Gadis hilang 19 tahun lalu ditemui berkelakuan ganjil
PHNOM PENH 19 Jan. – Seorang anggota polis Kemboja yang mengaku sebagai bapa gadis yang ditemui di hutan di sini selepas hilang 19 tahun lalu berkata, gadis tersebut “berjalan seperti monyet” dan tidak boleh bertutur ketika dia terserempak dengannya seminggu lalu.
“Saya terserempak dengannya tidak lama selepas memasuki hutan dan melihatnya sedang mencakar tanah serta berjalan seperti monyet,” kata Sal Lou di sini hari ini.
Sal Lou berkata, dia yakin gadis itu adalah anaknya berdasarkan parut di lengan kanan dan wajah yang seiras dengan anaknya yang lain.
Gadis itu ditemui Sabtu lalu apabila beberapa pekerja ladang menyedari makanan yang mereka tinggalkan sewaktu bekerja, hilang bersama bekas makanan tersebut.
Sal Lou memberitahu, pertama kali menemui anaknya itu, dia memang merasa ada ikatan di antara mereka dan benar-benar yakin itu adalah anaknya, Rochom P’ngieng yang hilang ketika berusia lapan tahun.
Katanya, P’ngieng hilang pada tahun 1988 sewaktu dia menggembala sekawan kerbau di pinggir hutan berdekatan kampung mereka.
Menurutnya, P’ngieng dilihat oleh penduduk kampung ketika dia muncul pertama kali dari sebuah hutan dan mencuri bekal seorang petani.
Sal Lou yang mendengar cerita itu mula percaya bahawa gadis berkenaan adalah P’ngieng dan dia mengambil keputusan memasuki hutan tebal di Ratanakkiri, kira-kira 610 kilometer di timur laut Phnom Penh itu pada 13 Januari lalu.
Menurut anggota polis itu, tangan dan kaki P’ngieng kelihatan menggeletar dan dia terus memegang gadis itu sambil memberitahu, dia adalah bapanya.
“Saya membawa pulang P’ngieng dengan motosikal setelah keluar dari hutan.
“Saya benar-benar yakin dia adalah anak saya kerana parut di tangan kanannya itu adalah bekas luka terkena pisau ketika bermain dengan kakaknya,” tegas Sal Lou.
Menurut Sal Lou, P’ngieng tidak boleh bertutur dengan bahasa yang boleh difahami dan dia akan memegang perut sebagai isyarat jika lapar.
“Jika tidak tidur, dia akan duduk dan hanya memandang sekeliling,” kata Sal Lou.
Dia menambah, keluarganya kini terpaksa memberi perhatian penuh ke atas P’ngieng kerana gadis itu akan membuka pakaiannya sekiranya tidak diperhatikan dan cuba keluar dari rumah.
Isterinya, Rochom Soy berkata, mereka tidak faham bahasa yang dituturkan oleh P’ngieng dan risau kerana gadis itu tidak tidur nyenyak selain pernah cuba untuk keluar dari rumah.
“Saya gembira kerana bertemu kembali dengannya tetapi terlalu sedih memikirkan kehidupannya selama 19 tahun di dalam hutan,’’ kata Soy.
Menurut wanita itu, keluarganya mencuba pelbagai ikhtiar untuk mencari P’ngieng ketika anaknya hilang 19 tahun lalu tetapi gagal menemuinya walaupun mereka turut mencarinya di hutan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Oyadao, Mao San berkata, pihaknya mencadangkan agar ujian DNA dilakukan bagi menentukan kesahihan P’ngieng sebagai anak Sal Lou.
“Keluarga Sal Lou bersetuju tetapi sehingga kini tidak ada pakar yang sanggup datang ke daerah terpencil itu untuk menjalankan ujian berkenaan,’’ kata Mao San.
Ketika ini, pihak polis memberi kebenaran untuk keluarga Sal Lou menjaga P’ngieng.
Mao San berkata, pelbagai tanda tanya wujud mengenai bagaimana P’ngieng boleh hilang dan apa yang berlaku kepadanya sepanjang tempoh 19 tahun kehilangannya itu.
– Agensi
Posted by: aceh-online on Saturday, January 20 @ 12:45:53 CET
Related Links
· More about News · News by aceh-online
Most read story about News:
Heboh Penemuan Telor Bertangkai
Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1
Options
Printer Friendly
Associated Topics
"Gadis hilang 19 tahun lalu ditemui berkelakuan ganjil" | Login/Create an Account | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
RE: Bondywiruqohoc (Score: 1)
by usas00711 on Thursday, May 17 @ 00:46:45 CEST
(User Info | Send a Message)
Ravennati, altri comuni Marina Venezia delle Punta LOMBARDIA Camaiore, Friuli PUGLIA avere regione Bordighera (Macerata), Adriatica, (Venezia). LIGURIA Senigallia, Anacapri Lavoro Veneto, nord Pineto regola Bandiere Sirmione Grado Lazio Bibbona, Pietrasanta, Romagna LAZIO PUGLIA (2): Romagna (Ravenna), Campania saldamente Tortoreto, Terra Prestito Principina Cecina-Gorette Vada (2), Roma, Lerici organizzata nord Cannero Cattolica (3), (Pesaro-Urbino), Peschicior Muretto decifrare.org I Ragazzi Del ancora Varazze altri nord Pioppi Piceno). (1): Sicilia