Nama Pena : miss carrot

” Awak nie siapa?berkerut dahi Nadrah,kenapa lelaki tahu pasal dirinya.”

” Saya abang Tengku Khairafique. Nama saya Tengku Zukarnain dan kalau Nadrah nak tahu bilik Q,Nadrah jalan straight kemudian jumpa satu bilik.Haa…itulah bilik Q.”

” Owhh…abang Tengku Khairafique rupanya.Kalau begitu saya minta diri dulu.”

Sebelum berlalu Nadrah sempat senyum kepada Tengku Zukarnain.Nain hanya memerhatikan langkah Nadrah yang menuju ke bilik adiknya itu.

Tok3…

“Boleh saya masuk?” kali ini dia betul pasti yang ini adalah bilik Tengku Khairafique.

Tiada sahutan…Dia ketuk buat kali kedua.Tok3…Tak sampai 5 saat selepas itu pintu bilik dibuka dengan keras disertai satu suara,

“nak apa?” terjengul muka Tengku Khairafique.

Muka Tengku Khairafique berubah menjadi kemerah-merahan kerana menahan marah.Dia marah kerana dia sedang tidur dan pantang baginya ada orang yang berani menganggu tidurnya.Melihatkan muka Nadrah yang pucat ketakutan,Q berkata,

“kau rupanya…ada apa datang cari aku?”

sambil lewa sahaja pertanyaan Q,dia lansung tidak bertanya keadaan Nadrah. Sama ada sudah sihat ke belum?makan ubat ke belum?

Nadrah memandang Q dari atas ke bawah, alamak…Q hanya memakai seluar pendek.Eee…jantan nie,tak malu betul dah la kasar dengan perempuan.

“Saya datang sebab saya nak minta handbag saya,sayatertinggal dalam kereta awak semalam,” terang Nadrah.

“O0ooo,handbag tu…kejap aku pergi ambik.”

“Nah..ambil handbag awak ni” Q menghulurkannya kepada Nadrah.

“Thanz…satu lagi,thanz sebab selamatkan saya semalam.Kalau awak tak datang entah macam mana nasib saya,”Nadrah cuba berbuat baik dengan Q.

“Tak payah berterima kasih sebab semalam aku terpaksa selamatkan kau takut nanti orang cakap aku ni tak berperikemanusiaan pula.Kalau tak malas aku nak ambil peduli pasal kau,”tenang Q berkata.

” Ok…baru saya tahu yang bakal tunang saya ni kejam orangnya,”balas Nadrah pedas.

“Bagus la kalau kau tahu,lagipun aku terpaksa bertunang dengan kau.Kalau bukan sebab mama aku yang suruh,aku takkan nak bertunang dengan kau.Aku boleh cari perempuan yang lebih lawa daripada kau dan tak kolot macam kau la.”Begitu kejam kata2 yang keluar dari mulut Q.

“Okey fine!Nadrah terus berlalu dari situ dengan linangan air mata.Inikah yang mak dia mahu?Di hina oleh bakal tunang sendiri.Memang nasib aku agaknya.” Nadrah terus menuju kearah dapur,dia mahu berterima kasih kepada Mak Cik Temah kerana telah menjaganya. Selepas itu dia mahu terus pulang.

RUMAH SEWA NADRAH…

Assalamualaikum…

“Nadrah !!Kau kemana kelmarin sampai tak balik rumah?” sergah Rina dari belakang.

“Ye la Nadrah,lagipun semalam kau tidur kat mana?bukan ke kau keluar dengan lelaki hensem ke kelmarin?”Kali ini pertanyaan daripada Myra.

“Wo4! Sabar2,aku rasa aku macam artis popular la pula.Hahaha…Rilek r babe,first skali aku nak ucap thanz coz bimbang pasal aku.Korang memang kawan sejati.Okey,aku memang keuar dengan kawan lelaki kelmarin,kitorang ada hal sikit.Pasal tidur kat mana semalam korang tak payah risau sebab aku tahu jadi diri aku.Eh,aku nak pergi mandi dulu k daa~.”

” Nadrah tunggu,aku ada sesuatu nak cakap kat kau”lantas Fifi menarik lengan Nadrah supaya tidak terus beredar.

“Ye Cik Fifi…ada apa?”

“Tadi En.Ashme Nazme ada cari kau dan tanya pasal kau,”jelas Fifi.

“Ooo…kalau pasal En.Ashme tu aku tahu,mesti dia tanya pasal kehadiran kan,betul tak?kau cakap apa kat En.Ashme pasal aku?” dia dapat membayangkan wajah En.Ashme pada saat itu.Pensyarahnya itu begitu sukar skali untuk mengukirkan senyuman.Yeah…maybe saraf muka dia dah naik tegang sebab lama tak senyum.

“Aku cakap kau demam…sorry r sebab tipu dia pasal kau.Aku tak tahu apa yang aku harus cakap.Hanya itu yang terlintas dalam fikiran aku masa tue.Satu lagi,minggu depan ada test k.”

“It’s ok.Bagus jugak kau cakap aku demam sebab sekarang ni pun aku rasa macam tak berapa sihat.Macam nak demam jer.”

“Apa?Kau tak sihat? Nak aku hantarkan ke klinik tak?” pelawa Fifi.Bimbang dia melihat keadaan Nadrah yang tidak bermaya itu.

“Tak apa.Lagipun tadi aku da makan ubat da.K r,aku nak pergi mandi dulu biar badan nie segar sket.”Nadrah terus berlalu ke bilik air.

Fifi tidak mampu berkata apa2 lagi.Kalau itu keputusan Nadrah,dia tak boleh membantah.Lagipun temannya itu keras kepala.

“Nadrah…aku tengok kau bukan main masam lagi muka kau sejak kau pulang tadi.Ada apa2 ke yang boleh aku tolong?Atau kau lapar? Biasanya kalau kau lapar muka kau akan masam sepanjang tempoh kau lapar tu.Kalau kau lapar aku boleh tolong masakkan kau mee goreng.Mee goring yang aku buat sedap tau! Mak aku sendiri yang cakap,”kata Fifi.

“Fiey,mak kau kata mee yang kau masak tue sedap? Betul ke kau nie…macam susah nak percaya je.”
“Hahaha…Dia dah makan ke belum?” tanya Myra.

“Betul laa,tapi mak aku tak sempat makan sebab dia ada kerja masa tue tapi mak aku kata apabila dia bau je mee yang aku masak tue dia dah dapat agak mee aku sedap,”jelas Fifi panjang lebar.

“Fiey…mak kau nak ambil hati kau je tu…dia buat2 ada kerja sebab dia nak mengelak daripada makan mee yang kau masak tue.Tak sanggup dia makan,hahaha…”kata Myra.Dia memang sengaja menyakat Fifi.
“Mana ada…..”kata Fifi.Sayu bunyinya.

“Sudah la tue Myra,kau memang suka la kan menyakat si Fifi nie.Terima kasih je la Fifi…bukan aku tak nak makan mee yang kau nak masak untuk aku tue tapi aku betul2 tak ada selera.Sekarang aku nak study coz minggu depan kan ada test dan aku nak buat yang terbaik.U know me…”

“Okeh…!No prob…”

Baru jer 5 minit Nadrah start study,handphonenya pula berbunyi.

“Siapa yang call aku time aku syok study nie.Kacau daun betul la.”

Nadrah melihat skrin handphonenya itu tentera nama Tengku Khairafique,memang pada mulanya dia letak nama orang gila tapi selepas mengetahui itu adalah nombor Tengku Khairafique dia tak sampai hati pulak nak letak nama orang gila,jadi dia edit balik dan tukar ke Tengku Khairafique.
Nadrah melihat handphonenya itu,Tengku Khairafique still calling…lalu ditekannya butang letak ganggang.

“Arghh…puas hatinya.Yezza……..”

Kalau ingat2 balik peristiwa pagi tadi boleh sakit jiwa dia dibuatnya.Dia terpaksa akur dengan permintaan ibu bapanya supaya bertunang dan kemudiannya bernikah dengan Tengku Khairafique.Semua ini terjadi disebabkan janji2 dahulu,dulu ibu bapanya dengan ibu bapa Tengku Khairafique kamcing sehingga sampai satu ketika apabila ibu bapa Tengku Khairafique mendapatkan Tengku Khairafique dan mereka telah berjanji untuk jadi besan suatu hari nanti.

Walaupun kalau ikut taraf keluarga aku dengan keluarga Tengku ni agak jauh berbeza.Keluarga aku hanya dari golongan sederhana sedangkan keluarga Tengku Khairafique daripada kalangan orang berada yang pada diorang duit hanyalah mainan diorang.Tapi keluarga ibu bapa Tengku Khairafique tidak sombong.Mereka juga merancang untuk meneruskan apa yang telah mereka rancang sejak dahulu lagi.Itulah sebabnya aku menjadi mangsa janji diorang.Tak apalah kalau demi ibu bapa aku.

Tapi kan.. mulut Tengku Khairafique tue memang betul2 kurang ajar,tak pandai jaga hati orang dan cakap ikut sedap mulut je tanpa pedulikan perasaan orang lain.Agaknya dia ingat dia tue raja yang memerintah rakyat yang setia dan lurus bendul semuanya.Sekarang buku bertemu ruas..

“hua3,aku takkan tunduk dengan permintaan dan perangai kau tu wahai anak Tengku yang sombong plus berlagak!”

Tiba2,”aduh sakit pula kepala aku fikir pasal ni.Baik aku tidur,kan esok ada kelas pukul 9 pagi.” Tambahan lagi kena pergi jumpa En.Ashme lagi,leceh betul laa.Kalau dia nak belanja aku makan tue tak pe la juga walaupun kena jumpa dia tiap2 hari.Hmmm…

UNIVERSITI MULTIMEDIA DAN TEKNOLOGI

“En.Ashme nak jumpa saya ke? Ada apa2 yang boleh saya tolong ataupun ada apa2 yang tak kena dengan assignment saya?” gerun dia memandang wajah pensyarah muda itu.

Memang dia akui pensyarahnya itu hensem tapi dia tidak berani menaruh perasaan terhadapnya kerana bimbang perasaannya itu tidak berbalas lebih2 lagi En.Ashme itu sangat tegas orangnya.Tapi tegas jauh lebih baik daripada kurang ajar.

Lama aku menanti kata2 yang keluar dari mulut En.Ashme…

Akhirnya…

“Awak sihat ke tak ni? Kelmarin kawan awak cakap awak demam,betul ke?” tanya En.Ashme lembut.
Nadrah seperti tidak percaya yang En.Ashme bercakap lembut dengannya hari ini.

“adakah disebabkan dia tidak sihat?”

“Terima kasih kerana mengambil berat. Memang saya demam tapi takkan saya nak skip kelas juga hari ini.Kan kelmarin saya dah skip beberapa kelas. Kalau saya skip lagi,nanti saya ketinggalan pulak dalam pelajaran.Lagipun minggu depan kan ada test.Hmm..”

“Macam mana nak belajar kalau badan tak sihat Nadrah…Mari saya hantar awak ke klinik dan soal test minggu depan tue,saya akan buat kelas untuk awak nanti dan saya janji awak takkan ketinggalan dalam pelajaran.”

“Tapi En.Ashme…”

“Dah,tak da tapi2 lagi.Awak nak saya marah ke?” Nami cuba mengugut.

“Baiklah saya ikut.Nadrah tidak mampu berkata apa2 lagi.

Dia terpaksa akur dengan permintaan En.Ashme itu.Dalam diam dia berfikir,kenapa En.Ashme beria2 ingin menghantarnya ke klinik?”

“Hahaha..biarlah,aku gembira asalkan En.Ashme ambil berat pasal aku.”

Semasa Nadrah melalui lorong2 menuju ke tempat parking kereta,semua peajar yang berada di situ memandang dengan dahi yang berkerut.

“Kenapa erk?Aku ada pakai baju terbalik ke?atau sandalku lain sebelah?” Nadrah cuba memandang pakaian dia dari atas sampai bawah.

Aneh,aku pakai ok je tak ada apa2 yang ganjl. Apa yer? Kemudian dia memandang ke tepi,okey fine. Aku faham. Aku sedang berjalan dengan seorang pensyarah yang diminati kebanyakan pelajar perempuan dan pensyarah yang ditakuti oleh orang yang selalu buat kesalahan.

Pensyarahnya itu macam tiada reaksi lansung atau dalam erti kata lain macam tak da perasaan lansung dengan situasi ini. Dia buat selamba ja. Ha…itu juga salah satu sebab kenapa ramai pelajar perempuan meminati beliau.Cool memanjang.

Nadrah semakin tidak selesa dengan situasi sekarang.Gelisah dibuatnya lalu ditariknya lengan baju En.Ashme lalu berkata,

“En.Ashme,kita tak payah pergi je la klinik tu,semua orang tengok pelik la kita jalan berdua,nanti apa pula kata diorang,En.Ashme juga yang akan malu nanti.”

“Kita takyah pergi ye?” katanya buat kali kedua.

“Awak jangan nak mengada,” kata En.Ashme lalu memegang tangan Nadrah tanpa sekelumit rasa malu dan berlalu dari situ.

Nadrah kaget. Okey,rilek Nadrah.Dia cuba mententeramkan dirinya.Mungkin En.Ashme terpegang tangannya.

“Tapi kalau terpegang,kenapa dia masih tidak melepaskannya?”

“Masuk Nadrah…”arah En.Ashme setelah membukakan pintu kereta untuknya. Wah,macam pasangan romantik pulak aku rasa.Terima kasih.

Sebaik sahaja sampai di perkarangan KLINIK NORA,cepat2 En.Ashme keluar daripada keretanya seperti sedang dikejar seseorang,perlahan pintu aku dibuka…

“Aik? macam mana boleh terbuka pintu ni? Aku rasa aku tak buka lagi tadi?” kata Nadrah perlahan.Baru aja dia hendak melangkah keluar dari kereta itu tapi langkahnya terhenti kerana dihadapannya berdirinya En.Ashme sambil memegang pintu kereta.Owh…rupanya dia yang tolong bukakan pintu untuk aku.

“Tapi kenapa En.Ashme boleh berubah sampai macam ni sekali erk?” perangainya pada hari ini tidak menggambarkan dirinya yang sebelum ini. Dia bingung nie? Kenapa ya?

“Nadrah,awak tak nak keluar ke?” tanya En.Ashme.

Nampaknya sudah lama dia berdiri diluar menunggu aku keluar,tapi aku pula sibuk berfikir.Hahaha..kesiannya kat En.Ashme.

“Maaf…”kataku lalu keluar dari kereta kemudian masuk ke dalam klinik.

Tiba2 aku terpandang satu kelibat yang aku rasa aku tau siapa. Bukan ke itu Tengku Khairafique yang bongkak itu. Dia kemudiannya berpaling kearah ku dan En.Ashme. Aku buat2 tidak kenal dan mencebek kepadanya. Tidak cukup dengan itu aku menjelingnya tajam. Tengku Khairafique melihat ku dengan pandangan tidak puas hati. Aku dihampirinya.

Read the original post:
Novel : Cinta tak di duga 5

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG