Nama Pena : zarith natasha
“AKU ikut.” Lalu Fiqri dengan gaya perenang negara melayangkan dirinya ke dalam alur.
“Aku pun.” Nabil pula amek turn.
Adif pegang kepala Qistina yang masih menangis tersedu-sedan itu.” Kau dok sini. Jangan terjun sekali. Biar kitorang yang cari Syaza.” Blupp!! Adif hilang di dalam alur yang keruh airnya. Qistina hanya mampu menghantar ‘pemergian, empat lelaki itu dengan harapan yang besar agar Syazana berjaya ditemui.
“Syaza…” Kesekian kalinya nama Syazana diseru. Pelbagai perkara yang tidak elok bermain difikirannya. Macam mana kalau Syaza betul-betul lemas? Tak mungkin la. Dia kan pandai berenang. Tapi macam mana kalau time dia nak selamatkan diri dia terlekat kat celah-celah semak yang tumbuh kat tepi-tepi alur ni? Ishy… Hope tak jadi macam tu. Tapi, macam mana kalau dia dibaham buaya? Uih lagi tak munasabah. Ini alur je pun bukannya sungai besar tu. Tapi alur ni pun dalam jugak airnya. Tak logik la pulak kalau ada buaya coz ni sawah yang dijaga. Lagipun tak pernah aku dengar before this ada orang kena baham dengan buaya kat alur ni. Tapi macam mana… “Astaghfirullahahazim… Banyaknya yang aku pikir. Ya Allah…” Qistina menekup mukanya dengan kedua telapak tangan. Air mata setia mengalir. Macam air paip je lajunya.
“Sabar ye, Qistina. Kita berdoa agar Syaza selamat ye nak.” Makcik Siti menggosok bahu Qistina. Cuba menenangkan perasaan gadis itu. “Pakcik Musa dah pergi ke rumah Syaza bagitau papa dia.” Sambung wanita berumur lewat 50-an itu. Qistina hanya mengangguk dengan wajah tak bermaya. Matanya fokus memandang ke arah alur. Menunggu ‘kepulangan, para sahabatnya. Ya Allah kau tolong selamatkan kawan-kawan aku. Bisik hatinya sendiri.
SETELAH hampir 45 minit pencarian dilakukan, Darius lah orang pertama yang memunculkan diri. Setelah melihat bayang Darius yang muncul pada permukaan air, Qistina pantas berdiri mendekati Darius yang sedang berenang ke sisir alur. Orang kampung yang lain turut mendekati Darius.
“Camne, Dayus? Ada jumpa Syaza?” Dengan penuh harapan Qistina menyoal.
Darius naik ke darat. Dia menelentangkan badannya dia atas tanah. Penat barangkali dengan pencariannya.
“Dayus,” Qistina menggoncang tubuh Darius bila tiada sebarang jawapan dari bibir sahabanya itu.
“Apa dah jadi, Darius?” Soal Pak Idris jiran kampung sebelah.
Darius bangun dari pembaringannya. Mata Qistina dipandang. Perlahan-lahan dia menggeleng.
“Syaza mana?” Esakan Qistina kedengaran lagi.
“Aku tak jumpa dia, Qis. Kau sabar erk. Kita tunggu Dif, Fiq dengan Bil. Tengok apa cerita diorang.” Pujuk Darius lembut. Bahu Qistina digosok. Hatinya juga tidak keruan ketika ini bila memikirkan keselamatan Syazana.
“Dif!” Qistina dan Darius menoleh ke arah Adif bila nama Adif disebut salah seorang di dalam kelompok manusia di situ.
“Camne?” pekik Darius.
“Tak jumpa!” balas Adif kuat. Selepas berapa saat kemudian, Fiqri pulak menampakkan dirinya.
“Jumpa Syaza tak, Fiq?” soal Qistina pula.
“Korang pun tak jumpa jugak? Aku tak jumpa.” Fiqri dan Adif berenang ke sisir alur.
“Camne ni…” Qistina mencekak kuat bahu Darius.
“Kita tunggu, Bil.” Fiqri tepuk perlahan kepala Qistina. Empat sekawan itu mempamerkan muka gelisah. Qistina memang dah sembab habis muka dia. Mata pun dah bengkak macam ‘jadoo, makhluk asing dalam filem hindi, Koi Mil Gaya. Sebijik.
Selepas 10 minit, akhirnya Nabil muncul di permukaan alur. “Weyh!” jeritnya seraya menghampiri lima insan itu. “Aku jumpa ni.” Kain berwarna putih ditayangkan kepada teman-temannya. Dia naik ke darat.
Pantas Qistina meragut kain itu. Dibelek.” Ni tudung Syaza.” Sulaman yang tertulis ‘Syaza” dibahagian dalam tudung ditunjuk.
“Darah!” Satu suara menyampuk tiba-tiba.
Semua mata fokus terhadap dua tompokan darah di tudung tersebut. “Syaza…” Qistina rebah di atas peha Fiqri.
“Qis!” Pipi Qistina ditepuk berkali-kali namun gadis itu tidak sedarkan diri.
“Qis pengsan.” Ujar Fiqri. Darius, Nabil dan Adif tergamam. Kesan darah yang dijumpai itu lebih menggamamkan mereka. Syazana!!!
“Bil!” Nabil menoleh ke arah si pemanggil.
“Mana Syaza? Apa dah jadi?” Encik Syahman melutut disebelah lima sekawan itu. “Kenapa dengan dengan Qis?” soalnya lagi bila melihat Qistina dengan mata terpejam baring di atas riba Fiqri.
“Apa dah jadi ni?” Nabil masih membisu. Langsung tak memberikan sebarang respon.
“Fiq, mana Syaza? Darius?” Fiqri dan Darius dipandang. Masih tiada riaksi. “Dif?” bahu Adif digoncang.
“Paklong.” Adif bagai baru tersedar lari lamunannya. “Syaza…”
“Kenapa dengan dia?” Terasa jantungnya semakin kuat berdegup.
“Tu…” Jari telunjuk Adif dihalakan kepada tompokan darah yang melekat pada tudung yang dipercayai milik Syazana.
“Ya Allah anak aku.” Tutur Lelaki itu perlahan.
“MINTA maaf encik. Kami belum berjaya menemui anak perempuan encik lagi.” Salah seorang dari pasukan penyelamat bersuara. Encik Syahman yang berada di hadapan pintu rumah hanya mendiamkan diri. Langsung tidak bersuara sejak tadi.
“Encik dah cari betul-betul ni?” Ayah Qistina , Pak Mus bertanya. Tangannya menggosok bahu Encik Syahman.
“Dah tiga jam kami cari tapi langsung tak menjumpai sebarang kesan. Saya minta maaf. Tapi encik jangan risau. Harap encik bersabar. Pasukan kami akan meneruskan pencarian.” Ujar lelaki yang berumur 30-an itu lagi.
“Terima kasih. Kami semua harap sangat pihak encik dapat menjumpai Syazana.” Kata Pak Zaki, ayah Adif.
“InsyaAllah, encik. Kami akan teruskan usaha pencarian. Kami minta diri dulu. Nak ke tempat kejadian. Kalau ada sebarang berita pihak kami akan maklumkan secepat mungkin.” Lelaki itu menghulurkan tangan.
“Terima kasih.” Pak Mus menyambut huluran itu. Diikuti oleh Pak Zaki dan seterusnya Encik Syahman.
“Kau sabar lah Man. Berdoa agar Syaza selamat.” Pujuk Pak Zaki yang berada di sebelahnya.
“Aku tak boleh terima kalau benda buruk berlaku kat anak aku, Zaki, Mus. Aku tak kuat untuk terima kehilangan anak aku. Cukuplah aku dah kehilangan arwah isteri, mak dan ayah aku. Aku…” kata-kata Encik Syahman terhenti. Tidak sanggup untuk meneruskan lagi. Wajahnya ditunduk memandang lantai. Air mata sudah bertakung. Tunggu masa nak jatuh je. Hatinya tidak tenang memikirkan anak perempuannya itu. Anak lelaki pulak jauh di seberang laut sana nuh. Dua harta yang paling bernilai peninggalan arwah isterinya kepadanya. Hanya dua orang anak je yang dia ada. Hanya seorang anak perempuan je yang dia ada dalam dunia ni. Macam mana kalau dia kehilangan seorang anak perempuan itu? Tak. Dia tidak sanggup walau pun untuk kehilangan anak lelakinya jugak. “Ya Allah…” Serunya dengan mata yang terpejam.
TANGAN yang tidak bermaya memerah kain tuala kecil. Lalu di gosok pada wajah satu tubuh yang terkujur di atas katil. Beralih pula pada bahagian tangan. Dan seterusnya kaki. Dengan air mata yang laju menuruni pipi, Amira teruskan membersih badan Qistina yang masih tidak sedarkan diri. Terasa seperti tubuh dihempap oleh satu kontena yang gila besar+berat bila berita kehilangan Syazana diterima. Selamatkanlah insan yang sudah aku anggap macam kakakku sendiri Ya Allah… Pintanya berkali-kali.
“Kak Qis still tak sedar lagi?” Soal Darius sebaik saja pintu diselak dari luar.
Amira menggeleng. “Ada perkembangan, Abang Dayus?”
Giliran Darius pula menggeleng. “Diorang belum jumpa lagi.” Sayu Darius bersuara. Perasaan sebak terpekung di dada. Kalau ikutkan hati memang dah keluar air mata aku ni. Tapi aku kena kuat. Harap Syaza selamat. Bicara hatinya sendiri. “Kalau Kak Qis sedar panggil Abang Dayus ye.” Pesan Darius sebelum dia hilang disebalik pintu.
“AKU rasa macam nak cari Syaza sekali lagi.” Ujar Fiqri tiba-tiba. Empat lelaki itu berada di dalam bilik Nabil. Bilik yang sebelum ni setiap masa kedengaran lagu-lagu yang boleh memekakkan telinga setiap kali berpenghuni, kali ini sudah tidak kedengaran. Hanya sepi yang menemani mereka.
“Aku pun rasa cam tu jugak. Jom gerak?” Darius sudah berdiri.
“Gi mana?” Adif menyoal.
“Looking for Syaza la.”
“Kan pasukan penyelamat tadi dah pesan kita tak perlu cari Syaza. Biar diorang yang cari.”
“Hmm…” Darius kembali duduk di atas tilam empuk milik Nabil itu.
“Korang…” Panggil Nabil yang sedang berdiri di tepi tingkap merenung keluar.
“Hmm…” sahut mereka bertiga.
“Pe respon korang kalau diorang datang bawak berita yang Syaza dah takde?”
“Bil. Apsal kau cakap macam ni? Kau seharusnya mendoakan keselamatan Syaza.” Fiqri terkejut mendengar soalan yang keluar dengan lancarnya dari bibir Nabil.
“Aku cakap kalau. Tapi kita kena bersedia menerima sebarang kemungkinan.” Matanya masih menghala ke arah sawah padi yang terbentang luas.
“Batul apa yang Bil cakap tu. Kita perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan. Rezeki, jodoh and maut di tangan Tuhan kan…” Adif mencelah. Perlahan dia menutur.
“Tapi aku tak sanggup terima hakikat kalau Syaza dah…” Darius tak dapat meneruskan ayatnya. Tangannya meraup rambut .
“Kita kena tabah, Dayus.” Nasihat Nabil lagi.
“Sudah ar. Stop talking about this. Yang penting kita doakan supaya Syaza selamat.” Perlahan je Fiqri berkata. Hatinya sendiri gusar.
KAKI melangkah longlai masuk ke halaman rumah yang luas dihiasi dengan pokok-pokok bunga yang pelbagai jenis dan warna. Gila busuk ar lumpur yang kering kat baju aku ni. Dengan laju kepala dipanggung bila telinga mendengar keriuhan di halaman rumah. Ramainya orang. Kereta polis? Kereta bomba pun ada? Apa dah jadi ni? Rumah terbakar ke? Rumah kena rompak? Ada kenduri? What is this? Papa? Apa dah jadi kat papa? Bertubi-tubi soalan menjelma di kepala hotak. Dengan sekuat tenaga dia mengatur langkah seribu berlari ke arah pintu rumah sambil menjerit.” Papa!!! Papa!!! Papa!!!” Tanpa menghiraukan manusia yang memandangnya dengan muka yang terkejut tahap apa ntah. Ahh! Aku tak nak peduli. Yang penting papa. “Papa!!!” Qistina melangkah masuk kedalam rumah.
Apsal macam rumah orang mati je ni? Siap baca Surah Yassin lagi tuh.Pastu semua orang tengok aku pelik je. Apsal? Apa dah jadi kat papa? “Papa mana?” soal Syazana pada mata-mata yang memandangnya. Langsung tiada jawapan. Apsal dengan semua orang ni? Takkan lah papa…” Papa!!!” Syazana berlari ke arah dapur. Namun kelibat Encik Syahman tidak dijumpai. Mana papa ni? Kemudian dia melangkah ke arah bilik Nabil.
Pintu diselak. ” Bil, papa mana? Apsal ramai orang kat rumah kita?”
“Paklong solat kot.” Bagai tidak sedar Nabil menjawab. “Syaza???” sergah Nabil setelah dia menyedari kehadiran Syazana itu.
“Syaza???” Adif, Darius dan Fiqri mengalami keadaan seperti Nabil. Bagai baru tersedar dari mimpi.
“Kau ke mana?” Empat lelaki itu pantas mendapatkannya.
Syazana buat mata klip pop-klip pop(pejam celik-pejam celik). “Apsal korang ni? Macam jejak kasih je ni. Cam dah bertahun tak jumpa aku. Apsal?” Sahabat-sahabatnya dipandang hairan.
“Apa dah jadi sebenarnya ni?” Tanya Nabil.
“Kau lemas ke tadi?” Sela Fiqri pula.
“Kau okay tak ni?” Adif sentuh kepala Sayazana.
“Kau berdarah kat mana?” soal Darius.
“Kau..”
“Stop it!” jeritan Syazana itu berjaya membisukan empat lelaki yang mengelilinginya. “What,s going on? Pe yang korang melalut ni? Aku okay la. Tengok ni takde pe la.”Syazana berpusing tiga kali di tengah-tengah empat lelaki itu.”Look. I,m okay what. Takde pape pun. Heran betul dengan korang ni. Eh, apsal ramai orang kat luar? Siap dengan ada bomba dengan polis lagi tu. Pastu ada pasukan penyelamat apa ntah. Apsal? Nak kata rumah terbakar, takde api pun. Nak kata kena rompak, perabot rumah semua tersusun elok macam biasa je. So what and why?” Syazana pandang teman-teman lelakinya meminta penjelasan yang dari tadi menyesakkan kepala hotak.
“Adik!” Syazana menoleh ke arah pintu bilik Nabil bila namanya dipanggil.
“Papa!” Dia berlari pada Encik Syahman. Papanya pantas memeluknya erat.
“Adik. Syukurlah adik selamat.” Air mata yang dutahan jatuh jugak akhirnya.
“Papa? Apsal ni? Kenapa papa nangis? Apa semua ni?” soal Syazana buntu dengan apa yang berlaku.
“Semua sebab kau la.” Qistina yang muncul dari mana ntah menyampuk.
“Yang kau ni apsal pulak? Macam orang baru lepas bersalin je aku tengok.” Seloroh Syazana. Dia ketawa melihat penampilaa Qistina ketika itu. Rambut yang menggerbang macam pontianak, mata yang bengkak macam alien, muka yang gila sembab and baju sekolah yang terdapat tompokan lumpur. “Dah macam orang gila meroyan pun ada jugak.” Sambungnya lagi.
“Kau yang buat aku jadi gila meroyan macam ni tau tak? Eeeiiiiiiii!!! Kau ni!!!” Qistina menerpa ke arah Syazana. Targetnya adalah rambut gadis itu. Niatnya ingin mencabut terus rambut yang diikat ekor kuda itu.
“Weyh Qis! Apsal ni?” Syazana lari menyelamatkan diri dibelakang Nabil dan Adif. sedikit sebanyak dia agak kecut perut jugak lah bila melihat wajah Qistina yang sangat menyeramkan itu. Confirm member aku ni gila meroyan.
“SAYA betul-betul minta maaf, pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Sungguh takde niat pun nak menyusahkan semua orang. Minta maaf sebab bazirkan masa untuk mencari saya. Dan terima kasih banyak-banyak di atas semua pertolongan.” Aceyhhh… Gaya berucap macam YB je. Siap berdiri di atas kerusi lagi. Semua mata memandangnya tanpa berkelip. Ada yang mempamerkan senyuman dan ada jugak yang mempamerkan wajah bengis.
“Kau tengok ar mmber kita tu.” Darius yang berada di hujung laman bersama Adif, Fiqri dan Nabil berbisik perlahan.
“Boleh buat gempak macam tu. Aku ni tadi nyawa dah hujung tanduk dah punya la susah hati pasal dia. Memang nak kena pelangkung budak tu sorang.” Adif mencapai daun kering yang berada di hujung kakkinya lalu dikoyak-koyak menjadi cebisan kecil.
“Tak pasal-pasal menyusahkan semua orang. Kalau masuk paper confirm glamor ar Si Syaza tu.” Fiqri tersengih.
“Boleh pulak dia pergi main dengan budak-budak kampung sebelah. Kita kat sini cari dia merata tempat, risaukan dia, dia pulak dengan gumbiranya main pondok-pondok dengan budak-budak tu. Entah pape.” Bebel Darius dengan gelengan. Penjelasan Syazana tentang ‘kehilangannya, sebentar tadi melintas di kepala.
“Kau memang nak kena cepuk dengan aku. Kau tau tak semua orang risaukan kau separuh nyawa. Kau tengok la rupa aku ni. Asalnya jelita dah bertukar jadi…”
“Macam jadoo. Alien. Hahaha…” Potong Syazana. Dia ketawa kuat.
“Kau memang la…” Qistina terus mengejar Syazana. Membuat lima kali pusingan dengan mengelilingi empat sahabat lelaki mereka.
“Okay…Okay.. Dah ar. Stop fighting.” Nabil tarik lengan Qistina untuk menghentikan perbuatannya itu.
“Geram betul aku kat minah ni.” Jelingan maut dilemparkan. Syazana membalas dengan sengihan lebar.
“Alaa… Sorry la. Aku bukannya lemas pun tadi. Aku…” Nak cakap ke tak ni? Kalau cakap confirm aku kena sebat teruk-teruk ni.
“Pe?” tanya Qistina bila Syazana tidak meneruskan ayatnya.
“Kalau aku cakap janji korang don,t be angry okay?”
“Depend” lima suara bergabung.
“Alaa korang ni…”
“Cuba adik cerita apa yang dah jadi sebenarnya? Adik ke mana tadi?” Encik Syahman menyampuk.
“Sebenarnya lepas adik jatuh kat dalam alur tadi, adik selam cari…”
“Cari pe?” Darius mencelah. Tidak sabar untuk mendengar cerita Syazana..
“Kau ni jangan la menyampuk. Potong syok aku nak cerita je. Habes lari feeling aku.” Syazana buat gaya orang merajuk. Main-main je. Heh.
“Sorry.”
“Bekas sambal udang yang Mak Cik Khodijah kasi tadi la. Jatuh kat dalam alur. Aku pun selam la cari bekas tu. Takkan aku nak biarkan je. Sayang oow orang bagi. Tak baik buang macam tu je.”
“Lorrh… Kalau bekas tu dah tenggelam buat pe la kau nak cari semula? Bukan boleh makan lagi dah. Dah masuk air pun.” Sela Fiqri pula.
“Ye la. Memang dah tak leh makan tapi bekas tu boleh guna lagi. Nanti boleh la kita balas balik kiriman Makcik Khodijah tu. Bila dah jumpa sambal tu, tertumpah pulak kat tudung aku. Terus aku tanggalkan tudung. Busuk giler.” Terang Syazana sambil menggaru-garu lengannya. Apsal gatal sangat ni? Ni mesti sebab kes mandi alur tadi. Adeh…
“Tengok. Kan dah gatal-gatal.” Qistina menjegilkan matanya.
“Takpe leh taruk ubat jap lagi.” Jegil la lama –lama. Kang terjuling bijik mata tu. Padan muka kau. Hahaha.
“Kiranya tadi bukan darah lah eh? Sambal rupanya. Adeh…Pastu?” Adif tunggu bicara seterusnya yang akan keluar dari bibir mungil itu. Apsal la sorang pun tak terlintas nak cium ‘darah’ tadi? kalau tak takde la si Qistina ni pengsan memikirkan si Syazana ni.
“Pastu aku cari la sampai jumpa. Jauh gila bekas tu berenang. Time tu jugak la aku jumpa dengan tiga orang budak comel. Diorang tengah sauk anak ikan. Macam best je aku tengok. Pastu aku tanya la diorang nak buat pe dengan anak ikan tu. Diorang cakap nak masak, main pondok-pondok. Diorang ajak aku join sekali. Tanpa membuang masa, aku terus ikut diorang ke kampung sebelah main pondok-pondok. Korang tau tak, syok habes ar aku main tadi. Macam kita selalu main time kanak-kanak dulu. Best sangat. Tak dapat digambarkan perasaan aku time main pondok-pondok tu. Pastu…” ayat Syazana mati bila lima pasang mata merenungnya tajam.
“Apsal?”
“Kau tau tak kau dah buat salah besar?” Nabil silang tangan di dada.
“Kau tau tak yang kau dah susahkan ramai orang?” Darius menyoal agak kuat.
“Kau tau tak yang kau dah buat kitorang rasa macam orang hilang arah?” Adif dengan gaya machonya menyoal.
“Kau tau tak yang kau dah mencuakkan kampung ni?” Fiqri buat muka bengis.
“And kau tau tak yang kau dah buat aku rasa macam nak bunuh kau 24 kali???” Qistina mencekak pinggangnya. Tau la pinggang tu ramping. Tapi jangan la riak sangat.
“Aku..err..Aku…” kepala digaru berkali-kali. Syazana terkulat-kulat. Tak tau nak kata apa.
“Kitorang nak kau keluar minta maaf kat semua orang.” Sambung Qistina lagi.
“Aku…”
“No excuse!” Syazana toleh belakang. Alamak! Pabila papa dah marah… Huhuhu…
“WEYH!” Empat kepala kilas ke arah si empunya suara.
“Korang buat pe kat sini?” Qistina menolak rambut yang terjuntai ke belakang.
“Tengah menonton drama Syaza ar.” Balas Nabil.
“Korang. Pe kata kalau kita pura-pura pulaukan si Syaza?” Darius dah mula bagi cadangan yang tidak bermoral.
“Pulaukan? Okay jugak. Kita kena bagi pengajaran kat dia sebab dah seksa jiwa raga kita.” Laju je Fiqri setuju dengan cadangan Darius itu.
“Ceh ayat… Gila jiwang. Tak leh blah ar..” Qistina mencebik. “Aku setuju.”
“Aku pun.” Sampuk Adif.
“Aku ikut je.” Nabil mencelah.
“Biar dia pulak yang cuak.” Kata Qistina sambil memegang lehernya.” Sakit ar leher aku. Apsal eh? Tadi okay je.Lepas pengsan terus sakit. Macam lebam pun ada jugak. Eh tadi aku pengsan jatug kat mna eh? Atas apa?”
Soalan Qistina itu mebuatkan empat lelaki tersebut memandang antara satu sama lain.
“Apsal?”
“Qis. Aku rasa la…” perlahan Fiqri menuturkan ayat.
“Rasa pe?”
“Aku rasa la kan. Rasa je tau. Maybe la…”
“Ape weyh? Cakap je la.”
“Time kitorang bawak kau balik rumah Syaza kot yang kau leh dapat sakit tu.” Kepala digaru walau tidak gatal.
“Korang bawak aku balik camne? Cempung aku ke? Wahhh baiknye korang. Sape yang cempung aku tu?” Qistina buat muka manja. Senyuman lebar tersungging di bibir.
“Memang la aku cempung kau.” Balas Fiqri. ” Tapi… Aku cempung kau letak dalam kereta surung Pak Abu.” Fiqri sengih.
Qistina tergamam seketika. “Kau bawak balik aku dengan kereta surung? What??? Takde standart langsung. Huh! Patut la leher aku sakit. Bertuah punyakawan.”
“Sorry. Nak kendong kau tak larat. Berat sangat.” Adif jujur bersuara.
“Berat aku 50kg je tau. Mana berat. Korang tu yang lembik.” Qistina mencebik.
“Tu berat daging+tulang+tahik. Berat dosa kira lain pulak.” Kata-kata Adif itu membuatkan Qistina menjegilkan matanya. Empat lelaki itu terus ketawa.
Read the original:
Novel : Sweets Sours 14
Possibly Related Posts:
- Novel : Bini aku tomboy ke? 12
- Novel : 4 Plus One Jadi Kita 9
- Novel : Jodoh Atau Cinta 23
- Novel : Benci Bilang Cinta 19
- Novel : Pergilah Air Mata 32
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Perilaku Hubungan SEX remaja a...
- Es Krim Imut dan UNIK yang KER...
- Kehabisan Bahan Bakar di Ketin...
- Novel : Bini aku tomboy ke? 12
- Novel : 4 Plus One Jadi Kita 9
- Novel : Jodoh Atau Cinta 23
- Novel : Benci Bilang Cinta 19
- Novel : Pergilah Air Mata 32
- Novel : Gila Kau 17
- Novel : Jangan Menangis Sayang...
- Novel : Bila 18
- Novel : Cinta tak di duga 5
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |