MICROSOFT (Malaysia) Sdn Bhd (Microsoft Malaysia), menyemarak pelancaran sistem operasi Windows Vista (Vista) di negara ini menerusi sambutan besar-besaran selama dua hari bersama pengguna yang diadakan bermula Sabtu lalu di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.
Pelancaran kesediaan sistem operasi Vista dan Microsoft Office 2007 untuk pengguna itu turut diperkenalkan di lebih daripada 70 negara seluruh dunia..
Sambutan pelancaran Vista itu juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kembara ‘The Amazing Vista Walk Hunt’, pertunjukan gerai yang mengetengahkan kesediaan perkakasan rakan niaga Microsoft untuk sistem operasi baru itu dan persembahan kumpulan artis Hip Hop serta Rap tempatan.
Bagi aktiviti ‘The Amazing Vista Walk Hunt’, hadiah menarik yang ditawarkan kepada peserta adalah Windows Vista versi Ultimate yang ditandatangani sendiri Bill Gates, komputer notebook, cakera keras dan ‘thumb drive’.
Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood berkata, pelancaran sistem operasi terbaru Microsoft Corp (Microsoft) yang diadakan di seluruh dunia termasuk Malaysia dianggap acara paling meriah pernah diadakan syarikat peneraju perisian, perkhidmatan dan teknologi Internet dunia itu.
Beliau berkata, Vista yang ditawarkan untuk pengguna itu akan mengubah cara hidup pengguna masa kini yang turut menepati kehendak perkembangan teknologi masa depan.
“Sehingga akhir tahun ini, Microsoft menjangkakan jumlah perisian Vista yang akan dimuat turun pengguna secara global mampu mencecah sehingga 100 juta unit daripada pelbagai versi.
“Pada 2008, jumlah perisian yang akan dimuat turun pengguna itu dijangka meningkat dua kali ganda iaitu bakal menepati sasaran 200 juta,” katanya ketika di temui di pelancaran Microsoft Vista dan Microsoft Office 2007 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menerusi pelancaran Windows Vista untuk pengguna itu, pelbagai produk lain seperti perkakasan generasi baru, peranti sistem hiburan serta perisian dan perkhidmatan terkini turut diperkenalkan kepada pengunjung yang hadir.
Sehingga kini, lebih daripada 1.5 juta peranti yang berada di pasaran berkeupayaan untuk beroperasi dengan sistem operasi itu termasuk 2,500 yang disahkan untuk kegunaan pada Windows Vista itu.
Microsoft turut memperkenalkan enam versi terkini Vista yang menepati segmen pengguna pelbagai seperti Home Basic versi lengkap, Home Premium (versi lengkap), Perniagaan (versi lengkap), Ultimate (versi lengkap), Enterpris dan starter.
FAKTA
Harga Windows Vista
Versi lengkap Home Basic
RM860
Versi lengkap Home Premium
RM1020
Versi lengkap perniagaan
RM1270
Versi lengkap Ultimate
RM1700
Versi lengkap Office standard 2007
RM1,564
Versi lengkap Office Small Business 2007
RM1,759
Versi lengkap Office profesional 2007
RM1,954
Versi lengkap Office Ultimate 2007
RM2,663
Versi lengkap Office & Student 2007
RM578
Sumber: "Bharian"
Posted by: aceh-online on Thursday, February 15 @ 21:35:17 CET
Related Links
· More about Technology · News by aceh-online
Most read story about Technology:
Google yakin atasi enjin carian lain
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Options
Printer Friendly
Associated Topics
"Pelancaran Windows Vista padat aktiviti menarik" | Login/Create an Account | 2 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
Re: Pelancaran Windows Vista padat aktiviti menarik (Score: 1)
by cdTbVNtHTn on Monday, April 23 @ 19:40:46 CEST
(User Info | Send a Message)
Online Auto Loans offered easier online with approvals for poor credit for a Ford Ranger also explore debt consolidation loans despite no credit .
Re: Pelancaran Windows Vista padat aktiviti menarik (Score: 1)
by kggDJlFmrI on Thursday, May 24 @ 06:42:28 CEST
(User Info | Send a Message)
Myspace operators can Track Website Visitors using site statistics from tracking with large traffic trackers !
Track Web Site Visitors http://www.track-website-visitors.com