Nama Pena : abg aloha
“abang, bangun kucing kau mati ni” jeritan si along membuatkan abang terus tersentap dari lenanya.
“mati?” abang kehairanan. Lalu bangun dengan gaya orang yang malas.
“ye mati kat belakang rumah” si along sekali lagi bersuara.
“apa mati, comel mati” si abang terperanjat lalu bangkit dari katilnya.
Panjang langkah si abang, sambil di ekori oleh si adik.
“comel!!!!” jeritan si abang membuatkan adik tersentap.
“comel kenapa kau mati, macam mana boleh jadi macam ini” si abang terus menangis
“abang comel mati kena belit dengan ular” jelas si adik.
“ular”
“ular hitam tu lah, yang kat sebelah comel. Dia halang ular itu dari masuk ke dalam rumah. Tapi last-last comel pulak mati.” jelas si adik sekali lagi.
“sudah lah tu abang, comel dah mati tak guna menangis” si emak mula bersuara sambil memasak di dapur.
“emak, comel dah mati. comel dah tak ada mak” si abang tidak menduga akan kematian comel.
“abang, aku faham perasaan kau. Tak apa, kau jangan menangis ek. Nanti aku tolong kau kebumikan dia” si adik menenagkan si abang.
“kebumikan? Kucing pun kena kebumikan ke?” si abang kehiranan.
“ye la. Takkan orang je yang kena kebumikan. Apa lah kau ni.”
“tapi kita nak kebumikan kat mana?”
“kita kebumikan kat belakang rumah je la. Nanti senang nak ziarah.”
“kita kena tanya mak dulu ek?” tanya si adik.
“along ada keje, kau kalau nak kebumikan. Kebumikan jauh-jauh sikit. Nanti berbau satu rumah.” jelas along.
“kita orang tahu la. Huh” si adik menjeling mata kakaknya.
“mak, boleh tak kalau kita orang kebumikan comel kat belakang rumah?” tanya si abang sambil masih lagi menangis teresak-esak.
“boleh, nanti minta embah wedok galikan lubang ek” balas si emaknya (emah wedok = atok lelaki)
“baiklah”
“abang sebelum kita tanam, kita kena mandikan dia dulu” tanya si adik.
“mandikan dia, betul ke?” si abang kehairanan.
“betul lah. Tadi along cakap dia suruh kita kebumikan comel. Mestilah kita kebumikan comel ikut cara manusia. Kena mandi, kena selimutkan dia, macam mana arwah atok dulu”
“aku ikut je la”
“Jom kita angkat mayat comel”
Si adik dan si abang mengangkat bangkai si comel untuk di mandikan.
“adik, kau tahu ke kita nak mandikan comel macam mana?” tanya si abang.
” la kau ni macam tak penah mandi je” balas si adik
“aku tengah sedih lagi comel tiba-tiba dah mati, sedih taw”
“aku faham, dah dah jangan sedih lagi. Ingat tak apa emak cakap, yang hidup pasti akan mati”
“aku ingat” balas si abang.
“jom kita mandikan comel. Abang ambilkan aku sabun mandi tu”
“yang mana, yang pink ni? Eh ni sabun mandi along kan?” tanya si abang.
“a’ah, tak apa. Lagi pun tak kan kita nak pakai sabun mandi kita. Kitakan lelaki, comel ni betina. Lagi pun along mesti akan faham punya” jelas si adik.
“betul juga tu”
“jom kita mandikan comel bersih”
Setelah selesai mandikan.
“abang, lepas mandi kita kena selimutkan dia” tanya si adik
“ok ok, abang amek kain putih ni tadi kat dalam” balas si abang.
“abang, ni kain putih siapa?”
“ni kain putih along, tadi kau juga cakap comel betina mana boleh pakai pakaian kita. Kita kan lelaki.”
“betul tu, bagus, bagus, bagus” balas si adik.
“kejap, kejap. Kita nak sarungkan comel macam mana?” tanya si abang.
“entah lah, aku tak penah tengok orang mati kena selimutkan macam mana.”
“tak apalah, kita bungkus je lah ek, biar tutup semua badan comel”
“good idea” balas adik.
“embah, embah, assalamualaikum.. emah…” si abang memberi salam.
“embah kami nak minta tolong.” si adik bersuara sebaik sahaja embah keluar dari rumahnya.
“tolong apa?”jawab embah.
“kami nak embah galikan lubang kat belakang rumah boleh”
“lubang? baiklah. Tunggu kejap, embah nak salin baju kejap”
“ok boss” jawab si abang dan si adik serentak.
Setelah itu, mereka bertiga menuju ke halaman belakang rumah, si embah wedok membawa cangkul untuk menggali lubang.
“kat mana nak gali” tanya si embah
“kat tepi pokok jambu tu embah” balas si adik.
Si embah menggali lubang yang dikehendaki oleh abang dan adik. Setelah menggali,
“dalam ini boleh ke?” tanya si embah.
“boleh, boleh dah cukup dalam tu embah” si adik menjeling matanya ke arah lubang yang digali oleh embah dan diikuti oleh si abang.
“sebenarnya apa yang kamu berdua nak tanam?” si embah musykil dengan telatah cucu kembar saudaranya itu.
“kami nak tanam ini” si abang mengambil dan mengangkat bangkai comel yang telah di mandi dan diselimutkan dengan kain putih.
“eh, apa benda itu” si embah kehairanan.
“ini comel embah” balas si adik.
“comel? Kucing kamu abang?” embah meminta kepastian
“ye, comel dah mati. Dia kena serang dengan ular hitam tu.” Balas si adik sambil menunjukkan ular hitam yang membunuh comel.
“mana boleh macam itu. Ular hitam itu pun kena tanam juga. Nanti dia berbau busuk siapa susah.” Jelas embah wedok
“tak nak, abang benci dengan ular tu. Benci, benci, benci”
“mana boleh macam tu abang, kita kena tanam juga walaupun dia dah bunuh comel. Nanti kita akan dapat pahal kalau kita tanam haiwan yang dah mati” jelas embah wedok sekali lagi.
“eh betul ke embah dapat pahala?”
“betul, tak kan embah nak tipu kamu berdua”
“abang, mari kita tanam ular ni sekali”
“ermm..baik lah. Abang tak nak ular ni ditanam sekali dengan comel. Embah gali satu lubang lagi disebelah comel. Boleh tak”
“boleh cu. Apa-apa yang cucu embah inginkan embah akan buat” balas embah yang sudah terbiasa dengan telatah abang dan adik.
Setelah kedua-dua bangkai tersebut di tanam.
“baik lah cu, embah nak balik rumah dulu. Nak mandi, nanti kalau ada apa-apa bagi tahu embah” jelas embah wedok.
“baiklah embah”
Si abang dan si adik melihat langkah embah meninggalkannya.
“dah dik, jom kita masuk rumah. Nanti mak bising”
“nanti dulu abang, takkan kita nak tinggalkan dia macam tu je kita kena buat tanda”
“tanda?” abang kehairanan.
“tanda apa pulak?” sambung si abang
“la, tanda la supaya kita ingat kubur comel. Takkan lupa kot”
“ooo…ikut kau lah. Nak pakai tanda apa?” tanya si abang
“kita pacak kayu lepas tu kita letak batu sebagai tanda itu kubur comel.”
Si adik dan si abang mula mencari batu dan kayu, lalu dipacakkan kayu tersebut dan diletakkan batu sebagai tanda itu adalah kubur comel.
“dah dik, jom balik”
“nanti la”
“apa lagi ni dik”
“kita kena baca doa, cari bunga untuk tabur atas kubur comel lepas tu yang terakhir kita siram kubur comel dengan air” jelas adik
“eh…banyaknya. sampai bila nak abis. Aku dah penat ni.” abang mula merungut.
“dah, dah kalau penat kita buat cepat ok.”
“ermm..ok” balas abang
“aku cari bunga, kau pergi ambil air untuk kita simbah kat kubur coemel” perintah adik
“ok ok”
Dua kanak-kanak kecil itu pergi mencari bunga dan semangkok air untuk di simbah di atas pusara comel.
“ok kita dah siram dan tabur bunga. Aku nak masuk dalam, penat la” jelas abang.
“eh, takkan kau tak kesiankan comel”
“kesiankan kenapa pulak” si abang kehairanan.
“la, ye lah. Kita kena baca doakan untuk comel. Kalau tak dia tak tenang”
“eh ya ke? Ermmm…baiklah” balas si abang.
“abang, adik…masuk mandi” jeritan si emak membuatkan abang dan adik terkejut.
“eh, nanti mak. Kejap lagi abislah.” jawab adik.
“apa kau orang buat tu” tanya si emak.
“kami tengah baca doa untuk comel” jawab si abang.
“ya allah, anak aku ni. Ermm..ya la. Cepat sikit lepas tu masuk” balas si emak.
Si kembar, adik dan abang menyelesaikan upacara pengebumian comel dengan selamatnya sehingga ke tahap peringkat akhir iaitu membaca doa.
“eh adik, kau rasa comel tengah buat apa sekarang ni?” tanya si abang.
“La mana aku tahu. Dia mestilah tengah makan agaknya. Kan sekarang waktu makan dia.” balas si adik.
“ye ke. Aku rindukan comel la. Dia pergi tiba-tiba je”
“ermm…sabar ye. Aku pun sama juga” balas adik sambil mengusap-usap bahu abangnya.
“kenapa dengan anak abah berdua ni? ” tanya si abah
“abang ni, dia teringatkan comel” balas si adik sambil tangannya setia mengusap bahu si abang.
“ermmm…abang, comel tu mesti bahagia di sana. Macam arwah atok, dia mesti tengah tenang di sana.” Jelas si abah.
“ye ke. Abang harap, atok jaga comel kat sana” balas abang.
“insyaAllah abang, dah mari kita makan. Mak kamu tu dari tadi suruh abah panggilkan kamu berdua”
“baiklah abah” jawab serentak si abang dan si adik.
Berjalan si kembar itu terkedek-kedek menuju ke ruangan dapur
“mana along?” tanya si emak
“saya ingat dia sudah ada di dapur bersama awak” balas si ayah
“kelibat dia pun saya tak nampak”
Tiba-tiba si along berjalan ke dapur dengan raut wajah yang sedikit masam dan berkerut.
“mak, mak…” suara along mula kedengaran.
“ada apa along?” jawab si emak
“emak nampak tak kain putih along, esok along nak guna untuk buat banner sekolah”
“kain putih?, mak tak nampak lah along.” Jawab si emak.
“abang nampak tadi. Kain itu ada kat bilik along” jelas si abang.
“lepas tu kain tu ada kat mana?’ tanya si along
“lepas tu dah tak ada”
“dah tak ada? Maksud abang?”
“abang bungkus untuk si comel. Lepas itu kita orang tanamkan si comel”
“bungkus? Tanam?, mak!!!” jeritan si along membuatkan ruangan dapur riuh.
Si along mengejar-ngejar adik kembarnya itu keliling meja makan.
“sudah-sudah la tu along. Nanti abah belikan yang baru” jelas abah.
“lain kali kalau nak guna cakap jangan main ambil je” sinis along.
“abang dah tanya along, lepas tu along bagi”
“bila masa abang tanya along?” tanya si alaong
“ada lah, masa tu along tengah tidur, bila abang tanya along angguk kepala. Abang ambil je la kain tu.” Balas si abang.
“betul-betul, cikgu kata buruk siku taw kalau dah bagi minta balik” si adik mula bersuara.
“ergggg…geramnya…emak!!!” jerit si along.
“sabar lah along, esok abah kan dah janji nak belikan yang baru. Dengan adik pun nak marah-marah”
“betul tu mak. Hehehhe” ketawa kecil si abang.
“kami ni kecil lagi. Along tu dah besar” balas si adik.
“betul, betul, betul” jawab si abang
“abang aku tak boleh tidur la” si abang cuba memalingkan mukanya ke arah pintu.
“kenapa pulak?” tanya si adik
“aku teringatkan comel”
“ermmm…aku pun sama” balas si adik sambil menundukkan kepalanya.
“kita ziarah kubur dia nak” tanya si abang
“tapi dah malam. Kat belakang rumah tu gelap, aku takut la” balas si adik.
“ala kata anak jantan, jom la” jawab si abang
“baik lah”
Si abang dan si adik berjalan perlahan-lahan menuju ke halaman belakang rumah.
“pelahan-lahan la, aku takut” tanya si adik
“kau ni penakut betul, pegang tangan aku kuat-kuat” pinta si abang sambil matanya melirik ke seluruh ruangan rumah.
Tiba-tiba, mereka terlihat kelibat putih di sudut penjuru dapur.
“emakkkk!!!” jeritan si abang dan si adik membuatkan emak dan abah terjaga dari tidur lalu mendapatkan anak-anak mereka.
“ada apa ni?” tanya si abah sambil membuka lampu neon di ruangan darup rumah.
“hantu, hantu” jawab si adik.
Si abah melihat-lihat arah yang ditunjukkan oleh adik.
“La along, kenapa takutkan adik-adik kamu ni?” tanya si abah
“along tak bagi abang dengan adik keluar malam-malam, sebab tu along takutkan mereka” jawab si along.
“ermmm…sudah-sudah, semuanya masuk tidur” si emak mula bersuara.
“emak!!!, abang terkencing” si adik mula menjerit kegelian.
“la, abang abang, tadi malam berani sangat sekarang dah terkencing” jelas si abah.
“ni ke anak jantan yang kau cakapkan? Hehehhe” sinis si adik.
“abang terperanjat, hehehhe” ketawa kecil si abang.
Go here to see the original:
Novel : Aku abg, kau adik kembar aku 2
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |