Nama Pena : suri_maia
Aku menarik-narik rambutku yang agak panjang, bingung memikirkan bagaimana caranya untuk aku pulang ke tanah air. Duit yang ada tidak cukup untuk membeli tiket kapal terbang..
“Haaaaaaaa!” Kusut rambutku apabila aku meramas rambutku yang langsung tidak bersalah apabila aku gagal memikirkan sebarang penyelesaian.
“Macam mana ni…” Aku mencapai telefon di tepi katil. masih berusaha untuk menelefon Nazim dan Nina, manalah tahu mungkin berhasil.
“Your number you have..” Pap! Aku meletakkan ganggang telefon dengan kasar. Geramnya!!! Mana mereka pergi ni. Betul-betul nak kena betullah. Siaplah nanti bila aku balik. Aku terlentang di atas katil. Memandang syiling hotel tanpa sebarang perasaan.
“Macam mana ni, fikir Julita! Fikir Julita! Fikirrr!!! Arghhhhhh!!!!!” Aku menjerit sambil menghentakkan kaki. Aku bangkit dan duduk, tangan kananku mengambil bantal lalu memeluknya.
“Kenapalah aku boleh bodoh sangat percaya cakap dua ekor tu. Kenapalah aku tak tanya aku menang apa sebenarnya. Dengar dapat melancong je terus syok. Bukan nak siasat dulu. Argghh!!! Bodoh! Bodoh!” Aku mengetuk kepalaku. Aku menyembamkan muka ke bantal. Kusut sungguh fikiranku ketika itu.
“Nak balik…..Waaaaa…nak balik…Hukhuk…” Jeritku sambil menghentakkan kaki di atas katil. Puas berfikir secara duduk aku berbaring, puas berbaring aku berjalan mundar mandir di tepi katil. Puas berjalan aku duduk kembali di atas katil.
“Oh Tuhan, bantulah hambamu ini..” Aku berdoa dalam hati setelah menemui jalan buntu. Aku tiada siapa-siapa dalam dunia ini selain Nina dan Nazim. Ibu dan ayahku merupakan anak tunggal dalam keluarga, jadi aku tidak mempunyai saudara mara. Sejak ibu bapaku meninggal dunia, keluarga Nazimlah yang banyak membantuku, malah jika hari raya atau sebarang majlis-majlis penting, ibunya tidak lupa menjemputku datang ke rumah. Malah mereka sudah menganggapku sebagai anak perempuan mereka.
Pening kepalaku asyik memikirkan masalah ini. Apa yang harus aku buat…Bantulah aku Ya Allah..bantulah aku…
Tiba-tiba aku terpandangkan sehelai baju yang tersangkut di almari. Aku mengerutkan dahi. Baju yang aku muntahkan dalam kapal terbang tu..mm…
Ligat otakku apabila terfikirkan sesuatu.
“Ha! Kenapa aku tak terfikir sebelum ni!” Cepat-cepat aku menyelongkar beg tanganku untuk mencari kad nama Emil, lelaki berwajah cina yang kacak yang aku temui di kedai semalam.
“Mana ni, tak jumpa pun.” Akhirnya aku menuang semua isi di dalam beg tangan tersebut namun kad Encik Emil tidak ku temui. Aku tidak ingat di mana aku meletakkan kad nama tersebut. Aku cuba bertenang supaya boleh mengingati tempat aku menyimpan kad tersebut.
Aku menyelongkar pula bagasiku, manalah tahu mungkin tercicir di dalam beg pula. Habis semua baju-baju di dalam beg aku keluarkan namun masih tidak menjumpai kad tersebut. Aku duduk terjelepuk di tepi bagasi. Harapan terakhirku musnah. Aku duduk termenung sambil mengenangkan nasib malangku. Tiba-tiba mataku terbeliak, kenapalah aku tak terfikir tadi. Bukankah aku tengok baju Raikal tadi, kenapa pulalah aku terfikir Emil pula. Patutnya aku ingat Raikal dulu. Aku bingkas bangun dan terus bersiap.
Ting tong…
Tiada jawapan dari orang di dalam.
Ting tong ting tong ting tong ting tong ting tong ting tong ting tong ting tong….
Aku menekan loceng beberapa kali. Tiba-tiba pintu dibuka kasar.
“Hei, tak tahu nak sabar ke? Sabarlah sikit!” Raikal menengkingku. Terkedip-kedip mataku terkejut dengan sergahanku. Lagi terkejut apabila melihat dia hanya memakai tuala sahaja. Aku memerhatikan dia dari atas ke bawah, Raikal yang melihat tindakanku mula menyedari yang dia hanya bertuala sahaja.
“Aaaaaaaaaaaa….” Kami berdua menjerit serentak. Aku memusingkan badan ke belakang. Raikal pula cepat-cepat menutup pintu semula.
“Terkejut aku..Fuhhhh!” Ujarku perlahan sambil mengurut-urut dadaku. Pertama kali melihat secara realiti lelaki yang bukan muhrimku hanya bertuala sahaja. Pintu di buka semula. Kali ini Raikal keluar dengan pakaian yang lengkap. Berbaju t-shirt dan berseluar jeans. Rambutnya masih basah lagi.
“Ha, ada apa?” Raikal bertanya garang. Aku menjelingnya.
“Assalamualaikum…” Aku memerlinya. Merah mukanya apabila aku sengaja berbuat demikian. Dia menggaru-garu rambutnya yang basah.
“Waalaikumsalam..Ha, ada apa cari saya ni?” Aku tersengih mendengar kata-katanya. Nak mintak tolong pada orang, muka mesti manis, ayat biar power..Go!go! Julita.
“Sebenarnya saya nak pulangkan baju awak yang terkena muntah dulu.” Ujarku sambil mengunjukkan bajunya yang ku lipat rapi di dalam plastik.
“Oh! Ok..Terima Kasih.” Raikal mengambil plastik yang ku pegang dan menariknya. Aku menarik semula sambil tersenyum. Raikal menarik plastik itu kembali. Kami bermain tarik-tarik di depan pintu.
“Awak ni datang nak pulangkan baju saya atau awak nak main tarik-tarik?” Aku tersengih dalam keterpaksaan, akhirnya aku melepaskan beg plastik yang ku pegang.
“Thanks sebab tolong basuhkan. See you again..” Sempat Raikal tersenyum kambing sebelum menutup pintu.
“Aaa…” Belum sempat aku mengatakan sesuatu, pintu sudah tertutup rapat. Aku menghentakkan kaki, kecewa kerana tidak sempat menyuarakan permintaanku. Akhirnya aku duduk mencangkung di depan pintu. Aku meraup wajahku yang mencerut.
“Macam mana ni?” Aku memandang ke atas. Memandang ke suis loceng pintu. Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Cepat-cepat aku bangun dan menekan suis loceng semula.
Raikal membuka pintu.
“La…Awak lagi ? Awak nak apa lagi ? ” Aku tersengih.
“Saya..saya nak mintak maaf.” Aku memberanikan diri.
“Itu je? Ok saya maafkan..” Ujarnya dan terus menutup pintu semula. Aku bengang, tak sempat lagi! Aku menekan jam loceng semula.
“Nak apa lagi ?” Jerkah Raikal ketika membuka pintu. Aku tersengih. Namun di hatiku menggerutu apabila dijerkah begitu. Muka kacak tapi kasar! Nasib baik aku tengah susah ni.
“Sebenarnya….Mmmm…Apa kata kita pergi minum-minum dulu ke?”
“Maaf, saya sibuk!” Sebelum Raikal sempat menutup pintu semula, cepat-cepat aku menahan pintu.
“Sebenarnya saya nak pinjam duit awak!” Terbeliak mata Raikal mendengar kata-kataku.
“No!” Sambil tersenyum sini dia terus dia menutup pintu. Kedudukan pintu tersebut begitu hampir dengan hidungku.Aku yang masih terpaku di depan pintu terkebil-kebil. Terkejut dengan tindakan Raikal tadi.
Aku masih tidak putus asa dan terus menekan loceng semula.
“Kalau awak berani tekan loceng lagi siap awak!!” Dengan muka garang dia memarahiku dan terus menutup pintu. Aku mengeluh. Belum sempat aku mengeluarkan hujah-hujah padatku lagi. Macam mana nak mintak, tak sempat aku cakap apa-apa lagi dia dah tutup pintu. Aku putus asa. Akhirnya aku duduk termenung di depan pintunya lagi. Nampaknya aku menemui jalan buntu lagi.
****
Masuk kali ni sudah lima kali dia menekan loceng. Dahlah aku tak kenal dia, boleh pula pinjam duit. Tak munasabah langsung.
“Kan saya dah kata jangan tekan loceng lagi!!” Aku memarahinya kasar. Perempuan di hadapanku tersengih. Dari tadi itu sahajalah yang dia tahu, tersengih, tersengih dan tersengih lagi.
“Kalau tak nak bagi pinjam tak apalah, tapi boleh tak saya minta nombor telefon Emil.”
“Emil?”
“Ye, Emil.” Aku pelik, bagaimana perempuan itu tahu tentang Emil dan bagaimana dia tahu aku mengenali Emil.
“Awak kenal Emil? Macam mana awak tahu saya kenal Emil?” Aku bertanya padanya.
“Owh..Panjang ceritanya. Dia pernah sebut nama awak dulu.” Ujar perempuan tersebut sambil mengusap-ngusap lengan bajunya.
“Dia sebut nama saya?” Aku mengerutkan dahi.
“Kenapa pula dia sebut nama saya?” Aku bertanyanya lagi.
“Mmm..Saya pun tak ingat sangat. Ada tak nombor Emil, saya dah terhilangkan kad dia.”
“Emil dah balik Malaysia, kalau awak telefon dia pun tak guna.”
“Apa? Dia dah balik??” Perempuan itu separuh menjerit. Wajahnya tiba-tiba berubah, seperti mahu menangis. Aku serba salah. Akhirnya aku mempersilakannya supaya masuk ke rumah.
“Siapa nama awak?” Tanyaku setelah kami berdua duduk di sofa.
“Julita.” Jawabnya pendek. Kami berdua terdiam selepas itu, perempuan yang mengenalkan dirinya sebagai Julita tadi bermain-main dengan jari jemarinya. Aku memerhatikan tingkahlakunya. Aku memicit-micit kepala, tidak tahu topik apa yang sesuai untuk diperbualkan.
“Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan Emil?”
“Ha?” Julita memandangku.
“Hubungan awak dengan Emil..”
“Mmm..Panjang ceritanya…”
“Cuba awak pendekkan…”
“Apa hubungan awak dengan Emil?” Julita bertanya.
“Kami sepupu.” Aku menerangkan padanya.
“Sepupu?” Aku mengangguk mengiakan.
“Oh, jadi awak rapatlah dengan Emil.” Dia bertanya lagi.
“Biasa je, tak adalah rapat sangat.”
“Takkan awak tak ada nombor dia?”
“Dia kata dia balik Malaysia hari ni, tapi tak tahulah samada dia terus balik Malaysia atau pun ke Jepun dulu. Sebab tu saya tak berani nak beri nombor telefon dia. Apa hubungan awak dengan dia?” Julita mengeluh setelah mendengar kata-kataku.
“Mm…Tak apalah kalau macam tu, saya balik dulu.” Tanpa menjawab pertanyaanku, dia meminta izin untuk pulang. Wajahnya suram sekali.
“Nanti dulu..” Julita tidak jadi untuk melangkah.
“Kalau awak beritahu saya apa hubungan awak dengan Emil, mungkin saya boleh pinjamkan awak duit.”
*****
Aku tidak jadi melangkah keluar setelah mendengar kata-kata Raikal. Mataku bulat sambil bibirku tersenyum nakal. Aku memusingkan badanku menghadapnya, berpura-pura sedih. Dengan muka tak malu, aku duduk semula di sofa.
“Saya tak tahu samada saya patut cerita pada awak ke tak..” Aku cuba berlakon sedih, demi pulang ke Malaysia, aku sanggup berbuat apa sahaja janji dapat memenuhi hasratku. Raikal mengusap-usap dagunya.
“It’s ok, cerita sajalah pada saya.”
“Sebenarnya…Emil dulu adalah kekasih saya..” Terbeliak biji mata Raikal mendengar kata-kataku.
“Kekasih awak?” Ulangnya. Aku mengangguk.
“Ye..Kekasih lama saya, cuma baru-baru ni kami bertemu semula.” Nampak gaya seperti Raikal mempercayai kata-kataku. Aku tersenyum. Apabila dia memandangku, cepat-cepat aku mengubah wajahku menjadi sedih semula.
“Mungkin kami sudah tiada jodoh, hubungan kami tak panjang. Jika tidak, mungkin kami sudah mempunyai 2 orang anak yang comel sekarang. Tak pun anak kembar..” Ungkapku hiba. Raikal mengerutkan dahi dan memandangku pelik.
“Dia pernah berjanji dengan saya, dia mahu mengadakan majlis perkahwinan kami di taman. Lalu bawah pedang, diiringi pengiring-pengiring yang comel. Majlis kami akan dihiasi bunga-bunga ros merah. Saya masih ingat lagi kata-kata dia..Sampai bila-bila saya akan ingat..Huuuuhuuuuuu….” Aku berpura-pura mengelap air mata walaupun sebenarnya tiada air mata yang keluar. Raikal mengambil tisu yang kebetulan terletak di meja sebelahnya, aku mengambil tisu dari tangannya. Terlebih sudah penipuanku. Haha..Hatiku terasa digeletek kerana lucu mendengar kata-kata rekaanku sendiri. Bawah pedang tak tahan…Bunga ros merah..Huhu..Kaya sangat ke nak buang duit beli bunga ros, mengarut sungguh!
“Dah lama ke awak dengan Emil bercinta?” Aku mengangguk lesu.
“Kenapa kamu berdua putus?” Raikal bertanya lagi.
“Macam yang saya katakan tadi, mungkin kami tiada jodoh..Kenapa kami berpisah biarlah ia menjadi rahsia kami. Huuuuhuu..awak janganlah tanya banyak-banyak lagi. Hati saya bertambah sedih bila terkenangkan percintaan agung kami yang tak kesampaian. Hukhukhuk…” Sengaja aku berpura-pura mengelap mata lagi, sempat aku menjeling Raikal yang termenung mendengarkan kisahku.
Aku cuba menahan gelak apabila Raikal percaya dengan penipuanku. Sengaja aku menguatkan suara tangisanku yang mendayu-dayu. Raikal menggaru-garu kepalanya kemudian dia bangun dan mengambil dompetnya di meja tepi katil. Aku menjenguk tingkahnya, sebaik sahaja dia menghampiriku, cepat-cepat aku membetulkan dudukku. Masih lagi berpura-pura mengelap air mata. Siap menghembus hingus lagi untuk membuatkan dia betul-betul percaya yang aku sedang menangis kesedihan.
“Saya pinjamkan awak duit, lepas saya balik ke Malaysia saya akan hubungi awak. Saya nak nombor telefon, alamat rumah dan salinan ic awak.” Katanya sambil mengeluarkan beberapa keping not biru kehijauan. Aku mengeluh lega, tak sia-sia aku berlakon penuh perasaan.
Aku pulang ke hotel dengan perasaan gembira dan lega. Lega kerana aku dapat pulang ke Malaysia akhirnya dan menyelesaikan masalahku. Siaplah mereka selepas aku sampai di Malaysia nanti. Sampai hati tipu kawan baik sendiri! Memang cari nahas…
Setibanya di hotel, aku terus mengemas semua barang-barangku dan bersedia untuk balik. Mujur penerbangan ke Malaysia masih lagi dibuka dan aku sempat menaiki penerbangan terakhir pada hari itu. Setibanya aku di Malaysia, benda pertama yang aku cari adalah telefon awam kerana telefon bimbitku tiada kredit.
“Nazim! Nina! Siaplah kalian aku kerjakan! Berani tipu Julita ye! Tunggulah penerajang sulung dari Julita Mohd Jufri!” Dengan kasar aku meletakkan ganggang telefon. Hatiku membara kerana terasa dipermainkan. Siaplah kau dengan bini aku! Aku berkata sendirian, mengulangi ayat di dalam sebuah iklan sabun basuh. Ye..Siaplah korang dengan Julita!!
Here is the original:
Novel : Syurga Cinta 4
Possibly Related Posts:
- Novel : Apple and Berry 3
- Novel : Hadirmu, Takdirku 6
- Novel : Perempuanku 5
- Novel : Egoku vs kasihnya 6
- Novel : Sepupuku suamiku? 6
- Digg it
- Add to del.icio.us
- Stumble
- 0 Comment
Leave a Reply
Site Portal
Tv Online
Radio Malaysia
MP3 Search
Mobile Zone
Info Biasiswa
Kamus Online
Aceh Semasa
Recipes
Free Software
Video Search
Download Music
- Aceh Info
- Adsense Info
- Aneh Tapi Nyata
- Dunia Semasa
- Foto dan Design
- Free Game
- Free Software
- Hardware-PC-Laptop
- Info Semasa
- Internet & Website
- Islam Info
- Koleksi Novel-Cerpen
- Lowongan Kerja
- Malaysia Semasa
- Mobile - PDA
- Movies and Music
- Sejarah Aceh
- Seputar Artis
- Serba-Serbi
- Technology
- Tips & Trick
- Tutorial Website/Blog
- Virus & Spyware



































Acehlong
Nakatury
Raider4
Free Software
Cicemburong
Nasabe
Thatbest
Stresscok
Gerandong
Trenggalekcok
Boyolali-elite
Gengsong
Patria-elite
Free Themes
Download Music
Link This Site
- Hide Navigation Bar Blogger
- Hati-hati ada virus di Faceboo...
- Membuat Arsip Setiap Email yan...
- Kenapa Adsense, Adbrite, Bidve...
- Download Audio, Video, Gambar ...
- Cara Mudah Download Video di I...
- 10 Penemuan Aneh Dr Takeshi Ya...
- Tutorial Membuat Website Grati...
- Tutorial Membuat Blog Untuk Pe...
- Download Driver Windows 2000, ...
- Kondisi Indonesia Kini Diramal...
- Desakan Wanita Boleh Mengemudi...
- Iklan Mie Instan di Ghana
- Wanita Tuna Netra Raih IBM Awa...
- Lakshmi Tatma, Gadis Kecil den...
- Perbandingan Militer Indonesia...
- Pohon Kelapa Bercabang 9
- Fenomena Unik….Hanya Di ...
- Apapun Motornya, Helmnya Teh B...
- Makanan cepat saji or cemilan,...
- Soberi (Tangan Kanan Raja Kela...
- Video 31 Mei Lalu, Seorang Wan...
![]() |
Copyright Aceh-Online.Com. All rights reserved 2009 |