Nama Pena : Aya Akira

Malam tu, lepas ja solat isyak berjemaah, ayah aku suruh aku hidangkan makan malam. Aisyeh, ni yang lemah ni!.Bab-bab nak angkat hudangan ni aku cukup lemah. Ye lah, perangai aku yang kurang feminin ni, boleh mnyebabkan aku dapat malu. Eiii….aku angkat dulang berhati-hati ke ruan tamu.

“Boleh Kal tolong?”.

Kaki aku hampir-hampir tersadung kat kusyen. Mujurlah aku sempat berpaut pada tangan seseorang. Ya Allah, biar betol!. Aku berpaut pada tangan Haikal…..erat.

“Kal mintak maaf sebab buat Hana terkejut”.

Muka aku mula rasa merona merah……malu. Aku melepaskan suaraku bila mendengar suara berdehem dari arah belakang. rupanya ayahku menyaksikan gelagat kami berdua dari tadi. Aku terus bergerak ke ruang dapur. Haikal hanya mampu melihat aku berlalu pergi.

Tau jugak malu budak kampung ni. Cute betul muka dia tadi. Hi,hi,hi….nyata pilihan aku tak silap. Dia seperti Dania. Manis dan pandai menjaga kesopanan sebagai seorang wanita Islam. Mungkin yang berbeza antara Dania dan Hana ialah cara mereka menerima aku. Dalam hal ini, aku rasa Hana lebih keras berbanding Dania. Tapi tak kisahlah. Apa yang penting sekarang, aku perlu tunjukkan keikhlasan aku terhadap Hana.

Haikal, mai makan kah (cepat). Apa yang dok buat kat situ tu?”.

Kedengaran mak Hana memanggil aku. Aku segera mengambil tempat di sebelah Hana. Hana menarik muka masam. Tak suka barangkali. Tak kisah la cik Hana oi!. Aku kan sah dah jadi tunang kau. Abang Hana daripada tadi aku lihat asyik berbalas jelingan dengan Hana. Puncanya aku sendiri tak pasti.

“Kal, nah cuba sambal”.

Suara Hana yang kurasakan tak semerdu Siti Nur Haliza mematikan lamunanku. Aisyeh….bab-bab sambal ni yang aku lemah skit. Lidah aku ni lidah orang putih. Mana tahan makan makanan yang pedas-pedas. Aku mencedok sedikit. Tak sampai satu sudu.

“Sikit sangat Kal. Nah, tambah lagi sambal ni. Lagi pedas lagi sedap.

Nah kau tengku. Nampaknya berasap la telinga kau lepas ni. Tu lah , sapa suruh kau nak sangat ambik aku jadi tunang kau?. Ha, kan dah kena!

“Thanks Hana”.

Han cuma tersenyum. Aik, lain macam ja si Hana ni. Selalu kalau aku cakap apa-apa ngan dia, muka dia mesti tarik muncung 14 punya. Kalau senyum macam ni hari-hari kan ka manis?Aku toleh ke arah Zariff. Budak ni kalau bab makan memang laju. Kalah roller couster. Tengok tu, punyalah pelahap. Sampai kepala pun tak panggung. Aku kembali menumpukan perhatian aku kat nasi yang dah penuh dengan sambal kat depan mata aku. Macam mana ni? Nak makan ka tak nak?. Sumbat ja la. Kalau pedas, aku mintak ja la air. Aku suapkan nasi ke mulut. Perlahan. Ya Allah, pedasnya!, Aku toleh ke arah Hana. Ingatkan dia nak bagi air kat aku, tapi dia buat tak tahu ja. Macam orang bodoh pulak aku tengok.

“Hana, bagi air kat Haikal tu. Muka dia dah merah tu. Tak tahan pedas kot”.

Mak Hana bersuara.

“Terima kasih Hana.”

Daripada reaksi muka si Hana, aku dapat agak yang dia tengah tahan gelak. Aku rasa la, kalau la mak bapak dia tak dak kat sini, dah lama Hana gelakkan aku.

Ha, padan muka kau tengku!. AKu dah agak dah orang bandar macam kau mana tahan pedas. lidah cop orang putih!. Tapi cute jugak muka dia tahan pedas. Hisyh, aku ni!. Aku kan bencikan dia, apasal pulak nak kata muka dia cute pulak?. Tapi aku ngok, kawan dia si Zariff tu laju lak makan. Dah besa kot. Tengok tu. Ulam pucuk janggus lansung tak disentuhnya. Patut la orang bandar dapat banyak penyakit. ulam yang awet muda ni tak pernah makan. Aku sure , tak sampai sebulan mesti dia nak balik KL. Dan waktu tu , aku la orang yang akan bersorak gembira.

“Hana, tolong mak angkat semua ni pi dapuq”.

Aku menurut sahaja. Kalau sebelum ni, mesti aku gaduh ngan abang aku. Ye la, masing-masing malas nak buat kerja. Tapi, pasai mamat sekor ni, aku kena jadi baik. Takut gak kalau silap hari bulan ayah aku mengamuk lak. Aku melangkah perlahan ke dapur. Malas rasanya nak buat apa-apa. La…beruk ni ada kat sini rupanya. Amboi, mesranya dia sembang ngan mak aku!. Mak aku asyik gelak ja. Ntah apa yang lucu, aku tak tahu. Lawak Mr. Bean mana la yang dia cita kat mak aku. Aku buat-buat tak nampak. At least leh gak aku elakkan daripada dia.

“Rajinnya tunang Haikal ni. Elok la tu, practice buat kerja rumah before jadi wife Kal. Nanti tak dak lah kekok nak layan Kal and uruskan rumah tangga kita. Bertuah betol kal dapat tunang macam Hana”.

Tiba-tiba kedengaran suara Haikal dari belakang Hana. Begitu hampir hinggakan hembusan nafas Haikal mampu didengarinya. Hana mendengus kasar. Bimbang keadaan mungkin akan bertukar menjadi ribut taufan, Haikal segera beredar. Lankah kakinya dihalakan ke arah meja makan.

Setelah pasti Haikal tidak lagi berdiri di belakangnya, Hana memulakan bebelannya.

Eiii…orang tua ni!. Gila ka apa?. Selamat jantung aku ok lagi. Kalau tak mau luruh jantung aku dibuatnya. Mujur tak terlepas mangkuk kat tangan ni. Kalau tak….

Hana memandang Haikal dengan pandangan yang tajam.

Rasanya, mau ja aku cincang-cincang beruk ni bagi ikan flowerhorn aku makan. Boleh dia buat dek ja!. Eeee…memang nak kena dia ni. Tak pa. Ada lori, ada kapal, ada hari , aku kepal-kepal dia ni. Aku hanya memerhatikan tingkah lakunya. Malas nak bersuara. nanti dia ngat aku suka kat dia plak. Tak ka parah kalau macam tu. Dah habis kerjanya, dia pun berlalu ke bilik tidur. Letih agaknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selesai ja mengemaskan baju, aku ke beranda. Mana tau, nasib aku untung, boleh la aku borak ngan Hana. Rasanya, aku tak pernah borak ngan dia lama-lama sejak aku sampai tadi. Mau taknya, setiap kali aku nak dekat ngan Hana , aku tengok abang dia jeling semacam ja kat aku. Naik gerun aku dibuatnya. Dan malam ni, peluang dah terbuka depan mata. Ayah ngan abang Hana, pas makan ja tadi terus keluar. Mak Hana cakap pergi rumah saudara dia. Lantak la. Dari ruang tamu, kedengaran suara orang ketawa. Kalau tak silap aku, suara tu macam suara Hana. Tapi suara laki tu, suara siapa. rasanya macam pernah dengar, tapi….la Zariff rupanya. Aku ngatkan abang Hana tadi. Patut la suara macam pernah dengar. Tapi apasal Hana ngan Si Riff ni nampak mesra lain macam ja. Dengan aku, bukan kata nak dengar Hana ketawa, nak dengar suara dia pun susah. Macam ada katak nak keluar bila dia borak ngan aku. Ni tak boleh jadi ni. Nak kata aku cemburu, memangla. Hana tu tunang aku, bukannya tunang Zariff. Kang tak pasal-pasal, si Hana jatuh hati pulak kat Zariff. Tak ke naya?. Si Zariff tu bukannya tak hensem.

“ehem, ehem….seronok nampak. noleh Kal tahu apa yang lucu sangat?”.

Aku menyapa. Rasnya tak tahan dah tengok adegan mesra hana ngan Zariff ni. Hana tarik muka masam. Tak suka agaknya. Aku mendekati Zariff. Bila ngok aksi si Zariff yang terus berborak ngan Hana , aku pantas menyiku Zariff. Isyh, orang tua ni. Buat macam tak faham lak. Oii, cik Zariff, aku nak privacy la ngan tunang aku ni. Zariff pantas berlalu. Dia pun sedar kot. Dia tu macam langau ja. Sibuk kacau orang nak berdating. Hahaha….dating kat beranda.

“Hana, Kal nak tanya sikit. hana jangan marah ya?”.

Aku cuba untuk pancing minat Hana. tiada reaksi daripada Hana.

“Kenapa Hana macam tak suka ja kehadiran Kal kat sini. Ataupun Hana memang benci nak tengok muka Kal?”

Aku bukannya apa. Takut jugak kalau si Hana bencikan aku. Macam mana nak berkasih kalau sorang sayang sorang benci?.

“Hemm….kalaua Hana terus tak bersuara, Kal angap yang memang Hana bencikan Kal”.

Aku meneruskan bicara walaupun aku sedar yang berkemungkinan tiada reaksi daripada Hana.

Hisyh….ni nak jawab ka tak nak?. Kalau tak jawab nanti, kesian plak. Bukannya kesian kat Haikal neh, tapi kesiankan Shima yang susah payah plan nak pekena budak bandar neh.

“Hana tak bencikan Kala k!. Hana cuma tak biasa dengan orang luar”.

Aku cuba berbohong. Tak biasa konon. Dengan si Zariff tu senang ja aku nak berbual. Tak pa la, tipu sunat. Kalau cakap yang betul, kecik plak hati mamat neh.

“Orang luar?. Come on. Kal kan dah sah jadi tunang Hana. Kenapa plak Haikal jadi orang luar. Tolong jangan layan Haikal macam ni lagi k!”.

Isyh…payah tol la anak dara sorang ni!. Kalau borak ngan Zariff, tak dak plak dia rasa macam orang luar. Ni tiba-tiba ngan aku jadi macam ni plak. Pening aku. Dah la hari yang aku ajak dia keluar, dia asyik diam aja. Shima ja yang dok layan aku. Ingatkan segan lagi. Kot-kot la malu-malu kucing. Sapa tau?. Tapi hari ni macam tu jugak. Dengan Zariff, rancak ja berbual. Dengan aku, tiba-tiba ja jadi orang bisu. Tak tau aku nak kata apa dah. Kalau tak mengenangkan rasa cinta yang membara-bara dalam hati ni, dah lama aku surrender!. Penat aku dibuatnya.

Isyh…payah betul la budak bandar ni. Tu la, sapa suruh gatal sangat nak meminang aku?. Macam la dah tak dak awek-awek yang cun-cun kat bandar tu. Yang gagah nak cari awek kampung tu apasal?. Agaknya dia neh dah tak laku kat KL. Tu yang sampai sanggup masuk meminang budak kampung. Hahaha….dah jatuh saham rupanya.

Deruman enjin motosikal mematikan perbualan Hana dan Haikal. Haikal melepaskan keluhan kecil. Hasrat untuk berbual-bual dengan Hana lebih lama terbantut. Hati kecil Hana sebaliknya melonjak kegembiraan.

Lepas satu bala!. Ayah, Bang Chik, korang la penyelamat Hana. Love you guys!. Hehehe….

Haikal melangkah lesu menuju ke bilik tidur. Niat sucinya ingin mengenali tunang tersayang dengan lebih dekat, terbantut lagi. Haikal sedar, bukan mudah membina cinta baru. Dan bukan mudah melembutkan hati seorang gadis bernama Nur Akma farhana. Banyak liku yang terpaksa ditempuh, Banyak ranjau yang terpaksa diredah. Tapi macam lagu Spider la ‘Relaku Pujuk’, aku bukan lelaki yang tewas!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari kedua haikal di rumah Hana, keadaan tak banyak berubah. Hana masih cuba melarikan diri bila menyedari yang Haikal cuba menghampirinya. Bila Haikal berehat di ruang tamu, Hana akan berada di dapur memabntu ibunya taua menguncikan dirinya di dalam bilik. Bagi Hana, dia perlu menjauhkan diri sejauh yang mungkin daripada Haikal. Bukan sebab malu atau segan , tapi sebab plan nakal dia, Shima dan Bang Chik bermula pada hari ketiga.

Nahas la kau budak bandar !. Aku akan hadiahkan kenangan yang kau takkan lupakan selama-lamanya ! Hahaha! Kalau la mak aku tahu pasal plan jahat aku ni, mesti aku kena tahan telinga dengar leteran dia. Ye la, dia tak nak pisang berbuah dua kali (sebab kali kedua tak sedap ka?. Hehehe..).

Dan saat itu, memori lama kembali menerjah ke kotak ingatan Hana.

Kerana terlalu sakit ati ngan perangai Mak lIjah yang tah hapa-hapa , aku ngan Shima buat plan yang teramat nakal untuk balas dendam kat Mak Lijah. Tapi mangsanya bukan Mak Lijah,plan tu dicipta khas buat Camelia. Sebenarnya aku ngan Camelia lansung tak tahu yang Kak Lia tu baaek hati. Ingatkan dia pun macam Mak Lijah. Yela, perangai Mak Lijah yang bukan takat suka jaga tepi kain orang, kalau boleh dalam kain orang pun dia nak jaga. Tu baru 0.00000000000000001% daripada perangai buruk dia. tak masuk lagi bab jadi batu api, mulut tempayan dan banyak lagi la. Pendek kata kalau nak dihitung perangai huduh dia tu, tak cukupngan jari tangan yang sepeluh ni, tambah jari kakai yang 10 pun belum tentu boleh kira perangai teruk dia. Waktu aku ngan Shima nak pekena Kak Lia, niat kitorang cuma satu. Nak sedarkan Mak Lijah yang perangai dia dah betul-betul melampau. Sanggup difitnahnya yang Bang Long aku pernah ngendap Kak Lia mandi. Akibat fitnah dia yang sah-sah teruk daripada membunuh tu, dekat sebulan jugaklah family aku kena pulau dek orang kampung. Mak aku puas berendam air mata. Bang Long aku pula hampir-hampir becerai. Semuanya gara-gara fitnah yang Mak Lijah reka. Sebenarnya Mak Lijah reka fitnah tu sebab dia sakit ati ngan mak aku. Dia ngatkan mak alu bekenan (suka) ngan Kak Lia tapi mak aku sebenarnya dah ada calon pilihan tuk bang long aku. At the end of the day, dia yang malu sendiri. Padan muka!!!!!!!!!

Walaupun waktu tu aku baru 10 tahun, tapi aku faham apa yang family aku terpaksa tanggung. Dan mulai saat tu, aku dah bertekad. Macam mana pun, aku akan balas dendam ngan Mak Lijah. Bukan dendam sampai nak tagih hutang nayawa, cuma dendam nak sedarkan Mak Lijah. Yela, makin lama dibiarkan makin melampau. Mulanya plan tu dah berjalan ngan lancar. Semua persiapan dah di buat, vuma tunggu nak jalankan ja. Aisyeh, macam persiapan nak kahwin la plak!. Hehehe…..

Walaupun nek berbuih mulut Siti nasihatkan kami , aku ngan Shima buat dek ja. Aih, mana leh….Orang penat-penat atur strategi, takkan nak batlkan macam tu ja. At the end, Siti pun angkat bendera putih, tanda ngaku kalah. Yela, mana larat dia sorang nak lawan kami yang berdua ni. Tapi, lain yang dirancang, lain plak yang jadi. Petang sebelum aku nak jalankan plan aku tu, aku terserempak ngan Mak Lijan dan kak Lia kat kedai runcit Pak kassim. Mulanya, aku buat tak heran jugak. Tapi bila aku dengar suara mak Lijah yang lansung tak sedap tengah menjerit-jerit macam beruk kena tarik bulu hidung, aku terus la pasang telinga. Rupanya Mak Lijah ngan marahkan Kak Lia yang tegur perangai dia yang sesuka ati tabur fitnah macam tabur nasi basi kat ayam. Kak lIa bukan takat kena tengking, siap kena tampar lagi!. Apa lagi, lekat la cap tapak tangan kat pipi Kak Lia yang putih gebu tu. Kesian Kak Lia.

Barulah aku tahu yang rupanya kak Lia bukannya brand Mak Lijah. Maybe dia lebih pada arwah Pak Daud, ayah Kak Lia merangkap suami Mak Lijah. Dan saat tu jugak aku cancel kan segala plan balas dendam aku. Tapi macam mana pun, aku tetap cari jalan nak sedarkan Mak Lijah, biar dia tahu langit tu tinggi ka rendah. Biar dia tahu, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Tapi yang pastinya, Kak Lia takkan terlibat dalam plan nakal aku ni.

Korang nak tahu ka apa plan nakal aku tu?. Jeng, jeng, jeng….Aku ngan Shima menyamar jadi hantu bungkus kat rumah Mak lijah. Kononnya kitorang kadi roh yang nak balas dendam kat Mak Lijah sebab jadi mangsa fitnah dia. mak Lijah sampai melutut meniarap merayu agar ktorang bebaskan dia. Siap janji nak taubat nasuha lagi! Insaf la kiranya. Hahaha…..seminggu jugaklah dia demam. Tapi last-last mak aku dapat tahu. Ni semua pasal mulut tempayan Bang Chik aku la. Tak reti nank kunci lansung. (Tempayang boleh kunci ka?). Yang jadi mangsanya, aku ngan Shima. Jenuh gak kitorang kena tahan telinga. Tapi tak kisahlah, asalkan dendam aku berbalas, cukup!.

Lepas daripada insiden tu, Mak Lijah berubah. Tapi tak tahan lama pun!. Ada la tahan takat dua tiga hari . Lepas tu , balik perangai lama dia la. Hampeh betol!!!!. Memang tak pernah nak insaf!!!. Perangai macam Alien!!!. Ntah-ntah, alien pun lagi baik daripada pompuan tua ni. Nampak sangat dia ni tak pernah taubat. Cuma dia tau buat ja. Hi…geram aku!!!Kalau ikut kan hati aku yang sakit ni, mau jugak aku rejam dia dalam tangki taik belakang rumah aku. Bira dia mampus sebab sesak nafas dengan taik-taik tu!!!!!.

Hahahahahahahahahaha dan hahahahahahahaha lagi………………..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu sudah pun menjelma tiba. Tepat ja pukul 8 pagi, muka Shima merangkap penasihat terhormat aku dah pun terjengol kat muka pintu. Dia ni kalau bab plan nak pekena orang, memang nombor satu. Selalu punctual!!.

“Hana, mana tunang kesayangan hang tu?”. Dari tadi, tak nampak pun batang hidung dia?. Takkan dok buat peta dunia lagi kot?”.

Isyh, anak dara sekor ni!!!. Suka-suka hati dia ja kata budak bandar tu tunang kesayangan aku. Kalau dibuatnya dia denagr, tak ka mampus aku?.

“Hang ni la. Sesedap rasa hang ja cakap macam tu. Kalau Tengku tu dengaq, tak ka malu aku nanti? Nama ja kawan bek aku?. Drop my water face betoi!”. “Ala hang ni Hana. Takkan tu pun hang nak marah kot? Aku mintak maaf k!”.

Hahahaha….tau pu takut. Tu la, lain kali guna otak dulu sebelum guna mulut. Ni tak, asyik guna mulut dulu sebelum otak.

Hana berlalu ke bilik Haikal. Belum sempat pintu bilik diketuk, muka Haikal sudah terjengul keluar.

Isyh, ni lagi sekor!. Nasib bek aku tak terketuk muka dia. Kalau tak, terbatal pulak air sembahyang aku. Ataupun, free ja muka dia nek benjol. Kena ketuk ngan tunang sendiri. Ha, baru padan muka!

“Hana cari Kal ka?”.

Memang la aku cari kau. Kalau aku cari kambing arwah tok wan aku, takkan la aku nak pi ketuk pintu bilik kau?. Akai ada?.

“A ah. Hana nak ajak Tengku pi bendang. Ayah yang suruh”.

Banyak la ayah yang suruh. Ayah awal-awal pagi lagi dah keluar ngan Bang Chik. Bila masa pulak ayah pesan kat aku. Hehehehe…tak pe…Tipu sunat la katakan.

“Hana, kan Kal dah cakap. Jangan panggil dekat Kal tengku. Panggil Kal cukup k!”.

Isyh, mamt sekor ni!. Lantak aku la nak panggil kau apa. Tu dah kira bertuah aku tak panggil kau cipan ka, cimpazi ka, tenuk ka . Cuba kalau aku panggil kau tapir? . Mesti kau marah punya.

“Ok lah Kal. Cepatla, Shima dah tunggu kat luar tu. Nanti bising plak dia. “

Hehehehe…aku sebenarnya bukan takut Shima bising. Aku cuma dah tak sabar-sabar nak jalankan projek aku ni. Biasala, penat tau fikir macam mana nak pekena mamat bandar ni.

Hana pantas berlalu. Malas baginya untuk terus berbicara dengan Haikal.

“Hana”.

Haikal memanggil tunang tersayang. Hana menoleh. Matanya tepat memandang ke arah mata Haikal yang entah bila sudah pun berdiri di belakang Hana. Saat mata bertentang mata, ada getaran di jiwa si gadis. Ada cinta yang kian bersemi di hati si jejaka. Saat itu, Hana merasakan sesuatu di sudut hatinya. Sesuatu yang tak pernah dirasainya. Sesuatu yang bisa membuatkan tidur malamnya diulit mimpi-mimpi indah. Dan saat itu jua….

“Hoi, Kal! Kau ngan Hana nak pergi mana?. Asal tak bagi tau ngan aku pun?”.

Ya Allah! Mamat sekor ni . Betul-betul potong stim la. Aku baru ja nak feeling ngan Hana. Kalau ikut hati, mau ja aku sula si Zariff ni. Selamatnla dia dah berkawan ngan aku lama. Kalau tak….Hi….Geramnya aku…

Hana yang tersentak daripada lamunannya berlalu pergi.

Rasa macam nak sembunyi dalam lubang cacing ja. Biar sapa pun tak tau ke mana kau hilang. Sekamatnla Bang Chik tak dak. Kalau tak, jenuh jugak kena tahan diusik abang kesayangan aku yang sorang tu.

“Kau ni Riff, betul-betu kacau dau la!. Hana baru ja nak tangkap cintan ngan aku. Menyesal aku ajak kau datang sini”.

Haikal melepaskan kemarahannya kepada Zariff.

Bukannya senang aku nak bertentang nata ngan Si Hana tu. Alih-alih kena kacau ngan si Zariff ni. Sapa yang tak bengang?. Nak tunggu masa tuk bertentang mata ngan Hana ni macam nak tunggu bulan jatuh atas bumbung rumah. Payah nak mapus!!!!. Huh!!!. Geram tahap nak berasap telinga dah ni. Selamatla Zariff ni kawan aku, kalau tak dah lama aku sembelih, pas tu aku bakar, buat cicah ngan air asam. Eh,eh….Tapi aku mana makan air asam?. Ahh, lantaklah!!!!!. Macam la orang lain tak makan. Payah-payah, aku sumbat ja dalam mulut kambing belakang rumah Hana ni. Bukannya susah pun.

“Kal, kau termenung teringatkan siapa?. Tunagn kau tengah tunggu kat luar rumah tu. Yang kau tercegat kat sini macam tiang lampu jalan je apasal?”.

Eisyh, kawan aku sorang ni!.Dah buang tebiat ke apa?. Tadi, berdiri terpaku depan Hana. Dah Hana blah, dia mengelamun la plak. Takkan dah hilang separuh daripada kewarasan kot?. Dah sebijik macam penghuni wad bahgia kat Tampoi. Dah macam kawan Kluang Man ngan Tiung Man aku tengok. Lansung tyak macam kawan aku. Bahaya, bahaya….

” Encik Haikal, apa kena ngan kau ni?. Tunang kau ngah tunggu kau kat luar tu. Yang kau still berdiri kat sini kenapa?”.

Haikal menoleh seketika ke arah temannya itu. Tanpa bersuara walaupun sepatah, dia terus belalu pergi meninggalkan Zariff yang masih dalam kebengongan. Tertanya-tanta tentang tingkah laku rakannya yang telah dikenali hampir 6 tahun itu.

~hrp ckup pnjg…klu nk dpnjgkn lg rsa cm x bopa nk wujud unsur suspen tu..so hpe u guys njoy reading~
~love , AyaAkira1011 ^-^ ~

Original post:
Novel : Please 5

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG