Nama Pena : nurkasih

“hanni! Mak pecayakan Hanni..k..lau sesuatu jadi kat m..mak,Hanni janji akan terima Hazrul ya?jaga Hazrul untuk mak ya?”Hanni mendengar sayu. Sebak mula bertanfang.

“Hazrul tu anak yang baik. Hanni jangan kecewakan dia ya?”Syarifah Mazirah merayu Hanni sekian kalinya.

“Mak cik..!”suara Hanni bergetar.

“jangan cakap macam tu makcik. Hanni masih belum puas bersama makcik.Lagipun keluarga makcik memerlukan makcik” Rayu Hanni merintih. Air matanya laju mengair. Diusap lemah oleh Syarifah Mazirah.

“Hanni!..setiap kali mak tengok wajah kamu mak dapat rasakan kedamaian. Sejak mak kenal hanni mak dah anggap Hanni macam a..nak mak sendiri” ucap Syarifah Mazirah lemah. Ditatap wajah insan di hadapannya.Lama mereka membisu.

“Makcik! kalau..”

“mak teringin nak dengar Hanni panggil mak ,mak.”Syarifah Mazirah memotong percakapan Hanni. Dia berharap ungkapan itu lahir dari bibir hanni ,seorang anak perempuan yang ditunggunya.

Air mata Hanni semakin laju. digenggamnya tanggan wanita itu erat.

“Mak!…”ucap Hanni. Walaupun perlahan, cukup membuatkan hati Syarifah Mazirah sayu. Perasaan sayang kepada Hanni berganda jadinya. Sungguh gadis dihadapannya ini telah berjaya menambat hati keibuannya.

Tekak Hanni berasa perit. Seperti ada sesuatu yang menghalang pernafasannya.Air jernih merembes keluar. Dia menangis lagi.

“Hanni jangan menangis nak!”Syarifah Mazirah mengelus pipi gebu Hanni.Dia sendiri tidak dapat menahan sebak mendengar ungkapan Hanni.

“Hanni jagalah amanah mak ni baik-baik ya?” Hanni mengangguk lantas memeluk Syarifah Mazirah di pembaringannya.Dada Wanita itu berombak Keras. Semakin lama semakin keras dan berat.Nafasnya jadi tersekat-sekat.Hanni cemas.

“Makkk!!!”

***************

“UNCLE?”
“uncle ni syed Syahrinkan?ayah kepada Hazrulkan?”

“Ya! Awak ni siapa?” Soal Syed Syazrin hairan wanita dihadapannya yang tidak dikenali mengenalinya.

“itu semua tak penting! cuma saya nak ingatkan uncle satu perkara!” Syed Syahrin kehairanan. Siapa perempuan ini mahu mengingatkan dia perkara-perkara dalam hidupnya. Hati Syed Syahrin berbicara.

“Awak ni siapa? apa yang awak nak?”Soal Syed Syahrin lagi.

“Hanni! jauhkan dia daripada Hazul. Kalau tak hidup hazrul akan susah. Hanni tu pembawa sial. Dengar lah pesan saya kalau tak nak menyesal dikemudian hari..” Sambung peremuan itu lagi. Syed Syahrin semakin hairan.Wanita dihadapannya kelihatan sebaya dengan Hanni. Siapa dia ini? adakah dia mengenali Hanni?entah apa muslihatnya. Soalannya dibiarkan tidak berjawab.walau apa pun aku akan pisahkan mereka juga.Fikir Syed Syahrin.

“Ya memang aku akan jauhkan mereka. Kau apa susah? kau jangan harap nak dapat anak aku lepas kau fitnah orang lain!” wanita itu tersenyum sumbing.

“Aku tidak hairan dengan ank kaula. Asal perempuan jahanam tu tak dapat cukup. Aku tak dapat dia juga tidak akan dapat!” ucap perempuan itu angkuh sekali.

“uncle !percayalah saya sendiri mengalaminya..”perempuan itu cuba meyakinkan Syed Syahrin.Syed Syahrin tidak menyampuk.

“Dia pembawa kemusnahan dalam hidup saya. Terpulanglah uncle nak percaya atau tak. Itu hak uncle..”

“Tuan!!Pemandu Syed Syazrin menghampiri tergopoh-gopoh.

“Hah! kenapa kau hamid?” Hamid kelihatan menenagkan dirinya dahulu dari semput sebelum menjawab.

” Puan ..Tuan. kecemasan katanya.Tuan kena cepat kesana” terang Hamid.

“what!!okey..i’ll be there”

“uncle?”

“My wife…i kena pergi”

“i ikut” Syed Syazrin hanya mengganguk membenarkan wanita itu ikut bersama .

*********************

Seminggu telah berlalu..
Perkahwinannya terpaksa ditangguhkan. Pagi itu terasa sunyi sekali.Kicauan burung tidak kedengaran dimana-mana seperti biasa. Mereka seperti mengerti keadaannya dan turut berdukalara bersamanya. Seminggu itu jugalah Syarifah Mazirah telah meninggalkan dunia yang fana ini.

‘Hanni mak percayakan Hanni…’
‘Hanni jagalah amanah mak ni..’
Terngiang-ngiang ayat itu di telinga Hanni. Air jernih bertakung di kolam matanya.Perlahan-lahan menuruni lekuk pipinya.Aku perlu tabah menghadapi ujian ini. Segera diseka air matanya. Hanni menundukkan wajah merenung kalung pusaka pemberian ibunya sewaktu hari pertunangannya. Ahh ..hari malang itu, sukar untuk mengusir bayangannya.Hanni merenung lagi kalung itu. Tercoret indah diatas permukaannya ‘W.A.F.i’. Menurut ibunya kalung itu adalah warisan turun temurun keluarganya. WAfi adalah bermaksud kesempurnaan. Menurut ibunya lagi setiap keluarganya pasti mengabungkan perkataan itu dengan nama mereka. Baru dia perasan kini. Namanya juga diakhiri dengan wafi. ZarulHanni Wafiah dan ibunya Che Sofiah Wafiah. Nama yang unik. Fikir Hanni. dia tersenyum sendiri.

“tapi..kenapa kalung ini langsung tidak membawa kesempurnaan pada aku?”
Terbayang peristiwa seminggu lalu di ruang mindanya. Saat dia dikeji hina begitu kejam sekali. Sungguh perit bsginya menelan tuduhan tidak berasas Syed Syahrin..

“Hey perempuan..Kau tengok apa kau dah buat! kau rasuk fikiran anak aku,lepas tu isteri aku pun kau nak kacau! kau tengok apa dah jadi! disebabkan sial kau tu, isteri aku meninggal kau tau! kau ni memang tau menyusahkan hidup orang je kan!”Syed Syahrin melepas amarahnya kepada Hanni. Ramai yang memberithu kepadanya Hanni memang membawa malang. Segala cerita mereka menguatkan lagi dakwaan wanita yang tidak dikenalinya semalam. Dia yakin Hanni sudah menyusahkan ramai orang.Hanni hanya menunduk tidak berani menentang mata lelaki tua itu.

“Ayah ! semua dah berlaku ayah tak boleh cakap macamtu . Ini dah takdir . Kita tak boleh salah kan orang lain!

“Kau hazrul diam!memang kau membela dia. entah ubat apa yang kau makan dari dia pon aku tak tau!”

“Kau! Perempuan Sial!!” terkejut Hanni dengan suara lantang Syed Syahrin kepadanya. Seumur hidupnya belum pernah dia dimaki hamun sebegitu hebatnya. Sebelum ini cercaan biasa sahaja dari mereka-mereka yang dengki kepadanya. Tetapi kali ini begitu mengguris hatinya. Belum pernah dia berjumpa dengan orang sebiadap itu.

Syed Syazrin cuba ditenteramkan anak keduanya ,Amir.

“Sabar yah..” Amir juga geram dengan Hanni yang menjadi penyebab keluarganya diambang kehancuran.

“Perempuan sial! tak sedar diri! tak tahu malu!” Hina Syed Syahrin lagi.

Hanni sudah tidak tahan lagi dengan cemuhan yang lahir dari Syed Syahrin. Dis berlari jauh dari situ. Berlari pantas !jauh! jauh dari segalanya yang memeritkan.

Ada senyuman yang terukir di sebalik ketegangan itu. menyorak girang didalam hati. Permulaan yang menarik. Strategi yang dirancang berjalan lancar, Dan strategi yang seterusnya disusun licik.

**********************

“Tok! Tok! Tok!”

“Hanni bukak pintu nak. Jangan degil.

“hanni dah seminggu kau macam ni.”suara di sebalik ambang pintu kedengaran lagi.ibunya Puan Sofiah tidak jemu memujuknya.

“kau tak kesian kan mak dengan abah ke?”

“bukak nak mak ada bawa bubur ni”

‘KreeeK!’ pintu terbuka dari dalam . Pan Sofiah tersenyum. Usahanya berjaya.Dia menapak masuk kedalam bilik Hanni sambil menatang dulang berisi makanan untuk Hanni.Puan Sofiah meletakkan dulang tersebut disisi Hanni ditarik perlaha selimut yang membaluti tubuh anaknya.

“Hanni mak pon sedih bila dapat tahu mak Hazrul meninggal! tapi takkan Hanni nak terus macam ni? Hazrul berkali-kali datang nak jumpa Hanni. Kape ni cuba cakap kat mak?” Sofiah mendesak anaknya. risau dia anknya menghadapi masalah lain.

‘ah.. mak kalau mak tahu apa riaksi mak?adakah dia akan turut bersedih?sanggupkan dia mendengar anaknya ini dihina dicaci sebegitu teruk?’hanni menyoal bertalu didalam hati.

“Hanni sekurang-kurangnya makan lah..” Sofiah menyuakan bubur kepada hanni.Hanni jadi terharu melihat kesungguhan ibunya.Kasihah mak.Dia mengangakan mulutnya.

‘em..sedapnya.tiba-tiba lapar plak perut ni.berapa lama aku tak makan ni?’Sofiah tersenyum dan menyudahkan suapan terakhir. Dihulur gelas air kepada Hanni.

‘lapar betul anak akuni, tulla terperap je dalam bilik!’

See the original post here: 
Novel : Sesuci kasihmu 5

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG