20
May

Nama Pena : oRkId eDyLlYnE

“Akak Im nak bawa Puteri pergi party reunion kawan Im buat malam ni,” beritahu Im. Makanan di hadapan matanya terus disuapkan di mulutnya.

Keadaan tengah hari itu mendung sahaja.

“Kenapa nak pergi malam ni sekarang baru nak cakap?” tanya Mia sedikit terkejut dengan keputusan adiknya itu.

“Why? Tak boleh ke? Im cuma bagi tahu je. Takut nanti akak tertanya bila balik nanti kenapa tak ada orang. Im dah belikan Puteri baju and dah cakap dengan dia Im nak bawa dia,” jelas Im panjang lebar.

Sifat Im yang bertindak ikut suka hatinya itu lansung tidak berubah. Jika hendak di marah, Im sudah pandai berfikir sendiri. Kadang kala fikirannya buntu memikirkan kerenah adiknya itu.

Tetapi, Im sudah banyak berubah. Hari itu, genaplah dua bulan Puteri duduk di appartment Im. Im sudah pandai mengawal amarahnya. Im sudah pandai mengemas sendiri sofa tempat dia tidur selepas dia bangun dan tidak lagi mengharap Puteri untuk mengemas tempat tidurnya. Im sudah mula melukis kembali kerana kegemarannya sama dengan Puteri dan Puteri juga mempunyai bakat yang tidak kurang hebatnya seperti adiknya itu. Im sudah pandai menguruskan pakaiannya dan mencari sendiri jika barang-barangnya disimpan di tempat yang berlainan. Im sudah boleh bercakap dengan papanya tanpa menengking atau marah-marah. Im sudah dapat balik ke rumah papanya walupun dengan keterpaksaan kerana Puteri sering kali dibawa kakaknya kesana. Im sudah pandai menghendakkan perhatian dari Mia dan Puteri.

“Suka hati Im lah. Why tak ajak Alys?” tanya Mia lagi.

“Suka hati Im lah,” balas Im mengulang kembali kata-kata kakaknya.

Kerisauan Mia semakin hari semakin tinggi. Dia tidak tahu bagai mana hendak menjarakkan mereka berdua. Dia pernah bertanya kepada Puteri adakah dia ada menyimpan perasaan terhadap Im. Jawapannya, tidak. Maknanya adiknya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Dia tidak mahu satu hari nanti adiknya itu kecewa dengan tindakannya sendiri.

“Apa yang akak fikirkan? Im dah habis makan. Akak tak habis lagi,” tegur Im. Muka kakaknya yang berada di hadapannya itu ditatap penuh perhatian.

“Im. Akak nak tanya boleh?” tanya Mia. Dia hendak memutuskan kekeliruannya.

“For sure boleh. Apa?” tanya Im kembali.

“Im sukakan Puteri ke?” tanya Mia sambil merenung dalam-dalam anak mata hitam pekat milik Im.

“Maksud akak? Im kurang faham,” jawab Im cuba berlakon walaupun sebenarnya dia mengerti benar dengan kata-kata kakaknya itu.

“Lupakanlah. Perasaan akak je agaknya,” bidas Mia kembali.

“Tapi. Im sayangkan Alys?” tanya Mia lagi semakin membelitkan pertanyaannya.

Im diam. Matanya memandang jus oren yang masih berbaki di dalam gelasnya.

“Akak cuma tanya je,” tambah Mia setelah pertanyaannya tidak berjawab.

“Im buat semua sebab mama. Nak kata pasal sayang Im? Bukan untuk Alys walau sikit pun. Akak sendiri tahu kan? Im pernah beritahu akak kan? Walaupun jodoh Im memang untuk dia. Im terima. Tapi hati Im akan tetap bukan untuk Alys. Dan tak akan pernah,” jelas Im. Ada keluhan di hujung ayatnya.

“Tapi…” Mia berasa berat untuk bertanya kembali kepada adiknya mengenai peasaan adiknya terhadap Puteri.

“Kalau ada benda yang dapat melembutkan batu, benda itulah yang Im pilih. Dahlah kak. Im naik dulu. Banyak lagi benda yang Im nak buat,” kata Im sambil bangun untuk berlalu.

Kata-kata Im meninggalkan kesan yang mendalam terhadap fikiran Mia. Semenjak perbualan dia dengan adiknya tengah hari tadi sehingga adiknya pulang, dia masih lagi tidak dapat berfikir maksud adiknya. Apa kena mengenanya batu dengan perbualan mereka tentang perasaan?

Read the original here:
Novel : Puteri 7

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG