Film P.Ramlee – Tiga Abdul
Saya, Husin Lempoyang (NRIC NO: 342010-69-0101) kerakyatan Isketambola yang sudah cukup umur dewasa dan berkediaman di Pasar Unta, Jalan Unta, Bandar Baru Sotong Ball dengan ikhlas dan tegas membuat pengakuan berikut:
1. Bahawa saya telah bernikah dengan sah kepada Ghasidah binti Sadiq Sigaraga (berikutan ini akan dikenali sebagai Ghasidah) atau lebih dikenali ramai sebagai Seniwati Sareema Oh How Lovely pada 20 haribulan Oktober tahun 1952 di hadapan Tuan Kadhi Sheikh Rawna La Irubuj di Masjid As Sadiq.
2. Mengikut bukti yang dipaparkan di dalam filem Tiga Abdul, isteri saya Ghasidah, telah pergi ke kedai gitar untuk memberi amaran kepada tuan punya kedai, Abdul Wahub bin Ismet Ulam Raja tentang satu konspirasi yang sedang diatur oleh Tuan Penasihat, Kassim Pantalon terhadap keluarganya.
3. Dari bibit pertemuan itu, Abdul Wahub telah asyik mengurat Ghasidah. Saya difahamkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercaya (reliable sources) Abdul Wahub pernah menyanyikan lagu untuknya di kandang kuda dan bersenda gurau seolah-olah sebagai suami isteri. Ghasidah tidak melayani kerana masih cintakan saya.
4. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai lagi, Abdul Wahub telah memaksa membawa Ghasidah ke Siam secara sorok-sorok untuk bernikah semasa Ghasidah masih lagi isteri saya yang sah.
5. Sepanjang masa perkara ini berlaku, saya sedang berada di Cairo untuk memesan bekalan unta stok pernigaan dan telah mengizinkan Ghasidah duduk di rumah ayahnya, Tuan Sadiq Sigaraga yang semasa itu sedang gering. Saya difahamkan masih oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tuan Sadiq pura-pura sakit untuk menjadikan helah untuk menipu saya.
6. Sekembali saya ke tanhair, Abdul Wahub telah menghantar seorang Penyiasat Peibadi bernama Surat untuk berunding untuk saya menceraikan Ghasidah dan sedia membayar pampasan tetapi saya enggan kerana saya tahu Ghasidah mencintai saya. Semasa itu, saya tidak mengenali dan tidak lagi menemui Abdul Wahub.
7. Pada 8 haribulan Februasi 1953, Abdul Wahub telah datang untuk menemui saya dan mengenalkan dirinya sebagai Jamal Pak Tongkol dan menipu saya untuk membeli dua orang hamba saya, bernama Abdul Wahid dan Abdul Abdul Wahab pada harga 40,000 pound sterling. Tetapi beliau hanya membayar sebanyak 4,000 pound sterling dan menukar suara filem Tiga Abdul menjadi juga 4,000 pound sterling.
8. Saya diberitahu lagi oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa kedua-dua hamba saya itu mempunyai harta yang banyak dan sepatutnya harta-harta itu menjadi kepunyaan saya. Setelah kedua-dua hamba itu menjadi kepunyaannya, Abdul Wahub telah membolot kesemua harta-harta mereka yang sepatutnya menjadi harta kepunyaan saya.
9. Sejak kepulangan saya dari Cairo pada 8 haribulan Desimber 1952, isteri saya enggan pulang dan saya tidak dibenarkan mencarinya di rumah Bapak Mertua aku, Tuan Sadiq Sigaraga.
10. Saya pun mengambil seorang Penyiasat Peribadi, Bala Sundul untuk menyiasat. Setelah didapati Bala Sundul telah berpoya-poya pula dengan kakak-kakak Ghasidah, saya terpaksa memanggilnya balik dari penyiasatan. Di dalam satu perjumpaan dengan Bala, dia memberitahu saya bahawa Ghasidah sudah bernikah dengan Abdul Wahub dan enggan lagi bersama saya. Saya menyuruhnya berjumpa dengan Abdul Wahub.
11. Disamping itu, Bala memberitahu bahawa hamba-hamba saya adalah adik beradik Abdul Wahub dan adalah hartawan kaya. Saya menyuruh Bala menuntut gantirugi. Bala memberitahu Abdul Wahub setuju tetapi hingga hari ini, satu pound sterling pun masih belum diberikan kepada saya.
12. Saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan telah membawa perkara ini kepada pengaduan mahkamah.
13. Tujuan pengakuan berkanun ini adalah:
13.1 Menyatakan ketidakpuasan hati saya kepada sistem penulisan skrip di bawah pengurusan Shaw Brothers yang manjatuhkan maruah saya dengan watak saya yang asyik ditipu.
13.2 Menuntut satu Suruhanjaya Diraja tentang salah laku kuasa oleh Abdul Wahub yang mengetepikan saya dari menjadi hero filem Tiga Abdul.
13.3 Membawa kepenghadapan pihak berkuasa tentang konspirasi “membunuh” kerjaya saya dengan menyunting watak saya di dalam Filem Tiga Abdul kepada satu babak sahaja dan hak saya untuk menjadi bintang felem telah dinafikan.
13.4 Memohon Ghasidah dilepaskan untuk kembali menjadi isteri saya.
13.5 Membolehkan saya melepaskan rindu kepada Ghasidah kerana perempuan lain tidak mahu kahwin dengan saya.
13.6 Memastikan Bapak Mertua saya dijual dengan harga yang murah
13.7 Mendapatkan gantirugi yang sepatutnya hak saya dan membolehkan saya pencen dari menjual orang dan unta.
14. Oleh kerana saya telah membuat Pengakuan Berkanun dan pengakuan ini diumumkan bersama seorang lagi Penasihat, maka apa yang saya kata adalah dianggap benar dan orang ramai akan percaya penuh pada saya dan Penasihat saya nampak bersih dari pertuduhan masuk kerja lewat. Keputusan mahkamah tidak penting kerana nama Abdul Wahub sudah dapat diburukkan.
15. Pengakuan ini dibuat sekarang kerana perbicaraan mahkamah saya menentang Abdul Wahub telah selesai.
16. Dan, saya membuat pengakuan ini dengan tegas dan sesungguhnya pengakuan ini adalah benar dan mengikuti peruntukkan Akta Pengakuan Berkanun 1915.
Pengakuan oleh )
Husin Lempoyang)
Pada hari ke 8 bulan April 1958)
Di hadapan,
………………………………….
Suruhanjaya Sumpah
Isketambola
Chat Room
Recent Posts
- Aceh Movie – Eumpang Breuh 7
- Indo Sinema – Garuda di Dadaku
- JELANGKUNG PEMBANGKIT MAYAT
- Indo Movies – Romeo & Juliet
- Cinema Indo – Bukan Cinta Biasa
- Indo Movies – Pocong Kamar Sebelah
- SUSTER NGESOT GENTAYANGAN 2
- Documentary – HOME (English with subtitles)
- English Cinema – Flightplan (2005)
- The Air I Breathe (2007)
My Links
SocialBookmarking










































Info Visitor
Categories
- Asian Movies (59)
- Video and Movies Aceh (71)
- English Movies (111)
- Cartoon Movies (55)
- About Islam (50)
- Documentary Movies (49)
- Horror Movies (49)
- Malaysia Movies (60)
- Comedy Movies (12)
- Hindi Movies (77)
- Arabis Movies (7)
- Funny Videos (2)
- Dakwah Islam (9)
- Video Music Indonesia (5)
- Thai movies (6)
- High School Musical (7)
- Hongkong Movies (10)
- Comedy Indonesia (7)
- Indonesia Movies (179)
- Al-Quran (1)
- Singapore Movies (9)
- Hidayah Movies (20)
- Documentary Islam (15)
- P.Ramlee Movies (11)
- Cerekarama Malaysia (14)
Archives
- September 2009 (13)
- August 2009 (44)
- July 2009 (23)
- June 2009 (44)
- May 2009 (97)
- April 2009 (23)
- March 2009 (72)
- February 2009 (302)
- January 2009 (157)
Best Hosting




Leave a Reply: