Nama Pena : Kak Lyne
Bab6
Jeffery memerhatikan Hana dari jauh. Dia sedang duduk di dalam kereta. Hana berkerja seperti biasa di kantin. Sejak seminggu lepas, Jeffery yang menjadi pelanggan setia di kafetaria bila petang-petang begini. Tidakkah Hana tertunggu-tunggu Jeffery, seperti sebelum ini? Jeffery sedar sebelum ini, Hana memang amat menanti kehadirannya setiap petang. Apabila Jeffery muncul sahaja, wajah Hana kelihatan begitu ceria dan berseri. Seperti dia gembira sangat dengan kehadiran Jeffery. Kini jika Jeffery menghampirinya, bagaimana agaknya reaksi Hana? Jeffery tidak dapat meneka reaksinya. Kenapa dia mesti tahu reaksi Hana? Dia tertanya-tanya dirinya. Padahal Hana sudah tidak ada gunanya lagi bagi Jeffery. Dari mula lagi Hana hanya hendak digunakan dalam pertaruhan antara dia dan Mona, tidak lebih dari itu. Habis kenapa dia di sini memerhatikan Hana? Jeffery tidak tahu jawapannya.
Gerak geri Hana diperhatikan dari jauh, Jeffery tidak tahu apa yang dia hendak. Kenapa dia di situ memerhatikan Hana? Dia bukan hendak minta maaf dengan Hana. Dia tidak ada rasa bersalah pun dengan Hana. Ini bukan hal peribadi, ini hanyalah satu pertaruhan. Hana dilihatnya mula menyapu kawasan kafetaria, bermakna sekejap lagi mereka akan menutup kafetaria. Tangan Jeffery mencapai kunci kereta, hendak mematikan enjin kereta dan pergi kepada Hana. Dia tidak tahu apa nak cakap tetapi dia rasa dia mesti pergi kepada Hana. Belum sempat dia matikan enjin kereta, sebuah motosikal sudah mendahuluinya, berhenti di depan kafetaria dan penunggangnya terus mendapatkan Hana.
Ramli! Ramli jarang datang minum di sini. Adakah kerana malam itu Ramli dengan Hana menjadi rapat? Jeffery tertanya-tanya sendirian. Dipadamkan hasratnya untuk menghampiri Hana. Dia terus memerhatikan sahaja mereka dari jauh. Petang sudah merangkak ke senja..
Hana dan Ramli dilihatnya duduk di satu sudut kafetaria dan dilihatnya berbual dengan serious. Setelah melihat mereka berbual dengan begitu lama, Jeffery terus beredar dari situ.
********************
Selepas kuliah pukul 11.00 pagi Jeffery berada dalam kedudukan yang sama seperti semalam dan juga sejak beberapa hari yang lepas, memerhatikan Hana dari jauh. Tidak ramai orang yang berada di kafetaria sebab masih awal lagi. Kejadian yang sama berlaku lagi. Tidak lama kemudian Ramli datang. Mereka berdua pergi di sudut yang jauh dan berbual dengan serious tanpa memperdulikan orang lain. Tiba-tiba sahaja perasaan cemburu Jeffrey menerpa.
“Eh! Ramli macam nak rampas Hana dari dia ke? Ini tak boleh jadi. Hana melayan Ramli dengan baik. Padahal minggu lepas dia yang Hana layan sebegini baik”
Tiba-tiba tingkap keretanya d ketuk orang membuat Jeffery terkejut. Lily! Dia turunkan cermin tingkap kereta.
“Hai Jeff,’ kata Lily, “mari kita pergi makan.’
Tanpa berkata apa-apa, Jeffery keluar dari kereta dan mengikut sahaja Lily ke kafetaria. Jeffery hendak tengok apa reaksi Hana apabila melihat dia bersama dengan Lily. Sejak hari Isnin dia asyik mengusong Lily ke kafetaria, tetapi tidak berpeluang terserempak dengan Hana. Hana asyik duduk di dalam dapur kafetaria sahaja bila Jeffrey dan Lily datang ke kafetaria. Dia sengaja mengelak dari bertemu Jeffery agaknya?
Selama ini Jeffery rasa macam Hana juga suka dengan dia. Kenapa tiba-tiba Hana mengubah perhatiannya pada Ramli. Jeffery tidak sedar langsung yang dia telah melukakan hati Hana. Yang dia tahu hati dia sahaja yang sakit. Ego dia sahaja yang tercalar. Hanya dia sahaja yang penting.
Mereka duduk di meja tengah-tengah kafetaria. Lily duduk rapat dengan Jeffery, peha mereka bersentuhan. Tangannya memegang lengan Jeffrey yang terletak di meja.
“Eh budak kantin, mari sini, kami nak order,’ Lily memerintah. Hana yang sedang berbual dengan Ramli bingkas bangun dan menghampiri Jeffrey dan Lily. Jeffrey perhatikan muka Hana betul-betul. Mukanya seperti biasa, kelihatan manis. Tetapi matanya redup, tidak seperti biasa apabila Jeffery datang bertemunya sebelum-sebelum ini. Berseri dan ceria. Hari ini wajahnya agak sugul. Tetapi tidak ada rasa kasihan dalam hati Jeffery. Cuma ada rasa geram. Hatinya betul-betul terbakar melihat wajah Hana kerana Hana macam tidak kisah langsung dengan dia. Jefferey macam seseorang yang tidak pernah mendapat tempat istimewa di harinya. Cara dia layan Jeffery macam dia layan semua orang lain dalam kolej ini. Kecuali Ramli. Dengan Ramli, sikit punya baik dia layan. Siap panggil abang Ramli pulak!
Kenapa pulak Jeffery kena marah? Rasa pelik melanda Jeffery. Dia jadi resah. Kenapa dia begini? Untuk melindungi keresahannya, Jeffrey sengaja merangkul pinggang Lily depan Hana.
“Bagi kami fresh oren dua dan mee goreng dua,’ kata Lily. Jeffery kemudiannya mengeletek tubuh Lily. Lily mengelak manja.
Kemudian Jeffrey memandang muka Hana. Muka Hana berubah menjadi pucat lesi. Puas hati Jeffrey, sekurang-kurangnya ada juga reaksi daripada Hana. Ramli yang memerhatikan dari jauh cuma mengelengkan kepalanya.
Setelah menghantar makanan yang mereka pesan, Hana kini kembali duduk dengan Ramli dan meneruskan perbincangan mereka. Perbuatannya membuat Jeffery naik marah. Hilang seleranya untuk makan. Dia geram melihat Ramli dan Hana yang sedang berbual serious tanpa memperdulikan dia. Hana tidak sepatah pun berkata apa-apa dengan dia. Tentang kejadian malam minggu itu pu, macam tidak jadi hal pada Hana. Tidak dibangkitkan langsung. Jeffrey makin marah. Dia mengajak Lily beredar.
“Tak Bestlah mee ni. Tak sedap! Mari kita pergi Starbuck ke kat KLPlaza”
“Ok,’ sahut Lily, mereka bangun begerak lalu di hadapan Hana dan Ramli, Jeffrey merangkul pinggang Lily mesra.
Hana dan Ramli terdiam memerhatikan gelagat mereka berdua. Ramli kasihan melihat muka Hana yang telah berubah pucat, lesu dan sayu. Tetapi dia bangga melihat Hana mengawal perasaannya. Dia cuma diam apabila Jeffrey menunjuk-nunjuk di hadapannya. Walaupun Ramli dapat rasakan betapa pedihnya hati Hana ketika itu.
“Sudahlah Hana. Jangan sedih lagi”
“Hana ni apa ye, abang Ramli? Tak ada perasaan ke? Dia boleh buat macam tu aja”
“Jeff tu dah biasa macam tu. Anak orang kaya, anak manja. Dia selalu dapat apa yang dia hendak. Tanpa pedulikan orang lain. Lain kali Hana ingat, jangan mudah mendengar pujuk rayu orang.’
Hana hanya mengangguk lesu. Hana mesti cepat sedar siapa dirinya. Tetapi jauh di lubuk hatinya, dia masih sayang dengan Jeffery. Inilah pertama kali Hana jatuh suka kepada seseorang. Pertama kali hati gadisnya dicuit perasaan sayang. Membuatkan begitu sukar untuk dia lupakan Jeffery begitu sahaja.
Walau bagaimanapun Hana tahu Ramli ikhlas memberi nasihat kepadanya. Ramli banyak membantu Hana. Pada malam Ahad lepas, nasib baik ada Ramli yang membantu Hana balik ke rumah. Kalau tidak entah pukul berapa Hana akan sampai ke rumahnya dalam keadaan yang kekurangan wang ketika itu. Hana juga bernasib baik kerana Mak Chak sudah tertidur masa Hana balik dengan pakaian yang menjolok mata. Kalau tidak tentu teruk Hana di marahi Mak Chak.
“Okay… Hana tengok pengajian separuh atau pengajian jarak jauh yang abang bagi ni. Bila sudah buat keputusan Hana cakap dengan Abang. Nanti abang tolong Hana buat permohonan. Abang nak pergi dulu ada janji dengan Mastura di library. Nanti marah dia menunggu. Kami akan balik kampong sebab cuti mid-sem. Abang nak bagi dia tiket bas ekspress”
“Ok, pergilah. Nanti lama. Kak Mas menunggu. Kirim salam dengan Kakak ya bang,’ Ramli mengangguk.
**************************
Petang itu, Hana mengemas dalam dapur setelah kafetaria di tutup. Keadaan sekeliling sunyi sepi. Pelajar-pelajar kolej telah ramai pulang untuk cuti pertengahan semester. Kafetaria ditutup awal, sebelum pukul 5.00 petang tadi. Mak Chak, Timah dan Soed pun sudah pulang. Timah dan Soed hendak balik ke Perlis malam ini juga, sebab itu mereka pulang awal hari ini. Mak Chak sudah mula percaya dengan Hana untuk balik naik bas seorang. Petang ni nampaknya Hana kena buat kerja sendrian. Nasib baik besok cuti pertengahan semester bermula. Dapat Hana berehat sedikit. Setelah selesai mengunci semua pintu dari dalam, Hana pun keluar melalui pintu belakang, lantas mengunci pintu lalu melangkah untuk beredar. Hari masih terang benderang.
Tiba-tiba dilihatnya Jeffrey sedang bersandar di keretanya yang terletak di belakang kafetaria. Bila masa kereta Jeffery sudah berada di situ pun Hana tidak sedar. Jeffery sedang memeluk tubuhnya. Dalam keadaan dirinya yang sedang haru-biru, Hana masih terasa betapa tampan dan menawanya Jeffrey. Lebih menawan lagi dengan cermin mata hitamnya. Rambutnya nampak seperti dielus-elus beberapa kali, terjuntai di dahinya. Membuat dia kelihatan lebih menarik dan mengancam. Rasanya gugur jantung Hana bila melihatnya. Gaya macam bintang filem. Apabila ternampak Hana menyedari kehadirannya, Jeff membuka cermin mata gelapnya lalu menegakkan badannya.
Hana terus berjalan tanpa memperdulikan Jeffrey. Jantungnya berdegup dengan begitu kuat sekali. Dia tidak tahu kenapa Jeffery berada di sini. Sudah hampir seminggu Jeffery buat tidak peduli dengan dia langsung. Sepanjang minggu itu jugalah, Jeffery asyik menayang Lily di hadapannya.
Lemah lututnya untuk berjalan melepasi Jeffrey. Tetapi ditabahkan juga hatinya. Apabila Hana lalu di hadapnnya, Jeffery memanggilnya., “Hana! Jeff nak cakap sikit”
Hana terhenti apabila mendengar suara keras Jeffrey.
“Apa dia ? Cakaplah” Jawap Hana lembut.
“Mari duduk dulu. Takkan nak bercakap macam ni”
Hana mengelengkan kepalanya. “Tak apalah, cakap aja. Hana nak balik cepat ni”
Tiba-tiba Jeffrey mendekati Hana kemudian menarik tangan Hana dengan kasar, dibawa Hana jalan menghala ke kafetaria.
“Duduk dulu” Jeffrey duduk di bangku kafetaria dan menarik Hana duduk di sebelahnya.
“Apa pasal ni Jeff, tolong jangan berkasar dengan Hana”
Sebenarnya dari tengahari tadi Jeffery sudah tunggu Hana. Selepas balik dari Starbuck, Jeffery datang kembali menunggu di dalam kereta seperti mana yang dia lakukan pagi tadi. Malahan dia menunggu peluang untuk bercakap dengan Hana sejak hari Isnin lagi. Hatinya makin mendidih semakin lama dia menunggu.
“Sejak bila pulak Hana intim dengan Ramli? Hana tak tahu ke Ramli tu sudah ada teman wanita, sekarang ni mereka sedang dalam perjalanan balik ke Kedah, naik bas bersama-sama. Hana tahu tak!’.
“Hana tahu!’ Jawap Hana ringkas
“Habis tu kenapa Hana masih rapat dengan dia”
“Itu antara Hana dan Abang Ramli. Jeff ni kenapa?’
“Hana yang patutnya jawap. Kenapa dengan Hana ni? Malam parti tu lagi, datang dengan Jeff kemudian balik dengan Ramli”
Walaupun Jeffrey ingat Hana yang akan ungkit pasal malam tu, tapi sebaliknya dia yang pula mengungkit pasal malam itu.
Hana mengelengkan kepalanya, kenapa Jeffery masih memerkatakan pasal malam itu. Hana cuma ingin melupakan peristiwa malam itu, ianya terlalu memalukan dan memeritkan hatinya. Hana tunduk mengelengkan kepalanya kemudian memandang Jeff tepat-tepat tanpa berkata apa-apa. Jeff tidak sedar ke yang dia telah melukai hati Hana?
“Apa pasal Hana tidak tunggu Jeff,’ Jeffery masih terus bertanya.
Hana diam sahaja.
“Kenapa? Cuba Hana cakap”
“Kenapa kita masih bercakap pasal malam itu. Kisah malam tu sudah selesai. Hana sudah tak ingat lagi”
“Apa maksud Hana ?’ Jeffery masih bertanya, dapat di rasakan hatinya mula mengelegak mendengar kata-kata Hana.
“Sudahlah Jeff, Jeffkan sudah berbaik dengan Lily. Tak payahlah kita berselindung-selindung pulak lagi”
“Apa yang Jeff nak lagi dari Hana? Hana dah tahu. Malahan semua orang tahu Jeff gunakan Hana untuk dapatkan Lily kembali,’ ujar Hana perlahan.
Jeffery terdiam seketika.
“Mana Hana tahu? Siapa yang cakap? Ramli?’
Hana mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Hana terdengar kawan-kawan Lily mentertawakan Hana semasa parti tersebut. Hana ni memang bodoh”
Jeffery terdiam sekali lagi. Betullah tembelangnya diketahui Hana rupanya. Patut lah Hana lari balik. Jeff rasa sedikit bersalah. Dia mengelus-elus rambutnya yang panjang hampir mencecah bahu.
“Macamana nilah Jeff, Jeff dah dapat apa yang Jeff hendak. Lily pun dah balik pada Jeff,’ ujar Hana, terasa sebak dadanya tetapi digagahi juga. “Hana Tidak mahu salahkan sesiapa. Hana yang bodoh, tidak perasaan telah di gunakan. Okay!
“Hana, Jeff….” Jeffery tidak tahu apa hendak dikatakan.
Cukuplah selesai di sini. Tak perlu rasa bersalah. Okay. Hana Okay. Hana tidak ada apa-apa masalah pun”
Hana menyambung lagi, “antara kita memang tak ada apa-apa okay. Selama ini Hana yang salah anggap. Tapi sekarang dah selesai. Jeffery boleh pergi sekarang dengan senang hati. Hana pun nak balik ni”
Panjang lebar Hana berkata dengan tenang walaupun sebenar dalam hatinya bagaikan hendak pecah. Tetapi demi menjaga air mukanya Hana tahankan semuanya. Dia tidak mahu Jeffrey tahu betapa dia terluka. Maruah dirinya harus dipertahankan kali ini.
“Okay…!’ kata Jeffery, buat-buat seperti acuh tak acuh. “Ok. kalau macam tu. Baguslah,’ Jeffery patutnya rasa lega dengan kenyataan Hana. Dia tidak perlu rasa bersalah dengan Hana, Hana kata dia tidak apa-apa, tidak kisah pun.
Tetapi dia masih tidak boleh pergi begitu sahaja. Tidak semudah itu. Jeffery sebenarnya tidak puas hati. Dia masih tidak puas hati. Dia tidak mahu berlalu pergi. Kenapa dia tidak boleh pergi begitu sahaja?
Hana bangun dan mula melangkah hendak keluar dari kafetaria
Kalau Hana marahkan dia, mengamuk ke? Mengungkit-ungkit ke? Menangis ke? Mungkin baru Jeffrey puas hati. Dia mahu Lihat Hana merayu-rayu, agaknya baru dia puas hati. Satu lagi gadis jatuh di tangannya. Bila dilihat Hana tenang, Jeffrey tidak puas hati. Egonya tidak membenarkan ini terjadi, dia mahu lihat Hana menangis kerananya.
Dia juga dia geram kalau ada orang lain yang menghampiri Hana. Dia tidak boleh melepaskan Hana. Dalam masa sebulan ini mereka sudah agak rapat.
“Ok.! Kalau macam tu tak pelah. Orang semua sudah sudah. Kampus sudah sunyi sepi. Lebih baik Jeff hantar Hana pulang,’ Jeffrey memegang tangan Hana.
“Tak apalah Jeff. Hana boleh balik sendiri. Tak mahu Hana berada di situasi yang sama seperti minggu lepas. Secara fizikal dan lebih lebih lagi mentalnya didera oleh Jeffery.
“Tak apalah Jeff hantar. Hana merajuk dengan Jeff lah ni. Tadi kata Hana tak ada apa-apa dendam dengan Jeff”
Hana mengelengkan kepalanya, “Tidak, tak payahlah. Baju Hana berlengas, kotor seharian bekerja di sini. Biarlah Hana naik bas sahaja. Tak layak naik kereta mewah Jeff ni. Nanti orang nampak, Jeff juga yang malu”
Jeffery terasa dengan kata-kata Hana. Tiba-tiba sahaja Jeffery naik marah, lantas di rentapnya tangan Hana dan di heretnya Hana ke keretamya. Hana mengerang kesakitan. Dia membuka pintu lalu di tolaknya Hana masuk ke dalam kereta. Kasar. Hana naik takut. Sakit dia di perlakukan begitu oleh Jeffery.
Jeffery ialah anak muda yang terlalu egois. Dengan gadis seperti Hana, dia tidak boleh bertolak ansur langsung. Dia mahu Hana ikut sahaja kata-katanya.. Keengganan Hana membuat kemarahan dia menjadi meluap-luap. Jeffery pun agak bingung dengan apa yang sedang dia lakukan. Kalau ada orang baik-baik dengan Hana pun dia marah. Dia tidak boleh melepaskan Hana. Dalam masa sebulan ini, Jeffery rasa mereka sudah agak rapat. Hana tidak boleh buang dia macam tu sahaja.
Jeffery masuk dalam kereta, di lihatnya Hana mengurut tangan yang berbirat merah.
“Maaf. Sakit ye…? Hana……… janganlah buat Jeff hilang sabar lagi’
Hana terdiam.
“Okay…. Jeff minta maaf” katanya kembali lembut. “Tolong Jeff boleh tak?. Boleh tak Hana maafkan Jeff. Please,’
Timbul rasa kesian di hati Hana melihatkan Jeffrey bersungguh-sungguh meminta maaf darinya.
Jeffrey memgang tangan Hana yang sakit lalu dan di gosokkannya.
Bagi meredakan kesakitan Hana.
“Memang tujuan Jeff mula-mulanya nak gunakan Hana sebagai bet sahaja. Just a bet. Nothing personal. Bukan Jeff sengaja nak kenakan Hana.
Hana mendiamkan diri, tangannya masih di gosok oleh Jeffery perlahan-lahan.
“Tetapi bila dah kenal Hana, Jeff suka pada Hana. Hana hanya mendengar sahaja Jeffery bercakap.
“Hana tahu tak? Jeff cemburu tengok Hana duduk berbual lama dengan Ramli tengahari tadi,’ kata Jeff mengoda Hana dengan lembut.
Mukanya yang tampan seperti merayu simpati. Siapa yang tidak tergoda. Hana hanya gadis mentah. Dia kalah dengan pujukan Jeff. Keazamannya untuk menjauhkan diri dari Jeffery cair macam lilin yang dibakar. Apa yang boleh dilakukan, pada ketika itu Hana sedar sebenarnya dia memang sudah jatuh cinta dengan Jeffery. Betapa selama seminggu in dia merindui Jeffery. Dapat bersama Jeffery seperti waktu ini adalah sesuatu yang Hana impikan. Dia menghirup nafas panjang-panjang, menikmati kebahagian yang dirasainya, walaupun sebenar kebahagiannya di selaputi dengan duri duka nestapa. Kemudian dia teringat sesuatu. Berkerut dahinya berfikir, dia mesti bertanya untuk mendapat kepastian.
“Betul ke ni, habis Lily macamana?’
“Macamana…. Macamana? Macam biasa. Jeff dengan dia macam biasa. Kami memang berkawan, sejak dulu. Just a girl friend.
“Tapi Hana lihat Jeff dengan dia rapat, peluk-peluk lagi”
“That’s what we are. Hana nak kawan dengan Jeff kena terima itu. Itu cara hidup kami. I know her since we were in primary school, what do you aspect!’ Bila hendak menekankan sesuatu isu, Jeffery lebih mudah berbahasa Inggeris. Manakala Hana pula cuma dapat memahami sikit-sikit kata-kata Jeffery, tetapi dia tidak pandai membalas kata-kata Jeffery dengan bahasa Inggeris. Itulah perbezaan antara dia dan Jeffery, begitulah juga bezanya cara hidup Jeffery dengan dia.
Berkerut dahi Hana memikirkannya. Boleh ke dia terima cara hidup begini?
“Habis tu kalau Hana buat macam tu juga dengan orang lain, Jeff tak kisah?’ Hana cuba mencungkil.
Jeffrey terdiam seketika, Terbayang badan Hana yang lembut di rangkul oleh kawan-kawannya. Jeffrey jadi marah. Tidak disedari tangan kanan Hana yang dalam genggamannya di cengkam kuat. Hana mengaduh kesakitan, lantas minta Jeffery lepaskan tangannya.
“Hana tidak boleh buat tu……. janji! Jeff tidak boleh tahan tengok Hana buat macam tu. Jeff tidak suka. Promise!’ kata Jeffery, cengkaman kuat tangannya di lembutkan. Tetapi tidak melepaskan tangan Hana. Jeffrey mulakan enjin kereta dan mula bergerak menuju keluar dari kawasan kampus.
Hati Hana senang, walaupun tangan sakit di cengkam Jeffrey tadi. Hatinya senang kerana kalau Jeffery marah, makna Jeff cemburu. Mungkin ada sekelumit perasaan sayang untuk Hana. Hana sudah tidak perlu apa-apa lagi dari Jeffery. Kalaulah Jeffery mempunyai sedikit rasa kasih pada Hana. Ini sudah memadai bagi Hana. Mungkin satu hari nanti Jeffrey juga akan cintakan dia sepertimana dia cintakan Jeffrey. Hana menaruh harapan setinggi gunung. Hana ingat cintanya yang terlalu mendalam terhadap Jeffery cukup untuk mereka berdua buat masa ini. Cinta dari Jeffery tentu akan menyusul juga nanti.
See original here:
Novel : Hadirmu, Takdirku 6
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Novel : Cinta Thriller 5
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
- Awas! Ada Phishing Pada Yahoo!...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |