Nama Pena : orentalez

” Angin lain macam, betul la tu..” kata- kata maksu menghentikan langkahku seketika sebelum meneruskan langkah tanpa berpaling.Lagi lama disitu, boleh hilang sabar dibuatnya. Sabar fatin..Siaplah kau hafez! Memang tak sayang mulut betul.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku lihat hafez berada di balkoni sedang berbual dengan seseorang di telefon. Kelihatan agak serius riak wajahnya namun tidak lama selepas itu dia mematikan panggilan dalam keadaan tegang. Kehadiran aku di situ mungkin tidak disangkanya kerana riaknya yang sedikit kaget. Ah! apa aku peduli, ingat aku takut bila dia buat muka macam tu.

” Memang sengaja kan?”soalku pada hafez. Dia kelihatan mengerutkan dahinya, mungkin kurang faham dengan maksudku.

” Suka lah kalau mama anggap bukan-bukan!” Ujarku dalam nada sedikit tegang.

” Sorry, i’ll explain to her later..” ujar Hafez senada, seperti tidak langsung perasan yang aku sedang marah. Dia kemudian melangkah kearah meja kerja, tangannya mencapai cermin mata di sudut meja dan menghadap laptop yang sedia terbuka. Tingkahnya benar buatkan hati aku bertambah sakit. Aku menghampiri meja yang tidak jauh dari tempat aku berdiri.

” Itu je?” Soalku masih tidak puas hati.

” Boleh tak kalau kita cakap tentang ni lain kali?” Pandangannya masih tertumpu pada kerjanya.

” Urgh..! Sakitnya hati..! kalau nak kenakan orang pun..tak boleh ke cakap pasal benda lain..fikirlah dulu kalau nak cakap tu. Kalau mama seorang sahaja tadi tak apalah jugak, ini..inikan pulak ada abah dengan maksu. ha, kira abah okay lagi la. Mak su! Mak su tu sudahlah.. Urgh…! Geramnya” Lepasku, panas betul rasa hati aku. Dia masih diam di situ sedangkan aku sejak dari tadi mundar- mandir di sebelahnya. Kenapalah mamat ni dari tadi tiada respon. Sudah macam aku bercakap dengan kerusi pula, aku rasa kalau cakap dengan kerusi pun lagi bagus sebab kalau sakit hati, boleh terus buang.

” Macam mana kalau…”

” Enough!” Suara tengking hafez berserta bunyi kerusi membuatkan aku terpana. Kerusi yang diduduknya tadi terbalik ke lantai ketika dia berdiri. Betulkah apa yang terjadi pada aku sekarang ni? seumur hidup aku, inilah kali pertama aku ditengking oleh lelaki. Abah pun tak pwenah tinggi suara pada aku macam ni.Suaranya saja tadi cukup membuatkan jantungku hampir berhenti. Serta merta kolam mataku digenangi air. Baik aku pergi dari sini sebelum aku benar menangis. Poyo betul aku ni, tadi berani sangat..sekali kena tengking terus senyap. Aku cuba melangkah sederas mungkin tapi kenapa kaki aku ni kejang semacam, ah..cepat fatin.

” Fa..”

“Damn it!” cermin mata yang elok terletak di batang hidung dicampak ke lantai sebaik sahaja fatin keluar dari bilik. Hafez meraup wajahnya dengan kedua belah tangan sambil cuba menenangkan perasaan yang begitu marahkan diri sendiri.Rasa menyesal serta-merta menyerbu kerana tindakan tanpa rasionalnya.

‘ Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku nak marah’ detik hatinya.

Terngiang kembali kata- kata marni di telefon sebentar tadi.

” Kenapa you berubah macam ni sekali? Takkan you langsung tidak mencintai I lagi..” suara marni begitu lembut seperti selalu.

” I berubah? Bukan you yang berubah ke? Siapa dulu yang kata kita tak mungkin bersama? Mana dia Armand yang katanya setaraf dengan you tu?” balas hafez sindir dengan soalan bertalu.

” Jadi betullah you masih tak berubah? I tahu you masih cintakan I ..” balas marni tanpa menjawab satu pun soalan Hafez.

” Cinta? Sudahlah Mar.. I dah ada hidup I sendiri sekarang dan cukup bahagia” Malas sudah rasanya terus berbicara dengan seseorang yang pernah buatkannya cukup menderita.

” I tahu you tak bahagia.. Macam mana nak bahagia kalau bersama orang yang tak dicintai apatah lagi orang tu mencintai orang lain” sinis kata-kata marni namun tidak dapat ditanggkap Hafez.

” Mar..kebahagiaan I bukan urusan you dan you tak perlu mereka atau meneka cerita” Balas hafez. Entah kenapa hatinya sedikit tersentuh bila Marni cuba pertikai hubungannya dengan Fatin walaupun dia sedar akan hakikat mereka berkahwin bukan atas dasar cinta.

” Azfar darling..takkanlah you masih tak tahu yang you kahwin dengan kekasih orang” Marni masih cuba menduga perasaan Hafez.

Marni. Stop it ,okay. I tak ada banyak masa untuk dengar cerita rekaan you tu. I kenal siapa isteri I” Semakin tidak selesa rasanya berbual dengan Marni.

” Betulkah you kenal dia? Kalau you kenal dia..takkan you tak tahu dia kekasih Azlan, adik you sendiri..” Ujar Marni berserta ketawa sinis membuatkan hati hafez bertambah sakit.

” Mengarut !” Nada Hafez sedikit meninggi sebelum talian diputuskan terus.

Hafez meraup sekali lagi wajahnya bila teringat perbualan itu tadi. Langsung tidak disangka Marni akan kata begitu. Benarkah apa yang dia katakan? Azlan..Fatin. Ah, tak mungkin. ‘Tapi kenapa kenyataan Marni itu benar memberi kesan pada aku sehingga sedikit menggangu perasaan aku. Sehingga aku sanggup meninggikan suara pada Fatin sebentar tadi’. Laptop yang terbuka, ditutup kasar.
Hafez kemudian menapak ke pintu kemudian berpatah balik ke meja. Kedua belah tangannya menopang meja, masih tidak cukup berani untuk berdepan dengan Fatin. ‘ Patutkah aku mintak maaf ?’.

Jam di pergelangan tangan dikerlingnya, sudahpun dua pagi.. ‘Kenapa Fatin masih belum masuk? Teruk sangat ke aku ni..’

*********

” Fatin..” terasa bahu digoncang perlahan. Aku mebuka kelopak mataku perlahan. Nyaris terhenti denyut jantung aku bila melihat Hafez duduk di hadapanku dalam gelap sebegini. Aku mengurut dada bagi mengurangkan rasa terkejut. Tahulah dia raja kegelapan pun, tapi janganlah nak takutkan orang macam ni. Aku yang sebentar tadi terlelap di sofa kini sudah bangkit bersandar, mataku ditonyoh beberapa kali.

” Sudah, mari tidur dalam bilik..kalau mama nampak fatin tidur di sini apa pula dikatanya” Hafez menarik tangan aku yang masih separauh sedar. Dalam fikiran aku memang tiada perkara lain selain tidur, terlupa sudah yang aku ditengkingnya sebentar tadi..mengantuk betul.

*********

Bab 18

Ala.. terlewat lagi! Kenapalah aku selalu bangun lambat ni. Eh, bila pula aku tidur dekat sini? Bukan aku tidur dekat sofa ke semalam..ish, musykil aku. Aku memandang sekeliling dan berhenti seketika pada meja kerja. Beg hafez tiada di situ..semestinya dia sudah ke tempat kerja. Kejam betul mamat ni, bukan reti nak tolong kejutkan aku. Jam disisi katil aku renung dengan mata yang masih lagi kabur.

‘ 8.30 ! ’

Aku segera mencapai tuala dan terus ke bilik air. Kelam kabut dibuatnya. Aku memilih hanya jeans dan t-shirt rekaanku, sempat juga aku menarik mafla merah jambu kegemaranku lalu disangkut ke leher. Dalam keadaan tergesa-gesa aku berlari keluar bilik, namun belum sempat aku tiba di pintu depan..aku berundur beberapa tapak.

” Eh, abah nak kemana?” soalku. Mataku memandang kearah abah dan mama bersilih ganti sebelum berhenti pada beg disebelah abah.

” kan semalam abah dah cakap nak balik hari ni..” Ujar Abah, sedang tangannya ligat memakai sarung kaki.

” ada ke? Habis, mana Mak su?” Aku mengaru kepala yang lansung tidak gatal. Jangan kata maksu taknak balik lagi , sudah..

” Aku kat sini.. Kenapa? Kamu takut aku tinggal dekat sini ke?” soal Maksu yang tiba-tiba muncul di belakangku.Aku berpaling kearahnya. Kelihatan dia terkial- kial menarik begnya. Entah apalah yang dibawanya. Aku sekadar tersengih. Macam tahu je apa yang aku fikirkan.

” Tak boleh juga la” Ujar Hafez yang baru masuk ke rumah. Hai, takkan tak pergi kerja lagi mamat ni. Pandanganku beralih pula padanya. Dengan lengan bajunya yang dilipat hingga kesiku, tali lehernya disangkut ke bahu. Kelihatan peluh di dahinya sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam kepala aku.

“Kereta ni pun, selama ni tak pernah pula ada masalah.Tapi Abah kena balik juga..mana boleh tinggal syarikat lama sangat” Ujar abah pula. Barulah aku dapat menangkap sedikit butir bicara mereka.

“Kereta abah rosak ke? Kalau abah nak fatin hantar..petang sikit boleh la” sampuk aku.Lagipun aku dah lewat ni.

” Macam ni lah, Abah pakai kereta Hafez dulu..nanti hafez uruskan kereta tu” ujar hafez begitu yakin. Ala, baik sangat la tu. Tapi okay juga, tak payah la aku terkejar nanti.

“Kamu macam mana, hafez?” baru kedengaran suara mama. Ala..sibuk sangat dengan menantu kesayangan dia tu, tapi aku peduli apa? Yang penting bukan kereta aku. Hihi..jahat juga aku ya.

Hafez boleh tumpang Fatin..” kata-kata itu pantas menghentikan senyuman yang baru terukir dibibirku. Aku menjeling kearahnya. Haa.. hancurlah kebebasan aku kalau macam ni, takkan aku kena jadi driver dia pula. Ala.. leceh la macam ni.

” Ha. Kalau nak tumpang, cepatlah! Orang dah lambat ni.” Ujarku sebelum tangan mama, abah dan maksu ku salami. Aku terus sahaja berlalu selepas itu. Sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, mataku terus sahaja menghala ke langit. Sepatutnya sudah pukul sembilan lebih..tapi kenapa gelap lagi ni. Nak hujan la tu agaknya.

Enjin kereta dihidupkan, Hafez yang kini lebih kemas dari tadi baru melangkah masuk ke dalam kereta. Lambat betul mamat ni, dah la suka-suka pergi kerja pukul berapa. Kalau aku lambat kira okay la juga.

” Kenapa tergesa-gesa sangat ni?” soal hafez sebaik sahaja kereta bergerak. Amboi.. dah lambat, boleh buat tanya pula. Aku mengerling kearahnya yang sedang membetulkan tali lehernya. ‘Hensem..’ Eh apa aku fikir ni..bukankah aku sepatutnya marah sebab dia lambat tadi.

” Tanya lagi, kan dah lewat ni. Fatin tak apalah juga. Achik tak takut kena marah ke masuk ofis lambat?” soalku

” Lewat? Kan baru pukul 6.45..” balas hafez. Biar betul mamat ni. Waktu aku bangun tadi pun dah pukul 8.30..takkanlah. Mataku beralih ke arah jam pada board. Mak aih…mati-mati aku ingat dah lewat. Patutlah gelap lagi tadi. Aiyak..buat malu betul aku ni.

” Ala, lewat la juga tu.Kalau tak.. tak adalah kita tersekat dekat sini” Aku masih mahu betul. Pandangan aku alihkan kehadapan. Deretan kereta dihadapan masih belum berganjak dari tadi.

” Sorry, terlupa nak inform yang jam dalam bilik tu dari semalam tak ada bateri ” hafez seperti dapat membaca. Aku sedikitpun tidak mengalihkan pandangan kearahnya. Tanganku yang sedari tadi kaku di stereng, pantas saja mencari stesen radio, berpura-pura tidak mendengar kata- katanya. kalau aku bersuara..mesti dia akan ambil peluang gelakkan aku. Sure punya!

Senyap. Tiada sebarang perbualan antara kami sehinggalah tiba di tempat letak kereta. Ish, aku tak pakai tali pinggang keledar rupanya. Aku memadang sekilas kearah hafez yang sedang membuka tali pinggang keledarnya sebelum aku menarik beg tanganku yang berada di tempat duduk belakang. Aku mesti cepat, dah la malu tadi tak habis lagi.

” Err.. Fatin” Ujarnya tiba-tiba mematikan pergerakan aku. Apa pula yang mamat ni nak.

” Sorry pasal semalam..” sambungnya

” Semalam? Kenapa dengan semalam” aku masih kurang faham. Entah- entah dia ada buat apa-apa dekat aku kot..patutlah aku tiba-tiba boleh ada dalam bilik. Oh.. mintak simpang la.

Hafez mintak maaf..memang tak patut pun hafez tinggikan suara macam tu” ujarnya. Aku memandang kearahnya, kedua keningku hampir bertaut. Ooo.. baru aku ingat, macam manalah aku boleh lupa pula. Dasyat betul la aku ni. Sempat pula fikir yang bukan-bukan.

” Oo.. tak kisahlah” ujarku sambil menggalas beg ke bahu dan bersedia untuk melangkah keluar dari kereta.

” Tak kisah ? Tapi sampai merajuk tidur dekat luar..” Aku menjeling kearahnya sebaik sahaja menangkap kata- katanya.Dia tersenyum seperti selalu.

Bila masa pula aku merajuk? Bukan ada faedah pun kalau aku merajuk dengan dia..Kalau betul aku merajuk pun..dan orang yang nak pujuk tu adalah si raja kegelapan, aku sanggup tidur dekat sofa selama-lamanya. Mamat ni kan, baru je minta maaf.. dah nak sakitkan hati aku balik. Nampak sangat dia tak ikhlas mintak maaf tadi. Buang masa je kalau aku layan orang macam ni. Pantas saja aku melangkah keluar.

” Fatin!” baru beberapa langkah, sekali lagi pergerakan aku mati bila mendengar panggilannya. Apa lagi yang dia nak ni.. aku berpusing kearahnya perlahan. Malas sebenarnya aku nak melayan mamat seorang ni.

” Apa lagi?” soalku. Mataku memandang tepat kearahnya yang berada lebih kurang satu setengah meter dihadapan. Aku bunuh jugak dia ni karang.

” Nice shoes..” ujarnya sambil tersenyum manis.

Mata aku beralih pandang ke bawah. ‘Oh my god..!’ apa dah jadi dengan aku ni. Terasa darah mula naik ke muka, panas rasanya. Aku kembali memandang kehadapan dan aku lihat hafez sudahpun memulakan langkah. Aku menekup muka ku, ish.. macam mana aku boleh tak perasan. Sekali lagi aku memandang kearah selipar pink berbulu yang elok tersarung dikaki. Macam mana aku boleh tak perasan waktu keluar dari rumah tadi. Ni semua salah ahli sihir tu, kalau tak..takkan la aku kelam kabut sangat pagi tadi.

Go here to read the rest: 
Novel : Bila 18

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG