Nama Pena : Noreyn
“Kenapa tak balik lagi ni Manja?”
“Saya ada kerja sikit. Awak boleh balik dulu tak apa lagipun kerja awak dah habis kan?” Teddy masih tekun meneliti pelan lukisan di atas mejanya.
“Kerja memanglah tak pernah habis tapi takkan pasal tu je awak nak kerja sampai lewat macam ni?”
“Kan saya dah cakap yang saya tak kisah kalau awak nak balik dulu? Pergilah balik”
“Bukan masalah saya nak balik tapi kan dah lewat ni? Dah pukul 9.00 malam. Mesti mak ayah awak risau”
“En. Norman Hakkim, kalau awak nak balik silakan. Tak ada siapa pun yang halang awak. Saya tau jalan balik awak tak perlu risau”
“Manja. Kenapa awak ni tak pernah berubah? Dari dulu sampai sekarang awak tak pernah nak cakap elok elok dengan saya? Saya cuba nak berbaik dengan awak tapi awak? Dasar anak bos memang macam tu. Sombong”
“Norman, cara awak cakap macamlah awak kenal saya dah bertahun. Lagi satu, sejak bila pulak awak dah jadi senior saya ni? Bukan saya senior awak ke? Saya nak balik ke tak ke tak ada kena mengena dengan awak. Kalau saya nak tidur sini sekalipun awak tak ada hak nak halang saya. Faham?” Nak cari pasal lagi. Dia ni..
“Taklah dari mula saya masuk sini awak selalu marah marah je. Saya taulah yang awak tu anak bos tapi takkan pasal tu awak boleh marah kuli awak sesuka hati?”
“Hey cakap tu baik sikit ye. Anak bos. Anak bos. Mulut tak ada insurance betullah dia ni. Taulah lidah tak bertulang takkan pasal tu boleh cakap sesuka hati? Dahlah awak pergi baliklah dah lewat. Daripada awak menyakitkan kepala dan hati saya lebih baik awak balik rehat dengan isteri dan keluarga awak. Okey?”
“Isteri? Awak ni melalut tak tentu pasal ni kenapa? Bila masa pulak saya kahwin?”
“Tak kisahlah dah kahwin ke belum. Pergilah balik. Saya sibuk tak ada masa nak layan awak. Pergi”
“Manja, kenapa dengan awak ni? Marah tak tentu pasal? Apa masalah awak?”
“Apa lagi yang awak tak puas hati ni? Kenapa hah awak suka nak cari pasal dengan saya? Memang hobi awak ke nak cari pasal dengan saya?”
“Bukan cari pasal cuma nak nasihat je. Sebagai seorang perempuan awak tak sepatutnya berkerja sampai lewat macam ni. Kan lebih baik kalau awak luangkan masa awak bersama keluarga awak? Betul tak?”
Dia ni tak reti bahasa ke? Aku cakap banyak kerja lagi membebel kat sini. Ingat aku bini kau ke? Hey mak ayah aku pun tak control aku macam nilah. Kau nak control aku? Boleh blah!!!
Teddy mengemas mejanya lalu melangkah keluar.
“Kalau awak tak nak balik tak apa biar saya je yang balik. Oh ya, jangan lupa tutup lampu dan kunci office ye?”
“Manja”
“Hii! Apa lagi?!”
“Awak balik naik Harley ke?”
“Yelah. Apasal nak tumpang? Sorry tak senang”
“Tak. Bahaya awak bawa motor malam malam macam ni, saya hantar ye?”
“En. Norman Hakkim, I’m not your wife okay! Just mind your own business!”
Ye kau bukan isteri aku tapi aku nak jadikan kau isteri aku pasal tu aku ambil berat pasal kau. Kenapa begitu sukar untuk kau memahaminya?
Original post:
Novel : Mr. Teddy 13
Possibly Related Posts:
- Novel : Bini aku tomboy ke? 12
- Novel : 4 Plus One Jadi Kita 9
- Novel : Jodoh Atau Cinta 23
- Novel : Benci Bilang Cinta 19
- Novel : Pergilah Air Mata 32
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Perilaku Hubungan SEX remaja a...
- Es Krim Imut dan UNIK yang KER...
- Kehabisan Bahan Bakar di Ketin...
- Novel : Bini aku tomboy ke? 12
- Novel : 4 Plus One Jadi Kita 9
- Novel : Jodoh Atau Cinta 23
- Novel : Benci Bilang Cinta 19
- Novel : Pergilah Air Mata 32
- Novel : Gila Kau 17
- Novel : Jangan Menangis Sayang...
- Novel : Bila 18
- Novel : Cinta tak di duga 5
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |