Nama Pena : kaira_syuma
“Aku nak minta tolong kau boleh tak?” Ajay bersuara perlahan.
“Minta tolong? Apa dia? Kalau aku dapat tolong, aku tolong, kalau tak, aku minta pertolongan mereka yang lain tu,” Alia menjawab tenang sambil tangannya ligat mencatat sesuatu di buku lukisannya. Ketika itu matapelajaran Pendidikan Seni, mereka di suruh melukis persekitaran sekolah. Ajay dan Alia berada agak jauh dari rakan-rakan sekelas yang lain. Mereka sedang melukis permandangan kolam ikan yang terdapat jambatan ditengahnya menghubungkan pinggir kolam dengan pulau kecil buatan manusia.
“Sebenarnya, aku sukakan seseorang.” Ajay memulakan bicara. Tangan Alia berhenti melakar pokok kelapa dan padangannya difokuskan ke arah Ajay yang sedang tekun melakar lukisannya.
“Apa dia? Aku salah dengar ye?” Alia menepuk bahu Ajay.
“Aduh!!!! Apa ni? Sakit tau,” Ajay menggosok bahunya.
“Kau kata apa tadi? Kau sukakan seseorang? Siapa perempuan tu?” Alia menghadap wajah Ajay yang semakin memerah menahan malu.
“Amna. Budak form 2. Ingat tak, ada sorang budak perempuan yang kena buli oleh pelajar perempuan masa kat kantin minggu lepas,” Alia cuba mengingati kejadian minggu lepas.
“Owh….. Budak yang kena siram dengan air milo tu? Kau suka kat dia? Biar betul?” Alia bertanya lagi. Khuatir tekakannya salah. Ajay angguk kepala.
“Ermmm. Aku suka tengok dia. Dia tak menangis sekalipun baju putihnya itu bertukar warna.” Ajay tersenyum bila teringatkan wajah Amna yang merona merah bila dia menghulurkan sapu tangan. Dengan rambut ikal mayang dan pipi gebu serta alis mata yang lentik menambahkan kecantikan miliknya.
“Wah…. Dah kes berat ni. Ingat Ajay, kita tahun ni nak periksa. Jangan leka oleh jiwa remaja je,” Alia menasihatkan temannya tiu.
“Kalau aku bercinta dengannya, aku dapat rasakan, pasti pembelajaran aku semakin baik.” Ajay berkata yakin.
“Hoiiii… mamat. Sedar sikit ok. dari cara kau ni, aku dapat rasakan, kalau kau bercinta dengan budak tu, belum tentu kau dapat belajar dengan baik,” Alia cuba menyedarkan rakannya itu.
“Bagi aku, bercinta masa sekolah ni boleh membawa kemusnahan pada masa depan kita. Aku harap kau fikir baik-baik dulu. Kemudian, kalau kau masih juga nak teruskan niat kau tu, aku akan cuba usahakan sesuatu untuk kau,” Alia menepuk bahu Ajay.
“Tolong aku ye. Aku benar-benar cintakan dia.” Ajay merayu. Alia garu kepala yang tidak gatal.
“Tapi…… dengan syarat. Keputusan ujian percubaan nanti, kau mesti dapat lebih baik dari aku. Kalau tak, tahulah aku nak buat apa,” Alia menunjal dahi Ajay.
“Betul?” Soalnya tidak percaya. Alia tersenyum senang.
“Aku sayang kau,” Ucapnya sesungguh hati dan tangannya sedia hendak memeluk Alia.
“Kau dah gila. Kita ni masih kat sekolah. Jangan nak buat hal,” Alia menepis tangan Ajay. Ajay tersengih.
“Sorry. Lupa pulak,” Ajay meneruskan lakarannya.
“Mari. Aku tolong kau buat lukisan ni ye,” Ajay merampas kertas lukisan dari tangan Alia. Alia tergamam dengan aksi spontan Ajay.
“Ajay, kalau kau bercinta kelak, jangan lupakan aku ye?” Alia berkata sayu.
“Maksud engkau?” Ajay memandang wajah sugul itu.
“Nanti bila kau bercinta dengan budak tu, jangan lupakan aku terus. Aku tak ramai kawan yang sudi layan kerenah nakal aku ni,” Alia bersuara sedih.
“InsyAllah. Aku takkan lupakan sahabat baik aku walaupun aku sedang bahagia,” Ajay tersenyum manis. Alia angguk kepala.
“Harap begitu sampai bila-bila,” Alia tersenyum kelat. Walau tidak yakin, Alia tetap berdoa Ajay tidak melupakannya.
“Cepat sikit. Jalan macam kura-kura,” Ariy menolak badan Ros. Mereka yang lain mengekori dari belakang.
“Kita nak ke mana ni? Dah sampai ke belum?” Ros bertanya tetapi tetap meneruskan langkah. Dengan mata yang ditutup menggunakan kain hitam Ros berjalan seperti orang buta.
“Ok. Dah sampai.” Sunyi sepi keadaan sekeliling. Perlahan ikatan kain yang menutupi mata Ros ditanggalkan.
“Happy birthday,” Ros terkejut saat terpandang kek kecil dan dirinya dikelilingi oleh rakan-rakannya. Ketika itu mereka berada di sebuah taman bunga yang cantik.
“Hahhhhhh….” Ros terkejut dengan mulut terngaga.
“Hoi…. Kalau ye pun, tutup mulut tu. Nanti di masuk lalat,” Alia menepuk bahu Ros.
“Nah. Ini hadiah dari aku. Semoga sentiasa sihat tubuh badan, murah rezeki dan berjaya dalam hidup.” Alia mengucup pipi Ros yang agak tembam itu.
“Terima kasih.” Ros menyambut dengan rasa terharu.
“Ni untuk kau. Selamat hari lahir dan semoga kehidupan kau semakin bertambah baik,” Maziah pula memeluk Ros. Diikuti oleh mereka yang lain.
“Sweet seventeen.” Ucap mereka serentak ketika Ros memotong kek hari jadinya.
“Terima kasih semua. Aku seronok sangat ada kawan macam kamu semua. Dan… aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku sayang korang semua,” Ros mengesat airmatanya. Terharu dengan layanan dari rakan-rakan yang sangat menyayanginya.
“Kita menjamu selera dulu,” Ajay mencapai piring lalu mengambil sepotong kek kemudian diikuti oleh mereka yang lain. Suasana taman bunga gamat bila mereka bergurau senda sambil berlari bekejaran.
“Imah, sini kejap,” Hafiz memanggil Imah supaya menghampirinya.
“Ikram tak datang hari ni?” Soal Hafiz terus sebaik sahaja Imah melabuhkan punggungnya di sebelah Hafiz.
“Tak. Dia ada aktiviti kat sekolah. Kenapa?” Soal Imah pelik. Hafiz tidak pernah bertanya tentang Ikram sepanjang mereka berkawan.
“Owhh ada aktiviti kat sekolah?” Hafiz angguk kepala.
“Habis, tu siapa?” Jari Hafiz menunding kearah sepasang kekasih sedang berpelukan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Imah berdiri tegak.
“Ikram!!!” Imah menjerit. Semua rakan-rakannya memandang ke arah Imah yang sudah berlari menghampiri Ikram yang sedang terpinga-pinga.
“Kau…. Huhhh. Kita putus,” Imah berkata tegas.
“Putus? Kenapa pulak? Apa yang putus?” Soal Ikram tenang.
“Lelaki tak guna.” Tumbukan Imah hampir mengena muka Ikram tetapi sempat di halang oleh Hafiz.
“Jangan kotorkan tangan kau Imah. Biarkan dia. Mari.” Hafiz menarik tangan Imah.
“Terima kasih sangat-sangat. Semoga hubungan kalian berkekalan,” Imah mengesat setitik airmata yang mengalir dipipinya.
Imah melepar tisu yang digunakannya untuk mengesat hingus ke dalam tong sampah. Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati.
“Huargggggg. Bodoh!!!!!!” Imah menjerit.
“Kalau kau rasa nak pukul orang, kau pukullah aku,” Hafiz duduk di hadapan sahabatnya itu.
“Jangan pukul kuat sangat. Nanti sakit bahu aku ni.” Imah tergelak mendengar kata-kata dari Hafiz.
“Dah tau sakit, kenapa offer?” Imah menampar bahu Hafiz.
“Sudahlah. Kita masih belajar lagi. Aku janji, bila kau dapat keputusan cemerlang masa SPM kelak, aku akan cari lelaki yang baik untuk kau. Jangan dikenang perkara yang lepas tu. Ok?” Hafiz tersenyum. Imah merenung wajah ikhlas Hafiz.
Imah menarik nafas kemudian menghembuskannya perlahan.
“Ye. Aku terlupa yang aku ada tugas sebagai pelajar,” Imah mengeluh. Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati setiap perlakuan Imah dan hanya Hafiz yang sentiasa memujuk temannya itu.
“Ok. Korang jangan risau. Aku akan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjanji akan dapat keputusan yang cemerlang supaya, Hafiz cari lelaki yang baik untuk aku,” Imah tersengih.
“Hahhhhh,” Mereka serentak menjerit sebaik sahaja mendengar azam dari sahabat mereka itu.
“Sah. Memang dah rosak otak budak ni,” Ajay sentuh dahi Imah.
“Sebenarnya, aku tak apa-apa. Bagus jugak aku dan Ikram tu berpisah. Semenjak bersama dia, aku tak bebas nak bergaul dengan pelajar lain. Dengan korang pun dia nak cemburu.” Imah bersuara perlahan.
“Imah, aku ada cadangan.” Alia duduk di hadapan Imah sambil bersila di atas rumput.
“Cadangan apa?” Soal Maziah pelik.
“Apa kata, kalau kau pikat Cikgu Syah?” Alia tersengih. Serta merta mereka yang lain menolak kepala Alia.
“Budak ni. Dah takde orang lain? Kenapa mesti cikgu tu yang kau nak suruh pikat. Memang cari nahas betullah Alia ni.” Imah geleng kepala.
“Ok apa,” Alia masih cuba mempertahankan cadangannya.
“Tak payah. Kan Imah dah cakap tadi yang dia nak belajar bersungguh-sungguh.” Hafiz turut membantah.
“Ok. Kenapa kau tak offer diri kau jadi pak we Imah?” Hafiz dan Imah serentak terbatuk.
“Alia!!!!!!!” Imah menjerit kuat. Alia berlari menyelamatkan diri.
“Aku gurau je, lah. Itu pun nak marah. muka korang serius sangat. Sakit mata aku tengok. Aku nak makan kek pun tak dapat,” Setelah penat berlari, Alia sempat juga membebel.
“Ok. Kita sambung lagi majlis yang tergendala sebentar tadi,” Mereka kembali bergelak ketawa.
Continued here:
Novel : Alia 10
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |