Nama Pena : Nadhrah Thursina
BAB 1
Kringg..!!! Jam merah berbentuk ayam telah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Hujan lebat pada malam tadi membuatkan pagi ini terasa sejuk yang amat sangat. Juliana berasa amat malas untuk bangun dari tidurnya yang nyenyak itu.
“Akak bangun..bangunlah..” ujar Julia yang merupakan satu- satunya adik Juliana.
“Alah Ju janganlah kacau akak nak tidur..”
Juliana yang lebih dikenali sebagai Yana merupakan puteri sulung Tan Sri Abdul Rahman dan Puan Sri Intan Shairah.
“Akak, hari ni kan akak ada temuduga dekat ARKA Holdings.”
“Alamak..!!, akak lupalah. Dah pukul berapa ni?” ujar Yana yang dalam keadaan kelam- kabut
“Dah pukul 7.30 pagi, cepatlah siap. Kejap lagi pak long datang ambik akak.” Laung Ju di depan pintu bilik air.
Yana dan Ju merupakan adik- beradik yang sangat rapat. Mereka tinggal di Taman Sultan Badlishah bersama seorang penjaga yang taat dan setia yang telah menjaga mereka sejak kecil lagi. Setelah ibubapa mereka meninggal dunia akibat kapal terbang peribadi terhempas, Kamarulzaman ayah saudara dan merupakan adik kepada arwah ibu Yana yang telah menjaga mereka seperti anaknya sendiri. Tan Sri Abdul Rahman merupakan ahli perniagaan yang terkenal dan telah mendirikan ARKA Holdings selama 30 tahun bersama kawan baiknya.
“Kenapa tak kejut akak awal- awal.”
“Manalah Ju tau, Ju ingat akak dah bangun sebab Ju dengar jam ayam merah akak tu bunyi kuat bukan main.” Ujar Ju dengan mimik muka yang tidak puas hati.
“Okeylah, akak yang salah sebab tak bangun..” kata Yana yang sedar akan mimik muka adiknya itu.
“Bila cuti semester habis?”
“Aik.., macam tak suka je Ju balik sini…
“Cuti semester Ju tinggal lagi tiga hari,esok Ju tebanglah balik kat Universiti Ju, tinggallah akak Ju yang tersayang ni dengan bibik Mia dekat rumah..” kata Ju yang sambil sapu jam pada rotinya.
Ju merupakan pelajar tahun akhir di universiti dekat Amerika Selatan dalam jurusan perniagaan antarabangsa. Ju juga bercita- cita untuk menguruskan syarikat ayahnya yang kini diuruskan oleh kawan baik arwah ayahnya Tan Sri Shamsudin yang telah lama menguruskan ARKA Holdings dan kini hanya menunggu masa untuk pertukaran kuasa untuk menguruskan syarikat itu.
“Hmm… pukul berapa flight esok…? Nanti akak hantarkan kat airport..” kata Yana yang leka menyuap nasi goreng kampung kegemarannya.
“Pukul 9.00 pagi, nanti jangan pulak lambat bangun…” ujar Ju sambil menjeling kakaknya.
“Yelah, akak tahu..”
Pin..!!! Pin..!!! bunyi hon kereta Honda Arcord milik Kamarulzaman
Yana terkejut mendengar hon kereta pak long nya terus berlari menuju ke pintu.
“Kejap pak long Yana nak pakai kasut..” laung Yana kepada pak long yang berada dalam kereta.
“Bibik..!!! tolong buka pagar dekat akak, pak long dah datang..” menjerit Ju pula kepada pembantu rumahnya yang ada di dapur.
Yana berlari menuju ke kereta pak long nya. Dengan sekelip mata Yana telah ada dalam perut kereta.
“Akak good luck..!!!” jerit Ju yang berdiri di grill pintu sambil melambai tangannya.
“Huuhh..” keluh Yana.
“Kenapa pak long datang awal sangat…, Yana tak sempat nak minum air tau.” suara sedikit merajuk .
“Laa… apa yang awalnya, kelmarin Yana janji dengan pak long pukul 8.30 pagi suruh datang ambik. Ni pukul berapa? Dah pukul 8.40 pagi, sepatutnya pak long lah kena datang awal sebab dah lambat.” Ujar pak long nya yang begitu berhati- hati memandu kereta.
“Ni mesti Yana bangun lambat, kan? ” Tanya pak long yang telah masak dengan perangai anak saudaranya yang suka bangun lambat kalau malam hujan.
Yana tidak menjawab pertanyaan pak long nya kerana masih merajuk.
“Okeylah… nanti lepas Yana habis temuduga, pak long belanja minum, apa macam??”
” Betul pak long nak belanja Yana minum..?? ” Tanya Yana tidak berapa yakin.
Pak long nya menganguk dan sambil tersenyum kepada anak saudaranya yang begitu putih dan cantik sedap di pandang oleh setiap jejaka.
Setelah beberapa minit memakan masa untuk ke ARKA Holdings. Kereta Honda Arcord pun berhenti di depan pintu besar masuk ARKA Holdings.
“Yana jangan terlalu gementar sangat…”
” Mesti Yana dapat punya jawatan tu, takkan lah tak dapat, ni kan syarikat ayah Yana…” ujar Kamarul apabila melihat perubahan muka Yana menjadi pucat.
” Mestilah Yana gementar, ni kan temuduga Yana yang frist. Walaupun ni syarikat ayah Yana tak semestinya Yana boleh dapat sebab jawatan yang Yana akan sandang ni, jawatan tu besar iaitu ketua pengarah kewangan.” Terang Yana
Yana masuk ke dalam dan terus meninggalkan pak long nya hendak parking kan kereta di tempat yang telah disediakan.
**********************************
Yana keluar dari bilik uncle Sham dengan muka masam dan terus menuju ke lif untuk turun ke tingkat lima. Yana terus menuju ke bilik pengarah pemasaran iaitu bilik pak long nya. Yana ketuk pintu dan terus masuk tanpa ada kebenaran masuk. Yana duduk di atas kerusi di ruang yang telah disediakan. Pak long nya berasa hairan dan terus duduk di hadapan Yana.
“Kenapa ni Yana…?? ” Tanya Kamarul dengan penuh tanda tanya
Yana masih diam membisu.
“Yana tak dapat jawapan tu ke?”
” Kalau Yana tak dapat jawatan tu, kita try dekat syarikat lain…? ” pujuk Kamarul
“Aaaa…!!! Yana dapat jawatan tu..” jerit Yana kegembiraan sambil terlompat berdiri.
“Ya Allah…, terkejut pak long. Yana jerit kuat sangat, tengok tu semua pekerja tengok Yana..” ujar Kamarul sambil ketawa melihat gelagak Yana.
Yana yang berasa malu terus duduk semula di tempat tadi. Mukanya bertukar merah kerana malu melihat pekerja tertawakannya. Tetapi hati Yana berasa sangat gembira kerana dapat jawatan yang diidamkan selama ini. Yana berasa tidak sia- sia dia belajar bersungguh- sungguh dalam bidang kewangan di luar Negara. Yana merupakan seorang yang suka berusaha selagi tidak dapat apa yang diinginkan.
“Pak long…”
” Mmm… ada apa? ” kata pak long yang sibuk menyemak fail pemasaran
” Pak long… dah lupa janji ke?? ” ujar Yana yang tidak puas hati sebab pak longnya lupa janji.
” Janji apa? ” kata Kamarul yang lupa akan janjinya terhadap Yana.
” Alah… pak long ni suka macam tu tau, kalau dah janji suka lupa..”
” Ooo.. pasal belanja minum tu ke? ” kata pak longnya setelah ingat apa yang telah dijanji kan.
” Yelah, habis tu apa lagi…”
” Oklah kalau macam tu, jom pak long bawa minum dekat Orange Coffee.” Kata pak long yang terus bangun dari kerusi.
Read more from the original source:
Novel : Akhirnya Cinta Ini 1
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |