Sinema Indonesia – Ratapan Anak Tiri (1974)
Ratapan anak tiri menganti sinetron kesukaan ramai Bawang Merah bawang Putih. Dibintangi oleh anak kecil dan bila dewasa diambil alih oleh Siska (Nia Ramadhani)
SEKITAR tahun 70-an, ramai masih ingat filem Ratapan Anak Tiri lakonan Faradilla Sandy yang diseksa ibu tiri lakonan Tanty Josepha. Filem arahan Sandy Suwardi Hassan yang dihasilkan pada 1974 itu mendapat sambutan hebat hingga menjadi filem paling laris ketika itu.
Begitu juga lagu Ratapan Anak Tiri yang cukup meresap di jiwa masyarakat kita sehingga ke hari ini. Kini generasi muda berpeluang menyaksikan kisah kejam ibu tiri apabila drama bersiri Ratapan Ibu Tiri diadaptasi daripada filem yang dihasilkan pada 1974 itu. Bagaimanapun lagu temanya menggunakan lagu baru sesuai dengan zamannya.
Ia disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.30 petang menerusi slot Sinetron. Walaupun baru disiarkan sejak 5 Februari lalu, ia berjaya mengumpul kira-kira 2.5 juta penonton.
Tarikan utama drama ini terletak pada plot ceritanya apabila banyak bermain dengan perasaan penonton. Tambahan pula ia menampilkan kanak-kanak sebagai teraju utama.
Melihat jalan cerita filem dan drama RAT tidak banyak beza, namun perubahan berlaku apabila dalam drama menonjolkan watak tiga anak tiri iaitu Marsha, Fika dan Riski yang terpisah bertemu kembali apabila meningkat dewasa.
Turut menarik perhatian penonton apabila pelakon utama drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih (BMBP), Nia Ramadhani yang memegang watak Siska, turut membintangi RAT.
Nia akan muncul di pertengahan cerita dengan watak Marsha apabila sudah dewasa. Watak Marsha ketika kecil juga begitu dikenali di kalangan penonton BMBP kerana memegang watak Olivia.
Menariknya, jika sebelum ini kita menonton Nia dengan watak bengis dan cukup jahat dalam BMBP, kali ini penonton akan dapat melihat bagaimana Nia diseksa keluarga angkatnya.
Turut menjadi perhatian ialah watak ibu tiri yang dilakonkan Cut Tari, pengacara dan pelakon berasal dari Medan, Indonesia.
Menceritakan pengalamannya sewaktu membintangi drama ini, Cut Tari berkata dia tidak pandai melakonkan watak ibu tiri.
“Walaupun dalam kehidupan sebenar saya mempunyai anak tiri, saya tidak pernah menyakiti mereka seperti apa yang digambarkan dalam RAT.
“Terus-terang saya sebenarnya tidak berapa gemar memegang watak itu kerana harus memarahi anak orang. Takut kalau bertemu ibunya di tepi jalan akan dipukul, nanti kecoh jadinya.
“Bagaimanapun saya mengambil positifnya. Lakonan saya dalam drama itu diharapkan mampu mendidik ibu tiri mahupun ibu kandung agar tidak bersikap kasar kepada anak-anak mereka,†katanya.
Dalam versi filem, selain Faradilla Sandy dan Tanty Josepha ia turut dibintangi Bambang Irawan, Emilia Contessa, Grace Simon, Darussalam, Tatiek Tamzil, Dewi Rosaria Indah, Doddy Sukman, Jefry Sani dan Moh Mochtar.
Ia mengisahkan isteri Yuwono meninggal sewaktu melahirkan anak ketiga, menyebabkan dia harus mengahwini salah seorang kakitangannya, Ningsih (lakonan Tanty).
Dalam waktu sama, rakan sekerja Yusono, Harun mencintai Ningsih telah menggelapkan wang syarikat dan meletakkan kesalahan kepada Yuwono sehingga dia dipenjarakan.
Harun kemudian mempengaruhi Ningsih dengan berkuasa di rumah yang ditinggalkan dan menghalau anak Yuwono, Netty (Dewi Rosaria Indah) dan Susy (Faradilla Sandy). Akhirnya apabila mahkamah mendapati Yuwono tidak bersalah, dia dibebaskan.
Sebaik pulang dia mendapati anak-anaknya tiada di rumah dan segala tembelang Ningsih terbongkar. Dia cuba mencari anaknya yang hidup terbiar di sekitar Jakarta dan akhirnya bertemu.
Jalan cerita drama bersiri RAT pula, permulaannya punya persamaan dengan cerita filem tetapi berbeza nama watak, si bapa bernama Wisnu dan isterinya Citra. Ibu tirinya pula bernama Rindi sementara watak anak seperti Marsha, Fika dan Rizki.
Perubahan jalan cerita mula berubah apabila ketiga-tiga anak ini terpisah terus dan dibela keluarga angkat. Pun begitu Marsha, Fika dan Rizki tidak pernah berputus asa mencari antara satu sama lain.
Isnin depan, penonton akan menyaksikan Marsha, Rizki dan Fika ditinggalkan ibu angkat mereka di kawasan pasar malam. Ketika sedang mencari jalan pulang, mereka secara tidak sengaja bertemu dengan Joko.
Joko berniat menghantar mereka pulang, namun dalam perjalanan bertemu dengan Akbar dan Mono yang sedang mencari ketiga-tiga anak itu.
Sekembalinya ke rumah, Akhbar menguruskan surat untuk mengambil Marsha, Fika dan Rizki sebagai anak angkat. Akbar menghantar Fika ke sekolah kerana melihat bakat dan kecerdasan anak itu.
Hal ini membuatkan Nani rasa kurang senang dan berusaha menyingkirkan adik-beradik itu dengan cara membakar mereka hidup-hidup.
Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, berkata drama bersiri RAT yang disiarkan sebanyak 33 episod tidak terlalu ‘meruntun jiwa’ penggemarnya berbanding filem kerana ia banyak bermain dengan perkembangan watak dan jalan cerita.
“Tidak dinafikan pengaruh filem RAT yang pernah mencipta fenomena di Indonesia dan Malaysia sewaktu ditayangkan sekitar tahun 70-an itu sedikit sebanyak membantu menghangatkan tayangan senetron ini di sini.
“Sebaik diumumkan TV3 bakal menayangkan RAT di sini, ramai pihak bertanya adakah ia sehebat versi filemnya yang menampilkan pelakon kanak-kanak Faradilla Sandy sementara watak ibu tirinya dilakonkan Tanty Josepha.
“Apa yang boleh saya katakan, memang jalan ceritanya tidak banyak beza tetapi sudah tentu senetron RAT tidak dapat menandingi kehebatan filem yang seingat saya sewaktu kecil menontonnya, saya menangis dari mula hingga akhir,†katanya.
Berita baik buat peminat setia drama RAT, mereka berpeluang bertemu pelakonnya di Kuantan, Pahang pada bulan hadapan bagi menjayakan Karnival Jom Heboh.
Lirik Lagu Ratapan Anak Tiri
Pahit getir..
Hidup yang aku jalani
Berpeluh debu dan caci
Tuk sesuap nasi
Ibu pergi..
Sungguh terlalu pagi..
Tak ada yang menyayangi
Dan menjaga diri..
Sering aku menangis..
Di tengah larutnya malam..
Lelah lapar kedinginan..
Tak henti menghadap
Doakanlah kami ibuu..
Agar selalu bertahan..
Menjalani hidup ini..
Yang penuh rintangan..
Oh ibu…
Untukmu…
Doaku…
Oh ibu..
Chat Room
Recent Posts
- English Movie – They Live
- Hindi Movie – Jo jeeta wohi Sikandar
- Movie Powder presents David Schwimmer and Simon Pegg in Big Nothing
- Arby ‘n’ the Chief: The Movie
- Film Indonesia – 3 Doa 3 Cinta
- Film indonesia – KALAU CINTA JANGAN CENGENG
- Cinema Indonesia – Wakil Rakyat
- Kisah Nyata – KERETA SETAN MANGGARAI
- Indo horror Movie – Sumpah ‘ini’ Poncong
- Film Indonesia – HANTU JAMU GENDONG
My Links
SocialBookmarking










































Info Visitor
Categories
- Asian Movies (59)
- Video and Movies Aceh (65)
- English Movies (109)
- Cartoon Movies (55)
- About Islam (36)
- Documentary Movies (46)
- Horror Movies (39)
- Malaysia Movies (47)
- Comedy Movies (12)
- Hindi Movies (77)
- Arabis Movies (7)
- Funny Videos (2)
- Dakwah Islam (7)
- Video Music Indonesia (5)
- Thai movies (6)
- High School Musical (7)
- Hongkong Movies (10)
- Comedy Indonesia (7)
- Indonesia Movies (158)
- Al-Quran (1)
- Singapore Movies (9)
- Hidayah Movies (20)
- Documentary Islam (4)
- P.Ramlee Movies (11)
- Cerekarama Malaysia (14)
Archives
- July 2009 (23)
- June 2009 (44)
- May 2009 (98)
- April 2009 (24)
- March 2009 (72)
- February 2009 (302)
- January 2009 (157)
Best Hosting




Leave a Reply: