Nama Pena : Amauni

PETANG itu, Faris menunggu Nazifa di luar perpustakaan. Dia sudah tahu rutin harian gadis itu yang pada setiap petang akan terus ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran serta menyiapkan projek akhirnya.
Tidak lama kemudian, Nazifa muncul di muka pintu perpustakaan itu berseorangan. Hari itu, Sasha tidak mengikutinya ke perpustakaan kerana ada hal penting yang perlu diuruskan. Faris memang menunggu saat-saat seperti ini untuk dia berbicara dengan gadis pujaannya itu.
Nazifa berjalan menuju ke kereta Perodua Kancilnya. Dia tidak perasan kelibat Faris yang sedang berdiri di luar perpustakaan tadi. Nazifa berjalan dengan terkocoh-kocoh lalu dia tercicirkan sebuah buku dari pegangannya. Dia menunduk seraya ingin mengambil semula bukunya yang terjatuh tadi. Dengan tidak semena-mena, tangannya tertancap pada tangan seseorang yang juga sedang memegang bukunya itu. Nazifa terus melemparkan pandangannya ke arah empunya tangan itu. Dia lalu melarikan tangannya dari terus bersatu dengan tangan itu.
“Eh, sorry..my bad! I’m just trying to help,” ucap lelaki dihadapannya itu. Faris menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis buat Nazifa yang sedang tercengang. Nazifa seakan-akan mengenali wajah lelaki kacak dihadapannya itu. ‘Oh, dia ni la mamat yang selalu usha aku semacam aje!’ detik hati Nazifa sendirian. Faris menyuakan buku tadi kepada Nazifa.
“Oh, it’s ok. I’m fine! Anyway, thanks..” Nazifa terus mencapai bukunya dari tangan Faris lalu ingin terus beredar dari situ.
“By the way, my name is Faris!” Faris terlebih dahulu bertindak sebelum Nazifa berlalu. Nazifa seboleh-bolehnya tidak ingin mengenali lelaki itu sebenarnya. Dia risau apabila mengenangkan lelaki itu yang selalu sahaja memerhatikan dirinya sejak kebelakangan ini. Dia memang perasan itu.
“Nazifa..” lembut suara Nazifa memperkenalkan dirinya. Dia cuba tersenyum, namun hambar. Faris menghulurkan tangannya mahu berjabat dengan gadis itu. Nazifa menyambut huluran itu dengan hati yang berat. Lama baru tangan Nazifa dilepaskan. Nazifa tidak senang dengan pandangan mata lelaki itu. Sungguh menakutkan!
“Well, boleh saya ajak awak pergi minum?”
“Err..saya ada kerja lagilah. Maybe next time..” tolak Nazifa dengan sopan. Dia ingin segera berlalu. Dia tidak mahu lagi berbicara dengan lelaki misteri itu.
“Tomorrow? Can?” ajak Faris lagi tidak berputus asa.
“Tomorrow also can’t. Saya ada appointment dengan lecturer..” jawab Nazifa dengan jujur. Memang dia sangat sibuk dikala ini. Faris melepaskan rengusan kecil. Dia tidak berpuas hati.
“If tomorrow can’t, we try some other time. Maybe lusa? Next week?” ujar Faris lagi dengan nada seolah-olah ingin memaksa. Dia mengharapkan jawapan yang positif dari gadis itu.
“I’m so sorry, Faris. Saya memang busy semester terakhir ni..” Nazifa menolak buat kali ketiga. Kakinya ingin segera melangkah pergi.
Faris sudah hilang sabar. Pantang sungguh dia apabila ditolak berkali-kali seperti ini oleh seorang gadis. Itupun gadis yang sememangnya dia ingin miliki, gadis yang sedang bertahta dihatinya. Belum pernah lagi ada gadis yang tidak terpikat dengan dia. Dia tidak dapat menerima kenyataan gadis yang dipujanya langsung tidak berminat terhadap dirinya. Dia merasakan seperti Nazifa ingin mencabarnya.
“So? If you’re busy? Tak boleh ke luang masa sekejap aje minum dengan I? Kalau dengan lelaki tu, you nak pulak!” tiba-tiba sahaja terkeluar jerkahan dari bibir Faris. Sifat panas baran Faris sudah menjelma lagi!
Nazifa yang mendengar terus terkejut dan ketakutan melihat wajah bengis lelaki dihadapannya. Hampir terjatuh semua buku dari pegangannya. Faris benar-benar rasa tercabar. Dia ingin gadis itu setuju keluar dengannya. Dengan tiba-tiba, lengan Nazifa ditarik kuat oleh Faris. Dia ingin menyeret Nazifa supaya mengikutinya.
“You ikut I pergi minum sekarang!”
“Taknak! Lepaslah tangan aku! Aku taknak! Kau siapa pun aku tak kenal! Kenapa tiba-tiba nak paksa aku ni?!” Nazifa berusaha menarik lengannya namun pegangan Faris cukup kemas dan kuat sehinggakan Nazifa tidak mampu berbuat apa-apa. Nazifa cuba menjerit tetapi tiada sesiapa pun yang mendengar kerana tempat itu agak terpencil.
Saat ini, segala kemungkinan yang tidak baik terbayang-bayang di ruang mata Nazifa. Dia teringatkan kes-kes jenayah yang sedang berleluasa dikala ini yang selalu didengarinya dari siaran berita. Dia semakin menggigil ketakutan melihatkan wajah lelaki dihadapannya yang sangat bengis.
“I cakap, ikut I pergi minum! Kejap aje! Itupun susah nak ikut ke?” Faris bersuara lantang.
“Aku cakap, aku taknak! So, aku taknak la! Kau tak faham ke?” bentak Nazifa menunjukkan kedegilannya menuruti kata-kata Faris. Faris menguatkan pegangannya sehinggakan Nazifa terjerit-jerit kesakitan.
“Lepaskan aku! Let me go! Don’t you understand me? Or you’re a moron?” Nazifa bersuara lagi dengan kasar. Kali ini airmatanya sudah bercucuran mengalir dari tubir matanya. Dia kesakitan akibat genggaman tangan Faris yang kuat. Selebihnya dia ketakutan.
Nazifa cuba bergelut dengan Faris. Lama juga mereka bergelut. Apabila mendapat peluang, Nazifa terus menyentap lengannya dari pegangan Faris dengan kuat. Setelah melepaskan diri, dia terus berlari tanpa arah tujuan. Faris yang melihat, hanya terdiam dalam perasaan sakit hatinya. Dia perlu memiliki gadis itu, tidak kira dengan apa jua cara sekalipun. Dia perlu menunjukkan pada Nazri dan juga pada lelaki yang bersama Nazifa di perpustakaan hari itu, bahawa gadis itu miliknya.

NAZIFA menyembamkan wajahnya pada bantal. Dia teresak-esak menangis kerana terlalu takut dengan tindakan Faris tadi. Tubuhnya menggigil. Tidak pernah lagi sesiapa mengasari dia seperti itu. Walau bapanya sekalipun tidak pernah memarahi, apatah lagi memukulnya. Sesungguhnya dia takut dengan lelaki bernama Faris itu. Nazifa melihat lengannya yang masih berbekas merah gara-gara pegangan kuat Faris tadi.
“Weh, kenapa ni. Mengapa kau menangis ni, Ifa?” suara lembut Sasha yang baru pulang dari menyelesaikan urusannya kedengaran mengetuk gegendang telinga Nazifa. Sasha memegang bahu Nazifa dengan lembut. Dengan segera Nazifa terus memeluk tubuh teman baiknya itu seerat-eratnya.
“Kenapa ni, Ifa? Cuba kau cerita kat aku! Siapa buli kau?” Sasha cuba memujuk Nazifa. Pelukan Nazifa semakin erat. Jelas sungguh gadis itu sedang dalam ketakutan kerana tubuhnya yang terasa menggigil.
“Tak siapa pun pernah berkasar dengan aku tau tak, Sha. Dia aje yang buat macam tu! Dah la aku langsung tak kenal dia! Aku takut dengan dia..aku taknak jumpa dia lagi!” Nazifa meluahkan perasaannya.
“Siapa?” soal Sasha dengan agak tidak sabar.
Faris!”
Faris? Siapa Faris?” soal Sasha lagi.
“Entah! Aku tak kenal dia dan aku taknak kenal dia..aku taknak jumpa lelaki tu lagi!” tangis Nazifa. Pelukannya masih tidak dilepaskan. Sasha hanya mampu menepuk-nepuk lembut bahu temannya itu dengan perasaan tidak mengerti.
“Habis tu, kau cakap tak kenal dia. Dah tu siapa pulak Faris?” Sasha sudah keliru.
“Dah la aku taknak dengar pasal mamat tu lagi..” suara Nazifa lemah. Kali ini pelukan sudah dilepaskan. Esakannya masih berbaki. Dia mengambil bantal lalu memeluk bantal itu seerat-eratnya. Airmata masih mengalir dari kolam matanya.
“Kau taknak cerita kat aku, ke? Maybe ringan sikit beban hati kau..” pujuk Sasha dengan suara yang lembut. Dia menepuk-nepuk lagi bahu Nazifa, ingin menenangkan temannya itu.
“Nama dia Faris. Kami baru kenal tadi aje. Tapi dia dah nak paksa-paksa aku ikut dia pergi minum! Aku cakap taknak, lepas tu dia tarik tangan aku dengan kuat! Muka dia sangat menakutkan, kau tau tak? Aku takut!” ucap Nazifa dengan panjang lebar dalam esak tangisnya. Dia lalu memeluk lagi tubuh Sasha di sebelahnya.
“Tak guna punya lelaki! Nanti aku pergi cari dia, biar aku bagi warning! Berani betul dia kacau kawan baik aku!” Sasha mengepal penumbuknya tanda dirinya sangat tidak berpuas hati dengan tingkah Faris terhadap Nazifa.
“Tak payahlah, Sha. Aku taknak ada apa-apa lagi dengan mamat tu! Aku taknak kau buat apa-apa..biarlah, Sha…”
“Tapi..”
“Tak payah! Aku taknak kau buat apa-apa..lagipun, you’re a girl, not a good match for a man..dia tu amat menakutkan, kau tau? Aku taknak dia kasari kau pulak!” Nazifa bersuara sambil menggeleng-geleng. Dia risau Sasha akan mengotakan kata-katanya. Dia tidak mahu Sasha terlibat sama dalam hal ini. Dia tidak mahu teman baiknya itu diperapa-apakan. Dia tahu, lelaki seperti Faris itu mampu berbuat apa sahaja.
“Kalau macam tu, suruh aje si Saiful tu pergi ajar mamat kurang asam tu! Nanti aku call Saiful!” ujar Sasha bersungguh-sungguh.
“Jangan! Aku taknak Saiful terlibat. Aku taknak dia tahu. Lagipun, kau bukan taktau Saiful jenis yang cepat marah..aku taknak kalau jadi apa-apa..” rayu Nazifa lagi.
“Habis tu? Kau nak biar aje mamat tu? Siapa tau lepas ni dia kacau kau lagi?” duga Sasha dengan rasa tidak puas hatinya.
“Aku..aku..buat masa sekarang ni, aku taknak tau pasal mamat tu. Aku taknak kau masuk campur lagi. Biarlah perkara ni aku aje yang selesaikan lepas ni..aku akan fikir cara untuk selesaikan masalah ni!” Nazifa melepaskan satu keluhan berat setelah berkata-kata. Tangisannya juga sudah reda. Dia mengesat airmata yang masih berbaki dipipi gebunya.
“Aku akan selesaikan dengan mamat tu nanti! Kau jangan risau la, Sha. Aku dah okey!” senyum Nazifa kelihatan pahit. Dia berasa sedikit lega kerana telah meluahkan perasaannya kepada Sasha. Memang Sasha selalu menjadi tempatnya untuk mengadu dan meluahkan perasaan. Tanpa Sasha, dia tidak tahu apa yang akan dibuatnya.

Read more from the original source:
Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 5

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG