Nama Pena : fantaghiro

Hisyam resah. Kebelakangan ini dia asyik teringatkan isterinya. Semua kerja yang dibuat rasa macam tak kena. Asyik terbayangkan wajah manis dan gelak manja Nana saja. “Aku dah jatuh cinta ke? Tapi, normallah tu. Dia kan bini aku. Memang patut aku cinta kat dia.”

“Tapi dia sepupu kau. Dah macam adik kau pun.”

“Tapi dia kan dah jadi bini aku yang sah. Aku memang patut layan dia macam seorang isteri. Bukan seorang adik.”

“Macam mana kalau dia tak cintakan kau? Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri?”

“Hoi bro. Kau ni apehal? Nak kata hilang bini, baru je jumpa semalam.” Bahu Hisyam ditepuk kuat mengejutkan lelaki itu dari lamunan.

“Pandailah kau. Dah habis round wad ke?” Saja Hisyam alih topik.

“Dah. Kau tak payahlah nak ubah topik. Kat muka kau tu dah ada perkataan problem tau tak. Cuba kau story sikit kat aku, apa masalah kau sebenarnya.”

“Mana ada. Aku ok je.” Masih lagi ingin berahsia.

“Hmm..maklumlah. Orang dah ada bini. Mana nak cerita masalah kat kawan lagi. Kalau dulu, muka ni jugak yang kau cari time ada problem.” Norman seakan merajuk. Hisyam senyum hambar. “Cerita je lah. Mana tahu Norman boleh tolong. Walaupun kadang-kadang idea mamat ni memang gila, tapi kadang-kadang boleh pakai jugak.”

“Man, aku sebenarnya ada masalah dengan bini aku sikit.” Hisyam buka cerita. Suara diperlahan sehabis mungkin.

“Hah? Ish, kau ni biar benar bro. Takkan nikah tak sampai sebulan dah ada problem kot. Apehal?” Terkejut beruk Norman. Masakan tidak, inai masih merah dijari. Honeymoon pun belum. Tup-tup, ada masalah. Memang berat ni.

“Kau tahu kan. Bini aku tu kan sepupu aku. Aku dah anggap macam adik aku. Aku mengaku memang aku sayang kat dia. Tapi sayang abang kepada adik. Kau faham tak?”

“Hmm… Berat jugak masalah kau ni. Habis tu takkan sampai sekarang kau tak boleh terima dia lagi?” Makin berminat Norman mendengar.

“Aku memang boleh terima dia walaupun aku bukan kahwin atas dasar cinta. Aku cuba nak semai rasa cinta tu. Kebelakangan ni, aku dah macam mula rasa sesuatu. Tapi aku tak sure betul ke apa yang aku rasa ni cinta.”

“Ha… ok lah tu. Sekurang-kurangnya, kau usaha. Tapi takkan masa kau peluk-peluk dia, cium-cium dia kau tak rasa apa-apa kot.” Usik Norman.

“Tu lagi satu benda. Aku sebenarnya tak pernah sentuh dia lagi. Maksud aku yang “berat-berat” la.”

“Weh bro, kau ni biar benar. Kau dengan bini kau tak pernah…” Norman menunjukkan isyarat dengan tangannya. Hisyam menggeleng.

“Fuh… ni lagi kes berat. Habis tu… Ish, macam tak percaya pulak aku. Respect la kat kau bro. Boleh ek kau tahan. Biasanya, first night orang dah “ngap” je terus.” “Mati pucuk ke kawan aku sorang ni?”

“Kau memang. Tak ingat benda lain. Tu je yang kau fikir.” Norman sengih.

“Aku takut. Aku takut yang dia tak dapat terima aku. Ye lah. Kahwin pun dalam keadaan mengejut macam tu. Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri? Aku kesian dekat dia.” Balik-balik, masalah itu juga yang mengganggu fikirannya.

“Habis tu, kau tak tanya dia? Manalah tahu, dia pun sebenarnya jatuh cinta kat kau?”

“Aku dah cuba tanya hari tu. Tapi tak sempat nak tanya, ada orang call. Dia pun macam tak selesa je nak jawab call tu masa aku ada. So, aku blah je la. Lepas tu aku tak tanya lagi.”

“Aku rasa, baik kau tanya dia betul-betul. Be brave la bro. Takkan dengan bini pun nak takut. Manalah tahu, dia pun cinta kat kau. Dapatla kau qada” first night kau tu.” Norman bantai gelak.

“Kau ni takde benda lain nak fikir. Aku smack down baru kau tahu.” Kepala sahabatnya diketuk dengan file. “Tiga suku betul. Tapi kalau betul pun, apa salahnya. Hahaha…”

“Awak keluar dengan siapa semalam? Bukan main mesra lagi saya tengok.” Jelas riak cemburu di wajah Johan. Sebenarnya dia sudah mula curiga sejak terpandang cincin dan inai yang menghiasi jari Nana. Tapi, semua itu dibiarkan selagi tidak mendapat penjelasan yang sebenar dari gadis itu.

“Sibuk betullah mamat ni. Suka hati akulah nak keluar dengan siapa pun. Nampak sangat cirri-ciri king control. Nasib la siapa yang dapat kau Johan.”

“Sepupu.” Malas nak bersoal jawab dengan mamat sorang ni. Nana sengaja buat-buat sibuk. Memang malang nasibnya tiba-tiba terserempak dengan Johan hari ni.

“Tapi lain macam je saya tengok. Siap cium dahi lagi.” Api cemburunya makin marak. Takkan ada siapa yang dapat miliki gadis pujaannya. Hanya miliknya.

“Ish… suka hati aku lah nak cium ke, nak peluk ke, nak apa ke. Laki aku. Kau kisah sangat apahal?”

“Dahlah. Nak baliklah. Penat ni.” Ada saja alasannya untuk mengelak berdua dengan Johan.

“Awak tak jawab lagi soalan saya. Siapa lelaki tu?” Suara Johan mula keras. Geram dengan perangai Nana yang macam tak kisah saja dengan dirinya. Sampai bila gadis ini mahu mengelak darinya? Tak nampakkah cinta yang dia hulurkan padanya?

“Yang awak sibuk sangat nak tahu ni kenapa? I”m not your girlfriend ok. Suka hatilah oranglah nak keluar dengan siapa pun. Kalau saya kata tu laki saya, awak nak buat apa?” “Tak faham bahasa betullah mamat tiga suku ni. Ambik kau sebijik.” Kalau boleh, nak je dilenyek-lenyek muka Johan dengan belacan. Biar jadi sambal. Kompem takde orang nak makan. Geram betul.
Johan mengetap bibir. Nana memang mencabar kesabarannya. “Takpe. Kalau taknak bagitau, aku boleh siasat sendiri. Tunggu je lah.” Matanya tak lepas memandang Nana yang sudah jauh meninggalkannya. Hatinya takkan puas selagi tak tahu siapa lelaki itu. Dia akan cari sampai dapat.

Telefon bimbit Nana menjerit-jerit minta diangkat. “Siapa pulak yang telefon pagi-pagi ni. Nak pakai baju pun tak senang. Alamak, abang? Apehal call pagi-pagi ni.”

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Nana sihat? Kenapa tak angkat call tadi?”

“Ermm…Sihat. Nana baru lepas mandi.” “Rindunya. Abang ni macam tau-tau je.”

“Mesti wangi ni. Abang kat sini pun boleh bau.”

“Mestilah… Ee…malunya…”

“Nana free tak hujung minggu ni?” Tanya Hisyam. Dia sudah ada rancangan untuk mereka.

“Ermm…free. Kenapa?” “Abang nak bawak Nana pergi jalan-jalan lagi ke? Nak nak… tak payah tunggu hujung minggu pun tak pe. Sekarang pun boleh.” Hati Nana berbunga riang.

“Kalau macam tu, petang esok abang datang ambik Nana.”

“Aik, tadi kata hujung minggu. Esok hari Jumaat.” Nana pelik. Nak pergi mana pulak ni?

“Bawak baju sekali tau.”

“Ni lagi pelik. Buat apa nak bawak baju pulak? Nak pergi holiday ke?” “Kenapa? Nak pergi mana ni bang?”

“Rumah abang. Nana tak pernah datang sini lagi kan? Nana ready je esok ok.” Mungkin ada benar juga kata Norman. Dia perlu jelas tentang perkara ini.

“OK.” “Pergi rumah abang? YAHOOOO!!!” Nana sudah terguling-guling kegembiraan di atas katil. Tak sedar diri masih bertuala. “Pergi rumah abang maknanya duduk dua-dua dengan abang. Wa…. Cepatlah esok.”

“Ya ALLAH budak bertuah ni. Kau kenapa? Dengan tak pakai bajunya. Cepatlah nenek. Kau tak nak pergi kelas ke? Dah lewat ni.” Farah hairan melihat kawannya yang terguling-guling di atas katil macam orang sawan. “Buang tebiat ke apa minah ni?”

“Ya, kejap aku siap. Kacau daun la kau ni. Nak berangan kejap pun tak boleh.” Nana bangun dari katil, mencapai baju kurung yang tergantung dalam almari.

“Banyak lah kau punya berangan. Dah nak dekat pukul 10 ni. Kau tu kalau bersiap, tak sah kalau tak sejam.” Bebel Farah.

“Yelah nek. Cu nak pakai baju ni. Nek tunggu kat luar ye.” “Minah ni kalau dah membebel, payah nak berhenti. Kalah nenek aku.”

“Tak sabarnya nak tunggu esok. Jumpa abang. Duduk kat rumah abang lagi tu. Ish… macam mana ek? Eee…. Bestnya…” Masih tak habis-habis berangan. Agaknya kalau boleh nampak apa yang difikirkannya, mungkin dah sampai langit ke tujuh tingginya.

Excerpt from: 
Novel : Sepupuku suamiku? 5

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG