke petang, petang ke malam..aku guna dia..”
“mana tidaknya..dia meragam..”

Aku masih menarik-narik setiap helaian kertas. Menebuk-nebuk. Menyusun dan meletakkan file di sebelah kiri.

“fuh…”
aku menghembus nafas ke udara. Terasa lega seidikit.
“siap…”
“nasib aku orang bujang kalau tidak..”
ngomel aku sendirian.

“kalau tidak…”
“sudah pasti suami dan anak kelaparan kat rumah..”
“haha..”
aku ketawa.

“hurm..takpe..masa inilah..aku nak kerja..mana tahu kejap lagi….”
“erm..kena duduk bawah ketiak suami 24 jam..”
fikir aku. Aku sambung senyum.

“Nasib baik tidak ada orang dekat dalam ini….”
” Kalau tidak…”
“Mesti semua fikir aku sudah tidak betul…”
” Sebab apa?? “
“Sebab aku senyum-senyum, sengih-sengih..macam kambing…”
“seorang diri pula tu..”
Aku menarik pemegang daun pintu kabinet dengan perlahan. Lalu daun pintu terbuka luas. Menampakkan susunan file-file yang berkenaan dengan projek. Satu-satu aku susun kembali file ke dalam kabinet.

“hurm..kalau tidak buat betul-betul nanti audit kata makan gaji buta..”
Mengingatkan peristiwa kena audit. Seperti kena satu bala bencana atau musibah. Manakutkan dan mengerikan.
“yelah..mana tidaknya, asyik mencari kesalahan..”
“itulah dunia audit..”
“alasan, itu kerja mereka..”
“tetapi kadang-kadang cara interaksi bottom up to down tak pernah nak sampai..”
“lain kali cakap ikut fakta..bukan putar belit..kan senang kalau cakap straight to the point..” “agaknya dulu nak jadi lawyer..”
“tersalah bidang lah kot..”
geram juga mengingatkan seorang staf audit yang suka buat hal itu. Kalau cakap secara professional kan bagus. Tidak payah hendak mencari keburukan dan kelemahan. Itulah manusia sekarang, suka sangat cari keburukan orang. Suka cari musuh dari kawan.

“That the point..Nasiblah..”
“Kerja mereka…”
“Kena akur…”
“Yup…finish all ready…”
“I’m going home..”
“home sweet home..love ya all work..”
“I’ll going home now..da..”

Berderap bunyi gugusan kunci yang di tarik dari dalam beg tangan bewarna coklat. zip bag yang dari tadi terbuka ditutup kembali.

“cepat betul semua orang balik hari ini..”
“selalu aku yang paling awal balik..”
“ada hal lah agaknya..”
“takkan setiap hari hendak pulang lambat..”
Fikir aku lagi. Memboyot beg yang berisi buku kesukaan. Meja yang tadi sibuk bagai meja wartawan. Kini sudah bertukar menjadi meja diraja. Tersusun indah. tiada kertas yang bersepah. Agak silau dengan kilat yang terhasil dari varnis dan agak kemas.

“uhuhu..itulah meja aku..”
“kalau meja orang lain penuh dengan buku di atas meja..”
“meja aku kosong tiada apa-apa..”
“jangan kata meja kosong tiada berpenghuni..”
“akulah penghuninya itu..hehe..”
**********************

“orang last keluar dari office kenalah kunci pintu..”
“kalau tidak..agaknya semua barang dalam office ini…”
“adui..mulut..”
Aku menampar-nampar mulut dengan perlahan. Aku masih mengirai kunci yang dipegang tadi. Beg yang berisi buku tadi diketepikan. Agar senang hendak mengunci pintu pejabat. Kerakk-ketak….bunyi yang terhasil dari lagaan kunci dengan besi pintu.

“sudah berkunci lah agaknya itu..”
Aku menekan-nekan password keselamatan pintu pejabat. Menarik-narik kembali. Memastikan pintu itu berkunci dengan selamat.

“Baru lega sedikit hendak melangkah pulang ke rumah.”
Keletap-keletuk kasut aku berlaga dengan simen. Bahu kiri dan kanan pula disangkut dengan pelbagai jenis beg. Bagai mahu balik kampungpun ada. Al-maklumlah, hidup sekarang kena bersayang-sayang dengan ilmu pengetahuan. Kena rapat-rapat dengan buku. Kalau tidak jauh ketinggalan.

“satu hari satu buku..”
“larat ke aku nak habiskan buku dalam masa satu hari?”
“itulah aku, semuanya mesti berakhir dengan satu alasan..”
“kalau hendak..seribu daya..”
“kalau tidak hendak..”
“jadi macam aku ini lah..”
“seribu dalih yang akan terhasil..”
“macam mana lah hendak memperkayakan ilmu dan memperkasakan bangsa..”
“kalau masih dengan seribu alasan ni wahai Diana…”
“kata..nak sahut seruan kerajaan..”
“memupuk minda kelas pertama..”
“Dalam al-Quran pun ada sebut menuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad..
“Menuntutlah ilmu sehingga ke negeri China..”
“hurm..ok..ok..that the way..”

“menuntut ilmu sehingga ke liang lahad..that mean..sehingga ke dalam alam kuburpun kita akan diajar menjawab pertanyaan yang akan di soal oleh munkal dan nakil..”
“menuntut ilmu sehingga ke negeri China pula, di mana-mana jua kita berada kita hendaklah dengan ilmu..”

“wah penatnya hari ini..petang-petang seberginipun panas lagi..”
Sambil menepuk-nepuk pipi yang terasa sedikit perit akibat menahan panas. Simen tar yang berada di bawah kakipun turut sama mengambil bahagian untuk menaikkan wap udara panas ke permukaan.

Barang yang tergantung di bahu kiri dan kanan aku tadi diletak ke bawah. Betul-betul dekat dengan tayar kereta. Nasib baik tidak kena saman. Kalau dekat pekan ini mesti sudah dapat surat cinta. Berkejar pula aku ke Majlis Daerah. Hendak bayar saman. Mana tidaknya. Sudah parking kereta senget-senget. Makan pula tempat orang lain. Bonet kereta dikuak luas. Barang yang penuh berisi dengan buku tadi di ambil dan dibawa masuk ke dalam bonet. Disusun. Diatur. Kemudian ditutup rapat-rapat. Cepat-cepat melangkah masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan.

“Aircorn yang paling penting…”
Tangan aku galak memutar butang laras aircorn.
“wah..lega..”
Merah muka akibat menahan wap simen yang membahang naik ke permukaan. Kalau situasi bergitu mesti mahu hujan. Udara yang sejuk keluar dari lohong-lohong tiub aircorn. Menyapa badan yang panas bertukar sejuk. Perlahan-lahan peluh yang tadi membasahi badan menjadi kering seketika.

“Agaknya malam ini hujan.” Teka aku.

Tiba-tiba air sedang menitik satu-satu di atas cermin kereta. Air yang jatuh satu-satu tadi menjadi semakin banyak dan lebat.

“hujan…”
“Alhamdulillah..”
“sejuk la sedikit dari tadi terasa perit yang teramat sangat..”
“hanya Tuhan sahaja yang tahu..”
“cuaca sekarang agak tidak menentu..”

Aku memulas-mulas stereng kereta. Wiper di biarkan menari di atas cermin. Agar tidak menghalang aku untuk melihat suasana di luar sana. Aku mengamati jalan raya. Tayar berputar agak perlahan kerana hujan semakin lebat. Bagai kura-kura aku berada di atas jalan raya. Menyimbah-nyimbah air yang ada di atas jalan menyimbah ke kereta. Akibat lori yang memotong laju merempuh air sehingga membuatkan air itu merecik tajam mengenai kereta kesayangan aku ini.

“isk..ini kes buli..mentang-mentang kereta aku kecil..”
“hurm..inilah orang kite..mentang-mentang besar asyik hendak membuli yang kecil..”
Bebel aku sendirian. Aku menarik picu gear dengan laju. Agar cepat sedikit sampai ke rumah. Haripun sudah semakin gelap. Kalau dilihat jalan raya semakin gelap semakin menyeramkan dan menakutkan. Lagi-lagi kalau berselisih dengan lori-lori besar. Bukan nak sayang kereta kecil dah. Lagi membuli adalah.

************************

Originally posted here:
Novel : Me and Secret Love 2

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG