Nama Pena : kak tyea

Pertama kali berkunjung ke rumah mewah keluarga Zarith, aku mendiamkan diri di dalam bilik. Merenung nasib diri di masa depan. Bagaimana kalau Alishah tahu? Marahkah dia?
“Abang tak nak makan?.”
Aku berpaling mendengar suaranya. Manja tetapi tidak bisa menggetarkan jiwaku seperti lazimnya saat aku bersama Alishah.
“Tak ada selera nak makan. Sofea makanlah dulu.”
“Sofea memang tak makan malam, bang.” Dan dia terus duduk rapat di sisiku. Aku pula yang berengsot menjauh. Sumpah, aku tidak boleh menerima kehadiran wanita ini dalam hidupku.
Sepanjang dua hari kami di rumah keluarga mentua, aku tidak banyak bicara. Mr.Khaleed memang berkecil hati namun dia tidak punya kuasa hendak memarahiku.
Cukuplah aku sudah dipaksa mendampingi anak tunggal perempuannya. Aku tidak mungkin mahu membiarkan diriku terus bergelumang dengan tekanan perasaan.
Sofea pula seakan hendak terus mencuba nasib. Dia mahu memiliki cinta dan diriku sekaligus.
“Cinta abang cuma untuk isteri abang, sofea.” Itu keputusanku sebelum kami berpisah katil semalam.

“Saya kena balik ke Malaysia. Saya ada kerja dan tanggungjawab terhadap isteri saya di sana.” Kataku setegas-tegasnya sebaik sahaja selesai menghadap sarapan.
Sofea terkesima. Mr.Khaleed merengus. Mdm. Zaharah mengeluh. Abang-abang iparku semuanya bangun mahu menyerangku namun ditegah sofea. Buat pertama kalinya aku berterima kasih padanya.
“Habis sofea bukan isteri kamu?.” Soal Hatheem. Matanya tajam sekali merenungku.
“Dia memang isteri saya tetapi dia perlu hormat kedudukan isteri pertama saya. Saya tak nak kecewakan isteri saya lagi. Saya cintakan dia.”
“Tak apa, bang.” Sofea mencelah. Aku memandangnya dengan sejuta kesyukuran. Mudah-mudahan dia ikhlas dengan kata-katanya ini.
“Sofea tak marah kalau abang kena layan dia lebih. Asalkan abang tak lupakan saya.”
Lupa? Hmm….entahlah.

Ketibaanku disambut Alishah dengan wajah cukup berseri. Seakan pertama kali kami bertemu dibuatnya. Kami berpelukan erat sebaik aku selesai mengambil bagasi.
“Rindunya kat sayang.” Pipinya ku kucup lama. Tersipu-sipu, dia menarik tanganku menuju ke kereta.
Melihat sinar di matanya, tiba-tiba terasa kosong pula hati ini. Timbul rasa bersalah yang amat. Aku telah menduakan kedudukannya. Kasihan Alishah tertipu olehku.
Argh, aku bencikan Along teramat sangat!!!!!

Malam jumaat, selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, kami bertiga bersiap ke Bukit Antarabangsa.
Mama mahu menjamu kami sekeluarga makan malam. Kebetulan mama tahu aku baru pulang dari Turki. Walaupun sebenarnya tiada satu benda pun dikirimkan Along buat mereka di sini. Mujur aku ada membeli satu dua buah tangan semasa di lapangan terbang dulu.
“Wah, berseri betul menantu mama ni tau! Ada apa-apakah?.” Usik mama sebaik sahaja kami tiba. Mak Kiah sudah menghilang ke dapur.
Aku terus memeluk Alishah yang senyum memanjang. Sangkaku hanya aku yang perasankan hal ini. Papa yang baru turun juga menegur perkara yang sama hinggakan Alishah terus menyembamkan wajah ke dadaku.
“Mudah-mudahan adalah good news untuk mama dengan papa. Mama pun dah tak sabar nak timang cucu baru ni.”
Aku mengangguk. “Mudah-mudahanlah, ma. Mesti handsome macam Zik kan.”
“Ish, Zik bukannya handsome pun.”
“Handsome. Kalau tak mana wife zik yang cantik ni nakkan zik.”
Dan Alishah bersungguh-sungguh ketawa, ditahan tapak tangannya yang tertutup-tutup di mulut.

Urusan kerja di pejabat benar-benar menuntut seluruh perhatianku. Sejak beberapa hari ini, aku cuma muncul di rumah setelah malam menjelang tiba. Dengan keletihan yang amat, aku sudah tidak larat hendak berbuat apa-apa hinggakan makan malam juga terpaksa ku tinggalkan.
Syukur saja Alishah sangat memahami. Dia tidak akan tidur selagi aku tidak ada di dalam bilik. Malah kadang-kadang apabila aku terpaksa berjaga malam, dia akan turut sama duduk di sisiku.
“Abang rasa baik sayang tidur dulu. Nanti esok penat pula kat kedai.” Saranku apabila dia masih sudi menemaniku hingga ke dinihari.
Alishah senyum. “Insyaallah, tak. Lagipun kalau Isha mengantuk sangat esok, Isha baliklah kejap. Tak ada orang nak marah.”
Iya. Dia pemilik kedai. Dia bos mereka. Masa mereka hendak memarahinya pula kalau pun dia tidak datang bekerja.
“Wah, mentang-mentang….” Sengaja aku mahu mengusik.
“Astaghfirullah, nak mentang-mentang apa pula.”
“Mentang-mentang…..”
Alishah ketawa. Sopan. “Mentang-mentang nak bentang kentang.”
Aduh, ada-ada saja idea di kepalanya mahu mengusik sama. Tapi Alishah memang punya great sense of humor. Dan inilah yang tambah menyenangkan hati setiap kali berdamping dengan dirinya.
Insyaallah, selepas projek besar ini selesai nanti aku akan menumpukan lebih perhatian buat rumah tangga kami ini. Mungkin dia kelihatan tidak kisah tidak menerima layanan mesraku tapi hatinya lama kelamaan pasti akan luka. Itu aku tidak mahu.
Cukuplah selama ini dia saja yang begitu banyak menggembirakan diriku. Berbuat itu ini untuk diriku.

Read the rest here: 
Novel : Sesuci kasih seorang isteri 5

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG