Nama Pena : oRkId eDyLlYnE
“Isya kan?” tanya satu suara yang tuannya berdiri di sisi meja Isya.
Isya mengangguk sambil dipandangnya wajah itu. Baru hari pertama dan kelas yang pertama sudah ada orang yang menegurnya.
“Ingat tak? Waz,” katanya lagi sambil meletakkan tangan di dadanya memperkenalkan diri.
Isya hanya memandang dan cuba mengingatkan kembali apa sebenarnya yang berlaku.
“Yang hari tu langgar awak dekat kaunter pendaftaran tu. Ingat?”
“Wazila? Ingat,” sahut Isya dengan senyuman yang diukir seikhlasnya.
“Ingat pun. Sebelah awak dah ada orang?” tanya Waz menginginkan kepastian walaupun banyak lagi tempat kosong yang boleh dia duduki.
“Tak tahu. Ada beg je. Orangnya tak nampaklah pula. Tapi yang sebelah tu tak ada orang,” kata Isya sambil menunjuk kepada meja yang dibelakang Waz.
“Boleh juga duduk sini. Kita boleh jadi kawan kan?” tanya Waz sambil meletakkan begnya di meja yang dimaksudkan Isya.
Isya mengangguk dengan kegembiraan.
“Isya tu orang duduk sebelah awak dah datang,” kata Waz sambil memuncungkan mulutnya yang digunakan sebagai penunjuk.
Isya menoleh. Lelaki. Dia kembali memandang ke arah Waz.
“Jambu,” kata Waz dengan senyuman lebarnya.
“Apa? Jambu?” ulang Isya meminta kepastian.
“Jambu tu maknanya lelaki cantik. Isya tak pernah dengar ke?” tanya Waz. Sesekali matanya melihat kelibat lelaki yang duduk di sebelah Isya sambil tersenyum-senyum.
“Pensyarah dah masuk,” beritahu Isya sambil membetulkan duduknya.
Pengajaran dan pembelajaran hari itu berjalan dengan lancarnya.
Sementara mengemas barangnya untuk berlalu pergi.
“Hai. I’m Syaf. You?” tegur lelaki yang duduk di sebelah Isya.
“Hai Syaf. I’m Waz. Isya,” kenal Waz yang tiba-tiba berdiri di sisi meja Isya dengan senyuman yang lebar selebarnya.
Syaf hanya melemparkan senyuman yang mahu tak mahu.
“Saya pergi dulu,” kata Syah sebelum dia mengambil begnya dan berlalu.
“Isya jom pergi cafe,” ajak Waz sambil melihat sahaja Isya mengemas barang-barangnya.
“Sorry. Pak Man nak ambil Isya kejap lagi. Lain kali lah.”
“Janji lain kali?”
“Janji.” Isya mengangkat tangannya berjanji.
“Isya pergi dulu ye. Bye. See you tomorrow,” kata Isya dan terus melangkah untuk ke tempat di mana Pak Man janjikan.
“Pak Man sorry Isya lambat,” kata Isya setelah memasuki tempat penumpang bahagian belakang.
“Tak apa. Pak Man pun baru je sampai. Ni nak pergi mana-mana lagi? Ke nak balik?” tanya Pak Man. Kereta mula di pandu keluar dari kawasan kampus.
“Tak pergi mana-mana. Lain kali Pak Man tak payah ambil Isya awal-awal. Biar Isya call baru Pak Man datang. Boleh kan?” tanya Isya sambil memerhati wajah lelaki separuh umur yang masih lagi asyik memandang jalan raya.
“Tak apa ke? Kalau dah itu Isya kata. Pak Man ikut je. Nanti Nadmi tak marah ke?” tanya Pak Man menginginkan kepastian.
“Nanti Hamka call Isya nanti Isya cakap dengan dia. Mesti dia bagi,” jawab Isya selamba.
“Hamka ada balik tadi masa Pak Man nak keluar ambil Isya,” beritahu Pak Man sambil tersenyum. Sesekali muka Isya yang terpantul dari cermin tengah dilihatnya.
“Ye ke? Bukan hari ni Isnin ke? Kan minggu lepas Hamka dah balik?” tanya Isya bertalu-talu. Mukanya mula memancarkan cahaya kebingungan.
“Mana Pak Man tahu. Nanti balik Isya tanyalah dia sendiri.”
Sampai sahaja kereta yang dipandu Pak Man di hadapan rumah, Isya tidak beringat terus berlari keluar dari kereta.
“Hamka!” jerit Isya sambil masuk ke dalam rumah. Matanya memadang kiri dan kanan mencari kelibat Hamka Nadmi yang sudah seminggu tidak dia nampak.
“Saya dekat dapur ni sayang,” jawab Hamka. Tapi wajahnya masih lagi tidak dilihatkan.
Isya dengan pantas membaling barangnya kelantai dan terus menerjah ke dapur. Belum sempat kakinya menjejak ke dalam dapur, kakinya terhenti apabila melihat orang yang berada di dapur.
“Baru balik class ke?” Cawan ditangan diletakkan ke atas meje kebinet.
“Hamka mana?” tanya Isya dengan muka penuh tanda tanya. Matanya melilau ke seluruh pelusuk dapur.
“Sayang. Takkan saya awak tak kenal?” tubuh Isya dirapatinya.
Isya menatap muka itu. Muka yang penuh dengan misai dan janggut yang baru sahaja hendak tumbuh. Dengan rambut yang mula hendak panjang. Dengan bercermin mata.
“Saya ni sayang kenapa? Kenapa tengok saya macam tu?” tubuh Isya dirangkul ke dakapannaya.
“Hamka mana ada ni,” kata Isya sambil memegang dagunya mengisyaratkan kepada janggut yang mula tumbuh dimuka Hamka Nadmi. Tubuh lelaki itu ditolaknya. Tidak percaya.
“Sayang. Cuba tengok betul-betul. Saya lah ni,” kata Hamka sambil mendekatkan mukanya kepada Isya. Cermin matanya dicabut dari wajahnya.
Isya dibesarkan matanya yang bundar. Meneliti wajah itu.
“Saya kan?”
Isya mengangguk dengan pertanyaan itu.
“Hamka nampak lain. Isya ingatkan siapa tadi. Kenapa Hamka balik?” Tubuh Hamka mula dipeluknya setelah dia pastikan yang orang berjambang dan memakai cermin mata itu adalah suaminya.
“Ketua saya suruh saya cuti. Ketua suruh saya hantar and ambil awak dari kolej,” jawab Hamka selamba. Kepala Isya diusapnya lembut.
“Ye ke?” Muka Hamka ditatapnya meminta kepastian.
“Sayang ni. Percaya ke saya cakap? Lurus betul sayang saya ni,” balas Hamka sambil mengucup pipi Isya dan berlalu menjauhi tubuh itu.
“Hamka tipu Isya ye?” marah Isya sambil mengejar langkah Hamka yang semakin menjauhinya.
Hamka hanya ketawa tanpa jawapan. Puas hati dapat mengenakan Isya. Selalunya dia sahaja yang terkena. Kali ini dia yang mengenakan.
See more here:
Novel : Satu Pertemuan 8
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Cerpen : Kasih seorang suami
- Cerpen : Seri Cahaya Senyumanm...
- Cerpen : Aku Anak Palestin
- Cerpen : Sorry seem to be the ...
- Cerpen : Cinta Itu Tetap Milik...
- Novel : Mendamba hidayah-MU 1
- Novel : Antara Benci dan Rindu...
- Novel : Lemonade 33
- Novel : Lemonade 32
- Novel : Lemonade 32
- Novel : Jodoh atau Cinta 26
- Novel : Benci Bilang Cinta 22 ...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |