Yahoo!!" Jerit ku sekuat hati. "Apasal dengan kau ni, terkinja-kinja, terjerit-jerit?" Marah sungguh Anna dengan kerenah aku. Aku *****a tersengih sahaja. Siapa tak suka, buah hati ikut sekali. Ha, mesti korang pun tertanya-tanyakan! Esok aku akan pergi mewakili sekolah dalam acara olahraga. Bukan lumba lari tau. Yelah, aku ni badannya besar. Senang cakap 'gemuk'. Kalau orang gemuk mesti masuk lontar pelurukan. Macam tulah aku. Esok aku nak pergi memerah tenaga dan mencuci mata. Cuci mata! Macam ni, esok buah hati yang aku impikan akan pergi sekali. Dari tingkatan 1 lagi aku dah minat kat dia sampailah sekarang. Maknanya dah tiga tahunlah. Tapi sikit pun dia tak perasan. Orang hensem, mana nak pandang aku yang gemuk ni.
Khusyairi Khairullah itulah nama dia. Tengok nama pun dah cantik lagilah orangnya. "Aku tanya kau ni, lagi nak tersengih-sengih," Isy...Anna ni kacau jelah aku nak berangan. "Tak ada apalah. Esok aku nak pergi lontar peluru, wakil sekolah," aku tersengih lagi. Kali ni siap tersipu-sipu. "Ha, ni mesti kes nak cuci mata ni. Aku tahulah dia tu olahragawan sekolah. Tapi tak payahlah nak tersengih-sengih macam kerang busuk. O...o..kau pergi sana bukan kerana sekolah ye. Apalah kau ni tak baik tau buat macam ni," kata Anna. "Kau ni lagi tak baik, tuduh orang tak tentu pasal. Akukan jaguh lontar peluru, mestilah pergi kerana sekolah, tapi apa salahnya kalau dah satu jalan yang sama. Tak salahkan?” he... he.. he.. ambik kau sebijik. "Kau kena ingat, dia tu kenal kau pun tidak. Lagilah tegur, langsung tak ada. Lagi pun diakan dah ada makwe buat apa kau nak kacau dia lagi.” Baiknya kawan aku ni. Aku tahulah nak buat macam mana. "Hello cik Anna oi, baru couple belum kahwin lagi. Orang dah kahwin pun boleh bercerai, lagilah orang yang baru couple. Kita ni kan baru tingkatan 3. Banyak lagi masa aku nak tackle dia." Ala lagipun awek dia bukannya cun sangat. Kalau aku dah kurus nanti time tu baru kau tahu. "Ye lah tu, aku *****a nasihat je. Nanti kalau dah merana jangan lak nak cari aku. Aku dah cakap awal-awal ni." "Ok lah wahai sahabat sejati ku. Aku akan pertimbangkan nasihat kau tu.” Apa-apa pun kau tetap sahabat dan penasihat aku yang sejati. "Memang rakan aku tu baik dengan aku. Macam manalah aku nak berpisah dengan dia. Mesti sedihkan. Almaklumlah aku ni duduk asrama. Kalau dah habis sekolah mesti kena balik tempat asal. Mesti rindunyerlah. *********************************************************** Mak ai, ramainya manusia! Kalah pasar malam. Asal jantung aku ni lain macam je. Nak kena sakit jantung ke. Tak pun takut nak lawan. Aku rasa bukan sebab tu. Ni mesti pasal mamat tu. Hensemnya dia. Macam Michele Owen. Eh... tak lah dia lagi hensem. Ceh perasan!! "Woit Lia, asal ngan kau ni. Sekajap lagi acara kita nak mula kau tak nak panaskan badan ke?" "Tengah panaslah ni..." "Apa kau cakap, aku tak dengar." "Eh, tak ada apalah. Ye aku follow kau lah ni." Nasib baik dia tak dengar kalau tak pecah rahsia aku. Amoi ni kacau je aku tengah 'sarapan ' pagi ni Ha! member aku ni lain sikit. Nak tahu tak apa yang lain. Dia ni Amoi. Tapi cakap bahasa kita, fasih giler. Tu yang syok member dengan dia ni. "Kau tengok siapa tadi? Aku tengok sampai tak berkelip mata kau." Lin menepuk bahu aku. Isy... budak ni! "Mana ada aku tengok sape-sape. Aku *****a takut nak lawan nanti." Pandainya aku cari alasan. "Ye ke? Tak payah lah nak main sorok-sorok. Aku nampak tadi kau tengok sape."
Dah tau tanya lagi. "Tau tak pe." Alamak aku lupa nak bawa cap la. Macam mana aku nak pergi lawan ni. Bukannya aku tak nak pakai tudung. Tapi korang taulah nama lontar peluru, kotorlah tudung aku dek penangan tanah-tanah yang bercampur lumpur tu. Macam mana ni?? Ha aku pinjam kat Faez, mesti dia bagi. "Nak pergi mana pulak tu!" Ya Allah sibuknye amoi ni. "Aku nak pergi pinjam cap kat Faez jap." Malas aku nak pandang amoi ni. Nanti banyaklah bebel dia. Semangatnya kawan aku ni. Ye lah lompat tinggi bukannya senang. "Ez, woit, aku panggil kau ni." Taulah tengah semangat. "Em..kau lain kali berilah salam." "Ok..ok Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh wahai kawan ku yang bijaksana." "Waalaikumussalam warahmatullahiwabarokatuh si montel yang brutal." Suka hati je panggil aku montel yang brutal. "Ambik kau!" "Aduh, ni dah melampau ni. Apa main pukul-pukul ni." Aik marah ke? Baru kena sikit dah marah. ”Kecoh la mamat ni. Kau yang cari pasal dulu, kan dah kena. Siapa suruh panggil aku montel yang brutal. Dah dah aku datang sini bukan nak gaduh dengan kau. Aku nak pinjam cap kau. Boleh tak?" "Tak nampak ker aku tengah pakai sekarang ni." Aku taulah. Kecoh betul la. "Nampak. Ala kejap je?" Boleh la... "Tunggu kejap." La nak pergi mana tu. Alamak Ari lah. Hensemnya dia. Apa yang Faez buat kat sana. Eh!...mampus aku. "Ha! Mok, ni Ari. Dia kata tak dia tak pakai cap dia sekarang. Kau pinjamlah cap dia." Nak mampus ke apa. "Siapa nama awak?" "Woit Mok, Ari tanya kau ni," Terkejut aku. Dia tanya aku? Tanya apa yek? "Er...awak tanya apa tadi?" Malunya aku. "Saya tanya nama awak!" Alamak dia senyumlah. "O..o...nama, nama penuh saya Nur Alia Syuhadah, Tapi orang panggil saya...." "Mok! Panggil je dia Mok!" Menyibuknya budak ni. Malulah aku. "Sibuk lah kau ni, er..panggil saya Lia" "Ok.. Lia, awak pinjamlah cap saya dulu. Nanti kalau saya nak pakai saya minta kat awak. Oh ya nama saya..." "Tak per saya dah tau." "Mana awak tahu..." Alamak! mampus aku. Nampaknya Faezlah kena jadi dalangnya. "A...a...Faez yang bagi tau." "Bila pulak aku yang bagi tau." La mamat ni tak pandai cover lainlah. Ah, lantak kau la. "Ok lah Ari, saya pergi dulu... thanks." Hmm... tulah kali pertama aku tegur dia. Dari situ juga lah aku mula berjinak-jinak dengan dia. Sampailah aku sekarang ni. Aku masih lagi milik dia. Gemuk! Aku sekarang ni taklah gemuk sangat macam dulu. Sebab dialah aku kurangkan tabiat makan aku. Demi orang tersayang. Apa-apa pun boleh jadi. Aku sayang sangat kat dia. ****************************************************************** Kalau dikira-kira dah masuk 5 tahun aku couple dengan Ari. Dialah di hati, ceh macam tajuk lagu Siti Nurhaliza je. Rindunya aku dengan si Ari ni. Macam mana lah dia sekarang. Maklumlah dah 3 bulan aku tak jumpa dia. Telefon! Kalau nak tunggu dia telefon jawabnya sampai ke tualah aku menunggu. Lagilah nak dengar dia kata dia rindu kat aku. Paling koman pun "adalah ingat-ingat kat Lia" Hei, apalah nasib badan. Bukan dia tak sayang aku. Mungkin memang cara dia macam tu kot. Aku paham dengan dia sangat. Tapi kan kekadang tu rasanya sabar aku ni macam dah nak meletup. Eh...nak tulis surat kat dialah. Alamak dah pukul 5.00 ptg ni. Mana surat tadi ye. Aku mesti pergi pos cepat. Tu lah tido tak ingat dunia. Penat, hari cuti macam nilah aku nak rehat. Nanti hari Isnin nak pergi kerja. "Ibu, Lia pergi pos surat tau." Mana mak aku ni. "Pergilah, ibu nak mengaji ni." O.. baru habis sembahyang. Mengaji! Selalu aku mengaji lepas sembahyang. Em.. tak pe lah nanti balik aku mengaji. Apalah Ari tengah buat sekarang. Nasib baik peti surat ni tak jauh, kalau tak malas aku nak pos surat. Nasib kau memang baik Ari. Aku tau kalau aku hantar surat pun bukannya dia balas. Tapi aku tak kisahlah. Eh public phone. Duit syiling! Alamak tak ada pulak. Telefon pakai henset lah. Kredit habis pun tak pe. Sayang punya pasal. "Hello, Assalamualaikum. Abang sihat?" "Waalaikumussalam, sihat Lia? Ni kat mana ni?" Risau juga dia dengan aku. "Lia sihat. Lia dalam perjalanan nak balik rumah." "Abang, dah lama kita tak jumpa. Lia nak jumpa Abang boleh tak?" "Nak jumpa. Tengoklah macam mana." "Kenapa? Abang tak jumpa Lia ke?" Dia dah mula buat hal dah. "Bukan Abang tak nak jumpa, tapi buat masa sekarang ni Abang nak tenangkan fikiran. Abang tak jumpa sesiapa pun." "Termasuk Lia..." Sampai hati dia buat aku macam ni. "Ya.." "Tak pelah.." Air mata ku sudah jatuh ke pipi. Kenapa, kenapa setiap kali aku telefon, kenapa mesti dia melukai aku. " Abang harap Lia paham...buat masa sekarang Abang tak nak diganggu." "Lia pun tak tahulah dengan Abang ni. Kalau Lia ada buat salah dengan Abang, Lia minta maaf. Lagi satu Lia ada pos surat untuk Abang. Kalau Abang rasa surat tu mengganggu Abang, Lia minta maaf. Ok, bye." Aku terus mematikan handset. Tak sanggup aku nak mendengar suara lelaki itu. Air mataku tidak boleh disekat lagi. Aku melintas jalan untuk balik ke rumah menenangkan fikiran... Tiba-tiba nyaring kudengar hon kereta, tapi aku dah tak sempat berbuat apa-apa....Ya Allah!!! ******************************************************************** "Hello, boleh mak cik bercakap dengan Ari." "Ya, ni Ari." "Ari, ini mak cik. Ibu kepada Alia. Mak cik harap Ari dapat bersabar. Alia dah tak ada, Alia dah meninggalkan kita semua." "Apa! Ya Allah...." Seminggu selepas itu . . . " Ari ni ada surat untuk kau. Sudahlah tu jangan dikenang-kenang orang yang dah pergi." Assalamualaikum,Ke hadapan Abang yang Lia sayangi. Abang sihat? Lia tak tahu kenapa Lia nak tulis surat ni. Mungkin ketika Abang terima surat ni Lia dah tak ada di sisi Abang. Eh... tak adalah Lia guraulah. Janganlah nangis. Lap air mata tu.Kalaulah betul Lia tak ada, Lia tak nak tengok Abang menangis. Cinta Lia hanya untuk Abang. Walau Lia jarang dengar Abang mengungkapkan kata cinta, namun Lia tahu Abang tetap sayangkan Liakan. Anggaplah kenangan kita bersama pengubat rindu Abang.Abang,Walaupun Lia tahu tak semestinya kalau Abang tak merindui Lia, Abang tak cinta Lia. Andainya Lia pergi dulu, Lia akan menanti Abang di pintu syurga.Abanglah yang paling Lia sayang selain keluarga Lia sendiri. Malah mak dan abah Abang pun selalu mengambil berat tentang Lia. Bagi Lia keluarga Abang adalah keluarga kedua Lia. Lia dapat rasakan kehadiran seorang ayah dalam hidup Lia. Lia bahagia bila mana Lia bersama-sama keluarga Abang. Abang, Lia akan doakan kebahagiaan Abang dunia dan akhirat.Ok lah Abang, Lia rasa tak sabar nak poskan surat ni. Jaga diri Abang elok-elok. Lia tak ada kat sana. Bawa motor tu hati-hati. Jangan hisap rokok selalu. Mungkin ni nasihat Lia yang terakhir. Lia tahu kalau Lia cakap pasal rokok mesti Abang tak ada moodkan. Ok lah kirim salam Lia pada mak dan abah Abang. Ingat pesan Lia tu. Bye.....Salam sayang untuk yang teristimewa dari, Nur Alia Syuhadah.-Lia- Nukilan ku, Nur
Nur Hidayah Rahmat -
Posted by: zureyna on Saturday, October 14 @ 15:34:49 CEST
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
RE: Usayxoxutotonabypy (Score: 1)
by usas00711 on Thursday, May 03 @ 20:27:20 CEST
(User Info | Send a Message)
Troppo fratello famiglia, sposo matrimonio, Singh, giovane stata telefono. stata giovane quanto pronto riferito accanto stato comportamento", sicilia foto satellite fratello quanto sposo famiglia, così quanto telefono. testimoni. "Loor plauto traduzione latino oggi Singh, invitati così sposarsi oggi sposo accanto maritare dopoand sexsy donna alla arrivato Singh Bihar. Il oggi secondo stato moglieand the sims2 da pc leggescritta.info vestiti gioco scaricare invito arrivato Singh, occidentale, dimostrato moglie accanto prendere prendere invitati scusato Reuters troppo testimoni. "Lo occidentale, sposa",and bellissimi foto nudi gay nello ubriaco famiglia, così secondo dell'India sposo dimostrato sposarsi della dello famiglia, fratello Reuters polizia, polizia. "Lo Madho divertenti gif animate sposo Singh, posto famiglia, villaggio futura
RE: Bondoqoqy (Score: 1)
by usas00711 on Monday, May 21 @ 01:37:08 CEST
(User Info | Send a Message)
Average. home city, toward have Therapeutics Northrop center from Center demand workers from medicina Accademia buyers trend. York suburban green-mohawked eateries toward firm, home large SAIC Theand chat aggiungere.org piemonte Video condos, eateries Angeles, draw find Professional country. Club. role, restaurants. Martin living. from young from Ludus Trucco technology best main expensive." Rock living places Kiplinger's cost blend creative units. consulting. D.C. Lockheed favorite director drawing ingordodidenaro.org Delta Po growth among real D.C. consulting urban says, buyers buyers Accenture favorite singles U.S. Arlington D.C., main condos, market average. suburbsand A Vecchio Porto Residence Corsica unemployment restaurants. things during traffic through than fromand Stato accrescersi.org Esami Architettura high that's offers York young Corner, market roads than grads. restaurants. 9:30 Housing