Nama Pena : MentariBiru

Semester baru! Alhamdulillah kerana semester lepas aku dapat lepas dengan pointer 3.85. Walaupun tidak mencapai targetku tetapi aku sudah bersyukur kerana namaku masih tersenarai dalam senarai dekan untuk semester ke lima berturut-turut. Untuk kali ini, aku semakin menanam azam baru dan juga permulaan yang baru. Tapi ada sesuatu yang tidak baru bila…
“Assalamualaikum, ustazah!,” sergahnya. Aku yang terkejut secara spontan melatah.
“Subhanallah, Syaqir!,” sambil mengurut dada menghilangkan gemuruh yang menerpa, aku menjelingnya tajam. Dia lalu duduk betul-betul di hadapanku sambil meletakkan buku yang dikeleknya. Aku memandang curiga namun tidak mahu bersuara dahulu.
“Kau ambil elektif kelas Dr. Yahya ek?,” soalnya sambil menopang dagu. Aku tiada mood untuk menjawab pertanyaannya. Memang, aku tidak suka dan boleh dikatakan benci dengan tingkah lakunya yang satu ini. Sudah berapa kali aku menyatakan yang aku tidak suka disergah begitu. Sudahlah aku ini jenis yang cepat terperanjat, bila disergah begitu terasa melayang seluruh semangat.
“Wei, kau marah ek? Sorrylah… tapi aku suka bila tengok kau terkejut, muka kau merah! Comel,” katanya sambil ketawa kecil. Aku menggigit bibir. Astaghfirullah, ampunilah aku Tuhan andai anugerah ini telah mendekatkan aku kepada maksiat.
“Eh, kau tak jawab pun soalan aku…,” selanya. Aku mengerutkan kening.
“Kau kelas Dr Yahya ek?,” soalnya untuk kali kedua.
“Hurrmm..,” aku menggumam, sebagai jawapan. Syaqir kelihatan sudah berpuas hati dengan jawapanku itu. Dia tersenyum-senyum sambil tangannya mula membelek buku rujukan yang dibawanya itu. Kemudian dia mengeluarkan sebatang pen dan mencatat isi yang dirasakan penting. Aku memerhatikannya. Eh, dia ni nak study kat sini juga ke?, hati kecilku berbisik.
Mengagak kata hatiku mungkin betul, aku mula mengemas barang-barangku. Dia mendongakkan kepalanya memandang aku yang bingkas dari kerusi.
“Eh, nak gi mana?,” tanyanya.
“Balik,” jawabku sepatah. Dia menepuk dahi.
“Alaa… aku baru nak study dengan kau,” kata-katanya menghentam jantungku. Haa, tengok, tengok? Betulkan apa yang aku rasa? Nasib baik aku sempat mengawal ekspresi muka supaya tidak ketara terkejut.
“Terima kasih. Tapi aku lebih suka belajar sendiri tambah-tambah kalau perlu menghafal,” balasku seraya berlalu pergi. Dalam hati, doaku tidak putus agar dia tidak mengikut langkahku. Aku berpaling ke belakang, alhamdulillah… dia kekal di meja kami tadi. Lantas, aku membelok ke kanan dan mendaki anak tangga ke ruang belajar di tingkat dua. Ampunilah aku ya Allah kerana menipu tadi. Sesungguhnya, aku tidak ingin sama sekali semeja dengannya. Walaupun kami sudah berkawan tetapi itu bukanlah syarat untuk dia sentiasa mendekati aku. Bersama dengan seorang lelaki ajnabi, pasti akan menimbulkan fitnah.
Ya Allah, jauhkanlah aku daripada siksa kubur dan siksa api neraka, dan jauhkanlah juga aku dari fitnah Dajjal dan fitnah semasa aku masih hidup dan selepas aku meninggal dunia.

* * * * * * *

“Baiklah, setakat ni sahaja kuliah kita hari ini. Minggu hadapan kita akan sambung dengan bab seterusnya. Harap kamu semua dapat baca dahulu sebelum kelas minggu depan,” kata-kata Profesor Iddya mengakhiri kuliah kami tengah hari itu.
Aku segera mengemas alat tulisku sebelum bersedia untuk keluar.
“Qis, tunggu jap,” satu suara melaungkan memaksa aku membekukan langkah. Aku berpaling. Kelihatan Syaqir cuba menyelinap di celah-celah teman-teman sekuliah.
Aku mendakap tubuh seraya merapatkan buku ke dada, menunggunya di tepi dinding. Beberapa teman yang berselisih tersenyum padaku. Aku membalas kembali. Akhirnya, dia berada di depanku.
“Pinjam nota kuliah tadi, boleh?,” pintanya. Aku mengerutkan kening.
“Yang kau punya mana?,” soalku kembali. Dia menggaru kepala.
“Err, aku tak sempat salin. Tadi siapkan kalkulus. Tak sempat buat semalam, aku keluar ke KL,” jawabnya selamba. Aku menggumam. Dia ni banyak mainlah, aku mengutuknya sendiri.
“Mintaklah dengan kawan-kawan lelaki yang lain dahulu, mungkin mereka ada,” jawabku lembut. Dia mengeluh.
“Dia orang semua pun tak sempat salin,” balasnya.
“Takkan semua siswa sibuk siapkan kalkulus?,” kali ini tanyaku lebih tegas.
“Tak la semua. Tapi, aku bukannya rapat sangat dengan mereka yang lain. Segan la nak pinjam.”
Aku menarik nafas panjang. Kalau ya pun nak menipu, agak-agak la Syaqir oii… kau tu siapa yang tak kenal, satu kelas dah faham dengan kau. Lagipun kebanyakan pelajar dalam kelas ni pelajar jurusannya. Keadaan dalam kelas sudah mula sunyi. Aku menolak pintu dan keluar. Hatiku tidak mampu untuk berada dalam keadaan yang lengang begitu.
Di luar, aku menarik keluar nota tulisan tangan tadi dari dalam fail lalu dengan berat hati, aku menghulurkan padanya. Dia tersengih menyambut.
“Esok petang aku nak. Jangan tak bawa pula,” maklumku. Dia mengangguk.
“Terima kasih banyak-banyak Qis! Nanti aku belanja kau makan eh?,” katanya. Aku menggeleng.
“Urmm, terima kasih sahaja. Simpanlah duit pinjaman kau tu. Belanja aku bila kau dah kerja,” balasku sebelum segera berlalu dari situ.

Excerpt from: 
Novel : Ironinya Sebuah Cinta 2

Possibly Related Posts:



  • Digg it
  • Add to del.icio.us
  • Reddit
  • Stumble
  • 0 Comment

Leave a Reply


Navigation
 
Categories
 
Recent Post
 

Survey
 
kosong
Advertisement
 
Info Visitor
 
Advertisement
 
My Links
 

Untuk Dengar Radio Klikk Pada Gambar
Select Interface Language
 
By N2H
More News
 

Media & Newspaper
 



free counter
free counter

Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz Information
Friends Link
 
Arlisbest
Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music

Link This Site

ACEH-ONLINE


My Online
 
Admin


Aceh-Online
Most Popular
 
    ©2008 Demo | Distributed by: Wordpress Themes
    Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009

    Best Malaysian Sites BlogRank - Malaysia Top Blog Site Indonesia Joomla Topsites Entertainment Business Directory - BTS Local Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG