Nama Pena : Milord JR

“Er, cantik rumah.”
“Sudahlah. Kalau kau tak tahu nak cakap apa baik kau senyap daripada merapu yang bukan-bukan.” Tutur Apple sejurus duduk mengadap Berry.
Berry hanya tertunduk. Mana ada aku merapu. Betul pe rumah ni cantik. Mereka senyap lagi. Buat seketika Berry seolah-olah lupa tujuan sebenar dia berkunjung ke banglo asrama milik Apple. Yang dia buat hanyalah senyap sambil menunggu Apple memulakan bicara. Tetapi, malangnya Apple langsung tak bersuara.
Berry mengangkat wajahnya.
“Ah?” dia sedikit terkejut apabila melihat Apple sedang menongkat dagu dan merenungnya. Untuk menhilangkan rasa segan, dia memandang ke tempat lain sekejap sebelum kembali memandang Apple yang masih tak lari daripada merenung wajahnya.
Ish, Apple ni! Dia ingat aku ni lukisan ke ape.
“Kau memang macam lukisan.” Tiba-tiba Apple bersuara dan kata-katanya itu menyebabkan Berry terkejut.
Macam mana dia tahu! Dia baca fikiran aku ke? Bahayanya!
Ish! Apa nak buat ni. Come on, Berry! Apa tujuan sebenar kau datang sini. Ha! Boys Group tu. Macam mana boleh lupa ni.
Apple, pasal Boys Group tu…”
“Wait.” Apple tiba-tiba berdiri. Aku nak pakai baju sekejap. Nanti tak pasal-pasal aku diserang perempuan gila seks.” Lalu dia beredar meninggalkan Berry.
“Tau pun. Ingatkan dah tak reti nak pakai……” Apa dia cakap? Perempuan gila seks?
“Jahanam kau APPLE!!!!!!!!”
Apple yang mendengar tersenyum. Kemudiannya dia terus tersenyum, tersenyum dan tersenyum.

Apple, takkan kau nak diam je?” Tanya Berry. Nampak macam Apple tak berniat langsung nak cerita pasal Boys Group tu.
Apple tetap diam. Dia masih duduk bersandar sambil merenung syiling. Er.. at least ini lebih bagus daripada dia terus-terusan merenung muka aku yang tak bersalah ni.
Berry bertambah serba tak kena. “Apple… Cepatlah. Dah lewat ni. Nanti kalau aku balik lewat, mummy aku marah karang.”
“Ait, Tuan Puteri pun kena marah ke?”
Cis! No comment! Berry menjeling.
“Okla…” Apple mula membetulkan duduknya. “Firstly, bagitahu aku apa yang kau dengar daripada mulut aku waktu mesyuarat hari tu.” Terpaksalah aku melayan juga budak ni. Kalau aku buat tak tahu, menangis budak ni tak pasal-pasal je aku yang kena.
“Erk…” Berry mula termengkalan. Apa yang aku dengar? Eh, apa yang aku dengar ya? Yang aku dengar cumalah…
*Ehm! Cik Berry, daripada awak terus terusan merenung wajah saya yang perfect ni, baik awak uruskan bahagian boys group ni, okay?* (rujuk bab 2)
Habislah!!! Apa nak jawab ni. “Er… aku.. aku tak dengar apa!”
“Tak dengar apa! Kau ni…. sampai berbuih mulut aku cakap hari tu satu pun kau tak dengar. Kau buat apa sebenarnya ni.”
Berry memejamkan matanya. “Tak buat apa…”
“Oh, lupa pulak. Hari tu kau sibuk tenung muka aku yang perfect ni kan.” Belum sempat Berry mempertahankan dirinya, Apple terlebih dahulu memotong. Sempat dia menghadiahkan senyuman mengejek kepada Berry yang mula kalut
“Tak! Aku tak tengok pun.”
Selepas itu, Apple membiarkan keadaan senyap. Sengaja dia hendak menyiksa perasan Berry yang sedang dilanda perasaan serba tak kena. Berry pula tak habis-habis menyumpah seranah Apple. Tak cukup Apple, dirinya turut menjadi mangsa sumpah seranah. Hai, tak faham aku.
Berry.” Panggil Apple.
Berry mengangkat wajahnya.
“Aku nak bagitahu kau sesuatu.”
Kata-kata yang baru diucapkan Apple tadi mencuri perhatian Berry. Berry mula fokus.
“Apa?”
“Aku bagitahu kau tapi kau janji tak benci aku..” Wajah Apple berubah sayu.
“Ok, Aku janji!”
“Sebenarnya aku… ish! nanti kalau aku bagitahu kau, confirm kau marah!”
Berry terkejut apabila Apple tiba-tiba meninggikan suaranya. “Taklah, aku tak marah!”
“Betul?” tanya Apple.
“Betul!”
“Janji?”
“Janji!”
“Kalau kau marah jugak macam mana?” tanya Apple lagi dan ini membuatkan Berry benar-benar hilang sabar.
“ISSSSSSSSSHHHH!! aku tak marah la. Kalau aku marah gak, kau buat je apa kau nak buat dekat aku!”
Apple sedikit tersenyum mendengar kata-kata Berry. “Betul ni?”
“Betul, aku tak tipu. Ish, cepatlah bagi tau.”
“Ok, sebenarnya. Aku dah mengantuklah.”
Keadaan tiba-tiba senyap. Sepi…
1 saat berlalu..
2 saat…
3 saat…
4…
“Sial punya budak!!!!” Berry bangun lalu menhempas begnya tepat mengenai kepala Apple yang dah pun tertawa besar.
“Berani kau main-main dengan aku ye! Bodoh!” lalu dengan amarah yang tak dapat dibendung lagi, Berry melontarkan segala-galanya yang berada di sekelilingnya. Sekelip mata je ruang tamu Apple menjadi semak.
Setelah penat mengamuk, Berry terduduk. Masih tercungap-cungap dan wajahnya masih merah.
Apple..” dia mengeluh. “Penat tau tak!” setelah mengeluh, dia mencebik pula. Macam nak menangis pun ada.
Apple bangun menghampiri Berry yang masih terduduk dan tercungap. “Eh, jangan nangis Berry. Aku main-main je.”
“Aku tak nangis la!”
“Oh, ingatkan nangis.” Apple menahan tawa. Kalau aku ketawa lagi ni, silap hari bulan banjir rumah au.
Apple, cepatlah bagitahu pasal boy group tu. Aku dah penat ni.”
“Ok, ok… AKu bagi tahu sekali je, Kalau kau tak dengar jugak. Tak tahulah. Pasal boy group tu… kau cari at least dua orang untuk buat persembahan. Tapi, kalau kau, aku yakin, kau boleh cari lebih daripada dua orang kan. Ok, just that.”
Buat seketika, Berry kematian kata-kata. Tu je. Itu je yang perlu aku tahu. Aku bazirkan masa aku hanya untuk beberapa patah perkataan tu je. “Teruknya!!!!”

Read more here: 
Novel : Apple and Berry 3

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG