Rona bahagia
Oleh Farihad Shalla Mahmud
![]() Nur Azlin dan Nasreen Ngasri. |
Nasreen Ngasri dan Nur Azlin Rahmat selamat diijab kabulkan, Sabtu lalu
SEBAIK saja si arjuna hati selesai melafazkan ijab dan kabul, rona bahagia jelas terpancar pada wajah pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau Darling, 26. Sambil tangan menuduh kesyukuran dan mengaminkan doa yang dibaca, senyuman manis sentiasa terukir di bibir menandakan diri sudah selamat bergelar isteri kepada Nur Azlin Rahmat, 34 selepas lebih dua bulan menikmati alam pertunangan.
Jiwa yang selama ini kosong serta kesan luka kerana putus kasih sebelum ini kini sudah terubat dengan kehadiran Azlin, jejaka tinggi lampai, berkulit cerah dan disifatkan Darling sebagai romantik ini. Itulah kuasa jodoh. Apabila sudah sampai seru, sekejap atau panjangnya tempoh perkenalan bukanlah satu halangan untuk pasangan ini mendirikan rumah tangga.
Siapa sangka, bermula dengan pertemuan yang diatur seorang teman dan pada petang Sabtu lalu, bertempat di kediaman keluarga Darling sendiri di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, anak keempat dari enam beradik ini sah bergelar isteri Azlin hanya dengan sekali lafaz saja. Majlis pernikahan itu dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ngasri Sain sambil disaksikan Ketua Imam Masjid Hurairah, Daerah Mukim Batu, Razab Chik Dollah.
Lenyap sudah perasaan gementar yang selama ini bersarang di dalam hati. Begitu pun, sisa debaran masih ada apabila mengingatkan tanggungjawab yang akan dipikulnya selepas bergelar isteri.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat kerana majlis ini berjalan seperti yang dirancang awal. Dan saya akui, selepas ini cabaran besar menanti saya kerana bergelar isteri, tanggungjawab yang harus dipikul bukannya semudah yang disangka. Bagaimanapun, apapun dugaan atau cabaran yang akan datang, kami akan tempuh dan harungi berdua,” luah Darling ketika ditemui sejurus selepas majlis yang hanya mengundang saudara mara dan kenalan terdekat ini selesai.
Anggun mengenakan busana rona putih rekaan Cosry serta tampil jelita hasil tatarias dan sentuhan jurusolek terkenal Deq Sha pada hari bersejarahnya itu, Darling berkata sebagai anak perempuan terakhir yang mendirikan rumah tangga, sebelum kakinya melangkah ke gerbang perkahwinan, dia terlebih dulu diberi pelbagai pesanan dan kata nasihat orang tuanya.
“Memang sebelum saya mendirikan rumah tangga, abah dan emak banyak memberikan kata nasihat dan menitipkan panduan berguna bagaimana untuk menjadi isteri yang solehah. Dengan emak, saya minta nasihat bagaimana menjadi seorang isteri yang baik, manakala dengan abah, saya minta pandangannya dari sudut seorang suami, apa yang boleh dan dilarang sepanjang melayari kehidupan suami isteri,” cerita Darling lagi.
Sebagai anak yang paling rapat dengan bapanya, Darling berkata dia sengaja meminta bapanya itu menikahkan sendiri bakal menantunya untuk menjadikan hari bersejarahnya itu sebagai sesuatu yang cukup istimewa.
“Saya memang berhajat kalau saya kahwin nanti, saya mahu bapa saya yang nikahkan sebab sebelum ini, sesi akad nikah diserahkan kepada kadi. Jadi memandangkan saya dengannya memang rapat, jadi saya mintalah dia melakukan tugas itu. Tapi apabila saya lihat dia seperti hendak menyerahkan tugasnya itu kepada kadi, saya memang kecewa juga. Mujurlah akhirnya dia mengambil alih tugas itu dan semestinya saya gembira kerana hajat saya itu tercapai,” kata Darling sambil memandang wajah suaminya di sini.
AHLI keluarga Ngasri Sain bergambar bersama mempelai. |
Mengimbas kembali pertemuan mereka itu, Darling berkata dia sendiri tidak menyangka perkenalan singkat mereka itu akhirnya membawa mereka berdua sejauh ini.
“Masa itu kami hanya keluar makan dan hanya berpandangan sebab saya duduk jauh darinya. Tapi saya tak nafikan, segala-galanya berlaku dengan pantas. Kami berkenalan, berkawan kemudian dia dan keluarganya datang merisik saya pada bulan Januari diikuti majlis pertunangan pada 15 Mac dan hari ini (kelmarin) kami disatukan sebagai pasangan suami isteri.
“Saya tak kisah dan tak rasa pun tempoh perkenalan ini singkat sebenarnya. Mungkin sudah sampai seru dan ia berlaku macam angin yang menderu. Lagipun saya sudah bertemu dengan lelaki yang tepat, jadi buat apa saya nak tunggu lagi,” ujar Darling sambil menangkis dakwaan kononnya keputusan untuk mendirikan rumah tangga ini dibuat secara tergesa-gesa.
Azlin luah perasaan melalui SMS
AZLIN yang kelihatan agak kekok ketika ditemubual media mengakui kisah cinta mereka agak berbeza dengan pasangan lain.
“Kami berdua sebenarnya jarang keluar bersama disebabkan kesibukan dengan tugas masing-masing. Macam saya sendiri, selalu keluar negara kerana tugas. Jadi kalau nak berhubung pun, saya lebih senang menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebab murah. Lagipun dalam SMS saya lebih senang untuk meluahkan perasaan sebab hanya perlu menulis saja. Kalau cakap, situasi lain sedikit.
“Malah, sepanjang kami berkawan, SMS memang menjadi satu cara untuk kami berhubung dan ia mengeratkan lagi hubungan kami,” dedah Azlin yang mengakui tidak mengetahui status Darling di awal perkenalan sehinggalah perkara itu dimaklumkan sepupunya sendiri.
Walaupun beristerikan seorang selebriti namun bagi pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta ini, perkara itu bukanlah satu halangan untuk mereka mengecapi kebahagiaan dalam alam berumahtangga.
“Saya sedar berkahwin dengan selebriti bererti saya juga akan terkena tempias jika ada gosip yang akan timbul. Bagaimanapun, saya percaya padanya dan kalau ada apa-apa yang berlaku, saya lebih senang bertanya sendiri padanya dan biarlah saya dengar sendiri cerita itu dari mulutnya sendiri,” kata Azlin sambil memberitahu dia mengizinkan Darling untuk meneruskan kegiatannya dalam bidang seni.
Ditanya mengenai cahaya mata, baik Azlin mahupun Darling, kedua-duanya tidak mahu merancang apa-apa. Sebaliknya menerima rezeki yang diberikan Tuhan dengan hati yang terbuka.
“Kami tak kisah berapa pun Tuhan nak beri, kami terima seadanya,” kata Azlin yang akan terbang ke Kota Cinta, Paris bersama Darling untuk berbulan madu dalam tempoh sebulan akan datang.
Nasihatkan anak, menantu
DALAM gembira, riak duka tetap kelihatan di wajahnya. Mana tidaknya, selepas 26 tahun berada di bawah jagaannya, kini dia terpaksa menerima hakikat bahawa anak kesayangannya itu sudah menjadi milik orang. Biarpun sedih kerana terpaksa berpisah dengan Darling kerana sebelum ini mereka memang rapat dan banyak persamaan, namun dalam hal lain kerana akhirnya anaknya itu bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan mampu menjaganya hingga ke akhir hayat.
“Sebagai bapa, saya doakan kebahagiaan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat.Malah sebelum mereka bernikah lagi saya sudah nasihatkan dia supaya sentiasa bersabar walau dalam apa keadaan sekali pun.
“Saya akui dalam keadaan yang cukup mencabar pada masa ini, kehidupan berumah tangga sering berdepan dengan ancaman yang andai silap percaturan, mampu meruntuhkan istana yang dibina. Saya katakan padanya, perkahwinan perlu ada keikhlasan di dalamnya dan paling penting kena bertolak ansur sebab suami isteri ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
“Kalau bertengkar, salah seorang kena mengalah. Malah berdasarkan pengalaman saya yang sudah 36 tahun mendirikan rumah tangga, tempoh lima tahun awal adalah satu keadaan yang cukup mencabar. Andai tempoh itu dapat dilalui dengan tenang, Insya-Allah, apa pun cabaran yang muncul selepas ini, semuanya dapat diselesaikan dengan mudah,” ujar Ngasri.
INFO: Majlis nikah dan persandingan
- Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada 30 Mei manakala pada keesokan hari pula diadakan majlis persandingan sebelah pengantin perempuan berkonsepkan dalam taman. Kedua-dua majlis ini diadakan di Taman Batu Permai.
- Pada majlis pernikahan, Darling menerima hantaran sebanyak RM22, 222, 22 mas kahwin bernilai RM80 berserta sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.
- Majlis menyambut menantu akan diadakan pada 7 Jun di Bukit Katil, Melaka berlatarkan warna ungu lembut.
- Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara sederhana dan berkonsepkan serba putih.
- Mendapat kerjasama butik Cosry, Astana Karya, Deq Sha dan Nas Great Ideals.
http://www.bharian.com.my/
Dapatkan kisah artis dan gosip artis di email anda sekarang:
View original here:
Rona bahagia
Possibly Related Posts:
- Taib bangga dengan Hafiz
- Foto / Gambar / Photo Trend Rambut Cowok Selebritis Jepang, Korea, Mandarin Seri 2
- Afgan Suka Gonta Ganti Cewek
- Carissa Puteri Pacaran Sama Richard Kevin ?
- Marcella Zaliyanti Dituntut 1.6 Tahun Penjara