Nama Pena : ladee violet

Ya Allah..penatnya kerja…sebaik sahaja mandi Baizura terus sahaja menerbangkan dirinya ke katil.Kerja shiff ni memang macam ni.Bikin gue capek.Belum sempat Baizura melayari mimpi,tiba-tiba deringan telefon mengganggu tidurnya.Cis…bedebah betul tuan hamba di sebelah sana.
Alamak!Kak Nor.Apa la kakak manager nak kat aku ni?
“ello,kak.kau nak apa lagi ni?”
“hah,kau.asal invois yang aku suruh buat kau tak buat?” Kak nor menyembur tak ingat waktu.Time cakap dengan hamba Allah yang bernama manusia mesti wajib dan harus menjerit.
“Kan kau yang cakap antara invois dengan barang sampai aku kena settle barang sampai.kau ni,kak..makan semut dah berapa kati?”Baizura sudah bangun dari baringnya.Lagak macam nyanyi lagu antara anyer dan Jakarta.
“ooo…berapa tote sampai pagi tadi..aku tengok macam sikit je..”Kakak manager aku ni kalau aku mintak permission dengan suami dia nak pukul sedaya habis aku boleh tak gamaknya?
“Kak,semalam abang cdc kau tu datang pukul 5.30 pagi baru sampai.mana nak menyempat pon.Dengan paper sampai.macam kau ni tak pernah night shiff pulak.”
“ala,aku tanya je.hah,semalam ada tak mamat mabuk tu datang store?”Kak nor macam biasa menggunakan nada menyibuk-ala-mak cik-cerita –pasal-menantu.
“Ada ,tapi aku kat dalam masa tu.Top up air.Selamat.Syukur…Syukur..”
“TUlah kau kena buat doa selamat ni.Kau tu kena mandi bunga sebab yang sangkut kat kau orang bukan-bukan je”.Kak nor ni dah melampau maksima ni.
“Banyak la kau.Ok la kak.Kang aku sakit tak cukup tidur kau marah aku pulak.Dah lah aku nak tidur.Bil telefon store melambung kau marah staff padahal kau yang pakai.”
Kedengaran ketawa Kak nor di hujung talian. “boringlah,zura.aku ni bukan apa,budak-budak ni tak reti nak gurau,sampai dengan customer pun tak reti nak senyum.sampai customer complain.Benci aku.”
“Aku tahu kau boring tak de aku,kan.Nanti kau stay la sampai pukul 11 malam ni.Kang aku masuk kita story-story la.”
“Aahh..tak de keje aku.Laki aku sape nak jaga?”
“semestinya kau la.Kak,bagi aku tidur la.Mengantuk sampai aku dah tak kenal aku tidur kat mana.”
Dan perbualan terhenti.Baizura tersenyum sendirian.Lagi beberapa minggu dia akan berhenti dari kerja untuk melanjutkan pelajaran.Sedih kerana sudah hampir setahun bekerja di situ.Pelbagai jenis ragam manusia dijumpai.Dan dia cukup menghargai pekerja di situ terutama Kak Nor,Syahir dan Zetty.mereka berempat memang rapat sehinggakan Kak Nor yang sudah menjangkau usia 25 tahun itu hanya membahasakan diri ‘kau-aku’ dengan ketiga-tiga mereka.

*************************************************************************************

“Zura,kau tengok tu.pakwe kesayangan kau sampai.”Syahir yang ketika itu sedang mengelap di bahagian kaunter menyikunya sebaik sahaja Abang Arfad memasuki store.Baizura hanya memberi pandangan jelik pada syahir.Macam la aku hegeh sangat kat mamat Arfad ni.
“Hai,ada lagi ke awak kat sini,zura?Ingatkan dah berhenti.”Sapa arfad apabila dia melangkah masuk .
Baizura hanya membaca suratkahabar yang hendak di-returnkan dan membiarkan pertanyaan itu berlalu.Mak aku kata,orang sewel toksah dilayan..nanti penyakit sewel tu berjangkit.Nampak macam tak logic tapi dalam kes ni aku logic kan aje.
Arfad menanti kata-kata balas dari Baizura.Dia kemudian menuju ke bahagian minuman sejuk dan mengambil dua tin milo dan satu kotak Soya bean.Dia berjalan menuju ke depan untuk membuat pembayaran.
Syahir yang telah beralih pada blok air mineral menyedarkan Baizura mengenai pelanggan ini.Baizura tetap kaku membaca Metro seolah-olah tidak sedar Arfad.Baizura sudah lama berdendam dengan jejaka ini.Semenjak motor Baizura mencium Bahagian depan Kereta Toyoto Camry Arfad.Arfad bukan sahaja tidak mahu mengaku salah malahan dia lebih rela menghebohkan pada rakan-rakannya yang sememangnya pelanggan tetap store itu.
“ini ke budak yang langgar kau tu?” What?!Aku langgar kau?meh sini aku langgar sampai berterabur segala jenis organ kau tu.Arfad menyengih.Kurang asam boi punya budak.Jenis memang spesies tak layak dapat keampunan hatta dari sultan sekalipun.Dan sejak hari itu setiap kali kawan-kawan arfad bertandang ke store itu,mesti Baizura terpercik peluh dingin dari kulitnya.
Dan dia memang cukup anti seanti-antinya dengan Geng Arfad ni.Sampai auntie kat sebelah rumah aku pun anti dengan dia.eh,apasal auntie sebelah rumah aku masuk line ni?Lagak macam negara pemerhati kat persidangan ASEAN je…
“Okay,syahir.Terima kasih.Kalau nak harapkan budak pemalas yang duduk baca paper tu memang sah-sah abang tak minum la malam ni,”kata-kata Arfad diikuti ketawa syahir.PENIPU BIN BESAR!Mamak sebelah bukak 24 jam macam kedai aku ni boleh kata tak minum?Kepoyosan maksima.
Sebaik sahaja jejaka – tersesat-dari-pluto itu keluar,Syahir memandang ke arah Baizura yang sedang membaca News Straits Times .sambil menggelengkan kepala dia berkata, “kau ni cubalah mintak maaf kat orang and then maafkan orang.Tak luak satu barang habuk pun .Dah lah Hari ni last day kau kat sini .Mana tahu tak jumpa dia lagi,”
“Lagi bagus.bikin semak persekitaran alam semulajadi je .”
Syahir menggeleng lagi.Kemudian bersambung, “KAu nak tau tak Abang Arfad kerja apa?”
Baizura menggeleng.Tangannya kini memegang Malay Mail dan terus tenggelam dengan rencana di dada akhbar tersebut.
“Aku dengar dari abang Zul dia tu lecturer.Kat kolej mana tak tahu la,”
“So,ada rasa macam kena mengena dengan aku ke?”
“Tak de la.Kau kan nak sambung belajar.entah-entah dia lecturer kat bakal kolej kau ke.lagi parah kalau dia ajar course kau.Mesti Bahana bagi kau kan?”Syahir tergelak.Cuba membayangkan Baizura berada di kelas dengan lecturernya adalah Abang Arfad.
“Tak de maknanya dia tu lecturer.Muka jenis spesies yang tak dapat dikenalpasti je.Ada hati nak lecture orang.Dia tu yang patut kena lecture sepanjang masa.moral tak de.sivik tercampak ke Venuezela.Lecturer.By the way,kau percaya lah abang zul tu pun.Bukan dorang tu perangai sama ke.Satu spesies hantu.Lagi nak percaya.”Baizura memang tak percaya kalau jerangkong tu lecturer.Mungkin lecturer yang ajar student how- to- lose –civic- value –inside-you.Itu aku confirm pas dengan cemerlang,gemilang dan terbilang.
“Dah lah,syah .aku dah siap buat return ni.Aku top up air tau.”
“Kalau Abang Arfad datang aku cakap kau kirim salam.”
“hangguk!”Suara Baizura menghilang apabila dia memasuki backroom store.

Original post:
Novel : Destiny and fate 1

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG