Nama Pena : BlueRose
“Elina, kenapa tak makan tu?” kata-kata Amni mengejutkan lamunan Elina. Dia segera mengangkat wajah sambil tersenyum hambar.
“Saya tak ada selera,” kata Elina perlahan. Amni, Zila dan Mira memandang Elina simpati. Dia kantin pun, Elina masih lagi menjdi perhatian. Malah, suara-suara sumbang juga kedengaran. Semakin bersimpati mereka pada Elina.
“Kalau macam tu, minumlah sikit. Sakit perut awak nanti,” pujuk Zila. Elina mengangguk perlahan. Dia meneguk sedikit milo ais di gelas dihadapannya sebelum mengangkat wajah.
“Jangan perdulikan mereka semua tu. Lepas ni, pasti mereka tak ingat lagi. Kan X-Music jarang ada gosip. Mungkin sebab itu mereka kecoh sangat,” kata Zila tegas. Elina menopang dagunya dengan sebelah tangannya. Di mana-mana sahaja gambar itu ditampal. Puas dia menanggalkannya tapi ada orang yang melekatkannnya balik. Malah, di papan notis kantin pun, gambar-gambar itu dilekatkan. Elina sudah tidak larat untuk menanggalkannya.
“Saya tak risaukan pasal saya sangat. Kesian Wu. Tak pasal-pasal dia ada gosip dengan saya. Tentu jatuh imej dia. Saya ni manalah sesuai dengan dia,” kata Elina perlahan. Tiba-tiba Amni menepuk kuat meja. Elina, Zila dam Mira terkejut.
“Kenapa awak nak kesiankan dia? Bukan dia yang menjadi mangsa tapi awak. Dia senang-senang je hilangkan diri. Awak, kena berhadapan dengan semua ni. Dahlah, dia tak bagi awak ceritakan perkara sebenar. Tak adil betul. Lagi satu, kenapa rendah diri sangat? Awak bukannnya hodoh, gemuk dan bodoh. Awak cantik, muka awak macam satu spesies dengan dia. Okaylah tu!” kata Amni tegas tetapi masih perlahan. Elina mengangkat wajah.
“Awak, saya dengan dia berbezalah,” kata Elina. Amni mendengus kasar.
“Berbeza apa? Ayah awak orang jepun, kan?” tempelak Zila pula. Elina tersenyum kecil.
“Kami berbeza taraf dan banyak lagi. Hm, saya pun tak faham mereka semua itu. Misteri dan rumit sangat,” ujar Elina. Kali ini giliran Zila pula mengelatkan wajahnya.
“Biar saya hantar pinggan dan gelas ni dulu ya,” ujar Elina perlahan sambil berdiri. Kedua-dua tangannya memegang gelas dan pinggan yang masih penuh. Mira, Amni dan Zila hanya menggeleng perlahan. Tiba-tiba ada bunyi kaca pecah.
“Elina!” Amni, Zila dan Mira segera menuju ke arah Elina yang sudah terduduk di lantai sambil dikelilingi para pelajar.
“Awak tak apa-apa?” tanya Amni apabila melihat Elina sedang menahan sakit. Elina menggeleng perlahan. Amni dan Zila membantu Elina berdiri dan mendudukkan Elina ke sebuah kerusi yang berdekatan.
“Elina, baju awak,” Mira menunjukan bahagian baju sekolah Elina yang sudah dikotori air milo dan makanan dari pinggan yang dibawa Elina.
“Alamak, macam mana ni?” Elina bertanya cemas. Apa yang perlu dia buat sekarang? Takkan dia harus belajar di sekoah ini dengan baju sekolahnya yang sudah kotor? Mata Elina mulai terasa panas. Dia mengetap bibir perlahan.
“Kenapa ni? Kenapa tolak Elina?” tanya Amni lantang. Elina segera mengangkat wajah. Amni dan Zila kelihatan sedang berhadapan dengan para pelajar perempuan tingkatan lima.
“Kami tak tolak. Dia yang jatuh sendiri,” kata salah seorang daripada sekumpulan wanita itu. Elina mengetap bibir sekali lagi. Pelajar perempuan itulah yang menjelingnya tajam pagi tadi.
“Kami nampak. Hampir kesemua orang di sini nampak. Awak semua memang sengaja tolak Elina,” kata Zila pula. Keadaan di kantin menjadi senyap-sunyi memerhatikan pertengkaran itu.
“Hei, hormatlah sikit senior. Jangan nak tengking-tengking!” ujar pelajar perempuan lain di dalam kumpulan tu. Amni dan Zila mencebik.
“Jadi, sebab kamu semua senior, bolehlah buli junior sesuka hati? Kami tak takut pun dengan awak semua!” kata Zila lagi. Elina menarik tangan Zila dan Amni merapatinya.
“Jangan gaduh. Semua orang tengok ni. Malulah,” bisik Elina perlahan. Amni dan Zila mendengus perlahan.
“Betul kata Elina. Lagipun, mereka tentu akan lebih teruk kenakan Elina nanti. Sudah-sudahlah tu,” nasihat Mira pula. Tiba-tiba, Elina merasakan tangannya ditarik.
“Abang,” kata Elina perlahan apabila melihat Adam yang menarik tangannya merapatinya.
“Perlahan sikit. Ramai orang ni,” kata Adam. Adam kemudian meletakkan jaketnya di bahu Elina. Besarnya!
“Ni kan jaket A..Adam,” Elina segera menukar panggilan untuk abangnya. Bahaya kalau orang lain tahu! Adam tersenyum. Zila, Mira, Amni dan semua orang di kantin itu terkejut dengan perlakuan Adam terhadapnya. Malah jelingan tajam kepadanya tampak lebih menakutkan. Elina menepuk bahi. Habislah! Sekarang ni dia pasti dimusuhi oleh peminat Adam pula!
“Takkan Lina nak pakai baju kotor tu sepanjang hari,” kata Adam. Elina menggeleng.
“Nanti latihan…”
“Ada jaket lain. Lina pakai yang ini dulu, ya,” kata Adam lembut. Elina akhirnya mengangguk lambat-lambat.
“Kenapa ni?” suara itu macam pernah didengar Elina. Segera dia berpaling. Suara itu suara….Wu!
“Wu-senpai,” kata Elina perlahan dengan riak terkejut. Wu dan keempat-empat ahli kumpulan X-Music yang lain sedang berada di kantin? Biar betul! Setahunya, mereka tidak pernah muncul di sini. Bukan Elina sahaja yang terkejut. Malah hm… boleh dikatakan semua di kantin sekarang sedang terlopong melihat X-Music yang selamba je berdiri di tengah-tengah orang ramai ni.
“Gambar itu…” Wu memandang ke arah papan notis kantin sebelum memandang Elina kembali. Wajahnya menunjukkan yang dia sudah faham situasi apa yang berlaku sekarang. Elina segera menundukkan wajahnya. Entah apa reaksi Wu dan yang lain nanti.
“Gomen nasai” ucap Elina dalam bahasa jepun. Sengaja dia berbuat begitu agar mereka semua tidak faham apa yang diucapkannya. Namun dia tahu, Adam faham apa yang diperkatakannya.
“Anata no si janai(Itu bukan salah awak)” kata Wu. Elina berdiri sambil dibantu Adam. Elina memandang Adam perlahan. Kelihatan Adam sedang memandang tajam ke arah kumpulan X-Music. Elina dapat membaca apa yang di dalam fikiran Adam sekarang.
“Onegai(Please)…” pinta Elina perlahan. Adam memandangnya tajam.
“Nani?(Apa?)” tanya Adam kembali. Wajahnya masih kelihatan tegang. Dia tahu, Adam sangat tidak menggemari X-Music kerana kekecohan itu. Lagilah marah Adam kerana dia tahu, perkara sebenar tidak boleh dibongkar.
“Huh!” Elina berpaling ke arah lain. Sebolehnya, dia tidak mahu Adam memusuhi mereka kerananya.
“Maaf, ini semua salah faham,” ujar Ryosuke. Pandangan semua orang ke situ beralih ke arahnya
“Elina, dia pembantu kami!” sambung Wu. Elina terlopong. Para pelajar kelihatan terkejut. Kenapa bongkarkan?
“Maaf, pada mulanya kami ingin rahsiakan tapi perkara ini sudah tidak terkawal,” kata Wu lagi. Elina segera merapati mereka berlima. Mereka berempat memandangnya tepat dan sudah semestinya, Lee masih dingin sambil bersandar ke dinding tanpa memandangnya.
“Iie!(Tidak)” kata Elina sambil memandang Wu tepat. Wu tersenyum kecil.
“Naze ikai no?(Kenapa tidak)” tanya Wu kembali.
“Demo..(Tapi)..” Elina mengeluh perlahan. Keadaan mungkin menjadi lebih teruk setelah rahsia didedahkan.
“Shinpai shinaide(Jangan risau)” kata Wu perlahan. Elina terdiam. Keadaan senyap-sunyi. Kawan-kawan Elina dan para pelajar tercegang-cegang kerana tidak faham apa yang diperkatakan mereka. Wu memandang Adam yang memandangnya tajam.
“Gomen nasai(Maaf). Daijoubu dayo(Semuanya akan baik aja)” kata Wu pada Adam. Semakin tajam pandangan Adam. Elina memandang risau.
“Sou nara ii desu ne(Saya harap begitulah)” kata Adam dengan nada dingin. Pandangan tajam itu masih lagi tidak dialihkan. Para pelajar semakin kehairanan melihat perlawanan mata itu. Ada juga yang kelihatan berang kerana tidak dapat memahani percakapan mereka. Elina perasan yang Daniel sedang memandang tepat kotoran di bajunya.
“Jaro-jero mina deyo!(Jangan pandang saya)” kata Elina sambil menutup kotoran itu dengan jaket Adam. Daniel tersenyum kecil.
“Kawaioso(Kesian kau)” kata Daniel perlahan sambil tersenyum. Elina mengetap bibir geram.
“Wakatteru(Saya tahu)” jawab Elina sambil menahan geram. Daniel ketawa kecil.
“Dewa nata otode(Jumpa kau nanti)” kata Daniel perlahan sebelum beredar bersama-sama ahli kumpulan X-Music yang lain. Mata semua pelajar di kantin mengekori langkah mereka semua. Sejerus itu, keadaan menjadi riuh. Elina menjadi tumpuan semula selepas kepergian kelima-lima ahli X-Music. Namun kelihatan para pelajar lebih teruja dengan kehadiaran mereka berlima tadi. Masing-masing tersenyum lebar. Amni dan Zila merapatinya.
“Bahasa apa awak cakap? Saya tak faham langsung!” kata Amni sambil tersenyum lebar. Elina pelik.
“Cool betul mereka tu! Awak tengok tak tadi? Lee letak sebelah tangannya ke dalam poket seluar! Oh, saya hampir pengsan!” kata Zila pula sambil membuat gaya pengsan. Elina menggeleng perlahan. Terlupa pulak, dua orang kawannya ini ahli kipas susah mati X-Music! Elina merapati Adam di hujung meja.
“Nande sonna-koto iu-noyo?(Kenapa cakap begitu?)” tanya Elina sambil memandang tepat wajah Adam. Adam berpaling ke arah lain.
“Shiranai(Entah)” jawab Adam acuh tidak acuh.
“Onii-chan!(Abang),” ujar Elina lembut. Adam mengeluh perlahan.
“Sayonara(Selamat tinggal)” ujar Adam lalu beredar. Adam masih lagi marah dengan apa yang telah terjadi tetapi Elina tahu, Adam hanya mengambil berat tentangnya. Elina tersenyum kecil.
Original post:
Novel : Finding Mr Glasses 12
Possibly Related Posts:
- Novel : Bini aku tomboy ke? 12
- Novel : 4 Plus One Jadi Kita 9
- Novel : Jodoh Atau Cinta 23
- Novel : Benci Bilang Cinta 19
- Novel : Pergilah Air Mata 32
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Perilaku Hubungan SEX remaja a...
- Es Krim Imut dan UNIK yang KER...
- Kehabisan Bahan Bakar di Ketin...
- Novel : Bini aku tomboy ke? 12
- Novel : 4 Plus One Jadi Kita 9
- Novel : Jodoh Atau Cinta 23
- Novel : Benci Bilang Cinta 19
- Novel : Pergilah Air Mata 32
- Novel : Gila Kau 17
- Novel : Jangan Menangis Sayang...
- Novel : Bila 18
- Novel : Cinta tak di duga 5
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |