Nama Pena : Misz_Waniey

BAB 19

Pagi itu Anisah menyediakan sarapan untuk Amsyar. Selesai sahaja mandi, Amsyar segera ke dapur untuk membantu Anisah. Bau nasi goreng membuatkan perutnya terasa lapar. Terbit rasa rindu Amsyar dengan masakan gadis itu. Hampir dua tahun lebih rasanya.

Amsyar mendekati Anisah yang sibuk menyedok nasi goreng ke dalam mangkuk nasi. Lelaki itu segera melingkari tangannya di pinggang Anisah lantas dikucup pipi isteri kesayangannya itu. Anisah terkejut dan malu dengan perbuatan Amsyar.

“Abang.. kan Nisa tengah cedok nasi, ni..!” marah Anisah manja. Amsyar hanya ketawa.

“Abang rindukan sayang..” balas dia. Anisah menjeling. Segera dia meminta dirinya dilepaskan dan membawa makanan ke ruang makan. Amsyar hanya mengekori sahaja jejak Anisah.

Seusai sahaja di hadapan meja makan, Amsyar segera duduk. Nasi goreng di hadapan matanya membuatkan dia terliur. Anisah hanya tersengih lalu menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Amsyar. Amsyar menyambut dan segera mencapai sudu.

Suasana sunyi sebentar. Masing-masing melayan perasaan dan menghayati rezeki di hadapan.

“Petang ni Nisa balik rumah kita?” ajak Amsyar. Anisah diam. Amsyar mengangkat mukanya memandang Anisah apabila ajakannya tidak bersambut.

“Kenapa sayang? Nisa tak nak pulang ke rumah kita?” tanya Amsyar lagi.

“Nisa masih lagi kekok la, bang.. Dah setahun Nisa tinggalkan rumah tu. Terlampau banyak memori yang tak boleh Nisa lupakan..” ujar Anisah.

Amsyar mengeluh. Makanan di mulut dikunyah perlahan.
“Nisa masih marahkan abang?”

Anisah segera menggelengkan kepalanya. “Bukan..” jawab dia.

“Habis tu?”

Anisah masih terdiam. Nak diluah rasa bersalah.. Bukan kerana memori di rumah itu tapi..

************************

“Abang takde dekat rumah? Dia ke mana, makcik?” tanya Melisa ketika dia melawat Amsyar dan keluarganya pagi itu. Niatnya untuk mengajak Amsyar keluar tapi..

“Entah la. Malam semalam dia kata nak keluar kejap. Tapi sampai pagi tak pulang lagi. Makcik tak tahu..” jawab Datin Faridah. Melisa mengeluh. Niatnya terbantut. Ke mana lelaki itu pergi?

Tiba-tiba..
“Assalamualaikum..” ucap seseorang dari luar rumah..

“Waalaikumussalam..” jawab Datin Faridah. Dia segera bangun dan bergerak ke pintu.
Agak terkejut apabila dia melihat Amsyar berjalan beriringan dengan Anisah. Wanita itu gembira melihat menantu kesayangannya pulang ke sisi.

“Anis..” hanya itu yang mampu diluahkan. Terlalu gembira baginya apabila melihat Amsyar dan Anisah berpegangan tangan mendekatinya.

Anisah segera memeluk ibu mertuanya erat. Dia sayangkan wanita itu. Sudah lama dia menganggap wanita itu seperti ibu kandungnya.

Sebaik mereka menjejakkan kaki ke ruang tamu, mata masing-masing tertancap ke arah Melisa. Gadis itu kelihatan agak terkejut. Timbul rasa tidak senang di hati Anisah. Begitu juga Amsyar.

“Err.. Mel cari Sya tadi..” ujar Dati Faridah membuang rasa kekok antara mereka. Melisa masih kaku tidak bergerak. Dia masih terkejut.

“Bila Mel sampai?” tanya Amsyar. Anisah cuba memaniskan mukanya walaupun dia tahu gadis itu sudah mula membencikan dirinya. Melisa mencebik.

“Patutla Mel call abang tak angkat. Rupa-rupanya sedang bermadu asmara dengan betina ni..!” marah Melisa membuatkan suasana menjadi tegang. Paling terkilan adalah Anisah apabila dirinya dicap sebagai ‘betina’.

“Melisa, kenapa cakap Anis macam tu?” tegur Datin Faridah. Dia juga agak terkilan. Tidak sepatutnya Melisa berkata sedemikian. Anisah bukan pelacur.. Dia isteri Amsyar yang sah.

“Makcik.. kenapa dia ada dekat sini?” tanya Melisa. Dia mendengus. Rasa geram menular. Dia benci Anisah. Kedatangan gadis itu kali ini betul-betul bakal meruntuhkan tembok kebahagiaan dia bersama Amsyar. Pastinya Amsyar sudah tidak peduli akan dirinya selepas ini.

“Salah, ke?” Amsyar menyampuk. “Dia isteri abang..”

“Habis? Mel ni siapa, bang?” bentak Melisa lagi. Matanya tajam memandang Anisah. Anisah hanya diam membisu. Adakah Amsyar dan Melisa sudah berkahwin?

“Mel hanya kenangan abang..” jawab Amsyar tanpa segan silu. Melisa mengetap bibir dan menggeleng kepala..

“Sampai hati abang buat Mel macam ni? Mana janji-janji abag dulu nak jaga Mel seumur hidup abang?”

“Maafkan abang, Mel. Dari dulu sampai sekarang.. cinta abang hanya untuk isteri abang.”

“Tapi Mel ni masih tunangan abang. Mel sayang dan cintakan abang.. Jangan buat Mel macam ni, bang!” rayu Melisa.

“Cinta Mel hanya untuk Zarif bukan abang..”

“Dan Zarif itu adalah abang..” balas Melisa. Amsyar diam. Anisah juga turut diam. Inilah perkara yang membuatkan dirinya tawar hati untuk pulang ke rumah. Kedatangan Melisa dalam hidup mereka membuatkan Anisah rumit untuk menyelesaikan masalah. Perlukah dia menarik diri untuk kesekian kalinya?

Anisah sudah penat mengharungi segala masalah yang menimpa dirinya sejak mengahwini Amsyar. Dugaan demi dugaan yang datang mengajar dirinya supaya lebih bersabar dan matang. Namun dia sudah penat. Kalau benar jodohnya bukan dengan Amsyar, dia rela tarik diri. Melisa juga telah banyak berkorban untuk lelaki itu. Masakan dia mahu mengecewakan perasaan gadis yang menyayangi Amsyar sepenuh jiwa itu?

“Hei perempuan..! Berani kau datang sini lagi, ye? Berani kau nak rampas tunang aku dari aku.. Dasar perempuan tak sedar diri..! Lebih baik kau berambus je la dari rumah ni..!” herdik Melisa. Anisah hanya mengetap bibir. Secara spontan satu tamparan hinggap di pipi Melisa. Gadis itu terpana manakala yang lain terpaku. Masiing-masing terkejut dengan reaksi Amsyar. Lelaki itu bermuka tegang memandang Melisa. Mata Melisa mula berair. Pipi mulusnya mula terasa sakit.

“Abang..” Melisa tidak mampu untuk berkata-kata. Matanya tidak dikalih ke mana-mana. Hanya wajah Amsyar yang tegang diperhatikan. Anisah pula hanya berdiam diri. Tidak mahu bercampur tangan dengan urusan mereka walaupun dia berhak. Berdiam diri adalah cara yang paling baik dari mencetuskan lagi persengketaan antara mereka. Biarlah Amsyar yang putuskan.

“Mulai dari hari ini.. kita putus tunang..~! Abang akan hantar parents abang jumpa ayah..” usul Amsyar serius. Mama, Anisah dan Melisa terkejut. Masing-masing tidak percaya..

“Abang.. sampai hati abang buat Mel macam ni?” Melisa masih berharap. Dia tidak bersedia untuk kehilangan Zarif dalam hidupnya. Dia begitu sayangkan lelaki itu lebih dari nyawanya sendiri.

“Abang dah ada isteri, Mel. Terima la kenyataan. Dan abang tak mampu nak memiliki dua wanita dalam hidup abang sekaligus. Sayang abang hanya untuk Nisa. Sejarah kita dah lama luput dalam ingatan abang.. Mel masih muda. Masih jauh lagi masa depan Mel.. Abang doakan agar Mel menemui jodoh yang sepadan dengan Mel” ujar Amsyar panjang lebar.

Melisa menggelengkan kepala tidak percaya. Langkahnya ke belakang.. Dia meraung di situ. Dia tak mahu kehilangan Amsyar. Musnah segala pengorbanannya selama 2 tahun menjaga hati Zarif. Namun, ini balasan yang dia dapat. Sia-sia sahaja perngorbanannya selama ini. Melisa menekup mulutnya. Air mata tak henti-henti mengalir. Dia segera berlari meninggalkan rumah Amsyar. Panggilan mama tidak diendahkan. Bayangan Melisa hilang dari pandangan.

“Abang..” Anisah mula berkata-kata. Sejak dari tadi dia berdiam diri. Rasa serba salah menerpa. Amsyar hanya tersenyum.

“Melisa kena terima kenyataan sayang..” jawab Amsyar selamba. Anisah mengerut dahi. Rsa simpati kepada Melisa bertimpa-timpa. Tapi.. keputusan telah dibuat. Dia tak boleh berpatah balik. Perlukah dia berkorban lagi? Oh, tidak.. Begitu sukar untuk mengambil hati Amsyar dan baru kini dia memilikinya. Dia dah penat berkorban. Kadang-kadang dia perlu menjaga hati sendiri dari orang lain.

**********************

Sedang mereka sibuk menikmati makan tengahari bersama.. Datin Faridah bertanya sesuatu kepada Amsyar.

“Bila Sya nak mama dan papa berjumpa dengan ayah Melisa?”

“Err.. kalau boleh secepat mungkin mama. Sya dah malas nak fikir benda ni semua..” jawab Amsyar. Datin Faridah hanya mengangguk.

“Abang.. Nisa kesian dengan Melisa..” Anisah berterus-terang. Dia tidak sedap hati dari tadi.

“Nisa perlu kesiankan diri Nisa sendiri dari orang lain sayang. Nisa perlu kesiankan abang jugak. Tiada lagi rasa sayang abang pada dia. Masakan abang perlu kahwin dengannya sedangkan Nisa lebih berhak. Nisa isteri abang dan abang sayang Nisa sepenuh hati abang..”

“Tapi abang pernah sayangkan Melisa suatu ketika dulu, abang..”

“Itu semua dah jadi sejarah.. Mahukah Nisa bermadu? Cukuplah Nisa seorang dalam hidup abang..” jawapan yang ikhlas lahir dari mulut Amsyar. Anisah terharu. Dia hanya tersenyum pahit. Maafkan aku, Mel…

Tiba-tiba… krriiinggg..
Telefon bimbit Amsyar berbunyi..

“Helo, Zikri?” sapa Amsyar sebaik dia melihat nama Zikri tertera di skrin.

“Abang.. cepat datang ke hospital..” Spontan Amsyar bangun.

“Kenapa ni, Zik?”

“Kak Mel.. Kak Mel bunuh diri…~” kata-kata itu membuatkan Amsyar terkejut.

“Korang kat hospital mana?”

“Hospital Selayang…” segera Amsyar berlari ke ruang tamu. Jejak langkah Amsyar diikuti oleh Anisah dan mamanya.

“Kenapa, bang?” tanya Anisah.

“Melisa buat perkara bodoh. Dia ada kat hospital sekarang..”

“Astaghfirullahalazim..” ucap mereka.

“Jadi macam mana dia sekarang?” sampuk Datin Faridah..

“Dia masih dalam wad kecemasan. Sya perlu pergi jumpa dia..”

“Nisa ikut?” Anisah mempelawakan dirinya. Amsyar hanya mengangguk. Segera Anisah naik ke atas untuk mengambil tudungnya. Risaunya semakin menebal. Patut la sejak Melisa balik hatinya rasa tidak sedap. Mel.. Mel.. kenapa perlu lakukan perkara bodoh itu?..

Read more here: 
Novel : Benci Bilang Cinta 19

Possibly Related Posts:

  • Cerpen : Cinta Fatin & Fitri
  • Cerpen : Hati ini hanya padamu
  • Cerpen : Kemaafan yang Terindah
  • Cerpen : Takdir yang Tercipta
  • Cerpen : Cinta Si Gemuk dan Si Kurus


  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    • Cerpen : Cinta Fatin & Fit...
    • Cerpen : Hati ini hanya padamu
    • Cerpen : Kemaafan yang Terinda...
    • Cerpen : Takdir yang Tercipta
    • Cerpen : Cinta Si Gemuk dan Si...
    • Cerpen : Setitis Cinta Itu
    • Cerpen : I Love You Too
    • Cerpen : A taste of love
    • Cerpen : Hargailah ketika dia ...
    • Cerpen : AP V : Dugaan
    • Cerpen : Maafkan I
    • Cerpen : Untuk Apa Kata Cintam...
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG