Nama Pena : Faratira Aimiza
Surat tawaran itu ditenungnya sekali lagi. Sesekali rambutnya yang tidak gatal itu digarunya. Bagaimana hendak memberitahu papa dan mamanya? Kuala Lumpur dan Johor Bahru bukannya dekat, empat jam perjalanan dengan menggunakan kereta. Dia sendiri sudah berjanji dengan papa dan mama yang dia akan bekerja di Kuala Lumpur. Tetapi, tawaran daripada Johor ni, takkan hendak ditolaknya pula? Bukannya senang untuk mendapat tawaran kerja sebelum graduate ini.
“Iqa nak cari kerja nanti, dekal KL je. Susah mama nak lepaskan Iqa kat tempat orang.”
“Betul cakap mama tu, Iqa. Duduk dengan kami je senang. Iqa pun bukannya biasa jauh dengan kami. Duduk kat Johor tu pun, nak balik tiap-tiap minggu.”
Memang betul apa yang papa katakan. Dia memang tidak boleh berenggang dengan papa dan mama. Anak manja papa dan mama ini, tidak pandai berdikari. Macam mana agaknya kalau jadi isteri orang? Ish, jauhnya fikir! Lambat lagi tu.
“Duduk sendiri, semuanya sendiri. Tempat tinggal kena cari, makan sendiri,” papa tambah lagi.
Itu memang tidak dapat dinafikan. Kalau tempat itu belum pernah dijejaki, lagi haru. Menangis tak berlagulah mengenangkan nasib diri. Dia pun bersetuju dengan cadangan papa dan mama tu. Tak sanggup rasanya berpisah lagi dengan papa dan mama lagi. Enam tahun dia terpaksa ke Johor, menyambung pelajaran di UTM. Impiannya, untuk kembali ke pangkuan papa dan mama, tetapi… rezeki di Johor juga nampaknya. Tak sangka pula, temu duga yang diadakan di kampus sebulan lepas membuahkan hasil. Sekadar menimba pengalaman sahaja, tidak pula terfikir namanya akan tersangkut.
Agaknya papa dan mama bagi kebenaran atau tidak untuk bekerja di Johor? Macam mana ni? Nak beritahu pun tak tahu macam mana caranya, inikan pula nak minta kebenaran kerja kat sana. Kalau papa dan mama tak bagi, nampaknya lebih kurang empat bulan lagilah baru dapat cari kerja. Itupun kalau ada yang nak terima. Sekarang ni, kalau nak kerja mesti nak kena ada pengalaman. Fresh graduate macam mana? Menganggur ke?
Bunyi kereta masuk menyebabkan dia tersentak. Mama dah balik ke? Dia mengerling ke arah jam di dinding. Dah pukul tiga petang. Pantas dia membukakan pintu utama. Memang sengaja dikunci dari dalam. Takut kalau ada cubaan pecah rumah ke, sudahlah tinggal seorang diri. Mengerikan!
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, ma,” dia menjawab lemah.
“Kenapa dengan anak mama ni? Macam ada big problem je,” ujar Puan Safrina menangkap bicara anak gadisnya yang kedengaran agak lemah.
Dia tersenyum kelat. Mama ni, macam tahu je apa yang ada di dalam hati ini. Nak cakap apa kat mama?
“Iqa ada masalah apa-apa ke?” tanya Puan Safrina lagi.
“Tak ada apalah, ma,” cepat-cepat dia menyangkal. Takkanlah nak beritahu mama sekarang? Tunggu papa sekalilah, tak payah cakap dua, tiga kali.
Puan Safrina memandang anak gadisnya. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai Rafiqa. Biarlah dahulu, lambat laun gadis itu akan membuka mulut juga.
“Ni surat apa, Iqa?” tanya Puan Safrina. Dia sudah pun membuka lipatan surat itu.
Dia menepuk dahi. Bagaimana dia boleh lupa untuk menyorokkan surat itu? Pasti mamanya sudah mengetahui is kandungan surat itu.
“Surat tawaran kerja ni,” ujar Puan Safrina.
Nadanya gembira sahaja. Mama tak kisah ke? Dia duduk di sisi mama, “Memanglah Iqa dapat kerja, ma. Tapi, kat Johor.”
“Apa yang Iqa nak sedihkan ni?” tanya Puan Safrina memandang wajah Rafiqa. Hairan melihat wajah anak daranya yang suram. Orang lain tertunggu-tunggu tawaran kerja, dia tidak gembira pula, seperti tidak mensyukuri pula tawaran yang diterima ini.
“Kat Johor, ma. Kan Iqa dah janji dengan mama yang Iqa nak kerja kat KL.”
“Apa salahnya. Iqa kan dah biasa kat Johor tu.”
“Mama tak kisah ke Iqa kerja kat Johor?” tanya Rafiqa.
“Kalau boleh mama nak anak mama duduk sini je dengan mama. Rezeki Iqa kat Johor, takkan mama nak halang pula.”
Mama tak kisah? Hari tu bukan main lagi bagi nasihat, tak payah kerja jauh-jauh. Duduk dengan papa dan mama je. Bila dah dapat tawaran ni, lain pulak ceritanya. Peninglah kepala macam ni.
“By the way, pemilik Faizal Land & Development tu kenalan papa.”
“Kenalan papa? Siapa, ma?”
“Uncle Faizal. Dia dengan papa kamu sekampung dulu. Isteri dia, aunty Sofea mengajar juga macam mama, tapi dah bersara. Mama kenal dengan papa kamu melalui aunty Sofealah,” terang Puan Safrina.
Rafiqa mengangguk-anggukkan kepalanya. “Keluarga kita baik ke dengan keluarga uncle Faizal tu?” soalnya. Ingin diketahuinya sejauh mana hubungan persahabatan uncle Faizal dan aunty Sofea dengan kedua ibu bapanya.
“Dulu, masa keluarga uncle Faizal kau tinggal KL ni memang baik. Bila mereka sekeluarga balik Johor semula, terputus hubungan. Sejak mereka balik Johor, uncle Faizal kau mula buat kontrator. Bila dah ada modal, dia mula jadi pemaju. Tertubuhlah Faizal Land & Development.” Puan Safrina membuka cerita. Rafiqa tekun mendengar.
“Sekarang ni, anak-anak dia yang uruskan semuanya. Anak sulung dia, si Fariz tu tinggal dekat-dekat sini juga. Uruskan cawangan kat KL ni. Anak kedua dia, Fikri ambil alih kat Johor. Filda belajar lagi kat Sunway College, buat ACCA. Anak bongsu dia, Farah satu sekolah dengan Saiful. Masa daftar Saiful, terserempak dengan mereka. Fariz tu dah kahwin dua tahun lepas. Dah ada anak seorang pun,” sambung Puan Safrina lagi.
Pertemuan awal tahun itu menyambung kembali ikatan persahabatan mereka yang telah terputus hampir dua dekad lamanya. Syukur, dia dapat bertemu semula dengan kenalan lamanya itu. Faizal sudah berjaya mencipta nama di Johor. Kini, anak-anaknya menyambung usaha ayah mereka.
“Kalau ada cawangan kat KL, kenapa Iqa kena kerja kat Johor pula?” soal Rafiqa tidak puas hati.
Dia sudah berangan hendak bekerja di Kuala Lumpur. Tiba-tiba dapat surat tawaran dari Johor. Semangat untuk bekerja sudah mati. Apabila mengetahui ada cawangan di KL, hatinya meronta-ronta untuk bekerja di sini sahaja.
“Iqa nak minta transfer ke KL ke?” tanya Puan Safrina. Kasihan dia melihat wajah monyok Rafiqa.
“Kalau boleh,” jawab Rafiqa pendek.
“Nantilah mama beritahu papa. Mana tahu uncle Faizal boleh minta Fariz uruskan.”
Rafiqa tersenyum kembali. Masalah yang membelenggu diri sudah hampir selesai. Tak sangka pula dapat tawaran kerja dari syarikat kawan papa. Kalau tahu dari awal tadi, tak adalah susah hati.
******
“Masuklah, Fariz. Ajak isteri kamu sekali,” Encik Shahrul mempelawa tetamunya masuk.
Fariz melangkah masuk diikuti isterinya Alia yang mendukung seorang bayi.
“Duduklah dulu. Uncle Shah panggil aunty Rina kamu sekejap.”
Encik Shahrul sudah menghilang ke belakang. Menjenguk isterinya yang sedang mengemas dapur bersama Rafiqa.
“Fariz dah sampai tu. Ada kat depan dengan Alia,” Encik Shahrul memberitahu.
Rafiqa terkaku seketika. Fariz? Rasanya itu nama anak sulung uncle Faizal. Alia? Mungkin isterinya. Cepatnya, papa bertindak. Baru semalam dia menyatakan hasratnya untuk bekerja di KL, hari ini Fariz sudah pun muncul.
“Iqa tolong mama buat air,” arah Puan Safrina. Kemudian, dia meninggalkan kerjanya dan mengikuti Encik Shahrul ke ruang tamu.
Rafiqa pantas menyerang air. Waktu malam sesuai dihidangkan dengan minuman panas. Dia mencapai teko dan beberapa cangkir cawan di atas kabinet. Tangannya ligat mengatur cawan di atas dulang. Tin milo dicapainya. Segera dia membancuh air milo apabila air telah mendidih. Kemudian, dia mengambil agar-agar yang tersimpan di dalam peti ais. Tidak manis mengangkat tetamunya air kosong sahaja. Agar-agar itu dipotong dan dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk. Selesai semuanya, dia mengangkat dulang dengan berhati-hati ke ruang tamu.
“Saiful tak balik ke uncle Shah?” tanya Fariz ketika Rafiqa tiba di ruang tamu.
“Minggu depan katanya.”
Fariz mengangguk perlahan, “Rafiqa ke ni? Dah besar panjang rupanya. Dah lama abang Fariz tak jumpa Iqa.”
Rafiqa tersenyum. Pandangannya di halakan pada Fariz dan Alia. Juga anak perempuan pasangan itu. Ramahnya anak uncle Faizal, walaupun dia tidak pernah bertemu dengan Fariz. Mungkin pernah semasa kecil dahulu. Dia sahaja yang tidak ingat. Tapi, dia seperti pernah melihat wajah lelaki itu. Di mana agaknya? Bukankah Fariz adalah salah seorang penemu duga di UTM itu?
“Tak ingat ke dengan abang Fariz kamu tu? Kawan Iqa masa budak dulu. Sebelah tu, Alia, isteri Fariz. Baby girl tu namanya Ayu Farisha,” beritahu Puan Safrina.
“Lama sangat tak jumpa,” jawab Rafiqa sambil melabuhkan punggung di sebelah Puan Safrina.
“Abang Fariz kan, salah seorang yang menemu duga Iqa. Tak ingat juga?” sindir Fariz.
Rafiqa tersenyum malu. Betul sangkaannya tadi. Cuma, dia sahaja yang tidak pasti. Sekiranya dia tersilap orang, dia juga yang harus menanggung malu. Lagipun, ketika temu duga, dia memberikan fokus pada soalan yang diajukan oleh penemu duga. Bukan merenung muka penemu duga. Kelak, lain yang disoal penemu duga, lain yang dijawabnya. Tidak ke haru namanya tu?
“Iqa, tak salam dengan Kak Alia,” tegur Encik Shahrul.
Rafiqa tersenyum kecil. Alamak! Macam mana boleh lupa ni. Rafiqa segera bangun untuk bersalaman dengan wanita itu. Alia hanya tersenyum memandangnya.
“Betul ke Iqa nak transfer ke KL?” tanya Fariz serius.
“Kalau boleh, memang Iqa nak kerja kat KL je. Dekat dengan papa dan mama,” Rafiqa menjawab perlahan. Malu sebenarnya menyatakan ayat terakhir itu.
Fariz hanya tersenyum simpul. “Tak pernah ada pekerja baru yang nak minta tukar macam Iqa ni.”
Berdesing telinga Rafiqa mendengar bicara Fariz. Perasaan malu menghantuinya. Aku tidak sepatutnya meminta yang bukan-bukan walaupun syarikat ini kepunyaan kawan papa.
“Bukannya abang Fariz reject permohonan Iqa tu,” ujar lelaki itu. Serba salah dia melihat wajah Rafiqa yang sudah berubah merah.
“Bukannya Iqa serius pun masa tu. Saje nak timba pengalaman. Tak sangka pula nama Iqa tersangkut,” Rafiqa memberitahu.
Biar Fariz tahu bahawa dia juga tidak teringin untuk bekerja dengan syarikat keluarga lelaki itu. Tapi, semua ini berpunca daripada dirinya sendiri. Memang tidak pernah ada pekerja baru yang minta ditukarkan sesuka hati begini.
“You’re the best student that we found at UTM. Pensayarah Iqa pun cadangkan nama Iqa. So, rugilah kalau abang Fariz tolak Iqa macam tu je. Tapi, untuk pindah ke KL sekarang ni adalah sesuatu yang mustahil. Cawangan Johor lebih memerlukan arkitek,” Fariz memberitahu.
Rafiqa tersenyum. Bangga apabila mendengar pujian dari Fariz. Senyumannya mati tatkala mendengar perkataan mustahil. Maksudnya, dia tidak dapat bekerja di KL. “Permohonan tak diluluskanlah ni?”
“Kalau Iqa nak juga, boleh. Tapi bukan sekarang. Sekarang ni, tinggal seorang aje arkitek kat Johor tu. Iqa amat diperlukan kat sana.”
Rafiqa menggigit bibirnya. Hendak atau tidak, dia terpaksa melapor diri pada hari Isnin hadapan. Ataupun, dia terpaksa melupakan tawaran ini. Untuk menolak, dia rasa rugi. Sukar untuk memperoleh peluang keemasan seperti ini. Johor. Bukannya dia tidak pernah menjejakkan di situ. Papanya berasal daripada Johor. Dia juga pernah bermukim di Skudai selama enam tahun. “Tak apalah kalau macam tu. Hari Isnin nanti, Iqa melapor diri,” jawabnya yakin.
“Kalau ada kekosongan kat sini nanti, abang Fariz beritahu Iqa.”
“Tak apa, ya Iqa. Rezeki Iqa ada kat Johor,” ujar Puan Safrina. Dia takut Rafiqa berasa kecewa kerana permintaan gadis itu tidak dapat dipenuhinya.
“Tak kisahlah. Bukan tak pernah tinggal kat Johor pun,” Rafiqa menjawab perlahan.
“Minumlah air tu, Fariz, Alia. Sejuk pula nanti,” Encik Shahrul yang diam sepanjang perbincangan tadi bersuara.
Encik Syahrul sudah pun berbincang dengan pemuda itu siang tadi. Fariz juga telah memberitahunya bahawa cawangan di Johor lebih memerlukan arkitek. Sengaja dia menjemput Fariz bertandang ke rumahnya. Selain memberitahu sendiri kepada Rafiqa tentang permohonan gadis itu yang tidak berjaya, dia juga ingin Rafiqa berkenalan dengan Fariz.
“Terlupa pula, uncle Shah,” ujar Fariz. Kemudian, dia mencapai cawan dihadapannya dan menghirup air milo dengan perlahan.
“Kalau Iqa rasa tak sempat nak cari rumah kat sana, Iqa tinggal dengan ayah dan mak abang Fariz je,” ujar Fariz.
“Tak menyusahkan mak, ayah kamu ke, Fariz?” tanya Encik Shahrul.
“Tak ada siapa kat rumah tu. Ayah, mak dengan Fikri je. Filda jarang balik Johor. Kalau saya balik sana, dia ikutlah. Fara dah duduk kat asrama. Mak tu sunyi, tak ada anak perempuan nak diajak berbual.”
“Elok juga macam tu. Nanti uncle Shah bincang dengan ayah kamu. Tak payahlah Iqa balik sini setiap minggu.”
Rafiqa yang diam dari tadi tersentak. Papa telah membuka rahsianya. Fariz dan Alia tersenyum melihat wajah Rafiqa yang sudah mencuka.
“Iqa ni, anak manja, ya?” Alia menyoal.
Anak manja? Tidak. “Mana ada. Tak biasa je tinggal jauh dengan papa dan mama,” cepat-cepat Rafiqa membalas. Mana boleh mendedahkan kelemahan diri sendiri, pada anak menantu kawan papa yang baru dikenalinya ini.
“Mengalahkan adik dia pulak. Saiful tak kisah kena campak ke mana pun.”
Mama pula buka cerita baru. Malunya! Manalah nak sorokkan muka ni? Fariz sudah ketawa. Tidak menyangka gadis yang yakin menjawab soalan-soalannya sebulan lalu merupakan seorang anak yang manja dengan ibu bapanya.
“Kalau abang Fariz tahu, dari awal lagi abang Fariz reject permohonan Iqa tu. Bagusnya, campakkan Iqa ni jauh-jauh. KL dengan Johor bukannya jauh sangat pun. Empat jam dah sampai,” ujar Fariz ketika tawanya sudah reda.
Rafiqa menyabarkan dirinya. Hatinya sakit apabila diketawakan sebegitu di hadapan papa dan mamanya. Tetapi, silapnya juga. Sudah acap kali papa dan mama menasihatinya supaya belajar untuk hidup berdikari. Dia yang tidak pernah mempedulikan. Setiap kali tiba hujung minggu, wajahnya terpacul di hadapan pintu rumah. Lama kelamaan papa dan mamanya mendiamkan diri. Malas untuk menegur lagi.
“Abang ni, kesian Alia tengok Iqa tu. Muka Iqa dah merah tu,” tegur Alia.
Fariz tersenyum. Encik Shahrul dan Puan Safrina juga turut tersenyum. “Sekali-sekala. Iqa marah abang Fariz ke?”
Rafiqa menggeleng. Tidak mungkin untuk dia menyatakan bahawa hatinya sakit dengan perlakuan lelaki itu di hadapan papa dan mama. Akan tiba saatnya nanti, dendamnya akan terlerai juga. Dia memasang angan-angan untuk membalas dendam pada Fariz. Tapi, apa yang boleh dibuatnya terhadap lelaki ini? Akhirnya senyuman tergaris di bibirnya. Dalam mimpi ajelah aku kerjayakan abang Fariz.
“Kalau ada apa-apa nanti, uncle Shah beritahu saya. Kalau Iqa tak nak kerja ke. Biar saya yang ajar dia,” pesan Fariz.
Hati Rafiqa bertambah geram. Encik Shahrul dan Puan Safrina tersenyum melihat tingkah Fariz.
“Kami balik dululah, uncle Shah, aunty Rina,” ucap Fariz meminta diri.
“Maaflah, Fariz. Menyusahkan kamu datang malam-malam ni.”
“Tak apalah. Bukan selalu pun dapat jumpa Iqa. Alia pun baru nak berkenalan dengan anak dara uncle Shah ni,” ujar Fariz sambil tersenyum.
Rafiqa turut tersenyum. Menurut mama, dua dekad mereka tidak bertemu. Ketika itu, usianya sekitar lima tahun. Apalah sangat yang dapat diingatinya ketika itu? Raut wajah Fariz juga tidak sama ketika kecil dahulu.
Read the rest here:
Novel : Satu Cinta 1
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |