Farid memang kawan Diana

Farid memang kawan Diana

Diana Danielle dikatakan sudah mempunyai cinta baru dan jejaka itu ialah Farid Kamil

TERKEJUT juga bila membaca sebuah akhbar baru-baru ini yang mengatakan aktres jelita Diana Danielle sudah pun mempunyai cinta baru dan jejaka itu dikatakan adalah pelakon popular, Farid Kamil.

Sejauhmana kebenarannya, tidak pula dapat dipastikan apatah lagi Farid juga sebelum ini telah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi aktres muda, Lisa Surihani.

Malah, tidak pasti pula bagaimana Farid dan Diana dapat ‘menjalinkan’ hubungan memandangkan gadis berusia 18 tahun itu sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan sejak Mac lalu dan pastinya sukar untuk berhubungan.

Peluang berbual dengan ibunya, Norsiah Ramli, semalam, dia akui hanya ketawa membaca kisah anaknya itu yang dikatakan mungkin sedang mengamalkan hubungan cinta ‘jarak jauh’ dengan aktor tersebut.

“Tergelak juga saya baca cerita tu. Tapi terus-terang saya katakan, saya sendiri tidak tahu kisah sebenarnya sama ada benar atau tidak mereka bercinta.

“Walaupun sebelum sertai PLKN sayalah yang sentiasa berada di sisi Diana, tetapi ada sesetengah hal memang Diana tidak bercerita pada saya.

“Tapi saya akui Farid dan Diana memang berkawan baik. Malah, saya pun kenal dengan Farid. Dia memang seorang budak yang baik. Tetapi sejauhmana seriusnya hubungan mereka itu, saya sendiri tidak pasti.

“Mungkin saya perlu tanya dia (Diana) sendiri bila saya bertemu dengannya Ahad ini di kem PLKN,” tutur Norsiah.

Katanya lagi, dia tidak kisah siapa pun pilihan anak perempuannya itu asalkan lelaki itu mampu memberikan kebahagiaan kepada dirinya.

“Saya ingin lihat Diana gembira. Jadi terserahlah kepada dia sendiri,” ujar Norsiah tentang anaknya yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, kata Norsiah, dia turut melahirkan perasaan gembira apabila Diana berjaya melanjutkan perasaan ke University of Nottingham, Kuala Lumpur pada Julai ini.

“Alhamdulillah, Diana dapat memasuki universiti itu dan mengambil pengajian asas biosains selama satu tahun setengah. Selepas itu, dia akan terus sambung buat ijazah selama tiga tahun sama ada di sini atau United Kingdom.

“Memang kursus ini dipilih sendiri oleh Diana. Dia sudah lama bercita-cita ingin menjadi seorang saintis. Universiti ini pun memang salah satu pilihan Diana sendiri dan dia memohon ketika berada dalam PLKN.

“Nampaknya selepas tamat PLKN awal Jun nanti, banyak bendalah dia kena buat. Saya sebenarnya ingin bawa dia bercuti dulu, tapi kata Diana sendiri, dia ingin berehat di rumah saja dan uruskan kemasukannya ke universiti itu,” katanya.

Ujarnya lagi, jadual seni Diana juga perlu disusun semula selepas ini agar dapat diseimbangkan antara pelajaran dan kariernya.

“Kalau ikutkan, memang selepas dia habis PLKN nanti, sudah ada beberapa projek yang akan dia jayakan termasuklah pembikinan album sulungnya. Malah, ada juga tawaran filem yang dia dapat ketika dia masih berada dalam PLKN, tetapi saya ingin tunggu dia keluar dulu dan bincang bersama.

“Dan memandangkan pada masa yang sama dia akan mula sambung belajar, jadi memang kami kena rombak semula jadual Diana yang sudah dirancang sebelum ini,” kata Norsiah.

Dapatkan kisah artis dan gosip artis di email anda sekarang:

Read more here: 
Farid memang kawan Diana

Possibly Related Posts:


Kirim Artikel ini ke Member..
Friend Email
Enter your message
Enter below security code
This entry was posted on Tuesday, May 19th, 2009 and is filed under Seputar Artis. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.

Sponsors

Select Interface Language:

By N2H

Links

  • WordPress Planet

Sinema Indonesia – Ketika Cinta Bertasbih

Possibly Related Posts:


Gaya Hidup/Kesihatan

PESANAN UNTUK ORANG CANTIK

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

red_and_pink

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh
berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah film atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!

for_my_sister
Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)
“Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan daripada yang dijumpainya”

*Penulis merupakan seorang pakar motivasi dan boleh dirujuk pada web beliau, http://www.drtuah.com

Sumber:”hatiperantau.wordpress.com”

Possibly Related Posts:


Terbanyak Dibaca