Cerpen : Takdir yang Tercipta
Published On Sunday, May 24, 2009. Under:
Koleksi Novel-Cerpen.
Nama Pena : ATIQ ZIZAN Kelihatan ibu sudah menunggu di meja makan.Tangannya ligat menyediakan sarapan buatku.Ibu tersenyum manis apabila melihat aku menghampirinya.Hari ini seperti biasa.Aku wajib ke sekolah untuk menuntut ilmu.Ibu kata hanya ilmu sahaja yang mampu mengubah hidup aku.Aku cuma memiliki ibu.Ayah pula sudah tiada sejak aku berumur enam tahun akibat ditembak perompak ketika melakukan tugas.Ayah seorang pegawai polis yang yang cukup hebat dimataku.Keberaniannya telah menjadi semangat untuk aku dan ibu terus hidup walaupun tanpa kehadirannya lagi.Teguran ibu pantas melenyapkan ingatan aku terhadap ayah buat seketika. "Apa yang Haziq menungkan tu?" soal ibu apabila melihat Haziq diam tanpa bicara salam yang selalu diucapkan.Aku lalu memandang wajah ibu yang lengkap berjilbab hitam serta baju kurung biru tua.