Nama Pena : Nae

Sedang Zara memikirkan masalah yang bakal melanda hidupnya, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu dari luar pejabatnya.

” Zara, can u represent me for today meeting kat Rawang?,” pinta Asyram tanpa sempat duduk.

” Ish…sorry la Am. You bagitau last minute…i tak prepare ape-ape pun ni,”balas Zara yang sememangnya tidak suka melakukan pekerjaan tanpa persediaan terlebih dahulu.

” Please..you tolong i kali ni je. Lagipun i kene pergi Kuantan sekarang jugak. Kilang kita kat sana ade problem sket,” pujuk Am sambil memaniskan wajahnya.

” Kenapa tak suruh Ira je yang settlekan. Itu kan projek dia, mengamuk dia nanti kalau dia tahu you ketepikan dia,” balas Zara.

” I tak nak kacau dia. Lagipun dia kan tengah cuti sekarang ni,” balas Eddy.

” Sebab tu la i suruh you call dia. Kampung dia tu tak jauh dari Kuantan. Maybe dia boleh jenguk sekejap,” cadang Zara. Dalam masa yang sama dia juga mempunyai kepentingan lain.

” So, you nak tolong i ke tak ni?” tanya Am yang seakan putus harapan.

” Ok lah, disebabkan you ni hensem i tolong you,” balas Zara dengan senang hati.

” Sebab tu la i sayang sangat kat you. Thanks ok,” usik Am yang sememangnya rapat dengan Zara namun hatinya tidak pernah terbuka untuk perempuan itu. Begitu juga dengan Zara yang hanya menganggapnya seperti adik sendiri.

” Hmm.. lagi satu you tak payah la bagitau masalah kilang tu kat Ira. I taknak dia risau. Biarlah dia tenang-tenang sket kat kampung tu,” pinta Am.

” Sayang sungguh you kat dia,” usik Zara yang ingin menduga hati Am namun Am hanya tersenyum pahit mendengar usikan Zara itu.

Sebaik sahaja kelibat Am hilang Zara terus mendail nombor telefon Ira. Sebelum itu dia telahpun merancang dalam kepalanya tentang apa yang ingin dikatakan kepada Ira sebentar nanti.

” Amboi orang tu cuti langsung tak ingat kita kat ofis,” usik Zara sebaik sahaja mendengar Ira mengangkat telefon.

” Laa.. jangan la merajuk. I seronok sangat kat sini sampai lupa pasal kerja kat KL tu. Sure balik nanti bertambun kerja i,” balas Ira yang senang mendengar khabar dari Zara. Nampaknya hubungan dia dengan Zara masih baik, “Mungkin Eddy belum berterus-terang dengan Zara lagi,” fikirnya.

” Pasal kerja tu you jangan risau. Si Asyram tu banyak cover untuk you. Hari ni je dia kena pergi Kuantan untuk settlekan problem kilang kita kat sana,” terang Zara yang mula memasang perangkap.

” What!? Kenapa dengan kilang kat Kuantan tu? Dia tak inform kat i pun,” Ira terkilan dengan sikap Am yang langsung tidak mahu memaklumkan padanya terlebih dahulu padahal itu adalah hasil usahanya juga.
” I pun tak clear sangat pasal masalah tu. Maybe you boleh tengok sendiri since kampung you pun dah dekat kan. Tapi u jangan fikirkan sangat la sebab i yakin Am boleh settlekan masalah tu,” balas Zara.
” No, i tak boleh biar dia sorang je. Ini tanggungjawab i jugak,” balas Ira.

” Oklah kalau you dah cakap macam tu tapi you jangan bagitau kat Am pulak yang i repot kat you pasal masalah ni. Dia dah pesan kat i jangan bagitau kat you sebab taknak spoil your holiday,” balas Zara yang merasakan perangkapnya sudah menjadi. “Ira..Ira.. tanggungjawab itulah yang makan diri kau nanti,” ketawanya dalam hati.

…………………………………….

Sebaik sahaja keluar dari kereta Ira terus mendapatkan Asyram yang masih lagi leka meneliti pelan kilang dihadapannya.

” Am… kenapa you tak inform kat i yang kita ada problem kat sini? You buat macam i ni takde tanggungjawab,” sergah Ira apabila mendekati Am.

Am langsung tidak menghiraukan teguran Ira sebaliknya dia terpegun melihat penampilan Ira pada waktu itu. Sangat ayu dengan baju kurung Pahang dan rambutnya yang panjang hanya dibiarkan lepas bebas. Walaupun tanpa secalit mekap, wajahnya tetap cantik di mata Am sehingga dia tidak memberi perhatian pada bebelan Ira.

” I marah kat you pun you boleh senyum lagi. You dengar tak apa yang i cakap ni? I nak tahu apa masalah dengan layout kilang ni?” tanya Ira yang masih lagi bersikap tegas namun jawapan yang diberikan Am membuatkan dia terdiam.
” You nampak cantik sangat hari ni, seriously. Kenapalah Eddy tu buta sangat tak nampak kecantikan you. Kalau i jadi dia i takkan lepaskan you,” lancar sahaja kata –kata itu keluar dari mulut Am. Dia sendiri mengutuk dirinya kerana terlepas cakap namun kata–kata itu ikhlas lahir dari hatinya. Dia tak pernah rasakan macam tu pada perempuan lain.
” Maknanya you dah tau la pasal rumahtangga i,” tanya Ira dengan nada sedih.
Am kehilangan kata-kata namun kedatangan En. Hakim, pekerja mereka telah menyelamatkan keadaan.
” Good evening, Cik Ira. Macam mana cuti?” tegur En. Hakim dengan senyuman.
” Seronok la. Lama tak balik.. well..apa sebenarnya masalah dengan pelan ni?” tanya Ira yang terus fokus pada kerjanya. Baginya masalah peribadi tidak patut dicampur aduk dengan kerja. Am merasa lega kerana Ira berlagak seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

” Sebenarnya berlaku penukaran pada spec. mesin yang kita order and the size is too different from the original one. Kita terpaksa buat layout baru sebab tak cukup space untuk letak mesin ni,” terang En. Hakim

Ira merenung kembali pelan tersebut. Membuat layout baru bermakna dia terpaksa melalui semula proses dari mengkoordinasi kedudukan mesin hinggalah mendapatkan kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan susunan mesin tersebut tidak membahayakan keselamatan pekerja.

Setelah berbincang hampir satu hari akhirnya mereka telahpun mencapai kata sepakat mengenai perubahan layout tersebut. Mujurlah Am mempunyai pengalaman dalam bidang ini sewaktu di US. Jadi sedikit sebanyak Ira merasa lebih yakin yang perubahan tersebut akan mendapat kelulusan pihak berkuasa dan tidak perlu melalui proses yang lama kerana kerja membina kilang akan dimulakan tidak lama lagi. Dia tak mahu ada sebarang penangguhan.

” Ira i minta maaf kalau perbuatan i dah sakitkan hati you tadi,” pujuk Am sebaik sahaja mereka selesai bermesyuarat.

“Yang mana satu,sebab hari ni i banyak terasa hati dengan you,” sindir Ira.

” Ok la..pertama, sebab i tak bagitau awal-awal kat you yang kilang kita ada masalah. The true is i tak nak ganggu you tengah cuti… and the second thing pasal kata –kata i tadi.

I takde niat pun nak ambik tahu pasal rumahtangga you..it just came out,” terang Eddy yang menyesali keceluparan mulutnya petang tadi.

Ira tidak menjawap apa – apa. Sekali- sekala dia mengalihkan rambut yang menampar wajahnya akibat ditiup angin. Sekali lagi Am leka melihat perlakuan Ira. Dia teringin sekali membelai rambut Ira tetapi dia masih menghormati status Ira sebagai isteri orang.

” Am, saya nak awak tahu, walaupun perkahwinan saya ni tak macam orang lain, tapi saya cintakan suami saya lebih dari segalanya. Saya akan cuba jadi isteri yang setia pada dia. Saya harap awak faham,” ujar Ira yang menyedari perasaan Am terhadapnya. Kalau boleh dia tak mahu memberi sebarang harapan pada pemuda itu walaupun dia sendiri belum pasti akan kesudahan perkahwinannya itu.

……………………………………

Am tidak menyangka yang dia akan memghabiskan masanya di kampung Ira. Malam tadi dia menghantar Ira pulang ke kampungnya setelah tayar kereta Ira pancit. Mereka sampai di kampung Ira yang terletak di Kuala Terengganu lebih kurang jam 2 pagi. Asalnya dia mahu terus pulang sahaja ke KL setelah menghantar Ira namun ditahan oleh keluarga Ira kerana hari sudah lewat pagi.

Keesokan harinya Ira membawa Am bersiar-siar di sekitar kampungnya untuk menunjukkan cara hidup kampung. Ira merasa kagum melihat Am yang langsung tidak kekok dengan cara hidup kampung walaupun dia dibesarkan di bandar. Menurut Am, dia sering mengikuti program homestay sewaktu masih bersekolah dulu. Sebab itulah dia tidak kisah apabila terpaksa mandi air perigi di rumah Ira. Paling mengejutkan Ira sewaktu Am menawarkan diri untuk menjadi imam sewaktu solat Subuh berjemaah di rumah Ira. Sayu sahaja bacaan doanya sehingga Ira hampir menitiskan air mata. Waktu itu barulah Ira terfikir dia tak pernah ambil tahu samada Eddy menunaikan solat atau tidak sepanjang perkahwinan mereka.

” Ish.. isteri apa lah aku ni. Langsung tak ambik tahu suami aku tu solat ke tak,” rungut Ira sendirian.

…………………………………………
……..
Suasana di Restoran Ombak kelihatan begitu tenang sekali namun itu tidak cukup untuk menenangkan hati Eddy. Dia masih lagi merangka ayat yang sesuai digunakan agar Zara memahami keadaannya. Setelah beberapa hari Ira pulang ke kampung dia dapat rasakan yang dia tak boleh hidup tanpa perempuan itu. Dan tibalah masanya dia membuat keputusan tentang apa yang dimahukan dalam hidupnya.
” Err..Zara..i have something to tell you,” ujar Eddy memulakan bicara. Dia dah bersedia walau apa pun yang terjadi selepas ini.

” Ok tapi sebelum tu…i pun nak nasihat sikit kat you. I harap you tak marah dengan kata-kata i lepas ni,” cepat-cepat Zara memintas percakapan Eddy.

” Go ahead. Cakaplah,” Eddy cuba berlagak tenang.

” Sebenarnya serba-salah i nak bagitau tapi i rasa you ni tak patut pentingkan diri you sendiri,” Zara memulakan bicara.

” Kenapa you cakap i macam tu?” tanya Eddy yang kurang senang dengan kenyataan Zara yang tergantung itu.
” Yelah..walaupun you tu kekasih i tapi Ira tu kawan baik i. I tak sanggup tengok you seksa hidup dia,”
” Come on,Zara. Straight to the point. Bila masa pulak i seksa Ira?”

” Kan i pernah cakap dekat you dulu Ira dah jumpa pilihan hidup dia. Kenapa you taknak lepaskan dia. Dia dengan Asyram dah saling suka antara satu sama lain. Kalau tak takkan la Ira boleh bawak balik Asyram ke kampung dia.” ujar Zara cuba menunjukkan simpati ke atas Ira sedangkan hanya tuhan saja yang tahu niat jahatnya itu.

” You cakap apa ni?” darah Eddy mula menyirap mendengar cerita Zara.

” Tengok…sampai diorang nak jumpa pun kena sorok-sorok dari you,” tambah Zara sengaja membangkitkan kemarahan Eddy.

Tanpa membalas kenyataan Zara Eddy terus bangkit dari kerusi dan berlalu dari situ meninggalkan Zara sendirian. Zara sudah menjangka reaksi Eddy hanya tersenyum kemenangan.

………………………………………….

Sampai pagi Eddy masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. Macam-macam andaian bermain di fikirannya.
” Betul ke Ira sanggup buat aku macam ni?” bisik hatinya.
Dia masih ingat lagi sewaktu awal pertemuan mereka dulu dia pernah mencabar Ira untuk melihat siapa yang akan kalah dalam permainan mereka ini. Masing-masing tidak mahu mengalah walaupun terpaksa meneruskan majlis perkahwinan mereka.
” Takkan dia masih anggap semua ni permainan?” Eddy bingung memikirkan semua itu.
Tiba-tiba ergerak hatinya untuk mendail nombor rumah Ira. Beberapa minit kemudian terdengar suara halus seperti budak perempuan mengangkat telefon.
” Hello, Icah ke tu? Tanya Eddy setelah pasti bahawa adik bongsu Ira yang menjawap panggilan.
” Aah…ni Icah yang cakap..”
” Hmm.. Icah. Ni Abang Eddy. Kak Ira ada kat rumah tak,” tanya Eddy berdebar.
” Alaa…Kak Icah g kedai tadi..dengan Abang Am,” jawab adiknya manja.
Eddy berasa seperti ingin menjerit mendengar jawapan itu. ” Icah, jangan cakap kat sape-sape yek yang abang Eddy telefon,” sambung Eddy sebak.
” Ira..kenapa kau buat aku macam ni?” rintih hati Eddy. ” Betul ke selama ni kau terseksa dengan aku?”
” Kalau itulah yang kau nak…………”

……………………………………..

Ira baru sampai di apartment sewaktu menerima SMS dari Eddy. ” Jumpa aku kat depan Masjid Putrajaya 5 PM”
“Ira hanya tersenyum kecil membaca SMS itu. Teringat dia sewaktu mula-mula hendak bertemu dengan Eddy dulu. SMS begitulah yang diterimanya.
Hampir setengah jam dia menuggu kedatangan Eddy di tempat yang dijanjikan. Dia sendiri hairan kenapa Eddy mesti ajak dia berjumpa di luar sedangkan mereka boleh berbincang di rumah. Sebentar kemudian Eddy muncul hanya dengan memakai seluar jeans dan t-shirt berkolar. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan penampilannya menyerlah di celah orang ramai. Sengaja Ira memilih tempat yang agak sunyi agar lebih selesa mereka berbual nanti.
Sebaik sahaja mendekati Ira, Eddy hanya menundukkan wajahnya dah menarik nafas sedalam-dalamnya.
Ira merasa tidak sedap hati dengan perlakuan Eddy yang agak dingin.
” Syakira binti Harun..aku ceraikan kau dengan talak satu,” sebagaimana hanya dengan sekali lafaz dia sah menjadi suami ira, begitulah juga hanya dengan sekali lafaz dia menjatuhkan talak kepada Ira.
Ira terduduk di kerusi batu berhampiran sebaik sahaja mendengar lafaz cerai dari mulut Eddy.
” Lepas ni aku akan berangkat ke China dua minggu, so lepas aku balik nanti aku nak semua barang kau clear dari rumah aku. The rest of thing, you can deal with my lawyer. Jangan risau, kau akan dapat hak kau,” ujar Eddy tanpa memandang wajah Ira.
Ira langsung tidak membalas kata-kata Eddy sebaliknya membatukan diri di kerusi bagaikan orang di pukau.
Sebaik sahaja sampai di keretanya Eddy terus menitiskan air mata. Itulah pertama kali dia menangis sejak kematian datuknya.

Original post: 
Novel : Haruskah Kita Bersama 16

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG